my tomodachi

20091031

Tak Perasan pun sebelum ni...



Tak Perasan pun sebelum ni... rupa2nya Hankyung dan Siwon (super Junior) tu pelakon dalam cv Timeless ni... Oh ya~ dulu saya mana minat Suju... jadi manalah saya tahu mereka berdua tu ahli Suju... hehehe~





Tak perasan pun sebelum ni... pelakon dalam cv ni bukan artis taiwan (memanglah tak perasan, sebelum ni tengok cv yang tak ada subtitle... hehehe~)... dan rupa2nya pelakon tu Siwon dan Donghae dari SuJu... erm~ rasa macam cute gile pula Donghae ni. Donghae... Ryo... Ryo... Donghae~ aduyai~ kronik ni... tapi tetap suka lebih pada Ryo okey... pada orang yang berkenaan tu~ <--- sambil menuding ke arah Pandan Perdana...ambillah Donghae yang cute ni, asalkan tak lagi berebut ryo-chan dengan aku k... hehehe~~




Tak perasan pun sebe... eh, chop! bukan tak perasan tapi sebenarnya baru je tengok cv ni. Donghae n Kyuhyun~~ so cute~~...


p/s : Cik Kaseh dah terkena virus SuJu. ni semua Nemo punya pasal. kalau tak tengok cv2 show SuJu masa kat rumah dia hari tu tentu Cik Kaseh tak kronik macam ni... huhuhu~~ (bukan salah ibu mengandung~~)


Doki Doki From My Heart…

20091026

RYO ke DONGHAE? (serupa tapi tak sama)

Sejak kebelakangan ni Cik Kaseh mula meminati Super Junior pulak. (... hurm hari tu SS501 skang SuJu pula. Sapelah yang bagi virus baru ni.) Cik Kaseh minat gitu2 je mula2 tu. Downloadlah gak lagu2 diorang. Selebihnya tak ambil tahu sangat. Maklumlah ahli Suju ni ramai sangat(13 orang). Tak kuasa lah nak kenal sorang2.

Tapi start je Cik Kaseh copy semua show SuJu dari Lappy Nemo hari tu terus je Cik kaseh melekat. Sampai skang asyik meng-usha segala yang berkaitan dengan ahli Suju. Dan salah seorang yang Cik Kaseh attact ialah Lee Donghae.

Nemo kata dia paling minat Lee Donghae sebab Donghae ni macam Ryo-chan sikit. Yeke? Cik Kaseh mati2 menafikan dakwaan dia tu. Tolong ek, selamba je nak samakan dia dengan my lovely Ryo-chan. Cheis~~

Tapi kan... sebab dah tengok segala variety show SuJu so skarang ni Cik kaseh dah kenal dengan mereka semua. 13 orang ahli tu Cik Kaseh dah hafal. Ngehngehngeh... dan kesimpulannya, Cik Kaseh mula setuju dengan kata2 Nemo. Donghae memang ada mirip Ryo Nishikido sikit. siapa tak percaya silalah percaya. Jom tengok pic Ryo+Donghae...


Suka tengok muka ketawa mereka. Tapi ada sikit beza... otot muka Donghae tak sejelas Ryo bila ketawa.



Ni muka penat kat atas pentas. still ada daya tarikan (bagi Cik Kasehlah)... urm~ mereka pakai rantai yang sama. perasan tak?



sleeping beauty... kawaii~~



Ryo+Donghae = Pinky



Cik Kaseh rasa ini pic paling seiras. Donghae macam Ryo ke atau Ryo yang macam Donghae?



Crying baby...



waaa~~ sangat kawaii~~... dua-dua pun cute masa kecik2. hehehe~~


Hurm~~ itu saja entry untuk kali ini. dan kesimpulan Cik Kaseh, Donghae ni bukan setakat muka je iras2 Ryo... sometime perangai dia pun evil ala2 Ryo. Nampak je macam senyap (kalau nak compare dgn yg lain2lah) tapi bila sampai mood luar alam dia, kecoh gak mamat ni. ada sikit samalah dengan Ryo tapi Ryo lagi best kot... hahaha~ (tak boleh nak kata apa dah, Ryo tu dah macam cinta hati saya... kikiki).



Ps : sebenarnya saya paling minat Eunhyuk dalam SuJu. ehehehe~~


Suka dia sebab... hurm~ menarik... dia menarik di mata saya. Kelakar pulak tu. Gelak memanjang je bila tgk aksi dia. n dia terkenal dengan gelaran dance machine (betul ke?)... tarian dia mmg hebat.



Doki Doki From My Heart…

20091002

Mei-chan No shitsuji

Hurm~ rasanya dah lama Cik kaseh tak buat drama review kan... hari ini dalam masa yang terhad Cik Kaseh nak juga masuk entry untuk blog ni.

Tempohari Cik Kaseh saja jalan2... usha2 dvd dekat Petaling Street... Wahh~~ dah dua bulan tak ke sana, banyak juga Jdorama2 terbaru yang Cik Kaseh tak tengok lagi... tapi sebab dah niat nak jalan2 cuci mata saja, maka Cik Kaseh tak beli apa2 Jdorama pun.

Tapi sebab tertarik dengan satu Jdorama ni maka Cik kaseh pun terus bukak link Mysoju untuk tonton secara online.

Satu perkara yang buat Cik Kaseh rasa nak tengok drama sebab ia mengisahkan hubungan antara butler & tuannya. ala-ala anime Hayate The Combat Butler gitu. Cik Kaseh memang layan habis ngan anime ni... Lagi satu sebab pelakonnya, Mizushima Hiro. Minat dia sejak tengok dia jadi Namba Sempai dalam drama Hana-Kimi.Eikura Nana, heroin drama ni pula... Cik Kaseh langsung tak perasan, rupanya dia pelakon dalam Proposal Daisakusen. Dia pegang watak Eri, kawan baik epada Rei si heroin drama tu... hehe~ mungkin sebab dia kurus dan berambut pendek dalam watak Mei-chan tu yang Cik Kaseh tak perasan. tapi cute je dia pegang watak Mei-chan.



Poster Mei-chan No Shisuji @ Mei-chan's Butler



Cik Kaseh habiskan cerita ni secara on-line selama tiga hari (kalau saya sangat lapang mungkin boleh pecah rekod, tonton habis drama 10 episod ni sehari suntuk je.)

Apa yang menarik sampai Cik Kaseh boleh melekat terus untuk sudahkan Jdorama ni? ok, cerita sikitlah...

Drama ni berkenaan tentang seorang gadis, Shinonome Mei. satu hari mak bapak dia mati dalam satu tragedi. lepas tu ada seorang guy datang pada dia mengaku sebagai butler Mei. Rupanya Mei ni datang dari sebuah keluarga yang kaya... kaya giler~...

bermulalah kehidupan baru Mei di sebuah sekolah elit, St. Lucia. sekolah tu sekolah perempuan. semua anak2 orang kaya dan masing2 ada butler sendiri. siap ada akedemi butler lagi dalam St, Lucia tu.


itu serba sedikit sinopsisnya... lain2 sila pergi tengok sendiri ya... hehe...

Apa yang Kaseh nak kata sebelum anda yang belum pernah menonton dan terfikir nak menonton drama ni cuma satu... kalau anda meminati drama Hana Yori Dango atau Boy's Over Flower dan drama Hana-Kimi... dijamin korang semua akan terhibur dengan drama ni. Jadi apa tunggu lagi... pergi cari dvd Mei-chan's Butler ni atau tonton je secara online dekat Mysoju.

best sangat~!! Kaseh bagi 4 star untuk drama ni.



Doki Doki From My Heart…