my tomodachi

20100128

SuJu!!!! i meet you diz march!!!!





28.01.2010
Hari ini Cik Kaseh ada temujanji dengan Nemo
tapi sebelum finding nemo... Cik Kaseh pergi melawat my old school dulu.
actually Cik Kaseh pergi ambik sijil SPM yang dah berkurun tak diambil.
adeh~ siap kena perli dengan encik kerani tu
"sampai dah nak kawen baru nak ambik sijil ke, dik"

Pastu kononnya Cik Kaseh nak jumpa cikgu2 lama cik Kaseh dekat SMT ERT KL tu
tapi malangnya seorang pun takde. sedih~ sobs... T_T

wut to do?
terus lah finding nemo kat Sinar Suria

jam baru 4.00 ptg
awal lagi...
hurm~ apa kata jenjalan dekat Petaling Street
Cik Kaseh cuci mata kejap dekat HIRO COMIC, usha dvd baru.
tak beli pun. saja je jenjalan.

"Cik Kaseh!! boleh tak kau skip je cite ko ni? apsal cite SuJu tak masuk lagi..."

Hehe~ unsur suspen tu penting dalam penceritaan.

okey, sambung balik... masa tengah usha2 dvd, tiba2 Nemo call... dia panggil Cik kaseh lepak kat Sinar Suria, tempat keje dia. Then, sharp je pukul 5.00 kitorang laju je menonong pergi ke Sungei Wang... buat ape lagi... cari tiket konsert lah.

Dalam perjalanan tu tiba2 Cik Kaseh terperasan sesuatu.
situasi kami masa ni betul2 mengingatkan Cik Kaseh waktu kami berdua gila2 nak pergi jumpa SS501 beberapa bulan lepas.

Cik Kaseh "Nemo, kau perasan tak?"
Nemo "Ape?"
Cik Kaseh "Masa kita nak jumpa SS501 dulu... kau dengan uniform kau & aku dengan baju kurung aku... pastu masa tu masing2 otak ting tong... excited bagai nak rak... kita lalui situasi yang sama lagi hari ni. Kau dengan uniform ko dan aku dengan baju kurung aku."
Nemo "Haa~!! betullah~~!!!! Huarghahaha" <-- mokcik ni punyelah excited... dia tak perasan dah gelak kuat gile sampai menarik perhatian orang sekeliling. huhuhu~ sabau je aku.

Akhirnya kami berjaya menghabiskan RM hampir 1000 dalam tempoh masa tak sampai sejam. huhuhu~~

Tangan siap terketar2 lepas dapat pegang tiket Super Show tuh. dasat sungguh penangan super Junior ni.



Sini lah tempat jual tiket. dia bukak boot kecik je kat depan Green Box Karaoke


Cik Kaseh muka bahagia lepas dapat tiket dan makan percuma.
"Trimas belanja makan, Nemo."
"Aku belanja makan je, tiket konsert tu aku tak belanja tau."
"Hehe~ kalau tiket pun ko sanggup nak belanja, memang aku sayyyaannggg kaulah Nemo."


Makin lebar senyum waktu pegang tiket. SuJu~~!!! i'll find you diz march!!


Ni muka bahagia Nemo lepas dapat tiket.


Kalau nak tau... disebabkan SuJu ni jugaklah kitorang dua siap perang dingin hari tuh. tapi hari ni dah baik balik... hehe~


Ini memang teruk... tak pernah2 Cik Kaseh ketar satu badan sebab excited. Semalam memang dalam sejarah. pegang tiket je tangan ketar. nak jalan je kaki ketar. waktu balik kaki siap krem lagi. teruk kan...

tu saja entry seorang die hard fan yang kononnya kool tapi agak menggila juga bila dah jumpa artis kesayangan. <-- kesayangan ke? tak de maknanya~

20100127

Samurai Pergi Sekolah? (Samurai High School)


sesiapa yang dah mengenali Miura Haruma mesti dah tahu lakonan2 dia sebelum ni. kebanyakan lakonan dia mesti jadi budak yang cool, macho & stok yang akan buat budak2 pompuan falling in love gitu...


Dia adalah sang pencinta yang setia dalam Koizora <-- romantic guy


Dia seorang budak yang sunyi tapi gentleman dan bertanggungjawab terhadap kekasihnya dalam 14 Years Old Mother


Dia penggodam yang pintar dalam Bloody Monday <- Watak ni pun nampak kakkoi


Dia pelajar bermasalah tapi still nampak ke-macho-annya dalam Gokusen3 <- suka rambut dia masa dalam drama ni.

Tapi...
apa yang berlaku kalau Miura yang berimej cool dan handsome ni bertukar jadi samurai?
Cik Kaseh cuma fikir yang Miura tentu nampak hebat pegang watak macam ni. So, Cik kaseh pun sambar jelah dvd Samurai High School ni bila nampak pelakon utamanya Miura Haruma.

Saya balik dan tengok.

Betul... dia memang sangat kakkoi sebagai samurai.


Tapi kan... sebenarnya watak samurai tu cuma rasukan nenek moyang dia saja. watak realiti dia sangatlah sengal.

Pernah terfikir tak Miura buat muka macam ni selama ni?

Dan raut muka yang ala2 budak nerd macam ni... (sila klik untuk besarkan gambar)


Ngaa~~ tak boleh bla~~
mula2 tengok memang Cik kaseh rasa nak je campak dvd ni dalam longkang. menyampah tengok perangai gila Kotaro, watak yang Miura pegang dalam cite ni. & sangatlah tak berkenan dengan style rambut dia.

Tapi... masuk je next next episod Cik Kaseh mula rasa yang cite ni sangat best!
Kotaro memang seorang pelajar yang nerd, tak ada keyakinan diri, lemah dalam pelajaran dan suka bersenang-senang... tapi disebabkan roh samurai yang merasuk tubuhnya menyebabkan sikap Kotaro berubah sedikit demi sedikit. (Samurai tu memang seorang pejuang yang hebat... walaupun cara dia agak straight sangat)

Si samurai tu bukanlah merasuk Kotaro sepanjang masa. cuma pada waktu2 tertentu sahaja. bila Kotaro sebut perkataan 'mati', secara automatik si samurai ni ambil alih badan Kotaro. tapi dia akan lenyap semula apabila Kotaro tersentuh or terpeluk perempuan...

Shirota Yuu memegang watak sebagai Nakamura yang lemah dan sering dibuli.

Kemunculan Kotaro sebagai samurai pada suatu hari telah menyelamatkannya daripada dibuli pelajar2 nakal menyebabkan Nakamura memuja seterusnya menjadi pengikut setia Kotaro. Di matanya Kotaro adalah seorang yang sangat hebat. tidak kiralah ketika Kotaro berubah menjadi samurai mahupun sebagai Kotaro yang terkenal dengan sikap bersenang-senangnya.

Dan Cik Kaseh sangat berpuas hati menonton drama ni sampai akhir. Endingnya natural dan taklah poyo sangat. biasanya cerita macam ni hero dia mesti berubah jadi bijak, berjaya, hebat... & pape jelah lagi kan. Tapi ending drama ni taklah tunjuk yang tetiba watak hero dia jadi hebat ala2 samurai ke hapa. cuma dia jadi seorang yang lebih bersungguh2 dalam mencapai cita2... walaupun sikap malas dan suka bersenang-senang dia masih ada... ohya, sikap nerd dia pun still berubah. hahaha~~

Cik Kaseh bagi 4 bintang untuk drama ni.

siapa yang malas nak cari dvd dia n nak tengok secara online boleh klik Samurai High school


Encik Otak... hahaha... Mr. Brain.


Review drama untuk kali ini ialah Mr. Brain
Lakonan mantops Takuya Kimura <-- dia lagi... hehe~

ceritanya not bad... best gak
kira boleh layanlah.

berkisar tentang penyiasatan. semua kes dalam setiap episod adalah berkaitan otak dan pembunuhan. Encik Otak menjadi penyelesai setiap kes.

Apa yang menariknya setiap episod dalam drama ni ada pelakon yang best2. antaranya :



Kamenashi Kazuya... dia jadi doktor genius <-- juga suspek dalam 1 kes pembunuhan.


Lagi ada Sato Takeru... Seorang pianist yang amnesia <--pun suspek kes pembunuhan


Ini guess yang paling Cik Kaseh minat... Nakama Yukie (Yankumi-Gokusen)
Dia ni pun suspek pembunuhan gak.

Overall cite ni memang menarik untuk ditonton. walaupun ia berkaitan dengan penyiasatan yang melibatkan kes pembunuhan tapi dek kerana perangai Mr. Brain yang tak boleh blah... asyik ketawa je tengok cerita ni. ditambah pula lagi dengan watak Mizushima Hiro sebagai polis yang agak kelam kabut... memang mencuit hati.

Tak mo banyak cite... sape nak tengok boleh klik Mr. Brain

Chiow... go to the next entry~~ ^o^

20100117

Angel vs Devil dalam ORTHROS NO INU


Hai... hai...
i'm back...
with the new entry...
lama tak masuk entry kat blog ni...
sorry... no idea nak tulis apa

entry kali ini Cik Kaseh nak share Jdorama yang baru Cik Kaseh khatamkan.
actually dah beberapa minggu lalu Cik Kaseh habis tengok. tapi takde masa je nak buat review kat diz blog.

~ORTHROS NO INU~

Cik Kaseh pernah conteng2 pasal drama ni dekat blog masa baru nak ditayangkan dekat jepun tahun lepas. tapi akibat masa yang sangat terbatas ditambah lagi dengan lambakan Jdorama lain yang Cik Kaseh tak habis tengok lagi... maka lambatlah Cik Kaseh start tonton drama ni.

Perkara pertama yang membuatkan Cik Kaseh teruja nak menonton drama ni
... mestilah sebab Ryo Nishikido!!
hehe~~ (korang semua pun tahu kan...)

Cik Kaseh nak tengok cerita ni sebab masa mula2 baca sinopsis Cik Kaseh ingat Ryo pegang watak jahat lagi... (Saya suka tengok Ryo pegang watak jahat. lakonan dia betul2 hidup masa dalam Last Friend)... tapi rupanya Cik Kaseh dah salah sangka. sebenarnya watak Ryo dalam drama ni adalah sebagai guru yang baik.

manakala Tackey pula yang biasa pegang watak yang ala2 flower boy, kali ini pegang watak hitam yang memiliki tangan penyembuh. Cool juga watak yang Tackey pegang. tak pernah nampak dia pegang watak macam ni sebelum ni.

Masa mula2 cerita ni, terus teranglah Cik Kaseh kata... memang Cik Kaseh bosan. 1 episod je dah ambil masa dekat dua hari. slow sikitlah. mungkin sebab episod pengenalan kan. lepas tu pulak nak kena berfikir pula lagi dalam setiap babak... dah lah tengok secara online masa tu... memang malas gilerlah nak sudahkan.

tapi mujur hari tu masa Cik Kaseh melepak kat rumah Nemo jumpa dvd cite ni dekat rak dia. teruslah cik kaseh sambar, sudahkan episod yang tak habis2 dulu.

jangan terkejut... walaupun pada peringkat awal ceritanya agak memeningkan tapi lepas je episod 3, Cik kaseh dah tak boleh nak stop dah. setiap plot berkait cantik sampai Cik kaseh tak sanggup nak tinggal... even nak turun bawah pegi makan dulu pun Cik Kaseh dok postpone2. akhirnya sampai 5.30 pagi baru Cik kaseh stop. dah tamat cerita barulah boleh lena tidur. betul tak... selagi tak habis, asyiklah terfikir2 apa yang berlaku seterusnya.


Sinopsis :
Biarlah Cik Kaseh cerita serba ringkas pasal sinopsis cerita ni... cerita ni mengisahkan pasal dua orang lelaki ni. Ryuzaki Shinji(tackey) yang pegang watak hitam (tapi in the end actually dia bukan jahat) tapi mempunyai tangan yang berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit. manakala Aoi Ryosuke (Nishikido Ryo) seorang yang baik tapi mempunyai tangan yang berkuasa untuk membunuh.
Banyak isu2 tersirat yang cuba dibongkar disebalik kuasa yang mereka berdua miliki. setiap tindakan Ryuzaki memang akan memberikan pandangan negatif penonton tapi sebenarnya setiap tindakan dia bersebab. Aoi anggap Ryuzaki sebagai musuh sejak dari awal tapi akhirnya dia dapat jawapan disebalik setiap tindakan Ryuzaki.

Bila dapat tahu motif sebenar Ryuzaki di akhir cerita, automatically Cik kaseh teringat kisah antara Uchiha Sasuke dengan abangnya Uchiha Itachi dalam anime Naruto. begitulah sebenarnya yang berlaku dalam hubungan diantara Ryuzaki dan Aoi.

Ops~~ Cik Kaseh macam dah terbagi klue pada korang yang belum tengok. sorry~~

Komen Cik kaseh : tontonlah kisah ni. korang takkan menyesal punya... (walaupun starting dia nak kena banyak berfikir tapi endingnya yang cantik pasti memuaskan penonton)... 4star untuk drama ni!


20100104

Nobody-Wondergirls in Fly Fm


Setiap pagi on the way pergi tempat kerja Cik Kaseh mesti layan lagu2 dalam radio. kadang dengar korean or japan song... sometime layan Fly fm...

Hari pertama bekerja di tahun baru... Cik Kaseh layan Fly fm.
pagi ni lagu pun best2... hilang sikit tekanan dalam keadaan sibuk jalan raya.
siapa2 yang berada di sebelah my Fiona Lime time ni mesti fikir Cik Kaseh gila layan lagu macam kat konsert gig... hahaha~~

tiba2 cik kaseh dengar satu muzik yang tersangatlah familiar. lagu yang pernah menjadi kegilaan cik kaseh tahun lepas. sebenarnya rasa pelik sikit masa mula2 dengar... aku mimpi ke apa? ke tersalah channel ni??? lagu korea dekat Fly fm???

Start je suara girl tu nyanyi... Cik Kaseh rasa memang cik kaseh tak mimpi pagi ni. memang suara WONDERGIRL!! lagu Nobody dah keluar dalam radio kat Malaysia~!!
Bestnye... suka je...

Lagu ni memang agak berhantu sikit. paling faymes tang tariannya. dan baru2 ni lagu Nobody dapat vote tertinggi untuk "Video Of The Year" Klik sini untuk lihat lettest update poll tu.