my tomodachi

20110227

HEY! SAY! JUMP!...10 budak SUGOI~ yang hampir mengatasi 10 jejaka DAEBAK~

HOMAIGOD... virus baru... cik kaseh tak dapat virus ni dari sesiapa
ni memang virus yang datang cari cik kaseh sendiri...

Tentang 10 budak hitam... eh, silap... maksud saya 10 budak kawaii dari kump di bawah agensi yang sama dengan NewS dan KAT-TUN iaitu Hey! Say! Jump!(HSJ)...

Ehem ehem...cik kaseh mmg suke ltak pic pertama dgn tema PINK agaknya...sblm ni NewS pun pink...

Pengenalan ; HSJ pada mulanya terbahagi kepada 2 kump. iaitu Hey! Say! 7 dan Hey! Say! Best. mereka telah digabungkan menjadi sebuah kumpulan yang besar sebagai Hey! Say! Jump dan debut pada tahun 2007. Nama Hey Say sebenarnya berasal dari perkataan Heisei dimana kesemua ahli HSJ lahir pada era Heisei yakni 1990 & ke atas. & JUMP bermaksud Johnny's Ultra Music Power. (ok..rasanya ini adalah pengenalan yg super pendek tapi padat...jelas bukan..hehe)

Now...mari berkenalan dengan HSJ...Cik kaseh start dulu dengan ahli2 yg berasal dr Hey! Say! 7

dari kiri; Keito, Chinen, Yuto, Yamada, Ryutaro


* NAKAJIMA YUTO... dia adalah ahli pertama dalam HSJ yang cik kaseh kenal... 1st time tgk dia berlakon drama ENGINE lakonan Takuya Kimura. Waktu tu Yuto kecik lg & tersangatlah kawaii~~ ❤O❤ ...sape tak percaya baik pergi stalk Yuto ni..Daiki pun ada dlm drama ni... dua2 pun kawaii~~...
* Tarikh Lahir 10 Aug 1993... baru 17thn ❤O❤
* Menjadi sebahagian warga JE pada thn 2004.
* antara ahli HSJ yang menonjol dalam bidang lakonan. Maybe sebab dia berlakon di samping senior2 dia yang feymes kan. Selain ENGINE bersama KimuTaku. Nama Yuto juga naik waktu drama NOBUTA WO PRODUCE yang dibintangi oleh Kamenashi Kazuya dan Yamapi. dalam drama tu Yuto pegang watak sbg adik kepada Kazuya.
* kawan baik dia dlm HSJ, Yamada Ryousuke...& Chinen Yuri.
* Senior yang dia paling respect ialah Kamenashi Kazuya
* Kelebihan; dia pandai main drum n feymes ngan moon walk dia. kalau perasan dalam setiap persembahan or MV HSJ, Yuto banyak buat moon walk... ^^...ohye...& tap dance...kakkoi~~~❤O❤ 
* Cik Kaseh respect n minat Yuto mcm Cik Kaseh suka kat Yamapi. Yuto ni ada banyak kebolehan menyanyi/menari/main alat muzik/berlakon & muka tersangatlah market...mcm senior dia, Yamapi gaklah kan...hahahaa~~ohye, 1 more thing... blood type dia A... sama ngan Yamapi... Sy suka lelaki jenis A...h ahaha~~.... <-- Cik Bunny~ jangan mareee~...(Siyes saya nampak bayangan Yamapi dalam Yuto...boleh x cik kaseh panggil Yuto as Yamapi junior?... tengok vid kat bawah... dressup yuto time ni mengingatkan sy pd Pi masa persembahan Daite Senorita kat konsert Never Ending Wonderful Story~~)


share kat korang lagu solo Yuto dalam salah satu konsert HSJ.. tajuk lagu ni Uruwashi No bad girl




* YAMADA RYOSUKE... budak ni saya mula kenal lepas drama Tantei Gakuen Q.
* disebabkan muka dia sangat comel...atau cantik?... maka not my taste lah...hahaha~~ tengok pic kat sebelah...punyalah banyak gmbr budak ni dlm lappy sy tp punyalah susah nak cari gmbr yg paling maskulin...hahaha~~ & sometime Yamada ni muka dia iras2 dengan pelakon Horikita Maki.
* Besday die 9 Mei 1993... sebaya dengan Yuto... 17thn
* Yamada Ryosuke yang kadangkala dipanggil Ryo-chan ni kekadang mengelirukan saya dgn my real Ryo-chan(Nishikido Ryo) hahaha~~... Dia pernah berlakon bersama Ryo Nishikido. diorang jadi adik beradik dalam drama NIINI KOTO WASURENAIDE...huhuhu~~cite tu sangat sedeh..sobs~~
* selain dengan Yuto,Yamada ni selalu pairing dengan Chinen Yuri. dalam buku sejarah jepun...Yamada adalah artis kedua selepas Nishikido Ryo yang menyertai dua buah kumpulan dalam satu masa. selain bersama HSJ, Yamada juga merupakan ahli dalam kump NYC. hohoho~~ I likee~~ 



* CHINEN YURI yang super cute n rase cam nak geget geget je budak ni..hahahaha~~
* Besday... 30 Nov 1993
* Chinen ni nampak je kecik... kalau nak compare dengan teman sebaya dia macam Yuto n Yamada memang dia jauh ketinggalanlah... memang kecik budak ni. tapi kecik2 dia pun suara paling nyaring dalam HSJ tuuu~~ kalau u olz dengar lagu debut diorang... time tu dia 14thn..so suara pn tak pecah lagi maka bila dia jerit dalam part chorus lagu tu sangatlah mudah dicam sore budak Chinen ni. hahahaha~~comel...tapi masa tu cik kaseh ingat suara Ryutaro, maknae HSJ tapi rupanya suara baby Chinen...hahahaa~~
* Kelebihan; akrobatik... kalau part akrobatik mmg serah jelah kat budak kecik ni. memang dia terror kowt. & semestinya antara penari terbaik dalam HSJ.
* Dia sangat suka Ohno Satoshi(ARASHI)... boleh dikatakan si Chinen ni macam memuja sangat senior dia tu... apapun benda yang berkaitan mesti dia akan mention nama Ohno. makan Ohno... tidur Ohno... nyanyi Ohno... menari Ohno... semuanya OHNO SATOSHI... gile addict budak ni... kira Ohno ni adalah penyebab untuk dia terus berada di agensi JE tu...hohoho~~
* selain Yamada, Chinen juga merupakan ahli dalam ... untuk pengetahuan, NYC bukan sub unit dari HSJ tapi merupakan satu kumpulan lain di bawah agency yang sama iaitu Johnny.


*MORIMOTO RYUTARO


... yang paling muda tapi selalu berlagak macam budak besar.
* Besday... 6 Apr 1995 (15thn)... mak aiii~~...memang tahap under age betul ni. maknanya dia debut pada usia 12thn dan dia merupakan artis termuda debut dalam JE... maybe dekat jepun juga..hehe~~
 * even Ryuu ni yang paling muda dalam HSJ tapi dia tak nampak macam maknae sangat sebab dia selalu berlagak dewasa... disebabkan dia budak sekolah lg, sometime bila ada show ngn HSJ, Ryuu kena buat kerja sekolah... bila dia tak tau nak buat home work... dia suka pretend mcm dia tade masalah... bila budak2 HSJ lain terutama yg besar2 cm Yabu n Hikaru nak tolong dia tak nak & still berlagak yang dia tak ada masalah siapkan home work dia.
* selalu dapat soalan cepumas dari Takaki Yuya tentang siapa yang paling kacak dalam HSJ n siapa yang paling Ryuu suka n sayang dalam HSJ. Dan Ryuu dengan terpaksa memberikan jawapannya ialah Takaki...hohoho~~mcm dia takut sket kat Takaki yang perangai ala2 BakaNishi tu...
* Ryuu ada seorang adik lelaki yang juga merupakan Johnny's Junior iaitu Morimoto Shintaro yang muda 2 thn drpnya.


* OKAMOTO KEITO

yang tak banyak cakap...hurm~agaknya sebab masalah slanga japan dia kot...huhuhu~~
 * Dia dilahirkan di Tokyo pada 1 Apr 1993. Kyaa~~ april fool..hehe. Keito kemudian menetap di England selama beberapa tahun(since 10-14years old). Dis
ebabkan dia menetap lama di luar negara maka dia boleh speaking English dengan baik... but actually Keito tak suka speaking english... <--dia cakaplah, bukan cik kaseh...
* Ayah dia adalah bekas anggota kumpulan Otokogumi yang juga merupakan di bawah label JE... fuhh~~ like father like son...anak beranak under Johnny's... manakala ibunya, Nishi Katsue merupakan seorang model.
* Kebolehan; dia tak banyak part dalam nyanyian tapi dia pandai main gitar...hurm~~tak banyak benda best nak cerita pasal Keito ni sbb dia mmg sgt low profile....boleh dikatakan Keito ni ahli HSJ yang paling kurang menonjol..hehe


 
Wahhh~~ banyak sungguh saya membebel pasal budak2 HS7 kan...so skang giliran Hey! Say! Best(HSB) pula...sebelum tu nak mention awal2... anak ikan saya ada dalam HSB, so jgn ada cobaan untuk berebut bias dengan cik kaseh ye..kuikuikui~~ ^^

Dr kiri; Takaki Yuya, Inoo Kei, Daiki Arioka, Hikaru, Yabu Kota


* YABU KOTA yang Cik Kaseh nak chop awal2 sebelum kena chop dengan orang lain~~tu pun kalau ada lah yg nak berebut sebab ada orang tu cakap muka Yabu macam CHILD PLAY... huhuhu~~ HOW DARE U Bunny Neuron!!!!
* besday...31 jan 1990.. huhuhu~dah lepas...tak sempat nk sambut sbb baru minat die... ;(
* He entered JE on Sep 2001 as a trainee with his childhood friend, Inoo Kei.. (eh, apsal tetiba nak type in english plak ni...hahaha... )
* Yabu memiliki suara bernada paling tinggi dalam sejarah Johnny's Agensi yang menyebabkan dia dipilih sebagai ketua dalam Johnny's Junior 2 bulan selepas dia jadi trainee. -1 lg fact... sila dengar lagu NEWS NIPPON-NewS versi original, part chorus bhg hujung lagu...suara Yabu yang tinggi telah terekod dengan jelas dalam lagu ni...
* Kelebihan selain suara dia... Dia pandai main alat muzik...gitar & piano... dan dia penulis lirik.
* He love red.. like me...
* Dia kawan baik dengan Inoo Kei... tapi dengan Hikaru pun dia rapat jugak. Bila tengok YabuHika pairing Cik kaseh terus teringat kat SiKwang pairing dalam ZE:A... cuma bezanya Hikaru tak se'BADUT' Kwanghee & Yabu pula taklah se-clumsy Siwan tu..hehehe~~
* Yabu rapat dengan Akinishi Jin. pernah dengar rumor yang Jin siap jumpa dengan mak Yabu sebab nak ambik Yabu jadi adik angkat dia. Jin pernah cakap kat Yabu supaya stay dengan dia sampai umur 14 thn....then?betul2 sampai 14 thn je kot sbb sekarang tak nampak pun macam Jin rapat dengan Yabu lagi...
* Tiada ketua kumpulan dalam HSJ(diorang memang decide xnak ada ketua dalam group diorang)...tapi dalam diam rasanya diorang anggap Yabu as a leader diorang. maybe sebab Yabu yang paling tua dalam HSJ so diorang anggap Yabu macam abang sulung dioranglah kot...so apa2 hal Yabu yang selalu lead. exp; jawab soalan press/ucapan kat atas pentas & etc.
* Kakak Yabu minat kump ARASHI, then dia hantar resume Yabu pada JE tanpa pengetahuannya & Yabu diterima menyertai JE dengan mudah selepas ujibakat. Bila dia jadi trainee JE, jadual dia sgt pack n dia kena berlatih hampir setiap hari sehingga menyebabkan dia hampir give-up. Tapi sebaik dengar yang mak dia akan belikan dia soccer badge kalau dia stay dekat JE, dia terus decide untuk terus jd trainee JE. <--Yabu yang sangat gilakan bola sepak..hahaha~
* Yabu study dekat Horikoshi High School dimana kebanyakan artis JE pun belajar kat situ termasuklah Yamapi/Teshi(NewS), Matsumoto Jun(ARASHI),SMAP n Kinki Kid(senior2 diorang)... dan gang2 HSJ yg lain spt Hikaru/Yuto/Yamada/Chinen&Daiki.
~kyaaa...apsal pjg sgt cik kaseh bebel psl Yabu ni... <--1 pe'el plak ngn cik bunny yang suka cite pjg lebar psl bias die...huhuhu~~


* DAIKI ARIOKA


yang gaya nak macho... tapi dia memang stock macho lah...
* Besday 15 Apr 1991

* sebelum Keito n Ryuu... Daiki & Yuya adalah ahli HS7.
* Dai-chan join jd JE trainee pada thn 2003
* berlakon bersama Yuto dalam drama ENGINE. (Cite ENGINE ni korang memang kena tengok. cite die best n banyak menerapkan nilai moral. selain dr tu banyak pelakon2 yg bertaraf star dlm drama ni... Takuya Kimura/Toda Erika/Ueno Juri/Koyuki)

* dia suka
orange colour~~
* sametime Dai-chan ni mcm Yabu's fanboy... Q:Kenapa awak rasa JUMP hebat? Dai-chan Answer; sebab Yabu ada bersama kami Q:Sebutkan perkara yang membanggakan dalam JUMP? & jawapan Dai-chan: Kami ada Yabu-kun!!!... <--mujur dia tak jadi macam Chinen yg betul2 die hard fan Ohno Satoshi... hihihi~~
* kawan baik dia dlm HSJ ialah Yamada Ryo-chan~~

* Ambil masa sekurang2nya 30minit dalam bilik air & selalu kena komplain dengan family dia pasal tabiat dia ni.
* Dia paling benci subjek Math sebab dia tak suka hafal formula.

 

* YAOTOME HIKARU yang kalau takde dia HSJ akan suram. Senang cite dia ni mood maker dalam HSJ. Tukang buat lawak & tukang menceriakan suasana.
* Cik Kaseh kenal dia lepas tengok drama ORTHROS NO INU. Dalam drama tu Hikaru punya watak jahat so saya tak expect pula dia ni gila2 sengal kat luar drama. pada mulanya pun Cik kaseh x pandang sangat kat Hikaru sebab dia tak comel mcm yg lain2 <--boleh plak mcm ni..kikiki... tapi bila dah kenal HSJ, Hikaru antara yang paling cik kaseh minat sekarang selepas Yabu & Yuto.
* Kawan baik dia dlm HSJ ialah Yabu dan Inoo... I love

InooBuHika~~~ ❤❤❤
* Besday 2 Dec 1990
* masuk JE n become trainee pada Dec 2001
* Kebolehan; main alat muzik(gitar bass), compose lagu & selalu pairing dengan Yabu kalau buat lagu. hurmm...diorang memang selalu bersama since dekat Ya Ya Yah lagi... lagi fact; dia kuat jalan n kuat lari.
* 1 part pasal Hikaru yang Cik Kaseh suka... kadang dia terlebih confident dalam suatu perkara even confident die tu tak kene tampat langsung... perangai macam Shige(NewS)... kawaii~~
* Dia minat Nsync terutama Justin Timberlake & Red Hot Chili Peppers.


* INOO KEI


...he have a eye smile yang buat dia sangat kakkoi n sometime so sweet like candy~~ ❤❤❤ * besday... 22 Jun 1990
* Kelebihan; main alat muzik terutamanya Piano n sometime gitar jugak... kalau Yabu gile soccer, Inoo pula gila basket ball... n dia pandai melukis
(yg ni tak sure sbb belum pernah tengok lukisan Inoo-kun)
 * As we know(cik kaseh dh cite kat atas) dia bestfriend dgn Yabu & Hikaru.
* Dia join JE sama2 dengan Yabu pada Sep 2001.
 * dia suka study english & impian dia nak honeymoon dekat USA...(pulak~).. 

* mcm Dai-chan, tak suke Math.
* even dia kawan baik dgn YabuHika tp dia tak sama sekolah ngn YabuHika. 1 fact; dia suka call Yabu or Hika pagi2 buta b4 pegi skull(waktu diorang skolah dululah) & tindakannya buat Yabu geram sbb jadual persekolahan Inoo x sama dengan Yabu n Hika.
* senior yang dia respect dalam JE : KAT-TUN




* TAKAKI YUYA yang suka berlagak kool tapi kadang2  perangai agak baka baka sket...hahaha~~
* besday... 26 Mar 1990
 * Senior yang dia suka.. Akinishi Jin. No wonder gaya dia pun sometime nampak bayangan Jin. Perangai dia pun sama!!! suka acting cool lepas tu sometime agak baka baka sket. kalau dekat KAT-TUN dulu ada BAKANISHI kan... boleh tak kat HSJ ni saya nak panggil mamat ni BAKAYUYA?... suka attack Ryuu kalau dlm HSJ. mentang2 Ryuu yang paling muda kan...hahaha~~ The Devil!!!
* Jadi trainee dekat JE pada June 2004.
* Famous dengan drama Gokusen3. [trivia : setiap season drama ni ada artis JE berlakon. Gokusen1: Matsumoto Jun(ARASHI)/Gokusen2:Kamenashi Kazuya,Akinishi Jin(KAT-TUN)]
* Dia tak handsome sangat tp dia seksi. Tang bibir tu yang paling seksi... (sama macam Jin a.k.a. BakaNishi)... tapi seksi Takaki belum sampai dpt tittle Sexy Osaka Man macam Ryo Nishikido lah even dia berasal dari Osaka juga. ^^
* Dia memang kool tapi bila dia naik angin sume budak HSJ takut kat dia.

Dah habis cite pasal biadata HSJ... penatnya saya... tapi seronok~~ (^_^)V

 



P/S : 10 lelaki daebak dari Korea ialah Super Junior... siapa kata susah nak kenal HSJ yang ramai.. sedangkan SuJu yang lagi ramai(plus 3 ahli yg dah out & 2 ahli SuJu M) pun boleh melekat di hati....

P/S : Jangan pelik tengok font dlm entri cik kaseh kali ni sume kena bold... blogspot sengal ni yang menyebabkan saya tak boleh normalkan balik tulisan ni...huhuhu~~ kesian cik kaseh...

20110221

K.A.T.-.T.U.N ....Group Bajet Cool Yang Cik Kaseh Suka... ^^

Untuk entri pasal group jpop yang seterusnya ni bukan cik kaseh yang tulis. Cik kaseh tukang kopipes dari blog kawan je. oleh kerana Mss Bunny Neuron dah meng-offer dirinya untuk menulis entri tentang KAT-TUN, maka dia juga dengan senang hati benarkan cik kaseh kopipes entri dia dari LIVEJOURNALNYA. So, untuk anda semua..selamat berkenalan dengan KAT-TUN malam ini... Douzo~ (^_^)V



Konnichiwa~!!
Um.. sebenarnya cik bunny dah lama xguna Livejournal untuk blogging or utk posting...selalu guna FB ajer.. but since cerita KAT-TUN nih panjang and nak paste gambar2.. so here I am!!~

Intro

KAT-TUN terdiri daripada 6 orang jejaka dibawah naungan Johnny's Entertainment yang ditubuhkan pada tahun 2001, tetapi dorg nih xdebut macam NEWS and artist2 JE yg lain. Walaupun xdebut group nih dapat attention yg sgt hebat.. even dorang punya fanclub lebih ramai dari artist2 yg dah debut.. Mula2 dorg nih just diformkan untuk jadi back dancer Domoto Koichi(Kinki Kids) punya program, saya xingat dah apa ntah nama program tuh.. but then disebabkan ramai sgt peminat mereka.. mereka pun debut pada tahun 2006 dengan lagu REAL FACE!!~ Selepas dari debut dorang.. xde satu pun lagu release dorang yg xdapat no 1 dalam oricon chart.. sume release album/single/digital single.. sume dapat no 1.. begitu lah hebatnya kumpulan KAT-TUN nih... owh lupa plak..


Nama KAT-TUN nih adalah berdasarkan initial dorang.. 

K - Kamenashi Kazuya lebih dikenali dgn nama panggilan kame-chan.. dan hanya dipanggil kazu oleh Jin

      Akanishi.. dia punya so called best friend.. nanti cerita pasal dia ngan lebih lanjut kan bahagian biodata 
      kat bawah tuh...

A - Akanishi Jin, nickname Jin (former KAT-TUN) skunk nih dia dah bukan KAT-TUN.. TT__TT seday..

T - Taguchi Junnosuke, pak lawak dalam group nih.. agak baka baka sket.. and yg paling tinggi
T - Tanaka Koki, gengster and rapper, orang panggil dia koki je..
U - Ueda Tatsuya, nama panggilan Tat-chan oleh orang2 yg terdekat and ueda oleh fans2, popular sebab dia ialah Gackt wanabe.. minat sgt ngan gackt tuh..
N - Nakamaru Yuichi, orang panggil nakamaru jer.. dia nih hebat beatbox, and bila dia nyanyi.. pergh.. 
      suara xsama macam yg bercakap.. pelik kan??


p/s : disebabkan Jin akanishi dah withdraw daripada KAT-TUN pada tahun 2010, KAT-TUN, sepatutnya dah xde A kan... tapi atas perbincangan and idea daripada Kame-chan.. dorang ganti A sebagai KA.. initial untuk KAmenashi, and sebab dia ketua so dorg pun setuju.. so skunk ni.. KA untuk Kame, T untuk Taguchi, T untuk Tanaka koki, U untuk Ueda, N untuk Nakamaru... dah jadi 5 orang!!~ Korang faham ke nih?? hehe

BIODATA

Nama : KAMENASHI KAZUYA
DOB : 23 Feb 1986 ...(Kyaa~~besday hampir sama ngan C.Kaseh n lahir pd thn yg sama ^^)
Tempat Lahir : Edogawa, Tokyo
Siblings : Anak ke-3 dari 3 adik bradik, ada 2 abang, 2 kakak ipar and sorang anak sedara
Enter Johnny's Ent : 12 tahun
Career : 
Singer (KAT-TUN & former Unit of Shuji to Akira with Yamashita Tomohisa aka Yamapi)
Actor : Nobuta wo Produce, Gokusen season 2 etc (even received several award for it), since 2005.
TV host : Cartoon KAT-TUN (ended on march 2010)
Producer & Composer : Kizuna(Gokusen 2 OST), Seishun amigo (Nobuta wo produce OST) & etc. he used a nickname K2 untuk sume lyric & lagu yg dia compose..
Radio host : Nippon Cultural broadcasting 
Sport Caster : Going Sports and NEWS
Model : EVISU etc

* Mula2 Kame nih xminat langsung ngan dunia hiburan.. dia lebih suka sports and main ngan kawan2 dia and have a normal live.. tapi dia terpaksa g audition pada tahun 1998 sebab nama dia disubmitkan oleh sedara dia... keke...
* Nama Kazuya nih diambil sempena comic/manga "touch", dalam manga nih kame ada sorang kembar nama Tatsuya. So secara kebetulan Ueda Tatsuya pun dinamakan sempena comic/manga Touch. and secara kebetulan jugak kame and ueda diformkan dalam satu group.. So disebabkan itu, kame sangat menjaga tat-chan, macam jaga adik sendri padahal tatchan lebih tua.. sapa pun xleh kacau tat-chan or buli tat-chan.. kalau nak jugak langkah mayat kame dulu.. hehehe
* Tahun 2005, kame start berlakon drama, and form unit group called shuji to akira. Masa nih sangat kecoh. KAT-TUN marah ngan kame sebab kononnya mengabaikan KAT-TUN <-- rumors
* Kame sangat rapat ngan Jin, walaupun dia xtermasuk dgn group (ryo, jin, pi & yuu), dia mmg sgt rapat ngan jin, orang start buat speculation yg kame is bi-sexual... and in year 2008 kot.. kalau xsalah.. dia admit yg dia mmg bi-sexual.. dgn jin kah??? itu xdapat dipastikan.. tapi.. masa tahun 2006, he lose weight sangat bnyak sampai berat dia 43kg jer.. masa tu jin fly g LA kononnya nak sambung blajar english.. and tinggal group kat KAME...


Nama : AKANISHI JIN
DOB : 4 July 1984
Tempat Lahir : Chiba Prefecture, Japan
Siblings : Anak sulung dari dua bradik, ada sorang adik laki.
Enter Johnny's Ent : 1998
Career :
Singer (KAT-TUN - former, solo-debut in LA in 2010)
Actor : Gokusen season 2 & etc
Song writer : his solo & etc
TV host : Cartoon KAT-TUN
Radio host : KAT-TUN style

* Failed audition tahun 1998, tapi dia tunggu sebab nak pulangkan sesuatu kat someone, but turns out that someone is Johnny-san, so Johnny trus terima dia.
* best friend with yamapi, which connect him to ryo-chan and shirota yuu.. so dorg skunk jadik BFF, selain dari tuh.. best friend dia ialah kazuya!!~
* suspension from KAT-TUN, year 2006 utk g sambung blajar kat LA, balik selepas 6 bulan kemudian and resume as KAT-TUN, tapi again on year 2010, he announced that dia nak keluar dari KAT-TUN and debut as solo international artist, left KAT-TUN without A initial and have to make Kazuya put his 2nd initial as a replacement.
* pernah colabborate ngan ueda untuk lagu Butterfly!! <--- lagu fav nih!!


Name : TAGUCHI JUNNOSUKE
DOB : 29 November 1985
Tempat lahir : Kanagawa, Japan
Siblings : 3older sister and one brother
Enter Johnny's : 1998
Career :
Singer : KAT-TUN
Actor : Yukan club, hanayome to papa & etc
TV host : cartoon KAT-TUN
radio host : KAT-TUN style
dancer : Dream boy

* lebih dikenali ngan nama Junno, so called the dirty junno. umm.. xtahu bnyak sangat pasal junno.. huhu.. gomenne...
*game freak.. mmg asyk main game je.. tanya lah game apa pun.. gerenti dia tahu!!~ sangat suka ngan game.... video game tau.. or PSP ke.. cm tu la game game yg dia suka...
* he is the comedian in KAT-TUN, known of his bakaness and ke-pending-an yg amat!!~
* always being paired with ueda tatsuya, since akanishi will be with kamenashi, nakamaru and koki.
* the tallest of all KAT-TUN with height 182cm <-- hoho... kira tinggi nih bagi japanese...
*Cik kaseh tambah 1 lg info... Junno ni muka iras2 ngan Max Changmin DBSK... klik sini untuk entri Junno...


Name : TANAKA KOKI
DOB : 5 November 1985
Tempat lahir : Chiba, Japan
Enter Johnny's : 1998
Career :
Singer (KAT-TUN - the rapper)
Actor (Byakkotai, Tatta hitotsu no koi, My boss my hero & etc)
TV host : cartoon KAT-TUN

* most of the rap part in their song is written by Koki himself!~
* hampir-hampir meninggalkan KAT-TUN and JE before KAT-TUN held their first concert.. tapi berubah fikiran selepas KAT-TUN punya concert.. terharu ngan fans agaknyer..
* sangat creative.. pandai illustrate and lukis.. hampir semua barang and logo is illustrated by koki.. dia suka ubah suai dia punya pakaian and kasut and etc...
* Combine with Nakamaru and build their own sub comedic pair of KAT-TUN as TaNaka!!~ Ta from tanaka and Naka from Nakamaru


Name : UEDA TATSUYA
DOB : 4 october 1983
Tempat lahir : Saitama, Japan
Career :
Singer : KAT-TUN
Composer : he composed ai no hana, love  in snow, butterfly
lyric writter : love in snow, ai no hana, butterfly, GOLD, Leciel & etc
musician : plays piano and guitar well and sometimes play in KAT-TUN concerty and also played in his solo concert
TV host : cartoon KAT-TUN
muzical : romeo & Juliette

*First of all, I love him!!! <--- ada kena mengena kah?? pasal ueda panjang sket!! sebab!! I love him so much!! banyak nak cerita nih!!~
* Nicknamed : as uebo by kame, uepi or tat-chan by other KAT-TUN member, ueda by fans, hime by Nishikido Ryo... 
*He is popular because his so called image changed, he changed image with the surrounding people and he changed image by his current interest but stick to one idol which is gackt!!~ at first he is popular because of his shyness and his pale-ness and his snow white skin. but then being popular despite his mysterious side and fragile side and now being popular because of his strong side and boxer side...
* he sees fairies <--- believe me!! he do!! hahah
* macam pelik je kan.. tb2 part ueda ckp english.. ok.. sambung balik.. dia suka main gitar, piano, basketball, suka shopping, suka rock music, and suka slow ballad at the same time, dia suka dolphin, suka macam comic dalam bathtub, suka boxing, suka older girl but are not too good with girls too, suka english and french <-- sbb gackt pun study english and french..
* owh lupa plak.. dia former leader of KAT-TUN, pastu dia xnak jadi leader dah.. so dia pass it to kame.
*The only member of KAT-TUN yg xberlakon but taking musical recently as the romeo in romeo & juliette
*In his childhood, he once witness a men being killed, he went to all boys school and are very allergic to girls school.. keke.. he also has his schedule since he is a child.. one class after one class after school time.. piano, guitar, english etc and his favourite subject is history.
* He is bestfriend with kamenashi and kamenashi really look out for him as a brother... when the period he is in war with ryo nishikido, kame once warned ryo to not speak up like that to ueda again, he also explained to ryo that tatsuya is fragile and easily taken backed by what others said. So beware if you wanna attack ueda.. he got kame.. hehe.. he is also close to nakamaru outside celebrities life... Kame also wish that Ueda will once have his solo concert before their debut : and the wish is granted.. ueda had his solo in 2009!!~
* He got an enemy, Ryo Nishikido, Ryo who is popular with his sharp tounge once attack Ueda on shounen club and even once said he hates ueda the most but to the real life, when people ask ryo to comment on his behavior towards ueda.. he explained.. that is his way of asking.. and he actually didnt meant to put it in mean way.. he was actually curious about ueda and his personalities changed and also the fairies things.. now they already in peace but still.. ryo constantly will tease ueda.. and he called ueda as his princess <-- because ueda got kame as his guard and he is so white, and also he complaints alot.. basically he is not prince since he got lots of feminine side..
* He keep on growing beautifully, and now he is losing all his old traits, such as pale skin and fragile look by boxing, he eats alot to gain weight, he build 6 packs, he tanned his skin and become the strong ueda. no longer the princess ryo once claimed..




Name : NAKAMARU YUICHI
DOB : 4 Sept 1983
Tempat Lahir : Tokyo, Japan
Career :
Singer (KAT-TUN)
Actor : Resque & etc
Special Talent : Beatbox
TV Host : Cartoon KAT-TUN


* He is the peacelover, he is the one who stopped the fight if they are fighting, once akanishi jin and kamenashi  kazuya fight and yelling at each other(rumors said it is because jin going to LA for his study year 2006) and nakamaru locked both of them in one room until they make up again and understand each other.
* Since he is not good in fashion, he shopping in a weird way, he will follow the people who dressed well and follow them to the shop they are going then only he shop.. keke
* Si nakamaru nih close with Ueda nad also Koki, outside KAT-TUN dia rapat ngan Koyama Koichiro(NEWS), and dorang popular sebab mulut dorang yg xberhenti bercakap. (Sama cam koyama yg suke bercakap..eloklah tu)
* Nakamaru jugak popular sebab air liur dia yang suka menyembur, selain tue dia nyanyi gunakan suara yg lain dari yang dia bercakap... <--yang ni mmg betul n Cik Kaseh suka suara dia.


Yaaaahhh~~~ panjang gile kan entri Cik Bunny Neuron ni...fuhh~~ patut pun die bleh selamba badak komplen entri NEWS cik kaseh pendek sangat...cheit!




20110212

NewS - The History from Kaseh Esmiralda

wow~~ jambunya kaler pink <3 <3


......................................... Cik Kaseh tengah pandang lappy macam merenung kekasih hati <-- sebenarnya tak ada idea nak start dari mana cerita pasal NewS ni... huhuhu..... 

Okey... mari mula dengan zaman penubuhan kumpulan ini pada tahun 2003. Nama NewS adalah kependekan dari N=north, E=east, W=west, S=south. Pada awalnya ada 9 orang ahli dalam kumpulan NewS. Mereka terdiri daripada sub2 unit dalam Johnny's Entertainment(JE) yang telah dilatih sejak dari kecil. maksudnya diorang ni semua dh jadi artis sejak kecik... kiranya membesar bersama2lah. tu pasallah diorang ni rapat.

NewS ketika 9 orang

NewS terdiri daripada Yamashita Tomohisa/Nishikido Ryo/Koyama Keichiro/Takahisa Masuda/Shigeaki Kato/Tegoshi Yuya/Uchi Hiroki/Kusano Hironori dan Takahiro Moriuchi pada tahun 2003. Moriuchi telah menarik diri dari NewS pada 2004 atas sebab peribadi. 

NewS keluar dengan single pertama yang bertajuk NewS Nippon yang digunakan sebagai lagu rasmi untuk World Cup of Volleyball Championships. Single ke2 mereka menyusul kemudian dengan tajuk Kibou ~Yell~ pada 2004. Nama NewS semakin mantap dan lagu2 mereka selalu menduduki carta teratas.

Tahun 2005 bermulanya  zaman kejatuhan NewS apabila Uchi Hiroki didapati bersalah kerana gangguan awam akibat pengaruh alkohol di bawah umur 18thn. dia telah digantung dari penglibatannya dalam kedua2 buah kumpulan(NewS/Kanjani8). Hal tersebut telah menjadi isu besar dalam industri hiburan Jepun sehingga menyebabkan nama NewS terjejas sama.

[Kenapa ayat Cik Kaseh kat atas tu macam gaya berita dalam surat khabar? huhuhuhu~~]

Tidak lama selepas kes Uchi Hiroki, pada tahun yang sama Kusano Hironori turut dikenakan tindakan yang sama atas kesalahan yang sama, minum arak di bawah umur 18thn. NewS menghentikan segala aktivitinya selama setahun akibat kedua2 kes tersebut.

 Mereka kembali aktif semula pada disember 2006 dengan single ke7, Hoshi Wo Mezashite. Dan kalau tak silap Cik kaseh start serius addict dengan NewS sebaik tengok 1st tour concert mereka waktu ini (b4 dat sy minat NewS sekadar nak cuci mata menikmati kehanseman serta ke-cute-an mereka... ngeee^^). Never Ending Wonderful Story adalah 1st tour consert NewS. Diikuti dengan NEWS Concert Tour Pacific 2007-2008 <--ini merupakan konsert bertaraf DOME pertama NewS. Selepas itu Winter Party Diamond pada penghujung 2008. Dan konsert terbaru mereka pada september 2010 “LIVE! LIVE! LIVE! NEWS DOME PARTY 2010".

Ish... terasa macam dah banyak sangat membebel... apa kata kita berkenalan dengan ahli2 NewS ^^ 



YAMASHITA TOMOHISA (Leader)
Nickname : Yamapi, Pi, P-chan
Birthdate : 9 Apr 1985
Birthplace : Chiba, Japan
Blood type : A
Sub Group : Shuji to Akira / Kitty GYM
Solo song : Gomen Ne Juliette/Daite Senorita/1 In A Million e.t.c.
Drama : Proposal Daisakusen/Code Blue/Buzzer Beat/Kurosagi/Nobuta Wo Produce e.t.c.
Trivia : He have same necklace with Ryo-chan/Akinishi Jin n Shirota Yuu. It's a friendship necklace Jin bought for them... ^^ 


sy dah chop mamat ni sejak 5thn lps tau
NISHIKIDO RYO
Nickname : Ryo-chan, Ryotan, Dokkun(diz names by Yokoyama Yuu... coz of his sharp tounge... mulut die puaka!)
Birthdate : 3 Nov 1984
Birthplace : Osaka, Japan
Blood type : O
Group : Kanjani8 & NewS
Song : Code / Ordinary / Half Down
Drama : 1 Litre Of Tear/Attention Please/Last Friend/Orthros No Inu/Ryusei No Kizuna e.t.c.
Trivia : He said Tegoshi is his lovely pet n he call Tegoshi as Tego-nyan ..Erk~~


TEGOSHI YUYA
Nickname : Teshi, Tego, Tego-nyan
Birthdate : 11 Nov 1987
Birthplace : Kanagawa, Japan
Blood type : B
Sub group : TegoMass
Solo song : Kesinai / Stars
Drama : My Boss My hero / Yamato Nadeshiko Sachi Hange
Trivia : He's studying Psychology at Waseda University right now.



TAKAHISA MASUDA
Nickname : Massu
Birthdate : 4 Jul 1986
Birthplace : Tokyo, Japan
Blood type : O
Sub Group : TegoMass
Solo Song : Pumpkin / Akatsuki
Trivia : He really love food n he can cook very well ^^



KOYAMA KEICHIRO
Nickname : Koyama, Kei-chan, Kei, Koyamachii
Birthdate : 1 May 1984
Birthplace : Tokyo, Japan
Blood type : O
Solo Song : Love Addiction 
Radio Show : K-chan News (KちゃんNEWS)
Drama : Kurosagi (epi 2) / Hana Yome wa Yakudoshi
Trivia : He is a good speaker. He is often called by Jyannis when changes occur in performances to be the one to announce it.


SHIGEAKI KATO
Nickname : Shige
Birthdate : 11 Jul 1987
Birthplace : Osaka, Japan
Blood type : A
Solo Song : Kakao / Happy Music
Radio Show : Shige Togather
Drama : Freaky 7 Days / Trouble Man
Trivia : He writes his blog from the point of view of a fictional cat named "Wagahai." ... Wagahai Shige De Aru... This is a parody he did based off of Natsume Soseki's "I am a cat." which is his favorite book.


P/s : Cik Kaseh stop dulu untuk entri pasal NewS... nak layan Trouble Man lakonan Shige... hehehe~~~baru habis d.load full episod... yahoooo~~~

P/ss : konsert solo pertama Yamapi dekat Thailand lagi murah dari SS3... sapa nak pegi... jom~~~... <--ajak orang mcm senang2 je dpt pegi ke sana.... toloonnggglaaa~~~ Yamapi, lepas ni kalau dtg KL, call Cik kaseh dulu... u dtg senyap2 lepas tu bini U kat penang meraung kat I tengah2 malam...huhuhu~~   <--do u remember diz Bunny Neuron? kuikuikui~~~