my tomodachi

20110906

Review Film : BECK... untuk pencinta muzik


Kenapa saya tiba-tiba d.load dan tengok movie ni?
jawapannya sebab saya seorang pencinta muzik...walaupun hakikatnya saya tak reti langsung main alat muzik... (╯︵╰,)

Movie ni memang best...Cik Kaseh berani bagi 4 daripada 5 bintang.
cerita ni bukan hidup hanya disebabkan pelakon2 yang memang sudah bertaraf STAR tapi cara penceritaan serta kekuatan setiap watak yang hidup biarpun sekadar watak pembantu.

Para pelakon yang menghidupkan filem ini ialah;


Watak utama (Koyuki Tanaka) yang dilakonkan oleh Sato Takeru...siapa yang tak kenal, dia pernah berlakon dalam Bloody Monday sebagai sahabat Falcon...(cik kaseh x ingat nama watak dia dalam Bloody Monday)...selain tu dia berlakon dalam Mei-chan's Butler gak. Watak dia ni ala2 macam Kobayakawa Sena dalam Eye Shield 21 la...seorang budak lemah yang selalu kena buli tapi sebenarnya dia ada 1bakat terpendam yang sangat mengagumkan. mamat ni syok dekat Maho Minami, adik Ray.

Mizushima Hiro pula memegang watak Ray atau nama sebenarnya Ryusuke Minami. Dialah yang menubuhkan band BECK ni. Beck sebenarnya adalah nama anjing peliharaan Ray yang pernah diselamatkan oleh Koyuki. Disebabkan anjing tersebutlah juga Ray dan koyuki berkenalan. Watak Ray ni nampak kool dan menggambarkan seorang pemuzik sejati.

Shioki Kutsuna yang memegang watak Maho Minami baru balik ke Jepun setelah tamat pengajian di USA. Dia adik kepada Ray. Seorang yang independent dan berani dalam setipa tindakan. ada kisah yang menarik dalam hubungan diantara Maho dan Koyuki.

Mukai Osamu memegang watak sebagai pemain bass yang bernama Taira. Ray sanggup bersaing dengan band lain semata-mata mahukan khidmat Taira untuk band yang baru ditubuhkannya. Itu cukup untuk menggambarkan kehebatan Taira sebagai pamain bass. habit dia setiap kali jamming mesti tanggal baju. Pertama kali melihat Mukai Osamu yang memegang watak macam ni. maksud saya lari dari watak2 romantik dan kacak. Not bad! best gak...

Aoi Nakamura sebagai Saku. Dia join BECK sama2 dengan Koyuki. Dia adalah pemain drum. Pelajar baru di sekolah Koyuki yang secara tak langsung telah jadi sahabat Koyuki. Saku mungkin telah menjadi salah satu sebab Koyuki berubah menjadi sedikit berani dan mula menunjukkan bakat terpendamnya sebagai pemuzik. hurm~ cik kaseh tak begitu mengenali pelakon ni tapi melalui info yang saya baca dia merupakan pelakon dalam Hana-Kimi Remake dan memegang watak utama, Sano Izumi.

Kiritani Kenta sebagai Chiba. Mood maker dalam BECK. Dia adalah ahli terawal yang join BECK. position dia sebagai rapper dan vocalist dalam BECK. Watak Chiba ni lebih kepada si tukang lawak yang menghidupkan kisah BECK je. Selain itu kawan baik Ray.

Cik Kaseh rasa korang baca pengenalan watak2 saja pun dah boleh tangkap macamana cerita ni kan. So rasanya tak penting sangat kot nak cerita sinopsis dia. Apa yang penting, kalau korang semua merupakan seorang pencinta muzik, tengok sajalah filem ni. Gerenti Best!

Untuk penutup, jom layan lagu Moon Beams daripada BECK.
Lagu ni merupakan persembahan penutup dalam konsert diorang dan merupakan lagu penutup untuk filem ni. TERBAEEK punya... Jom layan...







P/s : Woi Cik Anjenemo, kalau ko nak movie ni aku ade!!!


20110904

Review Film - I Give My 1st Love To You

Waaa~~ sejak kebelakangan ni banyak juga drama dan film baru yang cik kaseh tonton tapi aduh~~ malas betul nak conteng2 tulis review untuk korang semua. tape... cik kaseh akan cuba buat satu persatu. 

Sementara mood Beast saya dah mula terkawal sekarang ada eloknya Cik Kaseh siapkan entri ni. (^_^)V



Ini adalah film terbaru yang Cik Kaseh tonton. tapi sebenarnya film ni bukan film baru. Jika anda pernah menonton film Koizora dan sukakannya, saya pasti anda juga akan suka film ni. Secara akarnya kisah dalam film ni sama dengan Koizora tapi dari segi plot ia agak berbeza dan tersendiri.

Bagi penggemar kisah2 cinta saya syorkan anda tengok film ni. I GIVE MY FISRT LOVE TO YOU (Boku No Hatsukoi Wo Kimi Ni sasagu) bermula dengan kisah dua pasangan ini ketika masih kecil.

Takuma(Okada Masaki) seorang budak lelaki yang mempunyai masalah jantung dan akan mati sebelum usia 20thn. Dia berkenalan dengan Mayu(Inoue Mao) yang merupakan anak kepada doktor yang merawat Takuma. Mereka menjadi sangat akrab dan akhirnya mereka saling jatuh cinta setelah dewasa.

Disebabkan penyakit Takuma telah menghalang hubungan mereka untuk pergi jauh. Maka Takuma mengambil keputusan untuk berpisah dengan Mayu dan berpindah sekolah. Namun Mayu tidak putus asa dan tetap menjejaki Takuma. Baginya Takuma adalah cinta pertama dan terakhirnya. Walaupun munculnya orang ketiga dalam hubungan mereka dan hanya melalui pemindahan jantung sahaja dapat menyelamatkan nyawa Takuma.

Komen saya, kisah cinta ini agak menarik. sikap Mayu yang degil dan setia pada cintanya terhadap Takuma memang sweet. Takuma pula adalakala fikirannya yang agak nakal sangat mencuit hati. 



Dan salah satu daya penarik untuk menonton film ini ialah pelakon yang membintanginya;


Okada Masaki... (Hana-Kimi)
Kyaaa~~ kakkoiii ❤O❤


Inoue Mao... (Hana Yori Dango)
Waaa~~ kireii~~❤O❤


poster film sama dengan manga...


Sebenarnya film ini berasal dari sebuah manga. yang ini biasalah. Jepun memang terkenal dengan drama dan film yang diadaptasi dari manga dan novel. So, itu saja review saya untuk kali ini. untuk sesiapa yang bercadang untuk menonton film ini dengan kadar segera anda bolehlah menontonnya di DramaCrazy.