my tomodachi

20091225

Seigi No Mikata... Bila Adik Menjadi Hamba Kepada Kakak...


Hai hai minnasan~~

lagi review drama yang tak berapa baru yang baru Cik Kaseh tengok.

Cik Kaseh tak sengaja pun nak tengok drama ni
hari tu Cik Kaseh nak cari satu cv baru yang dilakonkan oleh Hongo Kanata
pastu terjumpa plak fan vid. Hongo ngan Shida Mirai
terus tertarik... sebab minat diorang dua ni punya lakonan.

Cerita dia memang menarik!
dan sangat tak boleh blaaa~~



Dasyat betul bila dapat kakak yang super evil macam Nakata Makiko ( Yamada Yu) tu. dari kecik sampai besar Nakata Youko (Shida Mirai) ni jadi hamba kakak dia. dia kena ikut segala arahan kakak dia. Dia juga kena melayan segala hobi dan kesukaan pelik kakak dia. dia juga kena jadi penyiasat untuk kakak dia. paling teruk dia kena siasat tentang lelaki yang kakak dia suka.
Si Makiko ni pulak dalam sifat dia yang evil semacam tu dia seorang yang genius dan selalu bernasib baik. apa saja ke-evil-an yang dia buat mesti berakhir dengan tuah yang menyebelahinya.




bila Makiko ambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya Yoshikawa Naoki ( Mukai Osamu) Youko rasa ini adalah peluang kebebasannya. tapi segala harapannya tu sia-sia sebab dia memang takkan ada peluang untuk lari dari menjadi hamba Makiko.



Watak Hongo Kanata pula... dia sebagai Okamoto Riku, pelajar faymes kat sekolah Youko. semua gadis gilakan dia. satu hari Riku ni pinjam buku teks Youko dan bermulalah perkenalan mereka waktu tu. kebetulan pula lagi Riku ni duduk satu apartment dengan Naoki-san, kekasih Makiko.

"Cik Kaseh~~!!! pendekkan cerita!!
panjang sangat dah membebel ni...."

Okie dokie... Cik Kaseh pendekkan cerita ya...

Banyak sangat part2 menarik Cik Kaseh nak kongsi sebenarnya... tapi macam tak best pulak nak bagi tahu semua kan... apa kata korang yang belum pernah tengok tu pergi tengok sendiri.
Klik Seigi No Mikata untuk tengok secara online.

secara keseluruhannya drama ni memang sangat menarik dan berbaloi untuk ditonton. endingnya pun best. hubungan Youko dan Riku berakhir dengan sweet even diorang kena berpisah sebab Riku kena balik Osaka, rumah ayah dia. Ada sikit part touching masa Naoki ambil keputusan nak bercerai ngan Makiko sebab dah tahu true color isteri dia yang sebenar.



Tapi jangan risau... it's happy ending actually.
Makiko tetap sayangkan adik dia even cara dia agak keterlaluan dan Youko pun sangat sayangkan kakak dia even selalu dia rasa tak puas hati sebab kena buli.

Part ni sangat cute. bila Makiko kantoikan Riku suka kat adik dia, Youko.
Hongo Kanata sangat kawaii masa nervous. kikiki~~

Ok, itu saja entry untuk kali ini. Chiow~~

20091219

Tak Ada Subs Pun Boleh Gelak...



Everyone must watching this...

:: SS501 & Kara on Intimate Note ::

Cik Kaseh tak tengok habis lagi.. main skip2 je...
sebab tak best tengok tak ada subs.

tapi serious ni... even tak ada subs pun korang boleh gelak

So, hope sangat2 ada someone tolong buat subs untuk cite ni...

Onegai... onegai... onegai...

20091215

Super Junior _ Sorry, Sorry - Answer




::New cv from Super Junior::

Ngaa~~ Sugoi~~!!
Actually ini bukan lagu baru.
Lagu Sorry, Sorry versi R&B
tapi diorang ada tambah2 jugaklah.

Hurm~ ok... err...

...
...
...

sekali lagi...
Cik Kaseh tak de idea nak tulis apa

cuma nak bagi komen
cv ni best.

Part paling Cik Kaseh suka...
4:26 - EunHae rapping... love it XD

Diorang semua sangat kakkoi dalam cv ni (except Shindong... hehe, Shindong tak leh masuk katagori handsome. dia cuma layak jadi comel di mata saya saja... sorry)

Cume yang frust nya...
Kibum takde dalam cv ni...

Tak tahulah mana dia menghilang.
susah betul nak nampak dia sama2 dalam Suju

Siapa2 bloger di luar tu
tahu tak berita terbaru mengenai Kibum skang?
apa projek yang dia tengah buat? bz sangat ke...



20091213

Change... Politik Itu Hantu!


Peh! tajuk entry...
Macam dah tersalah masuk blog pula.
Ini blog Jpop@Kpop ke blog Politik... kikiki

Jangan risau... Cik Kaseh masih waras lagi.
Entry kali ini Cik Kaseh tulis sikit pasal drama terbaru (bukan drama baru) yang Cik Kaseh tengok. CHANGE hasil lakonan mantap pelakon superb Takuya Kimura.



Drama ni keluar tahun lepas. Saing dengan Gokusen 3
Tapi Cik kaseh agak malas nak tengok sebab tahu cerita dia berkenaan dengan dunia politik.
So, not interesting lah kan... (Kalau korang pun mesti fikir macam Cik kaseh gak kan?)

Ada sorang bloger pernah suggest pada Cik kaseh untuk tonton drama ni
tapi Cik Kaseh bilang "Ok... tapi kau bagi aku pinjam. aku malas nak cari"
Jawapan tu bermakna Cik Kaseh takkan tengok drama ni selagi tak de depan mata. hehe~

So, bila sorang member(member lain) ni ada cite Change, Cik Kaseh ambik je.
Dan saya pun meluangkan masa untuk Change malam kelmarin.

Disebabkan pelakon utamanya Takuya Kimura
maka cepat sikitlah saya gerak pergi tengok... hehehe~
(Dia antara pelakon Jepun yang paling best dalam list Cik Kaseh.)



Tengok episod 1... Ngaa~ bosan! pastu kan myampah tengok rambut afro dengan spek mata besar si KimuTaku tu. Weirdo~~



But I change my mind after next episod...
Tengok 2nd pic... hah! yang ni barulah ada gaya perdana menteri kan

My comment...
Sugoi! cite ni memang mantap!
Tak sangka Cik Kaseh boleh kattam 10 episod dalam 1 malam saja.

Tak dinafikan ramai yang akan fikir cerita pasal politik ni membosankan dan memeningkan kepala. memang tak sesuai untuk tontonan para remaja.
Tapi lepas menontonnya Cik Kaseh rasa itu tak betul.
Sebab cerita Change memang interesting.
taklah serius sepanjang masa.
ada gak part2 yang akan buat kita gelak2.
terutama bila tengok perangai Asakura Keita (Takuya Kimura), Nirasawa(Abe Hiroshi) & Hikaru(Rosa Kato)...

Cik Kaseh cerita sikit pasal sinopsis drama ni.
manalah tahu kalau ada yang tergerak hati nak pergi tengok lepas ni kan...

Ok, cerita dia start apabila Asakura Keita, seorang guru sekolah rendah yang tak berminat dengan politik, tiba2 terpaksa gantikan ayahnya, seorang wakil rakyat yang mati akibat terlibat dalam satu kemalangan bersama dengan abang sulungnya. kemudian dia dicadangkan sebagai calon perdana menteri baru. disebabkan background life die yang rapat dengan masyarakat menyebabkan rakyat memilihnya. mereka percaya PM baru ni bakal membawa perubahan dalam life diorang. Dan Keita ni memang popular sebab dia muda, handsome dan dekat dengan hati rakyat. (siap dapat gelaran 'Prince Of Parliament' lagi)
Konfliknya start apabila dapat tahu orang yang paling Keita percaya, Kanbayashi tikam dia dari belakang. Si Kanbayashi ni cuba jadikan PM baru yang muda & tak ada pengalaman dalam bidang politik ni sebagai boneka untuk dia capai impian. Tapi dia gagal sebab Asakura Keita bukan sebarangan orang walaupun pengalaman dalam bidang politik dia zero. kosong persen!


Setelah menonton Change, satu kesimpulan saya dapat...
Bahawa politik itu hantu!
tak kiralah di mana2 negara pun... dunia politik memang dasyat.
susah nak cari orang yang jujur.
semuanya tak boleh percaya.
sampai adakalanya sandiwara mereka boleh mengelirukan rakyat
sehingga mencetuskan perbalahan yang tak habis2... <-- sampai kiamat barangkali.

Politik di Malaysia ni pun sama saja.
Semua orang pun gilakan kuasa.
lepas tu yang jadi mangsa siapa?
Rakyat juga...

P/S : tak rugi menonton Change walaupun tak ada adegan cintan cintun. Betul~ aci potong jari~ hehehe~~

Chiow!

20091210

The Best Pairing In My List


Hai hai minnasan~~
konichiwa~~

Entry hari ini mempersembahkan pasangan2 popular yang masuk dalam ranking carta Cik kaseh...

Tempat ketiga jatuh kepada~~

...
...

Pasangan EunHae a.k.a Eunhyuk & Donghae



Walaupun baru je mengenali SuJu tapi Cik Kaseh rasa diorang memang couple yang best. (couple di sini bukan bermaksud pasangan kekasih, okey. sila jangan salah sangka dan anggap mereka pasangan gay)

Tak banyak perkara yang Cik Kaseh boleh kongsi tentang mereka. cuma setiap kali menonton apa2 saja show yang ada Eunhyuk & Donghae, Cik kaseh tertarik. dan pasti akan tengok berulang kali.


Lagi satu suka pasangan ni sebab sometime yang sorang tu terlebih nakal hingga menimbulkan kemarahan yang sorang lagi tuh. pastu diorang terror menari. suka part EunHae dalam 'Sorry Sorry'... cool~~





Tempat kedua jatuh kepada~~

RyoPi a.k.a. Nishikido Ryo & Yamapi


Tentang dua orang jejaka hot ni... jangan peliklah
memang banyak pasal mereka yang Cik Kaseh berjaya siasat.
maklumlah I kipas susah mati RyoPi (terutamanya Ryo-chan)

Tapi tak nak cite banyak2 sangat
sikit sudah... kan kan kan...



RyoPi bersahabat sejak di zaman remaja... err, kanak2 kot...
(Ryo nampak terlalu kecik biarpun dia lebih tua dari Yamapi, kan)

Ryo berkenalan dengan Yamapi dalam satu camp anjuran Johnny's Ent.
Mereka jadi rapat. Dan disebabkan Ryo berasal dari Kansai dan Yamapi dari Tokyo maka Yamapi bertindak sebagai penjaga Ryo... <-- bunyi macam kelakar sebab mereka masih budak2 waktu tu.

Yamapi seorang yang caring dan suka bertindak sebagai penjaga kepada orang2 yang disayanginya. Manakala Ryo pula seorang yang suka menguji orang kesayangannya dengan tindakan2 yang menyakitkan. Dia tidak pernah bersikap baik terhadap orang2 yang disukainya. Hanya Yamapi yang mudah menerima sikap pelik Ryo.

Hermm~~ apa lagi ya... saya tak ada idea nak tulis apa sebab banyak sangat yang terlintas di otak saya sekarang. sebelum saya merapu banyak sangat pasal RyoPi baik saya stop terus.

Oh,ya... di bawah ni saya sertakan satu keratan tentang RyoPi yang sangat sweet dan cute... (tapi tak tahulah jelas atau tak untuk di baca...)




And my best pairing goes to~~

JoongBo couple!!!
a.k.a. Hyunjoong & Hwangbo



Walaupun mereka berdua ni bukan couple betul2 tapi rasa sangat best tengok mereka bersama dalam We Got Married. disebabkan rancangan tulah saya semakin meminati Hyunjoong.

Saya rasa tak perlu saya cerita banyak tentang couple ni sebab saya pernah tulis entry tentang pasangan ini sebelum ni. sila klik sini untuk baca tentang JoongBo couple.


Suka perangai Hyunjoong yang suka buat lawak selamba tanpa perasaan.. <-- tapi semua yang dengar lawak dia gelak sakan.
bila Hyunjoong buat lawak sarkastik dia yang tak sudah2 nak memerli Hwangbo, Hwangbo pulak gelak gila2. Satu yang bestnya Hwangbo ni, dia tak sensetif dan pandang berat pun dengan setiap kata2 Hyunjoong yang straight forward tu.
tu yang menyebabkan pasangan bahagia dalam WGM tu.
Mereka juga telah memenangi anugerah pasangan terbaik dalam rancangan tersebut.


Itu saja entry Cik Kaseh untuk kali ini. lain hari kalau rajin masuklah entry baru. Insyaallah~
hehe~ chow... selamat malam. Gua mau masuk tido...

20091207

SuJu... SuJu... SuJu... masih demam Super Junior~ ;p

Jalan2 di Jusco Bukit Tinggi...
sebelum masuk panggung menonton Ninja Assasin
terjumpa SuJu stuff
beli saja sebab tak mahal pun



Poster : RM 2.90
Wallpaper desktop pun gambar ni, poster pun pilih yang ini juga...
(peduli apa... saya suka!)



Kalender poket : RM 1.00 (beli 2 percuma 1)
(saja snap dekat EunHae, best pairing in SuJu)


Hah! tak sampai RM 5.00 pun.
berbaloi apa... untuk personal collection... 8D
(kata kipas susah mati kan)

masuk Speedy...

jumpa album SuJu...
nak beli juga ke?
tak payah!
semua lagu SuJu saya dah ada.

Jumpa album SS501...
nak beli?
tak payah!
kan dah beli hari tu <-- masa tengah gilakan SS501...

Jumpa album DBSK...
beli??
Tak payah juga!
bukannya awak minat DBSK sangat.
(tapi saya suka lagu2 DBSK)

::off record ~ minat kebanyakan lagu DBSK tapi still tak minat dengan orangnya... still rasa yang muka diorang tu plastik... hahaha~ sorry~ ::