my tomodachi

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

20110906

Review Film : BECK... untuk pencinta muzik


Kenapa saya tiba-tiba d.load dan tengok movie ni?
jawapannya sebab saya seorang pencinta muzik...walaupun hakikatnya saya tak reti langsung main alat muzik... (╯︵╰,)

Movie ni memang best...Cik Kaseh berani bagi 4 daripada 5 bintang.
cerita ni bukan hidup hanya disebabkan pelakon2 yang memang sudah bertaraf STAR tapi cara penceritaan serta kekuatan setiap watak yang hidup biarpun sekadar watak pembantu.

Para pelakon yang menghidupkan filem ini ialah;


Watak utama (Koyuki Tanaka) yang dilakonkan oleh Sato Takeru...siapa yang tak kenal, dia pernah berlakon dalam Bloody Monday sebagai sahabat Falcon...(cik kaseh x ingat nama watak dia dalam Bloody Monday)...selain tu dia berlakon dalam Mei-chan's Butler gak. Watak dia ni ala2 macam Kobayakawa Sena dalam Eye Shield 21 la...seorang budak lemah yang selalu kena buli tapi sebenarnya dia ada 1bakat terpendam yang sangat mengagumkan. mamat ni syok dekat Maho Minami, adik Ray.

Mizushima Hiro pula memegang watak Ray atau nama sebenarnya Ryusuke Minami. Dialah yang menubuhkan band BECK ni. Beck sebenarnya adalah nama anjing peliharaan Ray yang pernah diselamatkan oleh Koyuki. Disebabkan anjing tersebutlah juga Ray dan koyuki berkenalan. Watak Ray ni nampak kool dan menggambarkan seorang pemuzik sejati.

Shioki Kutsuna yang memegang watak Maho Minami baru balik ke Jepun setelah tamat pengajian di USA. Dia adik kepada Ray. Seorang yang independent dan berani dalam setipa tindakan. ada kisah yang menarik dalam hubungan diantara Maho dan Koyuki.

Mukai Osamu memegang watak sebagai pemain bass yang bernama Taira. Ray sanggup bersaing dengan band lain semata-mata mahukan khidmat Taira untuk band yang baru ditubuhkannya. Itu cukup untuk menggambarkan kehebatan Taira sebagai pamain bass. habit dia setiap kali jamming mesti tanggal baju. Pertama kali melihat Mukai Osamu yang memegang watak macam ni. maksud saya lari dari watak2 romantik dan kacak. Not bad! best gak...

Aoi Nakamura sebagai Saku. Dia join BECK sama2 dengan Koyuki. Dia adalah pemain drum. Pelajar baru di sekolah Koyuki yang secara tak langsung telah jadi sahabat Koyuki. Saku mungkin telah menjadi salah satu sebab Koyuki berubah menjadi sedikit berani dan mula menunjukkan bakat terpendamnya sebagai pemuzik. hurm~ cik kaseh tak begitu mengenali pelakon ni tapi melalui info yang saya baca dia merupakan pelakon dalam Hana-Kimi Remake dan memegang watak utama, Sano Izumi.

Kiritani Kenta sebagai Chiba. Mood maker dalam BECK. Dia adalah ahli terawal yang join BECK. position dia sebagai rapper dan vocalist dalam BECK. Watak Chiba ni lebih kepada si tukang lawak yang menghidupkan kisah BECK je. Selain itu kawan baik Ray.

Cik Kaseh rasa korang baca pengenalan watak2 saja pun dah boleh tangkap macamana cerita ni kan. So rasanya tak penting sangat kot nak cerita sinopsis dia. Apa yang penting, kalau korang semua merupakan seorang pencinta muzik, tengok sajalah filem ni. Gerenti Best!

Untuk penutup, jom layan lagu Moon Beams daripada BECK.
Lagu ni merupakan persembahan penutup dalam konsert diorang dan merupakan lagu penutup untuk filem ni. TERBAEEK punya... Jom layan...







P/s : Woi Cik Anjenemo, kalau ko nak movie ni aku ade!!!


20110904

Review Film - I Give My 1st Love To You

Waaa~~ sejak kebelakangan ni banyak juga drama dan film baru yang cik kaseh tonton tapi aduh~~ malas betul nak conteng2 tulis review untuk korang semua. tape... cik kaseh akan cuba buat satu persatu. 

Sementara mood Beast saya dah mula terkawal sekarang ada eloknya Cik Kaseh siapkan entri ni. (^_^)V



Ini adalah film terbaru yang Cik Kaseh tonton. tapi sebenarnya film ni bukan film baru. Jika anda pernah menonton film Koizora dan sukakannya, saya pasti anda juga akan suka film ni. Secara akarnya kisah dalam film ni sama dengan Koizora tapi dari segi plot ia agak berbeza dan tersendiri.

Bagi penggemar kisah2 cinta saya syorkan anda tengok film ni. I GIVE MY FISRT LOVE TO YOU (Boku No Hatsukoi Wo Kimi Ni sasagu) bermula dengan kisah dua pasangan ini ketika masih kecil.

Takuma(Okada Masaki) seorang budak lelaki yang mempunyai masalah jantung dan akan mati sebelum usia 20thn. Dia berkenalan dengan Mayu(Inoue Mao) yang merupakan anak kepada doktor yang merawat Takuma. Mereka menjadi sangat akrab dan akhirnya mereka saling jatuh cinta setelah dewasa.

Disebabkan penyakit Takuma telah menghalang hubungan mereka untuk pergi jauh. Maka Takuma mengambil keputusan untuk berpisah dengan Mayu dan berpindah sekolah. Namun Mayu tidak putus asa dan tetap menjejaki Takuma. Baginya Takuma adalah cinta pertama dan terakhirnya. Walaupun munculnya orang ketiga dalam hubungan mereka dan hanya melalui pemindahan jantung sahaja dapat menyelamatkan nyawa Takuma.

Komen saya, kisah cinta ini agak menarik. sikap Mayu yang degil dan setia pada cintanya terhadap Takuma memang sweet. Takuma pula adalakala fikirannya yang agak nakal sangat mencuit hati. 



Dan salah satu daya penarik untuk menonton film ini ialah pelakon yang membintanginya;


Okada Masaki... (Hana-Kimi)
Kyaaa~~ kakkoiii ❤O❤


Inoue Mao... (Hana Yori Dango)
Waaa~~ kireii~~❤O❤


poster film sama dengan manga...


Sebenarnya film ini berasal dari sebuah manga. yang ini biasalah. Jepun memang terkenal dengan drama dan film yang diadaptasi dari manga dan novel. So, itu saja review saya untuk kali ini. untuk sesiapa yang bercadang untuk menonton film ini dengan kadar segera anda bolehlah menontonnya di DramaCrazy.


20110122

NEWS Live Unplugged ...entri C.Kaseh yg dah senget balik kat NewS (✿◠‿◠)



Hari ini sudah masuk hari ketiga... para FB's yang follow Cik Kaseh mesti tau virus apa yang sedang menyerang saya... it's NEWS... kepada Lee Syazlina Sazali & Bunny Neuron 'terima kasih' kerana menyuburkan semula semangat ke'NEWS'an cik Kaseh.. <--selalunya asyik semangat keSUJUan je...hahahha...

Entri ini khas buat peminat NewS dan kepada followers saya yang baru nak kenal siapakah NewS terutama Ryo Nishikido yang selalu meniti di setiap ruang sesawang Cik Kaseh selama ini...

Saya bukan nak buat review pasal Album terbaru NEWS-LIVE... tapi the part of NEWS-LIVE... iaitu NewS Live Unplugged dimana ia terselit sebagai bonus dalam album tersebut...

Sebelum Cik Kaseh buat review di blog ini ada seorang hamba ni dengan excitednya terlebih dulu beri komen yang berupa ulasan kepada Cik Kaseh sebaik saya kongsikan link berkenaan Live Unplugged ni. 


minah ni memang pandai kalau bab buat ulasan n stalking apa2 pasal JKpop
Kalau korang rasa berpinar biji mata baca komen FB yang cik kaseh kopipes di atas korang boleh baca ulasan cik kaseh yang selanjutnya yang lebih kurang sama je dengan apa yang cik Bunny Neuron tu komen.


1. Cik Kaseh sangat suka semua lagu yang NewS nyanyi dari mula sampai akhir. Ada 4 buah lagu plus 1 lagu(maksudnya 5 lah tu). Uniknya mereka nyanyi lagu 4 musim (spring/summer/autumn/winter). Lagu pertama Sakura Girl diikuti Summer Time kemudian Aki No Sora(autumn sky) dan diakhiri dengan lagu Snow Express. lagu2 tersebut merupakan lagu dari album2 mereka yang terdahulu kecuali Aki No Sora, lagu baru dari album LIVE. Secara peribadi Cik Kaseh sangat suka arrangement muzik dalam versi unplugged ini. dari segi pilihan lagu dan keharmonian gabungan suara mereka berenam memang walllaahhh~~ lah...

Bagi Cik kaseh penyanyi yang bersuara merdu bukan jaminan bagi seseorang artis itu berjaya. Apa yang penting ialah cara dan kekreatifan mereka menghiburkan audiens. inilah persamaan antara NewS & SuJu iaitu mereka saling melengkapi antara satu sama lain untuk menjadi sebuah kumpulan yang kuat. 

2. Lagi satu diorang pandai je atur tempat duduk dari mula sampai akhir. Mula2 RyoPi. Kemudian KoyaShige masa lagu Summer Time. Lastly tiga2 pairing masa lagu Aki No sora... RyoPi/KoyaShige/TegoMassu.. wahahhaha~~ saya sangatlah suka. 

RyoPi -> TegoMassu -> KoyaShige 

 3. Antara part yang suka ialah waktu Ryo main piano. Ngaaa~~~ hontou sugoii~~...lupa pula cik kaseh yang dia pernah belajar main piano dulu, sebab selama ni cuma nampak dia ke hulu ke hilir dengan gitar2 dia saja...hehehe~

Dia cuba nak ubah arrangement muzik tapi lastly berlari ke laut..hahahah~~cute je bila dia halang pemuzik lain follow dia main piano... ^^

 4. RyoPi pakai seluar sama n gaya pun lebih kurang sama(baju putih n cap)... kyaaaa~~~!!! sangat suka!!!...bila diorang tegur dan dan je YamaPi cakap 'kebetulan'.. cheh, padahal datang dgn Ryo sama2...kebetulan konon... hahahaha~~ semangat RYOPI!!!


ahaks~~ see.. pakai seluar sama.. I likee~~ ^^

5. Kyahahaha~~ banyak RyoPi moment lah dalam video ni...maka mmg membuatkan kami bertiga(cik kaseh plus dua nama yg saya sebut di awal entri ini) bertambah 'meroyan'...huhuhu~~ & sangatlah suka setiap kali Ryo panggil Yamapi... dia mesti panggil berulang kali sebelum cakap. cute je suara Ryo panggil "Pi... Pi.. Pi..."


RyoPi berbincang masa buat latihan

 6. & the last but not least... suka part ending masa Ryo membebel2 tu. Comey sungguh bila dia bercakap ikut sedap mulut dia lepas tu semua budak2 NewS tengok je dia punye pe'el tu...hahahha~~ kalau dia kat Kanjani8 tade kowt dia kuat membebel macam tu(sebab budak2 Eito suma lagi kuat bercakap berbanding Ryo...kikiki)... last sekali diorang nyanyi lagu Forever... <-- ni kire mcm encore lah kalau kat konsert..hehe...

bebelbebelbebelbebel...n sume ahli NewS layan dia...





Extra... tengok Ryo membebel2 n diorang nyanyi Forever ^^


Lagu Forever ni sangat meaningful buat semua peminat NewS yang setia sampai sekarang. lirik terakhir tu yang paling bermakna... "u r my precious baby ito shi kute.. can't stop thinking of u kimi dake...kokoro no mannaka ni iru kara everyday, every time forever... u r my precious baby hajimete... mayowazu ni chikaeru kara... ZUTTO I WILL LOVE YOU FOREVER... NEWS"


P/S : Cari link nak download Chonmage Purin & 8uppers tak jumpa...susah betul... sesiapa yang tahu harap boleh share dengan Cik Kaseh.. :((


EXTRA
RyoTego sempat main mata...ngaaa~~ <--bahaya si Teshi ni..kadang tgk dia macam suka semacam kat Ryo...


20101205

Baby and Me...baby cute, bapak baby pun cute...


Ini bukan review drama baru...
sebab ini cerita sudah lama tayang
hohoho~~

kadang2 orang yang bernama Kaseh Esmiralda ni pun slow+blur+ketinggalan begitu jauh juga...
biasalah tu.. manusia... penuh dengan kekurangan di sana sini. everybody not perfect right...
eh, apadaa aku membebel panjang2 ni..haisy~~

hari minggu macam ni saya pilih untuk bersantai serta bermalas-malasan di rumah
sambil nak movie marathon kononnya.
so, dalam deretan movie yang berlambak dalam hardisk cik kaseh tu cik kaseh klik pada 
movie BABY AND ME

entah cerita hape entah.. I main klik je
Oh, rupanya film korea...
Oh, rupanya heronya Jang Geun-suk(hero You're Beautiful)...


starting... boleh tahan...
mamat ni memang class-lah pegang watak yang evil2
watak dia dalam ni samalah cam dalam You're Beautiful
evil evil evil... last skali dalam hati ada bunga jugak...hahaha~~ cute.

Cerita ni dah lama.
Tahun 2008...
dats mean... waktu zaman saya tak minat Kpop lagi
Baby Mason ni pun dah besar dah skang



Bercakap tentang baby Mason ni...
sumpah saya tak tahu rupanya dia popular sebab film ni...






Hailoh~~ Cik Kaseh memang tengah malas nak type panjang2.. <--dah kate bukan review film...hehe~
so,enjoy layan gambar baby mason dangan daddy die, Jang Geun-suk ajelah ye..

P/s : Baby Mason vs Yoogeun(Hello Baby)... siapa paling comel bagi korang?

P/ss : lepas ni siaplah nak buat entri budak2 comel pulak...hohoho~~

20100807

Review : Yamato Nadeshiko Shichi Henge... (drama untuk cuci mata)


amaran ini ditujukan khas buat gadis2
"JANGAN TENGOK DRAMA NI... NANTI KORANG NOSEBLEED"
Ramai mamat handsome dalam drama ni
(cik kaseh takkan bertanggungjawab ya... hihihi~)

motif utama Cik Kaseh pergi layan drama ni sebab ada Uchi Hiroki yang dah 'come back' lepas beberapa tahun menyepi... motif kedua sbb ada Teshi(NewS)... motif ketiga sebab drama ni adaptasi dari manganime... so memang tau jalan cite die best!

ok.. story sikit pasal drama ni...
drama ni ada beberapa watak utama... Kyohei(Kamenashi Kazuya), Yukinojo(Tegoshi Yuya), Takenaga(Uchi Hiroki), Ranmaru(Miyao Shuntaro)... keempat2 jejaka kacak ni tinggal di sebuah banglo mewah milik seorang janda kaya, Nakahara Mine... mereka dibenarkan tinggal secara percuma dengan satu syarat iaitu mereka mesti mengubah anak saudara kesayangan Nakahara menjadi seorang gadis yang sempurna... tapi bukan mudah nak mengubah Sunako yang takutkan cahaya dan sukakan benda2 horror n vampire ni... (hailoh~ ade gak pompuan jenis camni...) 
tinggal bersama dengan jejaka2 kacak membuatkan Sunako dicemburui oleh ramai gadis.tapi bagi Sunako pula sebaliknya... setiap kali bertentang mata dengan keempat2 jejaka ni dia mesti jerit "MABUSHIII!!!" pastu dia belasah mamat2 tu semua... motif: dia takutkan cahaya dan dia rasa keempat2 jejaka tu sangat bercahaya... maybe pandangan dia sama dengan gadis2 lain, diorang berempat tu sangat kacak.
berjayakah keempat2 mereka mengubah sikap dan perangai Sunako menjadi seorang gadis yang sempurna? kene tengok sendiri loh~~

Ini adalah salah satu drama yang cik kaseh suggest korang untuk tengok jugalah... walaupun bukan yang terbaik tapi cik kaseh boleh bagi 3 1/2 bintang untuk keseluruhan drama ni... baik dari segi jalan cerita dan para pelakonnya...


Kamenashi Kazuya... even dia ni feymes gilos~... cik kaseh bukannya minat sangat kat dia... juz so so... apsal?maybe sbb handsome sangat kowt...hakhakhak~~



tolong fokus pada mamat yang sebelah kanan...(yang sebelah kiri tu cik kaseh punye)
hakhakhak~ ntah pe motiflah aku gi letak pic Uchi Hiroki yang dengan Ryo... saje gatai da lama tak wat entri pasal Ryo kan... neway, Uchi ni best friend Ryo(realitinya)... 
Watak yang Uchi pegang dalam drama kali ini sangat kakkoi~~... kool n macho!!



Ops~ sekali lagi... sila jangan hiraukan mamat yg kat sebelah kiri ya... dia tiada kaitan dengan drama review kali ini... tapi dia memang ada kaitan ngan Tegoshi Yuya(Teshi) sebab mereka adalah ahli NewS... berkenaan dengan watak Teshi pula... 1 word je cik kaseh boleh cakap di sini... KAWAII~~ overload... 


dats all for today...





P/s : Cik Kaseh bukan katagori yang akan nosebleed tengok mamat2 kat atas ni... dulu masa zaman muda rumaja maybelah kot... tapi skang dah dewasa..kuikuikui~~ dewasanya saya~~~


20100730

Love Shuffle... permainan mencari cinta sejati...hoh!






Ada beberapa buah Jdorama lain yang dah cik kaseh tonton tapi Cik Kaseh pilih Love Shuffle untuk buat review dalam blog ni dulu... motifnya sebab cik kaseh nak korang tengok cite ni! (kalau belum menontonlah)

Bukannya Jdorama baru pun
memang sepatutnya dah lama Cik Kaseh tonton
tapi tak berkesempatanlah
dan punca kedua cik kaseh tak tengok sebab kurang berminat... macam tak de tarikan nak menonton Jdorama ni secepat mungkin... so juz go slowwww~~~

 
start je tonton episod pertama... ok, boleh layan sambil lipat kain baju lagi... n cabut gi dapur jap gi bancuh milo n selongkar junk food dalam almari... that's mean cite ni start ngan pengenalan yang biasa2 jelah kan...

tapi kan...
tiba2 kan...
masuk je episod 2
jeng jeng jeng~~~
Kalau mak jerit soh lipat kain baju confirm Cik Kaseh buat tak dengar dah... kalau junk food kat dapur tu ada kaki, sure Cik Kaseh panggil soh dtg dekat cik kaseh

memang kronik nak habiskan dorama ni dalam satu malam saja!!!

Cerita ni ada empat watak utama yang berkenalan dalam situasi yang tak terduga. terperangkap dalam lif dan kebetulan mereka tinggal di tingkat yang sama dalam sebuah kondo.


Tamaki Hiroshi as Usami Kei atau Usa-tan, nickname yang Doktor sakit jiwa tu bagi.
Dia ni watak paling utama... agak sengal sikit... lurus dan setia dalam bab cinta... orang yang paling tak setuju dengan game Love Shuffle ni sebab dia still mengharapkan tunang dia kembali ke sisinya semula. (Tunang dia (Mei) turut terlibat dalam Love Shuffle ni)



Karina as Aizawa Airu atau Ai Ai, nama manja dia masa di bangku sekolah.. kawan lama Mei, bekas tunang Usa-tan. seorang juru bahasa yang cik kaseh tak berapa faham back story dia. seorang gadis yang tak mudah didekati lelaki. tapi akhirnya dia terjatuh hati pada Usa-tan... ops~ terpecah sedikit rahsia plak..hehe...



Matsuda Shota as Ojiro Sera atau O-chan... cik kaseh langsung tak minat masa dia dalam Hana Yori Dango... tapi dia dalam Love Shuffle sangat KAKKOI~~... maybe watak yang dia pegang tu buat dia nampak tampan kan... O-chan seorang jurugambar. Fokus utama dia ialah 'Wanita'... dia suka ambil gambar perempuan je... semua perempuan yang buat photoshoot dengan dia mesti menangis... dan ketiga2 pasangan Love Shuffle nya tidak terkecuali kene teruk sampai menangis... kecuali Kairi-chan, pasangan Love Shuffle yang merupakan pesakit Kikurin(doktor sakit jiwa)... Kairi tak menangis sebaliknya O-chan yang dah nak menangis sebab give-up dengan Kairi yang macam takde perasaan.kahkahkah~



Last but not least... Kikuta Masato atau Kikurin... dia nilah yang rancang permainan Love Shuffle ni. seorang doktor sakit jiwa yang ada back story yang agak misteri pada mulanya... ada sesuatu yang mengejutkan tentang bekas kekasihnya yang telah mati. (cik kaseh tak nak bongkar rahsia... tapi memang sangat surprise tau...hohoho~)
~bagi 1 hint - bekas kekasih kikurin seiras dengan salah seorang ahli dalam Love Shuffle~


yang menariknya tentang drama ni
bila diorang main tukar2 pasangan  untuk mendapatkan pasangan yang serasi. Dalam episod ke2 game tu dah start... melalui cabutan game tersebut bermula dengan pasangan Kikurin&Mei / O-chan&Ai Ai / Usa-tan&Reiko(scandal couple O-chan) / Yukichi(mamat yang syok kat Ai Ai)&Kairi(pesakit Kikurin)

Game pertama berjalan dengan lancar cuma couple Yukichi&Kairi je yang memang tak menjadi... si skema yang kaya couple dengan gadis pelik yang tak ada perasaan dan mengalami tekanan jiwa... huh~ memang fail! 

untuk episod selanjutnya diorang tukar2 couple lah sampai jumpa yang serasi... tapi bukan semudah yang disangka... apabila cinta itu muncul tanpa disedari sedangkan kita telah terpilih pasangan yang salah, kawan pun boleh jadi musuh... 




untuk pasangan favourite, cik kaseh pilih pasangan O-chan & Kairi
lelaki yang kool,macho n sometime ala2 kasanova sikit bertemu dengan gadis pelik yang hanya fikir akan tamatkan nyawanya pada usia 20 tahun... hmm~ ada sesuatu pada gadis ini yang telah berjaya membuatkan O-chan tak dapat mengelak untuk menyintainya.


20100527

Oh! My Siwon...Ops~ Oh! My Lady lah


Pagi sabtu yang tak berapa nak indah...

(Cik Kaseh tekanan sikit sebab tak boleh kemana2 walaupun cuti 3 hari...sobs~)

Maka... hari ini saya sangat lapang untuk menyiapkan segala entry yang terbengkalai selama ini.


Entry kali ini nak buat review drama pulak

Jangan sesiapa terkejut pula sebab kali ini review drama korea tau

Ni dah macam pelik pun ade... entah bila masa Cik kaseh melayan drama korea...


motif utama menonton Oh! My Lady ni 

sebab hero drama ni ialah Siwon SuJu <--dasar die hard fan SuJu


Cik Kaseh bukan minat sangat kat Siwon

Kiranya Siwon ni ahli paling cik kaseh tak minat dalam SuJu <-- punca utama x ske Siwon sbb masa tgk konsert SS2 hari tuh Encik yang kononnya hot guy ni suke sangat tayang body die yang ketul2 tu...erk~ x ske~~


Tapi apa yang menyebabkan hati Cik kaseh terus tertambat untuk menyaksikan drama ini ialah sebab Ye Eun, watak anak perempuan Siwon dalam drama ni. kecomelan budak kecik ni telah menambat hati Cik Kaseh <-- yeke? bukan sebab bapak budak ni ke?

 


Tengok... comel kan budak ni... & Siwon pulak...

Cik Kaseh rasa dia handsomelah pegang watak sebagai bapak kpd budak ni...


~& ini pula gambar keluarga bahagia...(✿◠‿◠)


Sinopsis :

Mengisahkan tentang seorang artis terkenal, Sung Min Woo yang macam bagus je masa memula tu.(Cukup tak berkenan ngan perangai watak Sung Mon Woo masa mula2 episod...harap muka handsome je... tapi lakonan hampeh. Sung Min Woo lah... bukannya Siwon. Siwon lakon ok...best). disebabkan 1 incident ni die terberkenalan pula ngan seorang janda anak satu, Yong Gae Hwa. Kemunculan Ye Eun sebagai anaknya telah menyebabkan masalah dalam hidup Sung Min Woo sebagai artis terkenal. Dia tak percaya & tak boleh terima budak tu sebagai anaknya.Tapi akhirnya atas bantuan Gae Hwa lama kelamaan Min Woo terima Ye Eun sbg anaknya. Dan dia berubah pun disebabkan budak tu...Soo~~ sweet(✿◠‿◠)


Untuk sesiapa yang belum menonton...

rasa macam nak tengok tapi was-was... takut tak best ke...

Cik Kaseh rasa... kalau korang bosan2 di hujung minggu... boleh kot layan drama ni

tapi... bagi tahu awal2lah kan... starting cite ni agak slow...maka anda kena bersabar sehingga nampak perkembangan ceritanya.

Perubahan watak Sung Min Woo dari mula hingga akhir juga berjaya merubah persepsi saya terhadap Choi Siwon. Akhirnya saya dah tak menyampah kat dia lagi. Saya suka semua ahli dalam SuJu termasuklah Henry & Zhoumi (SuJu M)!! ^o^


Lagu2 OST dalam drama ni pun best2...sangat suke...


P/s : Rating untuk drama ni... Cik Kaseh bagi 3.5 dari 5 bintang...


~ENJOY WATCHING~



20100411

Chonmage Purin... Ryo=pastry chef




Dah lama tak buat entry pasal buah hati...
rindu pulak kan...
hehehe~~

sejak kebelakangan ni sibuk layan Kpop je semedang... terutama sekali SuJu
tetiba dah jadi big fan SuJu plak lepas tengok konsert diorang hari tu...

Hari ni nak cerita sikit pasal Ryo Nishikido (my buah hati... kikiki)

Ada cerita baru.. tapi bukan drama...
kali ini Ryo berlakon film pula.
masa mula2 pandang sekali imbas news ni sangatlah tak boleh blah dengan rambut Ryo
rambut gaya samurai zaman Edo... erk~ cite apa Ryo lakon ni... huhuhu~~

tapi bila dah baca cerita n tengok thriller movie tu...
skang ni macam sangat teruja nak tonton movie tu karang...

biar cik kaseh cerita sesimple mungkin pasal movie tu ya...

kisah dia pasal seorang samurai yang tersesat ke zaman kini dan bertemu dengan seorang single mother yang telah bagi dia inspirasi untuk jadi chef pastry.

okey.. tu je... malas nak cite lelebih... tengok je thriller kat atas n tunggu kemunculannya bulan ogos nanti...
huuu~~ sekarang baru bulan april...lama lagilah... cam tak sabar plak...


20100225

Dragon Zakura Vs Master Of study

DRAGON ZAKURA VS MASTER OF STUDY



Baru-baru ni Cik Kaseh menonton Master Of Study di KBS World. Drama korea tu adalah adaptasi dari drama jepun Dragon Zakura. sebab utama Cik Kaseh siap buat reminder untuk tonton drama tu adalah sebab Cik kaseh tau cite tu best. (sebab dah tengok versi jepun)

Tapi kan... hurm~~ cik Kaseh macam takde perasaan je masa tengok drama tu even baru awal episod. susahlah nak elakkan diri dari nak compare antara Dragon Zakura ngan Master Of study.

Baru tengok dua episod tapi Cik kaseh rasa dah boleh agak keseluruhan jalan ceritanya. Macam Boy Over Flower juga. Even drama BOF tu meletup! habis tapi Cik Kaseh tetap tak puas hati. Hana Yori Dango lagi best even 2 cite tu sama.

Kepada peminat Kdrama di sini, Cik kaseh say sorry awal2 k... tapi bagi Cik Kaseh BOF tu banyak part meleret. part yang penting, main nak skip je tapi part yg ringan2 sengaja dileret2kan. pastu cite tu terlalu menonjolkan kisah cinta 3 segi antara Junpyo,Jandi&Jihoo. & takde langsung kisah pasal Woobin sedangkan kalau kat Hana Yori Dango ade je cite pasal Soujiro. Cheis~ sungguh tak puas hati!

Berbalik pada drama master Of Study...
Mungkin terlalu awal nak judge drama ni sebab balom habis tayang lagi... tapi rasanya Cik kaseh dah mula nampak yang drama ni akan mula meleret tak lama lagi. kisah drama korea yang stereotype... pasti tak lari dari cinta 3 segi. <-- i hate this.

Di bawah adalah pelakon2 yang membintangi kedua2 drama...
Jepun vs Korea
Mana yang korang suka... it's up to you
Cik Kaseh ada pandangan tersendiri... hehehe~~


Abe Hiroshe as Sakuragi Kenji vs Kim Soo Ro as Kang suk Ho

[Abe lagi nampak tegas, kool n kelakar... Kim Soo Ro pun tegas tapi tak sesuai bawak watak joke... janggal semacam]


Yamapi as Yajima Yusuke vs Yoo seung Ho as Hwang Baek Hyung

[Yamapi dah katagori pelakon versatile. mana boleh compare dengan Seung Ho. Lagipun Yamapi lagi kakkoi~)


Go Ah Sung as Gil Pul Ip vs Nagasawa Masami as Mizuno Naomi
(ops~ sorry... pic terbalik)

[Tak suka Masami pegang watak ni. Go Ah Sung pula... hurm~ lakonan dia kira okay. tapi Masami lagi kirei... hehe]



Koike Teppei as Ogata Hideki vs Lee Hyun Woo as Hong Chan Doo

[Saya lagi suka Koike pegang watak ni. saya suka Hyun Woo juga... tapi cuma sebab dia kawaii~... hmm~ tapi Koike lagi super kawaiiiii~~~]



Aragaki Yui as Kosaka Yoshino vs Park Ji Yeon as Na Hyun Jung

[drama pertama Gacky pegang watak antagonis. Saya suka. watak Yoshino lagi best dari Na Hyun Jung. Tahap kecomelan pula... dua2 pun kawaii~~]



Lee Chan Hoo as Oh Bong Goo vs Nakao Akiyoshi as Okuno Ichiro
(Ops~ terbalik lagi... sorry)

[kedua2nya sama. n saya puas hati dengan watak ni. no complain2... hehe~ even latar belakang kedua2 watak tak sama tapi perangai dan sikap mereka sama. nerd je]


Saeko as Kobayashi Maki vs ???

[watak ni tak de dalam versi korea. Saeko ni bukan muka je comel, suara pun comel macam anime]


Hasegawa Kyoko as Ino Mamako vs Bae Doo Na as Han Soo Jung

[saya pilih watak Ino Mamako! watak dia sebagai cikgu yang kelam kabut n somtym sengal memang cute.]



p/s : i'm still watching... hope akan tengok sampai habis. hehe~

p/s : nak tengok You're Beautiful... tapi belum berkesempatan... hari2 kerja sampai malam... huhuhu~~


20100127

Samurai Pergi Sekolah? (Samurai High School)


sesiapa yang dah mengenali Miura Haruma mesti dah tahu lakonan2 dia sebelum ni. kebanyakan lakonan dia mesti jadi budak yang cool, macho & stok yang akan buat budak2 pompuan falling in love gitu...


Dia adalah sang pencinta yang setia dalam Koizora <-- romantic guy


Dia seorang budak yang sunyi tapi gentleman dan bertanggungjawab terhadap kekasihnya dalam 14 Years Old Mother


Dia penggodam yang pintar dalam Bloody Monday <- Watak ni pun nampak kakkoi


Dia pelajar bermasalah tapi still nampak ke-macho-annya dalam Gokusen3 <- suka rambut dia masa dalam drama ni.

Tapi...
apa yang berlaku kalau Miura yang berimej cool dan handsome ni bertukar jadi samurai?
Cik Kaseh cuma fikir yang Miura tentu nampak hebat pegang watak macam ni. So, Cik kaseh pun sambar jelah dvd Samurai High School ni bila nampak pelakon utamanya Miura Haruma.

Saya balik dan tengok.

Betul... dia memang sangat kakkoi sebagai samurai.


Tapi kan... sebenarnya watak samurai tu cuma rasukan nenek moyang dia saja. watak realiti dia sangatlah sengal.

Pernah terfikir tak Miura buat muka macam ni selama ni?

Dan raut muka yang ala2 budak nerd macam ni... (sila klik untuk besarkan gambar)


Ngaa~~ tak boleh bla~~
mula2 tengok memang Cik kaseh rasa nak je campak dvd ni dalam longkang. menyampah tengok perangai gila Kotaro, watak yang Miura pegang dalam cite ni. & sangatlah tak berkenan dengan style rambut dia.

Tapi... masuk je next next episod Cik Kaseh mula rasa yang cite ni sangat best!
Kotaro memang seorang pelajar yang nerd, tak ada keyakinan diri, lemah dalam pelajaran dan suka bersenang-senang... tapi disebabkan roh samurai yang merasuk tubuhnya menyebabkan sikap Kotaro berubah sedikit demi sedikit. (Samurai tu memang seorang pejuang yang hebat... walaupun cara dia agak straight sangat)

Si samurai tu bukanlah merasuk Kotaro sepanjang masa. cuma pada waktu2 tertentu sahaja. bila Kotaro sebut perkataan 'mati', secara automatik si samurai ni ambil alih badan Kotaro. tapi dia akan lenyap semula apabila Kotaro tersentuh or terpeluk perempuan...

Shirota Yuu memegang watak sebagai Nakamura yang lemah dan sering dibuli.

Kemunculan Kotaro sebagai samurai pada suatu hari telah menyelamatkannya daripada dibuli pelajar2 nakal menyebabkan Nakamura memuja seterusnya menjadi pengikut setia Kotaro. Di matanya Kotaro adalah seorang yang sangat hebat. tidak kiralah ketika Kotaro berubah menjadi samurai mahupun sebagai Kotaro yang terkenal dengan sikap bersenang-senangnya.

Dan Cik Kaseh sangat berpuas hati menonton drama ni sampai akhir. Endingnya natural dan taklah poyo sangat. biasanya cerita macam ni hero dia mesti berubah jadi bijak, berjaya, hebat... & pape jelah lagi kan. Tapi ending drama ni taklah tunjuk yang tetiba watak hero dia jadi hebat ala2 samurai ke hapa. cuma dia jadi seorang yang lebih bersungguh2 dalam mencapai cita2... walaupun sikap malas dan suka bersenang-senang dia masih ada... ohya, sikap nerd dia pun still berubah. hahaha~~

Cik Kaseh bagi 4 bintang untuk drama ni.

siapa yang malas nak cari dvd dia n nak tengok secara online boleh klik Samurai High school