my tomodachi

20101201

B'coz I Love You..NO OTHER then SUJU..[Bab Pengenalan]


BAB1 

“Abang Hee kat mana? Wiena tak jumpa pun kelas Abang Hee.” Gadis berkurung putih, pakaian seragam sekolah itu berjalan tanpa hala tuju yang pasti. Dia sedang mencari seseorang.
“Kau kat tingkat mana? Kan abang dah cakap kelas abang kat tingkat tiga menghadap padang sekolah. Cepatlah. Abang tunggu ni,” suara di sana memberi tunjuk arah melalui telefon bimbitnya.
“Okey…” Wiena menutup talian lantas segera mendaki anak tangga bangunan sekolah untuk menjejaki kelas Abang Hee, teman sepermainan merangkap body guard nya ketika kanak-kanak dahulu.
Sejak kecil dia sangat akrab dengan Farihin atau Abang Hee. Lelaki itu sudah dianggap seperti abang sendiri. Namun mereka telah berpisah apabila keluarga Wiena berpindah ke utara tanah air. Sejak hari itu, kini perpisahan mereka sudah menjangkau hampir sepuluh tahun.
Mungkin jodoh masih panjang mereka bakal bertemu semula hari ini kerana Wiena telah ditawarkan ke sekolah yang sama dengan Farihin.
Wiena sudah sampai di tingkat ketiga bangunan. Dia mencari kelas Farihin yang dikatakan menghadap padang sekolah. Kelas 5K1 tertera di kepala lawang pintu. Wiena terjenguk-jenguk mengintai ke dalam kelas mencari kelibat Farihin. Dia gagal mengecam Farihin yang kemungkinan sudah banyak berubah setelah sekian lama mereka berpisah.
Pintu diketuk dan Wiena masuk ke dalam kelas tersebut yang boleh dikatakan majoriti penghuninya ialah perempuan. Dia tidak pasti ia kelas apa tapi yang pasti inilah satu-satunya kelas yang menghadap ke padang sekolah. Matanya melilau-lilau menjejaki kelibat Farihin di dalam kelas tersebut. Kalau kebanyakan pelajar kelas tersebut ialah wanita sepatutnya tidaklah susah hendak mengecam Farihin yang berjantina lelaki. Namun Wiena masih terpinga-pinga menjejaki kelibat Farihin.
Akhirnya dia memberanikan diri bertanya kepada salah seorang pelajar dalam kelas tersebut yang secara tidak langsung telah menjadi seniornya kini.
“Kakak, boleh tumpang tanya… kakak kenal dengan Abang Farihin tak?”
Pelajar senior yang berambut panjang mengurai itu merenung Wiena pelik. Matanya terkedip-kedip sambil sesekali menjeling ke belakang kelas memandang sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul di sana.
“Cari Farihin?”
Wiena mengangguk.
“Kenapa nak jumpa Farihin? Awak ni  pelajar junior yang baru masuk sini kan…”
Gadis berbaju kurung tetapi ber-cap merah dengan rambut super kontot itu mengangguk lagi dengan senyuman manis di wajah.
“Kawan Farihin ke?”
Wiena mengangguk. “Kami pernah berjiran dulu. Hurmm~ kat mana nak cari dia?”
“Dia ada dalam kelas ni.” Pelajar perempuan tersebut menjuihkan mulut ke arah Farihin yang duduk dalam kumpulan pelajar perempuan di belakang kelas.
Mata Wiena tertumpu ke arah yang diajukan. Matanya masih samar-samar mengecam mana Abang Hee nya. “Macam semuanya perempuan je.”
“Woi, Wiena!” Suara garau seorang lelaki tiba-tiba berkumandang. Bangkit seorang pelajar lelaki dari kelompok kumpulan pelajar perempuan tersebut lantas berjalan pergi mendapatkan Wiena dengan lagak control machonya.
Wiena merenung tajam ke arah pemuda yang sedang berjalan menghampirinya itu. Cap di kepalanya dikemaskan. Bahagian hadapan cap dipusing ke belakang kepala. Matanya bulat meneliti pemuda tersebut. Dahinya berkerut-kerut. Cuba mengingati sesuatu.
Pemuda itu berpenampilan kemas dalam seragam sekolah. Kemeja putihnya sekan-akan bersinar di mata Wiena. Putih melepak tanpa sebarang kotoran. Halus rata tanpa sebarang kedutan. Hujung lengan kemejanya sungguh tajam menunjukkan ketelitiannya menggosok baju. Aci boleh potong timun gitu. Rambut hitamnya agak panjang namun tidak sampai melepasi bahu. Rambut hadapannya disilang ketengah kepala dan dikemaskan dengan sepit rambut berwarna putih.
Tentang wajahnya pula… sangat mengingatkan Wiena akan seseorang yang pernah dikenalinya dulu. Namun wajah kenalannya itu tidaklah sebersih dan sehalus kulit wajah pemuda di hadapannya itu. Cuma ada satu persamaan yang membuatkan Wiena percaya pemuda itu adalah Abang Hee yang dikenalinya dulu iaitu kesan parut di bawah dagu akibat kenakalannya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Luka akibat jatuh pokok itu masih berbekas sehingga sekarang.
Wiena senyum lebar…
“Abang Hee!!!”… cantiknya dia sekarang. Bisik Wiena sendirian.
“Wiena!!!”… tak sangka si kuat nangis ni dah macam jantanlah sekarang. Dalam hati sempat memberi komen tentang Winda.
Masing-masing menuding ke arah masing-masing. Pertemuan selepas sepuluh tahun memang mengejutkan. Masing-masing sudah banyak berubah. The Selekeh Boy dah jadi smart gile vaveng tahap nak mencairkan jiwa raga gadis. The Selebet Girl dah berubah jadi boyish cute berkurung, pakaian seragam sekolah.

20101117

Boss Aku Nak dengar Lagu SUSU... apekeh??




Bukan mudah nak tarik minat kebanyakan orang untuk meminati muzik kpop...apatah lagi teman2 sekerja saya yang kebanyakannya jiwa nak dengar lagu2 melayu saja...
Tapi bila cik kaseh yang tegar & selalu dengan moto ada-aku-kesah sentiasa memasang lagu2 kpop terbaru (walaupun berselang seli dengan lagu inggeris/melayu/indon/hindustan/dangdut/jepun/taiwan/nasyid dan segala genre yg ada di muka bumi ni...<--I mmg universal..hehe)
akhirnya sekarang my boss siap buat permintaan nak dengar lagu kpop kegemaran dia...hakhakhak~~


dat time....
lagu Fantasia Bulan Madu-Search sedang berkumandang... tiba2 my boss bersuara...
"bosan..."
cik kaseh n office mate kat sebelah x berapa jelas...so buat don't know je...dia bersuara lagi...
"Bosan... bosannn...BOSANN!!"
Ok... siapa berani tak ambik attention bila boss dah jerit camtuh kan...
kami berdua angkat kepala pandang boss... tak cakap pape melainkan cuba memahami maksud air mukanya yang sememangnya bosan dengan lagu Search tadi...
"Aku nak lagu SUSU," katanya.
Cik kaseh terpinga2... lagu SUSU tu lagu apa???
"korang pasanglah lagu korea yang semalam tu."
Otak cik kaseh sedang mencerna apakah itu lagu SUSU...
"boss nak lagu Hoot kot." office mate cik kaseh tadi meneka.
"Nah lagu SUSU boss.."cik kaseh pun pasanglah lagu Hoot...
"Bukan SUSU lah boss...diorang cakap SHOOT SHOOT... & tajuk lagu ni HOOT."
"Eh, ada aku kesah... ko jangan nak melawan... aku orang melaka tau."
'Cheh, tak habis2 dengan modal dia orang melaka tuh... aku wong jowo loh, boss...kang speaking jawa nganga boss aku ni kang..hailoh~' <--ckp dalam hati saja..hehe~

Boss pun melayan lah lagu SNSD tu sambil meneruskan perjuangan ZUMA dia... <--cheh, main game...mentang2 dia boss..huhuhu~~


EXTRA
"Kaseh, dalam folder muzik kau ada lagu CN Blue?"
"Ade..."
"aku nak aku nak..."
"hambiklah...ko cakaplah lagu kpop apepun...insyallah aku ade..."
"Eh, apasal lagu Sorry Sorry ni lain macam je bunyinya?"
"yang ni versi R&B...tak penah kuar dekat ERA lagi kot..."
"Oooo~~~"


P/s : Walaupun tak ramai... tapi sejak kebelakangan ni makin bertambah orang yang minat lagu kpop ni... sonoknyer~~lagi2 boss saya pun join to the group jugak... =)

Pss : skang cik kaseh tak tau...cik kaseh ni betul2 anti-fan SNSD or cuma tak suke SNSD pada part2 tertentu saja...neway cik kaseh memang layan habis ngan Hoot.



20101107

SuJu Random Pic :: What Is back ::

I'm back for another entry
seperti yang dijanjikan... jom kite usha gambar2 random SuJu

::Sila fokus pada back side pic2 di bawah...ia lebih menarik berbanding fokus sebenar gambar::



hahaha~~~ silly shindong...


Donghae~~ saja je buat muka comel camtu kat belakang hankyung... XO


Minnie~~~ wut r u trying to do with kyuu!!!


renungan penuh makna Eeteuk n Yesung... haha~


Eeteuk!!!



Teuk again!!


Teuk ni mmg dasar suka mencapub!


kali ni join together ngan evil maknae...hehehe~~



hehe~~cekap betul si teuk ni mengesan cam snap...


Teuk : Yeah! I know where is cam..muahahaha~~


Teuk : Gotcha!
Teuk dah macam pencuri ayam di siang hari...^^


punyelah sepenuh hati Ryeowook menjiwai lagu kat belakang tu...yg 3 org ni sibuk wat drama air mata diorang..hahaha~~ lawak!


sila fokus pada bulatan merah...apalah yg lg 2 org tu wat kat tengah2 stage tu ek..hehehe~~


Kesimpulannya :: siapakah yang paling suka mencapub dalam SuJu?
tak lain dan tak bukan.... uri leader EETEUK oppa!!
(✿◠‿◠)


20101106

Entry khas untuk ELF-SuJu



S.U.P.E.R.J.U.N.I.O.R.

anda tahu apa yang Cik Kaseh fikir waktu kali pertama dengar nama kumpulan ni?

I hate them.. I hate dat sound... macam poyo gile!
pergh~~jahat sungguh bunyinya ni...

orang kata... tak kenal maka tak cinta
tahniah lah kepada orang yang berkenaan... yang telah berjaya mengubah persepsi Cik kaseh terhadap group dari Korea ni... <-- thanx Nemo~~ =)



6Nov2010...ulang tahun ke5 SuJu
(cik kaseh still tak suka sebut nama penuh kump ni...ergh~~)
Cik Kaseh baru je minat suju... baru nak masuk tahun ke2 kowt...
kire I ni junior lglah...hehehe~~ perasan...



sempena ulang tahun SuJu...
n sempena dah lama cik kaseh tak menconteng blog
hari ni cik kaseh nak cerita apa saja pasal SuJu...


Apa istimewanya SuJu berbanding kump2 lain di Korea?

Walaupun kump ini adalah yang teramai dalam Korea(maybe di dunia juga)... tapi mereka tetap boleh menonjolkan diri masing2. kalau tanya suara siapa paling mantap dalam nyanyian, kita akan terfikir Yesung(si pelik)/Ryeowook(fake maknae)/Kyuhyun(evil maknae). kalau tanya siapa penari & rapper terbaik, kita akan ingat Eunhyuk. Shindong,even dia gemuk tapi kita tahu dia ant penari terbaik juga dalam SuJu. Donghae pula sebab muka dia handsome so dia famous as model/CF. begitu juga dengan Siwon. Sungmin yg super cute tu pula tiba2 saja boleh berubah jadi macho bila tunjuk aksi seni mempertahankan diri dia. Eeteuk as leader-shi yang paling suka bercakap.bagi cik kaseh dia adalah ketua kump terbaik dalam banyak2 group Korea sbb dia boleh lead adik2 dia dalam SuJu yg semua orang tahu kump paling ramai ahlinya... 

Kalau nak cerita semuanya tentang SuJu memang panjang kan. Setiap daripada mereka ada kekuatan tersendiri sampai Cik kaseh sendiri pun banyak kali beralih arah nak minat kat siapa dlm group ni.

mula2 suka Ryeowook 
::motif-suara dia paling menonjol & dia kecik comel::


lepas tu minat Donghae
::motif-ni sbb nemo virus cik kaseh dgn mengatakan yg Donghae ngan Ryo-chan byk persamaan...haha~aku terpengaruh::


lepas tu suka Heechul
::motif-sebab walaupun Heechul cantik macam perempuan tapi perangai dia sangat evil!!!..hahaha::


& now saya suka Eunhyuk(pic hyuk paling x cute...pun still nmpk cute..huhu~) 
::motif-dia ada 3 perkara yang saya suka...1)tarian dia hebat 2)dia lawak tak boleh blah...sometym mmg tahap evil gaklah... 3)dia super cute~~XO::



Extra :: sungmin versi macho...hakhakhak~~


Eee~~~ penatnya membebel(membebel ke menaip...)
I nak stop dululah...nanti2 I conteng2 lagi dalam ini blog ya..
ada lagi pasal SuJu nak conteng ni...

korang mesti gile nak gelak je kan bila sebut SuJu random pic...
nanti Cik Kaseh nak share ngan u olz k...
daaa~~~


last but not least...extra pic lg...ni pic gile2 nak tiru gaya suju...hahaha~~


20101001

I Can't Take My Breath BEAST...




Tulun... tulun...
Bantuan pernafasan diperlukan!!!

Ni siapa punya angkara membawa Cik Kaseh ke lembah Kpop ni...
ni betul2 rasa cam tak bernafas disebabkan BEAST ni...["AJ!!! tolong wat CPR kat saya!!!"]
Haish~~ orang dah nak stop dah... sengaja je korang ni nak bagi virus balik pada Cik Kaseh...

@awek sebilik dengan cik kaseh yang super addict dengan BEAST... kau ni sengaja nak menyuburkan virus kpop dalam jiwa cik kaseh ke...haish~

...
...
...

Pada mulanya...
Cik Kaseh tak ambik peduli dengan berita BEAST nak buat come back
lagu dah keluar...tapi still takde hati nak dengar betul2

...
...

Kemudian...
MV dah keluar babe... aura kemeroyanan terhadap BEAST mula merebak
FB cik kaseh dipenuhi dengan segala notification berkaitan dengan bEAST
Madu2 sejati ku juga tetiba tukar profile picture ngan BEAST...(tapi yang peliknya kenapa bleh sejiwa letak pic AJ jugak..hailoh~)

...ok...komen cik kaseh pasal MV Soom(breath)...
SAYA SANGAT SUKA!!!
my Joker-nim bertambah2 handsome kali ini
My AJ pulak makin sexy... sikit lagi nak nosebleed...tp x jadi sebab berjaya kawal keimanan dalam diri...chewah~
Dongwoon...apsal lain sangat... dah macam anak mat saleh sesat dah kowt
Leader Doojoon pun makin macho
hyunseung~~boleh tak cik kaseh nak cakap dia makin cantik?
Yoseob... jangan cite ah...dia mmg super cute boy...new hair die sangat kakkoi~

Hope semua BE3TY diluar sana berbahagia dengan MV ni...
~adios~



20100928

Joker Yurusarezaru Sosakan...(bukan entry review drama macam selalu)


Ini bukan entry review drama macam selalu cik kaseh tulis... <--e'eh, apsal tulis balik ayat tajuk entry...hakhakhak...

Drama terbaru lakonan Ryo Nishikido ni baru je habis ditayangkan. Cik Kaseh baru tengok 3 episod... so saya tak akan beri komen secara menyeluruh. cuma masa mula-mula tengok drama ni agak suprise tengok watak yang Ryo pegang... siyes sengal! langsung tak sama dengan watak2 yang pernah dia bawa sebelum ni... (maksud cik kaseh watak2 Ryo sebelum ni selalunya misteri/jahat/psiko/cool)

Tapi akhirnya... sangkaan cik Kaseh meleset bila dapat tahu watak sebenar yang Ryo pegang. hahaha~~ I like... Ryo memang seswai pegang watak yang cool+psiko+jahat tapi kakkoi...miahaha~~ I like it ahak ahak...


Untuk sinopsis sila klik link di bawah...(Cik Kaseh dasar malas nak type sinopsis untuk korang..hahaha)









p/s : entry review akan menyusul selepas cik kaseh habis tengok ini drama...



20100913

Entry Tak sihat Selepas Balik Kampung...*srroott~~*

Uri Super Junior oweyo~~... HAHAHA~~



*Cik Kaseh tengah demam...maka mood pun jd sengal...*

apa yang sepatutnya saya nak tulis dalam entry ni...
...
...
...

siyes tak lalu... Doc. mau MC esok~~
challo bette~~

P/s : SELAMAT HARI RAYA kepada seluruh umat islam di dunia.