my tomodachi

20101201

B'coz I Love You...NO OTHER then SUJU.. [Bab2]



BAB2 

“Abang Hee, cepatlah… berapa jam nak bersiap? Mengalahkan perempuan bersiaplah dia ni.”
Farihin tidak mempedulikan omelan Wiena. Dia tetap sibuk mengemaskan rambut serta dandanan make-up nya. Sudah lebih setengah jam dia di hadapan cermin. Ada saja yang tidak kena dan mahu dibetulkan. Wiena sudah mula naik lemas dengan telatah Farihin yang mengalahkan perempuan berdandan.
“Nasib baik tak kena pakai lipstick ke mascara ke eye shadow ke blusher ke… kalau tak mesti lagi berjam-jam Wiena kena tunggu kan.” Perli Wiena sebaik Farihin keluar dari biliknya.
Farihin sekadar menjeling selamba kepada Wiena yang setia terpacak menunggunya di luar bilik di rumahnya petang itu. Sempat dia meneliti penampilan gadis tersebut. Matanya meliar dari hujung kaki hingga hujung rambut Wiena. Dahinya berkerut-kerut. Seolah-olah tidak puas hati dengan sesuatu.
Tanpa sebarang kata Farihin menarik lengan Wiena masuk ke dalam biliknya. Wiena tersentak dengan tindakan drastik Farihin.
“Woi, apa main tarik-tarik ni!”
“Aku tak nak keluar dating dengan budak selebet macam kau.” Farihin menarik dan melempar cap di kepala Wiena ke lantai. Kepala Wiena ditarik mendekatinya. Tubuh Wiena didudukkan secara paksa di kerusi meja solek.
“Abang Hee, apa ni? nak buat apa kat Wiena?” Wiena menepis-nepis tangan Farihin yang ligat menempekkan bedak compact ke wajahnya.
“Wiena sayang~ jangan degil. Kalau nak jadi tomboy pun jadilah tomboy yang kemas dan… cute.” Abang Hee kenyit mata pada Wiena dengan senyuman secukup rasa.
Wiena diam tergamam. Sedikit terpikat dengan senyuman lelaki itu. Tapi… “Siapa yang nak jadi cute. Apa barang tomboy tapi cute. Cheh!” Tangan Farihin yang sibuk merias wajahnya ditepis. Wiena bangkit lantas mengutip cap nya di atas lantai sebelum jalan menonong menuju ke pintu bilik abang Hee.
Farihin ketap bibir. Bengang!

**********

“Kita nak naik menatang ni ke?” Farihin garu kepala tatkala Wiena menghulurkan topi keledar kepadanya. Topi keledar tidak dihiraukan sebaliknya dia berjalan mengelilingi skuter milik Wiena. Wajahnya berkerut-kerut. Ada sesuatu sedang bermain di mindanya kini. Seolah-olah dia tidak merelakan dirinya membonceng skuter tersebut.
“Abang Hee ni... kita dah lambatlah.”
Wiena menarik Farihin. Topi keledar khas untuk Farihin dipakaikan ke kepala lelaki itu. Talinya diikat kemas sebelum kembali menatap semula wajah cantik pemuda itu.
“Wiena beli topi keledar colour pink ni khas untuk Abang Hee. Cantik tak?” Wiena yang boyish itu tiba-tiba buat gaya manja mengharapkan penghargaan daripada Farihin.
Farihin tergamam. Merenung Wiena penuh keterujaan. Mengangguk perlahan sambil tersenyum senang. Bukan kerana topi keledar tersebut tapi kerana berjaya melihat sisi berbeza dalam diri Wiena … pandai juga si tomboy ni buat gaya manja macam tu…
“Terima kasih. Mana Wiena tahu abang suka pink?” Mata Farihin mengerling Wiena yang sedang mengemaskan topi keledar di kepalanya di hadapan cermin sisi skuternya.
“Wiena tahulah. Wiena kan ‘girlfriend’ abang.”
“Cheh! Girlfriend konon. POYO~”
“Lantaklah… kalau POYO pun bukannya orang lain. Bakal bini Abang Hee jugak.” Kata-kata itu disusuli dengan tawa berdekah-dekah. Kalau dengan Farihin, dia tidak perlu takut untuk bergurau secara melampau begitu.
“Hiii~~~ macam nightmare lah kalau kena kahwin dengan Wiena. Abang nak cakap kat mak abang soh cancel kan aje pinangan Wiena karang.”
Wiena gelak terkekek-kekek.
“Abang Hee gila. Tunggu Wiena jadi sengetlah baru mak Wiena pergi pinangkan abang untuk Wiena. Sengal.” Wiena menunjal dahi Farihin dengan jari telunjuknya sebelum duduk di atas skuternya. “Ada ke perempuan pergi pinang lelaki…” enjin skuter dihidupkan.
Farihin tersengih panjang memandang belakang Wiena… memang luar alam sangatlah kalau kau datang bawa rombongan nak meminang aku, Wiena.
“Cepatlah naik. Berangan saja Abang Hee ni,” arah Wiena apabila mendapati Farihin masih tercongok di sebelahnya.
Dalam perasaan serba salah akhirnya Farihin membonceng skuter tersebut. Sebelum Wiena memulas minyak sekali lagi Farihin sempat melihat kedudukan mereka berdua. Memang dia berasa sangat janggal. Wiena dengan topi keledar hitam (nasib baik bukan jenis full face) dan dia berwarna pink. Wiena di hadapan sebagai pemandu manakala dia di belakang sebagai pembonceng. Perempuan bawa lelaki. Herk~ dan inilah kali pertama sebenarnya dia menunggang skuter bersama Wiena atau dalam erti kata lain inilah kali pertama dia dibonceng olah seorang wanita(walaupun Wiena tidak berapa kewanitaan).
“Kau ada lessen motor ke tak ni?”
See the leg lah.” Serentak dengan itu skuter comel Wiena meluncur keluar dari halaman rumah Farihin. Hampir menjerit Farihin dibuatnya dengan tindakan mengejut Wiena.

No comments:

Post a Comment