my tomodachi

20101204

B'coz I Love You...No Other then SuJu [bab3]



 Bab3 


Farihin keluar dari kedai serbaneka 7 Eleven. Membeli dua batang lollipop.
“Wayang start lambat lagi. Kita jalan-jalan cuci mata dekat mall dululah ya,” kata Farihin sambil membukakan pembalut lollipop untuk Wiena.
“Okey,” Wiena tidak membantah. Lollipop yang dihulur oleh Farihin diambil dan masuk ke mulutnya. “Abang Hee, jom pergi Speedy. Nak cari album baru Hujan la.”
“Okey, let’s go, baby~”
Klepak!
“Atoii~~” Farihin mengusap kepala yang baru di sepak Wiena. “Woi~~!!”
Wiena sudah jauh berlari ke hadapan meninggalkan Farihin. Farihin bengang. Segera mengejar Wiena untuk melakukan serangan balas terhadap gadis itu.

**********

“Okey… okey… stop~… please, stop. Wiena dah tak larat dah ni.” Wiena tidak larat lagi hendak berlari. Semput dibuatnya apabila dikejar oleh wakil olahraga sekolah seperti Farihin. Wiena mengaku kalah. “Abang Hee ni langsung tak nak bagi peluang kat Wiena. Penat dah Wiena lari ni.”
“Huh, padan muka. Tak ada maknanya abang nak bagi peluang sebab kau perempuan tau.” Farihin bercekak pinggang sambil memandang Wiena yang bersandar pada dinding di luar kedai Speedy Video. “Eh, kau ni perempuan ke? Abang macam dah lupa pula jantina sebenar kau. Hahahaha~~” Farihin ketawa sinis sebelum melangkah masuk ke dalam Speedy Video.
Wiena ketap bibir. Geram dengan sindiran Farihin. Dia membuntuti Farihin masuk ke kedai tersebut.
Tiba-tiba matanya tertancap pada satu poster yang tertampal di satu sudut kedai tersebut. Diantara ahli dalam poster tersebut pandangan Wiena tertumpu pada salah seorang daripadanya. Dia tersenyum. Sesuatu yang menarik ditemuinya.
“Abang Hee, sini kejap!” panggilnya teruja.
Farihin datang menghampiri Wiena.
“Tengok artis ni. Gaya dia sekali pandang macam Abang Hee daa~~” Wiena menuding ke arah artis dalam poster yang dilihatnya sama dengan Farihin tadi.
“Ceh, memandai saja. Mana ada sama.” Farihin tersenyum memandang poster Super Junior – Super Show 2. Sekilas matanya menjeling Wiena… ada yang tak kena dengan mata si tomboy ni. Ada ke patut samakan aku dengan Kyuhyun Si Evil Maknae.
“Betullah. Cuma rambut abang pendek sikit je dari dia,” akui Wiena. “Diorang ni siapa?”
Ler~~ tak tau ke budak ni? Cis! Punyalah famous tahap world kumpulan ni. Boleh pula dia tak kenal. Farihin bermonolog sendiri dalam hati melihat telatah Wiena yang memang tidak mengenali Super Junior.
“Super Junior. Artis terkenal dari Korea. Wiena tak pernah dengar lagu diorang ke? Selalu pasang kat ERA.”
Wiena jungkit bahu. Tak tahu.
Sorry, sorry, sorry, sorry…” Farihin menyanyi sedikit sambil membuat gaya tarian Super Junior yang terkenal dengan lagu Sorry Sorry.
“Ohhhh~~ lagu tu. Wiena tahu. Wiena pernah dengarlah.”
“Tulah… asyik sibuk dengan indie band je. Tak nak ambik tahu muzik genre lain.”
“Abang pun sama. Asyik dengan Korea/Jepun je. Mana reti nak pandang artis melayu. Wiena ni sekurang-kurangnya layan indie band Malaysia tau.” Nak menang juga. Tak mahu akur dengan kenyataan Farihin.
“Wiena ni kan… jangan sampai abang bagi virus SuJu ni kat Wiena. Nanti Wiena ketagih baru padan muka.” Farihin konon-konon mahu mengugut Wiena.
“Heh, virus abang tu power sangat ke. Tak takutlah.” Wiena mencebir. Tidak hairan dengan ugutan kecil Farihin. “Tapi kalau Wiena terkena virus pun maybe Wiena akan tersuka dekat mamat yang ni saja kot.” Wiena tersengih sambil merenung wajah tanpan Siwon.
Farihin ketap bibir. Meluat melihat wajah nakal Wiena yang tersenyum gatal pada poster Super Junior. Barangkali bukan pada Siwon seorang. Gadis yang kononnya mengaku tomboy itu bukan boleh dipercaya. Hormonnya tetap perempuan apabila ternampak artis-artis berwajah tanpan.
“Rugi, rugi, rugi…” Farihin menghadang pandangan Wiena pada poster tersebut. “Abang Hee sepuluh kali lagi handsome daripada Siwon tau. Wiena minat kat abang lebih bermakna daripada nak minat dekat Siwon. Dah, dah… jom blah. Kata nak cari album Hujan tadi.” Farihin segera menolak belakang badan Wiena untuk beredar dari poster tersebut.
“Ala~~” Wiena mengeluh.
Farihin sempat mengerling kembali pada poster Super Junior tadi. Dia tersenyum kecil. Rasa geli hati bila Wiena menyamakan dirinya dengan Kyuhyun, ahli paling muda dalam kumpulan tersebut. Untuk rasa bangga mungkin tidak kerana dia memang tidak pernah berasa seronok apabila teman-temannya sering memanggilnya Kim Heechul Kopipes (copy paste).
Secara logiknya, jika Wiena lebih mengenali Super Junior, dia pasti akan mengatakan Farihin lebih menyamai Heechul berbanding Kyuhyun. Farihin yang cantik tetapi bukan wanita. Farihin yang bermulut puaka dan bijak membidas hujah orang. Farihin yang tidak pandai mempamer kasih sayang walaupun hakikatnya dia mengasihi orang tersebut. Farihin yang sukakan merah jambu yang sinonim dengan wanita. Luarannya sahaja nampak seperti wanita. Namun hakikatnya dia bukan lelaki sotong sebaliknya penuh dengan karisma seorang lelaki tulin.

No comments:

Post a Comment