my tomodachi

20110530

Ini Bukan Entri Nak Mengutuk... tegur sikit2 je boleh kan...


Adakah menjadi isu yang logik untuk diperbesarkan hanya kerana 'toilet'?

fine... mungkin waktu tu dalam keadaan terdesak dan bila artis tu dilarang masuk ke toilet yang memang dikhaskan untuk SuJu, dia mengamuk... Aci kire maaflah sebab dia dah minta maaf kan... tapi rupanya memang tak habis di situ saja sebab ada pulak suara2 sumbang yang memang tak merdu tu menyalak2 tak puas hati dengan layanan double standard pihak penganjur terhadap artis malaysia. <--gang2 artis yang agak2 suam kuku lah ni....

Ehem... ehem... 5 sebab kenapa SuJu mendapat keistimewaan berbanding korang2 wahai artis malaysia... (<--yang pernah aku minat tapi sekejap je sebab aura korang tak kuat.)

PERTAMA
Super Junior adalah jemputan khas dan gomen kita bayar diorang bukan takat cikai2 dua tiga ribu cam korang... mau cecah sampai sejuta kot (dan saya ada jugak dengar rumor kata bayaran SuJu malam tersebut mencecah sampai 2juta. tak taulah betul ke tidak tapi kalau ikut kiraan kasar saya melalui jualan tiket SS3-Malaysia hari tu saja dah mencecah 3.5juta. so no wonderlah kalau betul rumor tersebut. lebih sejam jugak SuJu M buat persembahan malam tu). so, boleh nampak tak label artis malaysia ngan Super Junior? macam langit dengan kerak bumi! Dato Siti pun saya kira bayarannya takdelah sampai berjuta2 kot.

KEDUA
Super Junior artis luar dan sudah tentulah kita... maksud saya penganjur nak jaga nama baik Malaysia. mesti nak kasi yang terbaik supaya SuJu suka dengan negara kita. tempat mesti nak kena selesa dan bersih. Kalau bukan Suju sekalipun... even artis hollywood(yg korang agung2kan tu) sekalipun mesti kena layan diorang macam tu. kalau diorang dah suka negara kita barulah diorang akan datang banyak kali lagi untuk konsert atau persembahan. dari situlah membantu meningkatkan ekonomi negara. maksud saya sbg cth :- artis luar datang buat konset di negara kita, bukan setakat orang malaysia saja yang pergi tengok malah pelancong dari serata negara yang terdekat pun akan datang. kan... ada nampak?

KETIGA
sebab yang seterusnya ialah ELF. kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu ELF... ELF ialah singkatan untuk Ever Lasting Friend iaitu nama khas untuk peminat Super Junior. untuk pengetahuan juga ELF merupakan fanclub TERBESAR DI ASIA! Apa kaitannya dengan toilet? memang ada kaitan... Ada ELF yang pengsan nampak salah seorang anggota SuJu M dekat back stage. ada juga yang menangis sebab tengok video seorang peminat dari jepun(jauh tu dtg ke malaysia semata2 nak tengok SuJu M) yang terjumpa SuJu di belakang pentas. So...mana boleh suka2 nak bagi SuJu share toilet ngan orang lain. ELF sangat ramai di sekitar pentas(sebab pentas terbuka). nanti kalau SuJu kena serbu dengan ELF siapa yang susah? siapa yang nak tanggung masalah2 macam tu? ce jawab wahai artis2 yang melayangkan status kat Twitter dengan kata2 kesat terhadap SUJU n ELF!!!!???

KEEMPAT
Ini bukan masalah double standard wahai artis2 yang berkenaan... ini adalah kerana standard korang memang tak sama dengan Super Junior. Cuba bayangkan jika gomen tak jemput SuJu datang buat konset untuk Himpunan Sejuta Belia tempohari... adakah target sejuta belia itu akan tercapai? kalau nak harapkan artis paling popular di malaysia sekalipun buat persembahan malam tersebut, belum tentu boleh cecah sejuta orang yang datang berkunjung tau. buktinya sangat jelas waktu tamat konset SuJu M malam itu, padang kat tengah jalan presint 3,Putrajaya tu terus lengang. masih ada jugalah yang menunggu di situ sebab ada knst artis tempatan tapi taklah sesesak waktu SuJu di atas pentas. pendek kata kalau takde SuJu maka takdelah jugak SUJUTA Belia yang datang.

KELIMA
Ini masalah mentaliti artis Malaysia sendiri. bila terlalu senang menjadi artis menyebabkan korang susah untuk menerima layanan sebegitu. korang tak tau dekat Korea/Jepun tu punyalah payah diorang nak jadi artis... kena training bertahun2 dulu baru leh debut jadi artis. setakat maki hamun dan layanan buruk tu dah berbakul2 diorang terima dari start jadi artis sampai berada di level tertinggi. itu yang membuatkan mereka tahan lasak dan tak manja macam artis malaysia. bukan nak salahkan sesiapa tapi macam artis dari AF, bukan korang tak ditraining menjadi artis tapi mungkin sebab training korang tu terlalu singkat jadi hasilnya kurang memuaskan. kalau artis Kpop diorang training bertahun2 untuk menghasilkan artis atau idol yang berkualiti. Artis JPop lagi dasyat. terutama artis under Johnny's Ent., diorang training artis dari kecik... sampai betul2 dah cukup matang baru boleh debut. waktu jadi trainee jangan ceritalah seronok die, apa yang pasti kalau mental tak cukup kuat memang ada yang tarik diri terus. diorang kena berlatih menyanyi/menari/study dalam satu masa... sampai kadang tu tak cukup rehat n tidur pun 2 3 jam saja dalam sehari. bayangkan budak kecik di-training sampai camtu sekali.... tapi hasilnya lumayan sebab artis yang dilahirkan memang berkualiti!


Saya bukan nak kutuk sesiapa. ini sekadar untuk meluahkan perasaan. Saya tak pernah benci artis malaysia even saya tak minat sangat kat korang tapi kalau sampai tahap korang nak jatuhkan idol kesayangan kami memanglah saya sangat sedih. Super Junior pergi mana2 negara diorang mesti berkawan dengan artis dari negara tersebut. dekat Malaysia ni saya rasa Hafiz hamidun je yang cakap perkara baik tentang SuJu. sangat sedihlah sebab ELF semua kenal SuJu tu jenis yang peramah n friendly dengan semua orang.

Kepada Encik musician yang tak puas hati pasal toilet tu... seriously cik kaseh kecewalah... n rasa menyesal sebab malam tu saya jerit2 sokong awak. Tak pedulilah even muka awak macam Chinen Yuri tapi kalau dah kutuk my idol tu, memang takkan suka kat awak lagi dah!

Kepada Cik Bekas Pelajar AF pula... no komenlah pasal awak. kalau awak kekurangan kasih sayang dari peminat sekalipun tolonglah jangan tulis status kat Twitter tu berputar belit sangat. sekejap cakap otak peminat masih dijajah sebab tak sokong artis tempatan...tapi sekejap lagi awak membanggakan artis hollywood pulak...hurmmm~~???

Kepada Encik Artis yang dah semakin tenggelam tu... mulut janganlah longkang sangat sampai nak meng-anjing-kan peminat KPOP!

Kepada Cik Bekas Pelajar AF yang tak berapa cik kaseh kenal sebab tersingkir awal... saya kesian dengan encik2 polis yang terpaksa melayan report merapu awak. diharap awak belajar untuk jadi manusia dahulu sebelum sibuk mengejar populariti sebagai artis ye...


P/s : Sebenarnya kalau dilihat semula, cuma artis2 yang suam2 kuku saja yang melatah tak bertempat ni... Dato CT ok je... Pak Nil ok je...

P/ss : Artis malaysia patut kaji macam mana artis Kpop boleh berjaya sehingga menembusi pasaran seluruh asia (ada juga yang sampai pasaran dunia)...bukan kami suka2 tak mahu memilih artis malaysia sebagai idol tapi korang yang perlu kaji semula perkara ini.

P/sss : standard kalau setakat 'gud2' je tak payahlah nak demand lebih sangat. lainlah kalau anda tu artis setaraf Dato CT... (saje tak nak cakap setaraf Super Junior...kang rasa kecik sangat plak..hehehehe)