my tomodachi

20110127

Kau atau aku yang GILA?

video


Cik Kaseh terjumpa sesuatu yang cam best... <--actually banyak benda best. saje bunyi nak buat orang curious..haha.... Saya tak sure ini rancangan apa tapi yang pasti show ni Kanjani8 punya... satu benda je nak share ngan u olz...RYO YANG SANGAT KAWAII MASA MALUUUU~~~

Sila ambil perhatian bermula dari minit ke 0:52 dan seterusnya.... kyaaaa~~~ cik kaseh dah gelak guling2 tengok Ryo... siap panjat2 sofa lagi. Hailoh~ apa kes lah yang malu sangat sampai nak panjat2 macam tuh...

untuk pengetahuan semua, memang Cik kaseh dah kembali addict dekat NewS semula...seperti waktu dolu2 tu...waktu zaman saya belum mengenali Super Junior...

NewS yang best dari dulu sampai sekarang

Cik Kaseh tengah buat revision pasal NewS setelah setahun melupakan NewS(gomenne NEWS) disebabkan SuJu... dan bila cik kaseh gelak guling2 sebab video di atas, ada ke patut awek sebilik saya cakap...

Awek Itu : Cik Kaseh gila...gelak guling2 atas lantai sebab Ryo..Cik kaseh gila sewel... hahahaha~~
Cik Kaseh : hampeh...(senyap lepas tu n dok diam2 usha pasal NewS)

lepas tu tiba2 kedengaran suara awek tu pulak mengilai depan laptop...tahu sebab apa?...dia tengah layan BEAST...then my turn pulak cakap dekat dia...

Cik Kaseh : woi budak gile...gila tahap meroyan...pi kiss teruslah lappy awak tuh..hahaha~ gila kronik tahap meroyan..hahahaha~~
Awek Itu : senyap... n dok diam2...

Ha... Ha... Ha... so, in the end.. sama je KAU ATAU AKU... kita berdua memang gila tahap kronik dengan benda2 ni semua...

SuJu yang best dari dulu sampai skang


"KYAAAA~~~~!!!" kalau part SUJU, kitorang ber2 jerit sama2..hahahaha~~~~



P/S : listening new album Yamapi-SuperGood,SuperBad... dan juga NewS-LIVE... hontouni sugoiii~~

P/SS : SS3!!!! bila nak presale ni... sakit dah hakoo menunggu...

20110122

NEWS Live Unplugged ...entri C.Kaseh yg dah senget balik kat NewS (✿◠‿◠)



Hari ini sudah masuk hari ketiga... para FB's yang follow Cik Kaseh mesti tau virus apa yang sedang menyerang saya... it's NEWS... kepada Lee Syazlina Sazali & Bunny Neuron 'terima kasih' kerana menyuburkan semula semangat ke'NEWS'an cik Kaseh.. <--selalunya asyik semangat keSUJUan je...hahahha...

Entri ini khas buat peminat NewS dan kepada followers saya yang baru nak kenal siapakah NewS terutama Ryo Nishikido yang selalu meniti di setiap ruang sesawang Cik Kaseh selama ini...

Saya bukan nak buat review pasal Album terbaru NEWS-LIVE... tapi the part of NEWS-LIVE... iaitu NewS Live Unplugged dimana ia terselit sebagai bonus dalam album tersebut...

Sebelum Cik Kaseh buat review di blog ini ada seorang hamba ni dengan excitednya terlebih dulu beri komen yang berupa ulasan kepada Cik Kaseh sebaik saya kongsikan link berkenaan Live Unplugged ni. 


minah ni memang pandai kalau bab buat ulasan n stalking apa2 pasal JKpop
Kalau korang rasa berpinar biji mata baca komen FB yang cik kaseh kopipes di atas korang boleh baca ulasan cik kaseh yang selanjutnya yang lebih kurang sama je dengan apa yang cik Bunny Neuron tu komen.


1. Cik Kaseh sangat suka semua lagu yang NewS nyanyi dari mula sampai akhir. Ada 4 buah lagu plus 1 lagu(maksudnya 5 lah tu). Uniknya mereka nyanyi lagu 4 musim (spring/summer/autumn/winter). Lagu pertama Sakura Girl diikuti Summer Time kemudian Aki No Sora(autumn sky) dan diakhiri dengan lagu Snow Express. lagu2 tersebut merupakan lagu dari album2 mereka yang terdahulu kecuali Aki No Sora, lagu baru dari album LIVE. Secara peribadi Cik Kaseh sangat suka arrangement muzik dalam versi unplugged ini. dari segi pilihan lagu dan keharmonian gabungan suara mereka berenam memang walllaahhh~~ lah...

Bagi Cik kaseh penyanyi yang bersuara merdu bukan jaminan bagi seseorang artis itu berjaya. Apa yang penting ialah cara dan kekreatifan mereka menghiburkan audiens. inilah persamaan antara NewS & SuJu iaitu mereka saling melengkapi antara satu sama lain untuk menjadi sebuah kumpulan yang kuat. 

2. Lagi satu diorang pandai je atur tempat duduk dari mula sampai akhir. Mula2 RyoPi. Kemudian KoyaShige masa lagu Summer Time. Lastly tiga2 pairing masa lagu Aki No sora... RyoPi/KoyaShige/TegoMassu.. wahahhaha~~ saya sangatlah suka. 

RyoPi -> TegoMassu -> KoyaShige 

 3. Antara part yang suka ialah waktu Ryo main piano. Ngaaa~~~ hontou sugoii~~...lupa pula cik kaseh yang dia pernah belajar main piano dulu, sebab selama ni cuma nampak dia ke hulu ke hilir dengan gitar2 dia saja...hehehe~

Dia cuba nak ubah arrangement muzik tapi lastly berlari ke laut..hahahah~~cute je bila dia halang pemuzik lain follow dia main piano... ^^

 4. RyoPi pakai seluar sama n gaya pun lebih kurang sama(baju putih n cap)... kyaaaa~~~!!! sangat suka!!!...bila diorang tegur dan dan je YamaPi cakap 'kebetulan'.. cheh, padahal datang dgn Ryo sama2...kebetulan konon... hahahaha~~ semangat RYOPI!!!


ahaks~~ see.. pakai seluar sama.. I likee~~ ^^

5. Kyahahaha~~ banyak RyoPi moment lah dalam video ni...maka mmg membuatkan kami bertiga(cik kaseh plus dua nama yg saya sebut di awal entri ini) bertambah 'meroyan'...huhuhu~~ & sangatlah suka setiap kali Ryo panggil Yamapi... dia mesti panggil berulang kali sebelum cakap. cute je suara Ryo panggil "Pi... Pi.. Pi..."


RyoPi berbincang masa buat latihan

 6. & the last but not least... suka part ending masa Ryo membebel2 tu. Comey sungguh bila dia bercakap ikut sedap mulut dia lepas tu semua budak2 NewS tengok je dia punye pe'el tu...hahahha~~ kalau dia kat Kanjani8 tade kowt dia kuat membebel macam tu(sebab budak2 Eito suma lagi kuat bercakap berbanding Ryo...kikiki)... last sekali diorang nyanyi lagu Forever... <-- ni kire mcm encore lah kalau kat konsert..hehe...

bebelbebelbebelbebel...n sume ahli NewS layan dia...





Extra... tengok Ryo membebel2 n diorang nyanyi Forever ^^


Lagu Forever ni sangat meaningful buat semua peminat NewS yang setia sampai sekarang. lirik terakhir tu yang paling bermakna... "u r my precious baby ito shi kute.. can't stop thinking of u kimi dake...kokoro no mannaka ni iru kara everyday, every time forever... u r my precious baby hajimete... mayowazu ni chikaeru kara... ZUTTO I WILL LOVE YOU FOREVER... NEWS"


P/S : Cari link nak download Chonmage Purin & 8uppers tak jumpa...susah betul... sesiapa yang tahu harap boleh share dengan Cik Kaseh.. :((


EXTRA
RyoTego sempat main mata...ngaaa~~ <--bahaya si Teshi ni..kadang tgk dia macam suka semacam kat Ryo...