my tomodachi

Showing posts with label Clip Video. Show all posts
Showing posts with label Clip Video. Show all posts

20140810

BTOB = born to beat or born to make me laugh until die? bhahahaha~~




Walaupun saya dah tak layan kpop macam dulu2 lagi tapi sometime bila saya bosan atau tengah stress tak dapat idea nak menulis, saya akan layan realiti show korea.

1st time tertengok group ni masa tengah stalking EXO kat Youtube. adelah satu vid ni BTOB buat trademark pokok dalam lagu Wolf - EXO. (aku rasa time tu, budak2 ni fans EXO ke... hahaha)



Mungkin disebabkan BTOB ni under CUBE Ent. so sajelah try usha. tengoklah Weekly Idol yang selalu ada DoniKoni tu. tengok satu episod je...tapi waktu tu rasa dah nak tercabut usus dalam perut ni sebab gelak. serius budak2 BTOB ni sewel. tapi sewel yang menghiburkan.



Lepas tengok 1 episod Weekly Idol, melaratlah pula tengok semua episod yg diorg jadi guess artisnya. mujur x banyak...ade lah dalam dua tiga episod. tapi memang dah nampaklah X-Factor diorang ni.

tak boleh nak compare dengan boy band lain terutama senior diorang, BEAST. BEAST kekuatan pada lagu dan choreography tarian mereka. BTOB ni lagu best, tarian still lagi tahap normal kpop tapi pe'el memang SEWELlah. satu2nya group yang boleh buat macam2 imitation, terutama sekali SungJae the maknae... yang boleh bertukar jadi pokemon/ ikan piranha/ cute rabbit/ shinobi/ Nana After School/ Anna from Frozen... and many more. banyak sangat yang diorang imitate jadi saya ingat sebahagian je.

Selalu tengok artis kpop ni cakap BI memang hancur sesangatlah... tapi BTOB ni not bad lah. walaupun tak sehebat Peniel yang memang dibesarkan di Chicago tapi sekurang2nya yang lain2 tu boleh sebut perkataan2 BI dengan pronounce yang betul dan jelas.




Suka lagu ni.
walaupun sebelum diorang start nyanyi sempat lagi buat adegan2 gile...(memang rutin diorang kot mesti buat perangai sewel dulu sebelum nyanyi...hahaha~~ tapi itu yang peminat BTOB suka rasanya)


Ok, saje letak dance practice sebab suka part mask dance tu... MV best gak tapi tak suka tengok makeup diorang... plastik... bhahaha~~


P/s : Tak salah layan kpop... janji tak masuk ke dunia kpopers. Layan pada masa yang sesuai dan jangan 24/7 asyik fikir kpop je ye... ni nasihat untuk adik2 terutama yang sedang belajar tu...hehe

20130302

Mori-Taka-Who?



U know what... saya pernah menjadi salah seorang peminat tegar kumpulan Jpop NewS. Tapi saya tak pernah ambil tahu tentang perkembangan former member NewS. NewS yang dari 9 orang ahli menjadi 8 orang... kemudian kene tendang lagi dua orang sebab masalah disiplin... saya meminati band ni masa diorang ber6 dan waktu tu adalah zaman kemuncak kegemilangan mereka... dan sekarang dah tinggal 4 orang lepas Ryo n Yamapi ambil keputusan untuk tarik diri.


Ini gambar lama NewS masa zaman muda remaja... Ryo masih dgn rambut landak dia... Uchi posing mcm budak pompuan..haha.... Teshi yang sangat baby face... n muka jambu yang bertanda anak panah tu....

Remember that guy yang 1st sekali keluar dari NewS? His name is Moriuchi Takahiro... tapi lepas ibubapanya bercerai dia tukar nama jadi Morita TAKAhiro(ikut nama sebelah mak). dia adalah antara yang termuda dalam NewS waktu tu (NewS debut pada tahun 2005). dia sempat rakam satu album je dengan NewS sebelum keluar dari JE(Johnny's Entertainment). Dengar rumor dia kena tendang sebab kes merokok bawah umur tapi tak pasti dengan kesahihannya. Tapi no wonder lah... JE mmg strict dengan disiplin artis2 diorang. 


Actually ini memang kes pelik bila Cik Kaseh tiba-tiba nak tulis pasal Taka. Tapi ini semua gara2 Jrock band  yang bernama ONE OK ROCK(OOR) yang tiba2 telah menambat hati saya sejak beberapa bulan lalu. Selama beberapa minggu selepas saya melayan lagu2 OOR waktu tu barulah saya tahu Taka is former member NewS. Yelah, selalu kalau Jrock ni saya layan lagu je, mana nak stalk biodata ahli band tu pun.... but the irony is, lepas saya dah tak hardcore dengan NEWS, now saya dah ala2 hardcore dengan OOR yang ahlinya ialah former member NEWS. ke ke ke ke.... <--ketawa dengan riak serba salah. =_="


Apa yang specialnya dengan Taka ni adalah suara dia yang awesome. Saya fikir JE macam dah rugi besar sebab melepaskan Taka keluar dari agency diorang waktu tu. But maybe ada juga hikmahnya Taka tak terus bersama dengan JE sebab saya rasa dia takkan boleh explore bakat dia dengan lebih jauh kalau tak terima tawaran Toru untuk bersama OOR.


Kalau dalam NewS, Teshi adalah pemilik vokal yang terbaik tapi kalau nak compare Teshi dengan Taka..... I memang speechless. Tak tahu nak letak level Taka ni kat tahap mana. Dia sebenarnya dah ambil keputusan terbaik untuk keluar dari JE dan join One Ok Rock sebagai band Jrock. Suara dia bagi saya sangat international sesuai dengan konsep OOR itu sendiri yang ada bau2 western sket.


Walaupun pada masa tu dia mengaku yang dia awkward dengan muzik yang diketengakan oleh band OOR. Yelah mula2 dia nyanyi pop kemudian tiba2 nak beralih pada rock mestilah janggal kan. Dia ambil masa juga untuk sesuaikan diri dengan genre rock... tapi semakin lama dia semakin cinta pada Jrock.


Taka banyak menyumbang dari segi lirik lagu dalam kebanyakan lagu OOR. Especially lirik2 BI, semua dia yang buat. Bagi saya dia seorang pemuzik yang genius sebab boleh buat lagu tanpa menggunakan sebarang instrument. Dia cuma hafal susunan lagu dekat kepala otak je, bila masuk studio dia akan gtau kat ahli OOR yang lain then diorang semua mula susun muzik untuk lagu tu. Peliknya Taka ni dia tak suka main instrumen. antara faktornya mungkin kerana dia dilahirkan dalam keluarga penyanyi(mak bapak dia penyanyi.) jadi dia hanya suka menyanyi walaupun sebenarnya dia tahu bermain gitar dan piano. Dia belajar sikit main instrument pun demi kemudahan dia nak cipta lagu. tapi kalau untuk serius, dia memang tak berminat.


Kalau kat Malaysia, suara Taka ni satu SPESIES macam Lan dan Black lah... hmm, lebih bagus dari itu kot. Dia ada kelebihan dari segi mutu kawalan suara, terutama sekali bila live performance. Suara dia lebih sedap bila live berbanding record. Cara dia menyampaikan emosi dalam setiap lagu juga sangat berkesan pada pendengar. Dia mampu buat saya rasa sebak bila dengar lagu Wherever You Are... Dia buat saya rasa bersemangat bila dengar lagu Kanzen Kankaku Dreamer... Dia juga buat saya rasa geram dan marah bila dengar lagu Liar... malah dia mampu buat saya macam nak gila dengar Viva Violence Fellow, rasa macam nak memberontak bila dengar muzik dalam Adult Suit... dia juga buat saya terkenang sahabat lama saya bila dengar lagu C.H.A.O.S.M.Y.T.H... Dia buat saya merindui Dew(A.I.T.D.S) bila dengar lagu Karasu(Crow)... Tapi dalam banyak2 lagu saya paling suka Pierce... lontaran vocalnya sangat jelas, malah dia menyampaikan lagu tersebut dengan penuh emosi... Pierce adalah lagu terbaik buat Taka dari segi persembahan vocalnya.




Taka bukan sahaja ada kelebihan dalam menulis lirik BI malah dia ada abiliti dari segi sebutan BI yang jelas dalam setiap nyanyiannya. Ada mutu dan keunggulan gitu~... Memang sangat jarang kita dapat jumpa JEPUN yang pandai cakap BI. Even selalu gak dengar artis Jepun nyanyi BI dalam lirik lagu diorang tapi sebutan diorang tak jelas dan pekat dengan slanga jepun. Tapi saya tabik spring toink! toink! kat Taka ni sebab dia nyanyi BI sangat sedap. Masa 1st time dengar dulu pun saya macam agak confuse gak, ni band dari Jepun ke atau orang luar yang nyanyi dalam bahasa Jepun? seriously... memang awesome!


Satu lagi fakta tentang Taka yang sangat menarik ialah dia satu2nya penyanyi yang saya pernah lihat sangat sangat bertenaga... senang cakap dia ni SUPER HYPER ACTIVE. Bila kat atas pentas, dia bukan setakat berlari ke sana sini, melompat, memanjat dan buat macam2 aksi yang GILA dan tak masuk akal.... tapi semua perkara tu langsung tak melemahkan prestasi suara dia selama mana pun dia menyanyi secara live kat atas pentas. Damn! sesiapa pun boleh terperangkap dengan cara dia menarik perhatian audience. Even I sendiri rasa macam nak lompat2 juga depan Lappy masa tengok konsert OOR. & dia ada satu habit yang saya perasan setiap kali menyanyi; mamat ni suka rolling2 dia punya mic n tangkap semula dengan gaya yang sangat kool sebelum sambung nyanyi balik.


Actually Taka ni ada seorang adik yang juga bekas Johnny's Jr. juga dulu. Adiknya bernama Moriuchi Hiroki dan turut menubuhkan band Jrock juga sekarang. Kalau korang pernah tengok show Ya Ya Yah! korang mesti akan perasan ada seorang budak lelaki comel yang selalu jadi penyeri dalam rancangan tu. itulah Hiroki, adik Taka...

Ini masa diorang Johnny's Jr.

Kiri- Hiro, Kanan-Taka

Waktu kecil Hiro ni tak nampak macam sama pun dengan Taka tapi bila dah besar muka diorang agak seiras juga.



Beza umur abang dengan adik ni agak jauh juga iaitu 6 tahun. Tapi diorang memang sangat seiras... Hiro comel lebih sketlah dari Taka... hehe... diorang berdua ni mengingatkan saya pada adik beradik Kim Hyung Joon dan Kim Ki Bum yang juga sangat seiras.

Diorang berdua ni bukan setakat seiras malah perangai dan minat pun banyak persamaan. Kalau korang followers tegar Jpop terutama sekali budak2 JE maybe korang pernah follow show Ya Ya Yah! Hiro ada dalam show tu. dat time dia kecik sangat lagi.. memang kiyut miyut lagi lah. 

Yabu with TakaHiro.... Hiro kecik n sangat kawaii... Taka sangat muda.. tapi pelik pula dengar suara dia nyanyi lagu pop...huhuhu

Selain tu Hiro ni pun ikut jejak langkah abang dia yang terjun ke dunia Jrock. Dia ada band gak; MY FIRST STORY... Band ni baru lagi so tak berapa banyak sangat info. my suggestion, korang try the lagu The Reason.. lagu ni sedap juga.... tapi jangan compare abiliti Taka dengan Hiro. Hiro baru lagi, so maybe banyak yang dia kena belajar untuk improve dalam bidang nyanyian.

Macam abang dia gak... bila ambik gambar mesti wajib kene wat gaya epic face...huhu... tapi sekurang2nya dia ada level kecomelan yang agak tinggi.

Please lah Hiro... jangan nak comel sangat.... arghh~~~!!!

Okey... entry ni pasal Taka, tak leh cite lebih2 pasal Hiro... hampir2 terlupa...hihihi~~

Last but not lease... jom tengok beberapa vid One Ok Rock.



Lagu Beginning ni adalah punca pertama saya mengenali OOR. Lagu ini merupakan OST Rurouni Kenshin live action movie.



Lepas tu dengar yang ini pula... Kanzen Kankaku Dreamer... Ini versi PV... pergi usha versi live kat konsert This Is My Budokan paling best.


Dan ini adalah yang terbaru; Clock Strikes... terbaeek dari ladang.

Ok.. cerita Taka habis sampai di sini... sebelum tu kredit 1 lagi pic Taka untuk u olz...



P/S : actually saya paling minat Toru dalam OOR... tapi fakta2 tentang Taka sangat banyak yang menarik...sebab tu tulis pasal Taka.. hehe, gomen-ne Toru-chan~~ ❤❤❤

   
            


YAMASHITA
T
O
R
U

20111231

Kanon Wakeshima... Ohsem+talented girl (✿◠‿◠)




Anda mungkin tidak pernah mendengar nama Kanon Wakeshima jika anda tidak meminati anime... mungkinlah kot...
Cik kaseh mula mengenali gadis ini ketika menonton anime Vampire Knight

Dari kiri : Kiryu Zero (my hero ❤O❤), Cross Yuki, Kuran Kaname(handsome vampire)

Memang tertarik mendengar lagu Still Doll (ending theme VK)
bermula dari situ I try dengar pula beberapa lagu Kanon dari You Tube.
Oh, damn! seriously...kebanyakan lagu2 dia memang sugoii!!
Dia ada keunikan tersendiri dari segi imej, vokal dan muzik.

(tapi aci potong jari, budak kpop maybe tak boleh masuk dengan muzik gaya Kanon.)

Kali pertama dengar Kanon Wakeshima, rasa cam seram2 sejuk.
macam dengar lagu hantu... macam sangat bermisteri je setiap lagu2 dia.
hmph~ no wonder lah dia dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk cerita vampire macam cite Vampire Knight tu. kena sangat kowt.

Kanon juga merupakan seorang cellist (pemain cello)
hmm... jarang kan jumpa artis yang main cello ni. 
sebagai pencinta muzik, I pandang up sket kat minah ni.
sebelum ni rasa Scandal is the best band girl sebab diorang pun terror tahap horror bila main instrument.
But now, i think Kanon pun tak kurang hebatnya.

(biarlah my bro sorang je yang jadi kaki stalker SCANDAL... I tukang stalker Kanon je pula lepas ni...kuikuikui)

Well... Kanon ni ada 4 buah cello yang menjadi kesayangan dia. Yang pertama cello berwarna putih yang diberi nama "Mikazuki-san" yang bermakna bulan sabit. biasanya cello ini digunakannya ketika di konsert. 


Yang kedua, cello berwarna merah bernama "Nanacihie-san" yang bermaksud kebijaksanaan. dalam kebanyakan video klipnya dia menggunakan cello ini.


Selain itu dia juga mempunyai cello yang berwarna coklat yang dipanggilnya "Yaeharu-san" yang bermaksud multi-layered-spring. Ini adalah cello yang paling disayangi Kanon kerana ia telah digunakan sejak dia di zaman persekolahan lagi.
dan yang terakhir cello Silver yang dinamakan "Momotose". cello ini digunakannya ketika berlatih. namun kedua-dua cello coklat dan silver itu tidak pula ditemui gambar2nya.hehehe~~

Beberapa lagu yang boleh saya cadangkan untuk korang mula mengenali Kanon Wakeshima... Still Doll/ Lolitawork Libretto/ Kuroneko to Pianist No Tango/ Heroine Sindrome/ Suna No Oshiro/ Marmalade sky...dan banyak lagi.


Ini adalah salah satu PV dari Kanon Wakeshima. So, itu saja perkongsian saya untuk kali ini setelah agak lama juga saya tidak menulis apa-apa dalam laman sesawang yang dah bersawang ni...ngeeee~~

semakin lama saya tinggalkan blog ini, semakin bertimbun drama/anime/manga yang nak di review... masa semakin pendek. kalau sempat saya akan buat review lagi di sini.



OK...CHIOW!!!
(✿◠‿◠)

20110805

Super Junior - Mr. Simple [MV]




Setelah setahun akhirnya mereka kembali lagi dengan album terbaru.
Ia sesuatu yang sangat dinanti-nantikan oleh semua ELF seluruh dunia.
Saya adalah antara jutaan ELF yang setia meminati 10 jejaka ini

Berbeza dengan 2 album terdahulu... kali ini Cik Kaseh lebih relax menantikan saat kemunculan Super Junior.
(Dah pernah terlebih dos menggilai Super Junior dulu, so sekarang dah boleh control diri agaknya.)

Walaupun pada mulanya apabila menyaksikan gambar2 teaser setiap ahli untuk album ke5 ini membuatkan Cik Kaseh hilang selera terhadap mereka. Tapi nampaknya MV dan lagu Mr. Simple langsung tidak mengecewakan.

Fuhh~~ lega sangat.
Waktu kali pertama menonton MV Mr. Simple pun dah buat saya rasa teruja sampai meremang tengkuk.
Jadi saya maaf kan saja pasal gambar2 teaser yang wierd n menjengkelkan hati tu(kecuali Eunhyuk & Heechul saja yang Cik Kaseh boleh terima)


So, sedikit ulasan Cik Kaseh tentang MV Mr. Simple ;

~Ia gabungan Sorry Sorry, Bonamana dan Perfection... kareograf tarian lagu ini memang ada bayangan lagu2 hit Super Junior. Ia sesuatu yang menarik pada pandangan mata saya. seperti yang kita sedia maklum tarian lagu kpop biasanya ada trademark tersendiri termasuklah lagu2 Super Junior. dan ini secara tidak langsung membuatkan ELF merindui semula memori indah yang pernah dicipta oleh SuJu... <--peh~ aku macam nak masuk mood tulis novel plak...huhuhu

~Mata saya takleh lepas dari pandang Eunhyuk & Heechul.... dari mula sampai habis... siap ulang tayang entah berapa kali. Saya suka style rambut Hyuk! even dia tak evil n nakal tapi disebabkan style baru dia tu buat dia kehilangan imej cute...(Sungmin pun sama...tapi mata saya tetap spot kat Eunhyuk sebab lebih meminati Eunhyuk...walaupun dah tak setegar dulu)... & Heechul pula, dia memang nampak evil dengan gaya tu. Entah kenapa saya rasa Heechul ni suka buat apa saja mengikut hati sendiri. lepas tu apsal dia macam malas nak menari? saya terasa macam jiwa dia tak berada dalam Super Junior. Heechul-ahh~~~~ awak rindukan Hangeng ke? u'r the part of SJ family, so please jangan kecewakan ELF...

~Part yang paling saya suka dalam lagu ini ialah pada minit ke 3:50 ...part Kyuhyun n Yesung. part ni pendek je tapi macam bagi jiwa pada lagu ini. SO, memang terbaekk lah!

~Biasanya kebanyakan lagu Super Junior starting mesti Siwon yang nyanyi tapi kali ini Kyuhyun yang start dulu...diorang pernah kata diorang bagi siwon mulakan lagu dulu sebab nak bagi imej handsome dalam lagu diorang (sebab Siwon paling handsome dalam SJ...yeke?)... tapi kali ini walaupun Kyuhyun yang start dulu, pada Cik Kaseh tak ada apa2 perbezaan pun...(hurm..agaknya sebab cik kaseh rasa Kyuhyun lagi handsome daripada Siwon kot...muahahaha)

~Suka trademark tarian Mr. Simple...sangat simple dan senang nak ikut... (^_^)

ok, dah banyak sangat kot bagi ulasan...
akhir kata, semoga semua ELF berpuas hati dengan album ke5 SuJu kali ini

Bye~

20101215

OST President - Biting My Lips...(Aouww~) - Sungmin/Ryeowook/Kyuhyun_B9A9C4A3U






Suara Kyuhyun kat starting lagu ni je terus tangkap tengkuk Cik kaseh...meremang yuu~

Eh, apadaa~~ wat entry tak ada mukaddimah...mianhae~~
Sebenarnya I ter'excited sekejap lepas dengar lagu ni

Tak sabar nak tengok Sungmin dalam drama President
& rasenya cerita ni nampak menarik jugak...
I tak kisah tengok cerita politik
kalau ceritanya best macam drama Change


P/s : sambung siapkan enovel SuJu balik...

20101117

Boss Aku Nak dengar Lagu SUSU... apekeh??




Bukan mudah nak tarik minat kebanyakan orang untuk meminati muzik kpop...apatah lagi teman2 sekerja saya yang kebanyakannya jiwa nak dengar lagu2 melayu saja...
Tapi bila cik kaseh yang tegar & selalu dengan moto ada-aku-kesah sentiasa memasang lagu2 kpop terbaru (walaupun berselang seli dengan lagu inggeris/melayu/indon/hindustan/dangdut/jepun/taiwan/nasyid dan segala genre yg ada di muka bumi ni...<--I mmg universal..hehe)
akhirnya sekarang my boss siap buat permintaan nak dengar lagu kpop kegemaran dia...hakhakhak~~


dat time....
lagu Fantasia Bulan Madu-Search sedang berkumandang... tiba2 my boss bersuara...
"bosan..."
cik kaseh n office mate kat sebelah x berapa jelas...so buat don't know je...dia bersuara lagi...
"Bosan... bosannn...BOSANN!!"
Ok... siapa berani tak ambik attention bila boss dah jerit camtuh kan...
kami berdua angkat kepala pandang boss... tak cakap pape melainkan cuba memahami maksud air mukanya yang sememangnya bosan dengan lagu Search tadi...
"Aku nak lagu SUSU," katanya.
Cik kaseh terpinga2... lagu SUSU tu lagu apa???
"korang pasanglah lagu korea yang semalam tu."
Otak cik kaseh sedang mencerna apakah itu lagu SUSU...
"boss nak lagu Hoot kot." office mate cik kaseh tadi meneka.
"Nah lagu SUSU boss.."cik kaseh pun pasanglah lagu Hoot...
"Bukan SUSU lah boss...diorang cakap SHOOT SHOOT... & tajuk lagu ni HOOT."
"Eh, ada aku kesah... ko jangan nak melawan... aku orang melaka tau."
'Cheh, tak habis2 dengan modal dia orang melaka tuh... aku wong jowo loh, boss...kang speaking jawa nganga boss aku ni kang..hailoh~' <--ckp dalam hati saja..hehe~

Boss pun melayan lah lagu SNSD tu sambil meneruskan perjuangan ZUMA dia... <--cheh, main game...mentang2 dia boss..huhuhu~~


EXTRA
"Kaseh, dalam folder muzik kau ada lagu CN Blue?"
"Ade..."
"aku nak aku nak..."
"hambiklah...ko cakaplah lagu kpop apepun...insyallah aku ade..."
"Eh, apasal lagu Sorry Sorry ni lain macam je bunyinya?"
"yang ni versi R&B...tak penah kuar dekat ERA lagi kot..."
"Oooo~~~"


P/s : Walaupun tak ramai... tapi sejak kebelakangan ni makin bertambah orang yang minat lagu kpop ni... sonoknyer~~lagi2 boss saya pun join to the group jugak... =)

Pss : skang cik kaseh tak tau...cik kaseh ni betul2 anti-fan SNSD or cuma tak suke SNSD pada part2 tertentu saja...neway cik kaseh memang layan habis ngan Hoot.



20101001

I Can't Take My Breath BEAST...




Tulun... tulun...
Bantuan pernafasan diperlukan!!!

Ni siapa punya angkara membawa Cik Kaseh ke lembah Kpop ni...
ni betul2 rasa cam tak bernafas disebabkan BEAST ni...["AJ!!! tolong wat CPR kat saya!!!"]
Haish~~ orang dah nak stop dah... sengaja je korang ni nak bagi virus balik pada Cik Kaseh...

@awek sebilik dengan cik kaseh yang super addict dengan BEAST... kau ni sengaja nak menyuburkan virus kpop dalam jiwa cik kaseh ke...haish~

...
...
...

Pada mulanya...
Cik Kaseh tak ambik peduli dengan berita BEAST nak buat come back
lagu dah keluar...tapi still takde hati nak dengar betul2

...
...

Kemudian...
MV dah keluar babe... aura kemeroyanan terhadap BEAST mula merebak
FB cik kaseh dipenuhi dengan segala notification berkaitan dengan bEAST
Madu2 sejati ku juga tetiba tukar profile picture ngan BEAST...(tapi yang peliknya kenapa bleh sejiwa letak pic AJ jugak..hailoh~)

...ok...komen cik kaseh pasal MV Soom(breath)...
SAYA SANGAT SUKA!!!
my Joker-nim bertambah2 handsome kali ini
My AJ pulak makin sexy... sikit lagi nak nosebleed...tp x jadi sebab berjaya kawal keimanan dalam diri...chewah~
Dongwoon...apsal lain sangat... dah macam anak mat saleh sesat dah kowt
Leader Doojoon pun makin macho
hyunseung~~boleh tak cik kaseh nak cakap dia makin cantik?
Yoseob... jangan cite ah...dia mmg super cute boy...new hair die sangat kakkoi~

Hope semua BE3TY diluar sana berbahagia dengan MV ni...
~adios~



20100811

U don't know me... So, Shut up Boy!.. Miss A




Cik Kaseh tak berminat dengan Miss A
Tapi sangat berminat dengan lagu BAD GIRL,GOOD GIRL


~itu saja entri super pendek saya~


Peace from me, Kaseh Esmiralda

P/S : Oye... SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada pengunjung blog ini yang beragama islam...


20100722

GOING CRAZY lah tengok Kan Mi Yeon raba2 my Hyuk... Cheis~

wallawei~~ tajuk bunyi sooo jealous kan...
hahaha~~... nak kata jealous tahap petala tu tak sangatlahh actually
masa mula2 tu memanglah rasa si noona Kan Mi Yeon ni cm jalang pi raba2 Hyuk
tapi pastu rasional lah balik...
diorang juz acting je la...

Actually sepatutnya lagu ni featuring ngan Mir(MBLAQ)
tapi tak tau pe kes tetiba hari tu Eunhyuk ambik alih...

Mari usha sikit Crazy- Kan Mi Yeon ft. Eunhyuk




Dalam pada tak suka mula2 tuh... dok jugak tengok ulang2 lagu ni
(Ulang part Hyuk je lebih sebenarnya)


Ironinya sekarang... Cik Kaseh dah mula melayan lagu ni...
hoh! WTH... siyesly... mula2 rasa awkward je nk layan lagu ni
tapi kan mula tertarik lepas tgk MV nya

Bila seseorang jadi psiko nak dapatkan cinta seseorang
hailoo~~ jom layan... terbaek dari ladang~~




~~Oyasuminasai~~


20100707

SuJu-No Other...Hari bahagia untuk semua ELF



Oh.. SuJu... u make me sengih2 sendirian cam orang gilak hari ni
akhirnya... disebabkan MV baru SuJu ni, mood SuJu Cik Kaseh telah kembali setelah dok lebih seminggu asyik dengan mood BEAST n ZE:A

Cik Kaseh percaya... semua ELFs sekarang pun tengah berbahagia dengan MV terbaru SuJu ni...
sejak persembahan pertama No Other minggu lepas lagi... Cik Kaseh dah rasa aura kebahagian yang cuba disampaikan oleh SuJu...

No Other sebuah lagu yang menenangkan telinga yang mendengar. gerak tari yang lembut dan santai. senang je kowt nak follow tarian mereka. n part paling penting... body language... sangat memainkan peranan penting sehingga membuatkan semua orang pun...KYAA~~~ di alam bahagia bersama SuJu!!!

SuJu~~ saranghaeyo...
I wannabe ELF forever~~


20100612

SuJu+Korea+Spain+Merah=BOLA!!!




musim bola sudah kembali...
"Awak sokong pasukan mana Cik Kaseh?"  <--ini adalah soalan orang yang baru kenal dengan Cik Kaseh

Dan jawapan saya ialah... Spain... Saya penyokong Spain!! (siap beli jersi Spain tau...)
My FERNANDO TORRES... My DAVID VILLA... (✿◠‿◠)

"Bukan awak penyokong pasukan Korea ke, Cik Kaseh?" <--ni soalan orang yang kenal Cik Kaseh.

Dan jawapan saya... saya pun sokong Korea juga... Korea n spain pye jersi kaler merah
n i love RED...sgt suka merah dan hijau...(tapi x beli jersi Korea,sebab x lawa...hehe)

Malam ini Korea menang 1st game diorang... mesti budak2 SuJu ngah party sakan kat Korea ni...hii~~ kalaulah dapat join diorang tym ni...best nyer~~ saya pn nak lompat2 gembira dengan my kanda Eunhyuk~~~(✿◠‿◠)



20100512

Miinah~BONAMANA... proud to be ELF



12.00 tghri... lunch time~~
tutup semua perkara yang berkaitan dengan kerja
mari mula menjelajah dunia cyber

Perkara pertama yang Cik kaseh buat
bukak blog sapphirepearl... <-- tak ingat nak makan tengahari dulu ke minah ni?
hari ini hari penting dalam my kalender

...
...
...

tapi... suddenly rasa cam nak nangis je bukak blog tu
tak dapat tgk MV BONAMANA
sebab dah kene block
Cheis!!!

Maka... Cik Kaseh yang biasanya OT
sampai ntah pukul bape(rumah dekat je, so selamba lah nak balik lewat pun)
terus punchcard sharp pukul 5.30 hari ni

Gue tak kire... gue nak balik surf internet sekarang jugak!!!

...
...
...

Dan akhirnya Cik Kaseh sangat puas hati
MV SuJu memang tidak mengecewakan
mereka semua sangat hebat
& i'm proud to be ELF

Mereka tetap SuJu yang hebat dalam nyanyian dan tarian
mereka masih lagi SuJu yang menjadi kebanggan para ELF
Mereka adalah prince charming kepada kami semua



p/s : Tak sabar tunggu hari jumaat ni... live performance mereka di Music Bank... confirm aku nak balik awal juga hari tuh...(Boss, tolonglah jangan bagi aku kerja last minit time tu)


20100318

Run Devil Run-SNSD...You Better Run Now Dude~



1st of all... Cik Kaseh nak bagi tau...
Cik Kaseh tak pernah meminati SNSD

but now...

sebab cv baru SNSD ni...
tetiba je dah minat ngan 9 gadis jelita ni...

ape kes~~???

sebelum ni Cik Kaseh rasa girl2 dalam SNSD ni stok gedik2 je lebih...
tengok kebanyakan cv diorang pun nyampah... semua stok nak wat comel, lelebih lagi depan guy...
pastu dressup pulak semua jenis nak tayang kaki... kaki cunlah katakan...

Ok... itu cite dulu...

skang saya dah minat diorang... ALASANNYA...
sebab 1st tym dengar lagu n tengok cv Run Devil Run ni terus je tengkuk cik kaseh meremang
dats mean... lagu n cv ni mmg best n superb!

berbeza ngan cv2 SNSD yang sebelum ni...
lagu ni lebih energetic, seksi ala devil fairy, pastu tak de nya stok nak kena buat comey2 depan kamera
hehehe~~

I like it~~

Ok... saya nak gi bersiap... nak jemput kawan... Suju ngah tunggu saya kat KLIA... kuakuakua <-- bajetlah cik kaseh oi~~

~Chiow~

20100216

Tik... Tok... 2PM







Video muzik terbaru 2PM.
Saya rasa saya dah mula minat dengan 2PM lepas tonton CV ni.

& Cik Kaseh paling minat dengan Taecyeon dalam group ni.



Alasan meminatinya...
sebab rasa gaya dia sangat macho.
selain tu sebab... erm~ tak de sebab yang specific kenapa saya suka dia.
dia paling best bagi cik kaseh dalam kumpulan 2pm. hehe~~


20091215

Super Junior _ Sorry, Sorry - Answer




::New cv from Super Junior::

Ngaa~~ Sugoi~~!!
Actually ini bukan lagu baru.
Lagu Sorry, Sorry versi R&B
tapi diorang ada tambah2 jugaklah.

Hurm~ ok... err...

...
...
...

sekali lagi...
Cik Kaseh tak de idea nak tulis apa

cuma nak bagi komen
cv ni best.

Part paling Cik Kaseh suka...
4:26 - EunHae rapping... love it XD

Diorang semua sangat kakkoi dalam cv ni (except Shindong... hehe, Shindong tak leh masuk katagori handsome. dia cuma layak jadi comel di mata saya saja... sorry)

Cume yang frust nya...
Kibum takde dalam cv ni...

Tak tahulah mana dia menghilang.
susah betul nak nampak dia sama2 dalam Suju

Siapa2 bloger di luar tu
tahu tak berita terbaru mengenai Kibum skang?
apa projek yang dia tengah buat? bz sangat ke...



20091115

Gee = Snsd vs Suju




Cik Kaseh dah dengar banyak kali lagu ni dulu
best tapi taklah minat sangat
pun tak de hati nak download lagu or cv nya
tapi baru2 ni, tiba2 je saya jadi fanatik dengan lagu ni

puncanya...
sebab cv ini...



anda tak perlu faham bahasa mereka untuk ketawa tengok clip ni.
first time tengok suju menari lagu Gee terus saya minat lagu ni
dan setiap kali cik kaseh terdengar atau tertengok cv Girl Generation
mesti saya akan ketawa gila2
sebab teringatkan Heechul, Eunhyuk, Kangin dan Sungmin.
Super Junior betul2 lawak tahap petala!

o.54 : part paling memberi kesan dan akan buat saya gelak biarpun tengah bersedih.
1.25 : tiba2 menari lagu Sorry Sorry... gila betul. dengan skirt segala, hilang terus imej pretty boy. hahaha~~ lawak~~

...
...

Ada satu lagi yang best
yang ni bukan Super Junior je, malah ada juga 2pm, 2am dan Shinee




ini Gee guys version okey...
suka part Eunhyuk n Nickhun

20091114

Love Like This - SS501






Konichiwa~ minnasan~~
i'm back with the new entry

hari ni bukan nak cakap banyak
just nak cakap sikit2 pasal new cv SS501

Love Like This... best ke?
honestly, first time tengok CikKaseh sangatlah tak berkenan
tak suka sangat dengan imej baru Hyunjoong
(Cik Kaseh bercerita tentang rambut dia)
hiii~~ apasal dia potong pendek sangat rambut die tu...
tak sukaa~!! buruk!

Hyungjoon pun tukar style rambut
tapi better sikitlah dari rambut Hyunjoong
i like his new hair.
ala2 macam Yamapi punya style.

...
...
...

Weh, ni nak cerita pasal cv ke pasal rambut?
Hish aku ni...

oklah... back to cerita bout cv Love Like This

...
...

actually saya suka...
now... i love this song
but
... the cv...
hurm~ i'll try.

...
...

maybe nanti saya akan suka
take time lah guys
Biasalah... mula2 je tak suka
jap lagi tengok pat lima nam kali jatuh cintalah tu
hahaha~

20091102

Tanjoubi Omedeto Ryo Nishikido & Young Saeng





Lalalala~... (intro orang tak ade idea nak start taip entry~)

.......
......
......

Okey, actually Cik Kaseh rasa tak berapa best hari ini. sebabnya esok birthday Ryo-chan.
(Hurm~ apasal plak nak rasa tak best ek?)
sebab konon2nya hari tu cadang nak buat kek special untuk sambut birthday Ryo-chan dengan Young Saeng(SS501)... tapi lepas tu macam tak sempat, tak ada masa dan takde daya penolak nak buat semua benda tu. Hurm~ apasal ek?
adakah ini petanda yang saya dah mula slow meminati Ryo-chan?
...
....
tak kot.
...
...
rasanya bukan sebab tu. satu je sebab dia...
...
...
sebabnya saya malaslah.
hahahaha~~
zaman menggilai Ryo dah tak sama seperti waktu dulu.
.....
.....
Tapi saya percaya, walaupun saya tidak lagi buat kerja gila macam buat kek birthday n present untuk Ryo seperti waktu dulu, dunia ni tetap sempurna...
dan saya akan terus setia menjadi penyokong kerjaya RYO NISHIKIDO
kerana dia adalah salah satu sumber inspirasi saya untuk terus berjuang mencapai impian saya.
seperti dia, saya tidak akan putus asa dan akan berusaha untuk buat yang terbaik!
Gambatte Kaseh~!!
...
...
...
Chup! apa yang aku merepek meleret-leret ni??
hurm~~ papejelah...
...
...
yang penting saya tetap gembira sebab dah tengok cv terbaru Ryo-Code
bahagianya~ hahaha~~ <--- putus fius!


Ohya, tidak dilupakan juga kepada YOUNG SAENG yang menyambut hari lahir sama dengan Ryo iaitu pada 3 nov... happy birthday to Prince of Shy~~
sengil chukka hanmida~!!
.....
.....
.....
itu saja entry untuk kali ini...
saya nak sambung study ye kawan2...
hurm~ study about Suju... ngehngehngeh...
~Chiow~
;p




Doki Doki From My Heart…

20091031

Tak Perasan pun sebelum ni...



Tak Perasan pun sebelum ni... rupa2nya Hankyung dan Siwon (super Junior) tu pelakon dalam cv Timeless ni... Oh ya~ dulu saya mana minat Suju... jadi manalah saya tahu mereka berdua tu ahli Suju... hehehe~





Tak perasan pun sebelum ni... pelakon dalam cv ni bukan artis taiwan (memanglah tak perasan, sebelum ni tengok cv yang tak ada subtitle... hehehe~)... dan rupa2nya pelakon tu Siwon dan Donghae dari SuJu... erm~ rasa macam cute gile pula Donghae ni. Donghae... Ryo... Ryo... Donghae~ aduyai~ kronik ni... tapi tetap suka lebih pada Ryo okey... pada orang yang berkenaan tu~ <--- sambil menuding ke arah Pandan Perdana...ambillah Donghae yang cute ni, asalkan tak lagi berebut ryo-chan dengan aku k... hehehe~~




Tak perasan pun sebe... eh, chop! bukan tak perasan tapi sebenarnya baru je tengok cv ni. Donghae n Kyuhyun~~ so cute~~...


p/s : Cik Kaseh dah terkena virus SuJu. ni semua Nemo punya pasal. kalau tak tengok cv2 show SuJu masa kat rumah dia hari tu tentu Cik Kaseh tak kronik macam ni... huhuhu~~ (bukan salah ibu mengandung~~)


Doki Doki From My Heart…

20090502

Something Happen With My Heart -A&T



About diz song... 1 je Kaseh dapat gambarkan di sini... lagu ni betul2 menyentuh perasaan. abaikan liriknya yang kita tak faham tu, sebab Kaseh berbicara tentang muziknya. tapi kalau dah baca translate in english yg Kaseh sediakan sekali pun mmg padanlah dgn muzik die kan...

tambah lagi klu korang ikuti perkembangan dramanya... hubungan antara Jandi dan Junpyo yang penuh halangan... baik daripada keluarga mahupun orang ketiga. lagu ni memang sesuai diberi peranan sebagai muzik latar utk Jandi dan Junpyo. dan tidak mustahil jika ada penonton yang meleleh air mata kerana lagu ni memang berjaya memainkan peranannya bermain dengan perasaan penonton... sobss~

Liriqu

(Romaji)

gajimallaedo meomchwoseoraedo
neoreul hyanghaeganeun nae mamingeol
darchido annni juljido annni
waeiri nae sarangeun

chueok hanahana sego tto seneura
mameun hansido swijilmotae
ganugido himdeun jimman doeltende
wae nan beorijido motaneunji

jeongmal gaseumi eotteoke dwaennabwa
nunmeon sarange baboga dwaennabwa
ojik hangotman maeil hangotman
neoran seulpeun bicheul baraboda
nunmulsaemmajeodo gojangi nannabwa
jakku nunmuri meotjil anha
geujeo hanmadiman saranghae hanmadiman
naege malhaejumyeon andoeni

soneul ppeodeobwado amuri bulleodo
neoneun naegeseo meolgiman hae
apeun sangcheoman doel sarangiltende
wae nan jiujido motaneunji

jeongmal gaseumi eotteoke dwaennabwa
nunmeon sarange baboga dwaennabwa
ojik hangotman maeil hangotman
neoran seulpeun bicheul baraboda
nunmulsaemmajeodo gojangi nannabwa
jakku nunmuri meotjil anha
geujeo hanmadiman saranghae hanmadiman
naege malhaejumyeon andoeni

niga useumyeon nado haengbokhadan
geojitmallo nal wirohae bojiman
niga hyanghaeseon got naega aniraseo
oeroun nunmuri heulleo

jeongmal simjangi eotteoke dwaennabwa
himdeun sarange michyeobeoryeonnabwa
gatjido motae itjido motae
neoreul haruharu gidarida

neomuna geuriwo tari nangeongeobwa
neoreul neomuna saranghaeseo
geujeo hangajiman ni maeum hangajiman
naege nanwojumyeon andoeni

nareul saranghamyeon andoeni


(English Translation)
even though i tell it not to go,
even though i tell it to stop
my heart keeps going towards you
it doesn't wear out, it doesn't decrease
why is my love like this

one by one, i count and count the memories
my heart can't rest for even a moment
it'll just become baggage that becomes hard to control
why can't i even throw them away

really, my heart must have done something somehow
i must have become a fool that's blind from love
just one place, everyday one place
looking at the sad light that is you
even the tear glands must be broken
my tears won't stop
i love only you, only you
can't you just tell me?

even if i hold out my hands,
no matter how much i call out
you're always far from me
it'll be a love that becomes painful scars
why can't i erase it

really, my heart must have done something somehow
i must have become a fool that's blind from love
just one place, everyday one place
looking at the sad light that is you
even the tear glands must be broken
my tears won't stop
just one word.. the one phrase that you love
can't you just tell me?

i try to comfort myself with the lie
that i'm happy if you just smile
because the place you're going towards is not me
the lonely tears flow

really, my heart must have done something somehow
i must have gone crazy over this hard love
can't have you, can't forget you
waiting for you day by day

i must have gotten ill from missing you so much
from loving you too much
just one thing.. your heart, that one thing
can't you just share it with me

can't you love me

Doki Doki From My Heart…