my tomodachi

20111231

Kanon Wakeshima... Ohsem+talented girl (✿◠‿◠)




Anda mungkin tidak pernah mendengar nama Kanon Wakeshima jika anda tidak meminati anime... mungkinlah kot...
Cik kaseh mula mengenali gadis ini ketika menonton anime Vampire Knight

Dari kiri : Kiryu Zero (my hero ❤O❤), Cross Yuki, Kuran Kaname(handsome vampire)

Memang tertarik mendengar lagu Still Doll (ending theme VK)
bermula dari situ I try dengar pula beberapa lagu Kanon dari You Tube.
Oh, damn! seriously...kebanyakan lagu2 dia memang sugoii!!
Dia ada keunikan tersendiri dari segi imej, vokal dan muzik.

(tapi aci potong jari, budak kpop maybe tak boleh masuk dengan muzik gaya Kanon.)

Kali pertama dengar Kanon Wakeshima, rasa cam seram2 sejuk.
macam dengar lagu hantu... macam sangat bermisteri je setiap lagu2 dia.
hmph~ no wonder lah dia dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk cerita vampire macam cite Vampire Knight tu. kena sangat kowt.

Kanon juga merupakan seorang cellist (pemain cello)
hmm... jarang kan jumpa artis yang main cello ni. 
sebagai pencinta muzik, I pandang up sket kat minah ni.
sebelum ni rasa Scandal is the best band girl sebab diorang pun terror tahap horror bila main instrument.
But now, i think Kanon pun tak kurang hebatnya.

(biarlah my bro sorang je yang jadi kaki stalker SCANDAL... I tukang stalker Kanon je pula lepas ni...kuikuikui)

Well... Kanon ni ada 4 buah cello yang menjadi kesayangan dia. Yang pertama cello berwarna putih yang diberi nama "Mikazuki-san" yang bermakna bulan sabit. biasanya cello ini digunakannya ketika di konsert. 


Yang kedua, cello berwarna merah bernama "Nanacihie-san" yang bermaksud kebijaksanaan. dalam kebanyakan video klipnya dia menggunakan cello ini.


Selain itu dia juga mempunyai cello yang berwarna coklat yang dipanggilnya "Yaeharu-san" yang bermaksud multi-layered-spring. Ini adalah cello yang paling disayangi Kanon kerana ia telah digunakan sejak dia di zaman persekolahan lagi.
dan yang terakhir cello Silver yang dinamakan "Momotose". cello ini digunakannya ketika berlatih. namun kedua-dua cello coklat dan silver itu tidak pula ditemui gambar2nya.hehehe~~

Beberapa lagu yang boleh saya cadangkan untuk korang mula mengenali Kanon Wakeshima... Still Doll/ Lolitawork Libretto/ Kuroneko to Pianist No Tango/ Heroine Sindrome/ Suna No Oshiro/ Marmalade sky...dan banyak lagi.


Ini adalah salah satu PV dari Kanon Wakeshima. So, itu saja perkongsian saya untuk kali ini setelah agak lama juga saya tidak menulis apa-apa dalam laman sesawang yang dah bersawang ni...ngeeee~~

semakin lama saya tinggalkan blog ini, semakin bertimbun drama/anime/manga yang nak di review... masa semakin pendek. kalau sempat saya akan buat review lagi di sini.



OK...CHIOW!!!
(✿◠‿◠)

1 comment:

  1. ohh.. patut pernah dengar nama Wakeshima Kanon.. Gaya dia suggoii sangat...Suki desu~! Nak try dengar lah lagu dia nanti. Nampak macam best..

    ReplyDelete