my tomodachi

20151028

SECRET LOVE : Dendam dan obsesi seorang pencinta.

Disebabkan ‪#‎SheWasPretty‬, saya tonton ‪#‎KillMeHealMe‬, dan ‪#‎KMHM‬punca saya tonton ‪#‎SecretLove‬ pula....bukan cerita baru pun tapi baru tahu pasal drama ni sebab tak pernah ada orang suggest kan untuk tengok. Untuk sesiapa yang belum pernah tonton, saya nak kongsi 10 SEBAB KENAPA DRAMA NI MENARIK DAN ANDA KENA TONTON!




1) Antara drama rating tertinggi dan menang beberapa anugerah termasuk Best Couple Award (Jisung & Hwang Jung Eum).


2) Cerita dia bergerak secara kronologi dan tak banyak flash back macam kebanyakan drama korea sekarang. So x tinggalkan banyak tanda tanya kat penonton. Sesuai untuk penonton yang suka drama bergenre Melodrama. (AMARAN : tak sesuai utk penonton yg suka drama ringan dan komedi macam #SheWasPretty)


3) Setiap karektor sangat menarik dan x klise sangat... 

      1-Hero yang obses gile nak musnahkan hidup heroin yg dah menyebabkan kematian GF dia. 
      2-Heroin yang sanggup ganti tempat BF die masuk penjara sebab kes kemalangan yang menyebabkan kematian orang. 
      3-2nd hero yang nampak baik mulanya tapi disebabkan perasaan tamak dia khianati GF dia, jatuh cinta dgn 2nd heroin. 
      4-2nd heroin cintakan hero tapi tak pernah terhegeh2 nak tagih cinta, perangai x annoying, okey...so aku suka je.


Choi Woong as Kwang So 

4) Selalunya drama korea suka build 2nd hero ni perfect and charming tapi cite ni tak. For the 1st time in my life aku tak kene‪#‎secondLeadHeroSyndromeLove‬ sebab watak hero kedua tu jahat, hampeh and annoying gile...hahaha (rasanya lagi ramai yg tertarik dgn pengawal peribadi Jo Minhyuk sebab karektor Kwang So yg cute dan setia gila kat Minhyuk)



5) JISUNG! ...ni satu punca jugak. Dulu masa dia berlakon dalam #ProtectTheBoss aku langsung tak minat watak yang dia pegang tapi aku mula jatuh cinta dengan lakonan dia lepas tengok #KMHM ...Bagi saja apa2 watak yang melibatkan psikologi, dia memang hebat. kalau dalam KMHM dia pegang watak yg psiko, dalam Secret Love pun psiko juga. Lagi psiko dari Shin Segi! dah lah kaki stalker! 6 episod pertama ko akan kesian dengan heroin je sebab asyik kene torture je ngan Min Hyuk. 



6) Takkan rasa annoying dgn heroin even watak macam dia pegang tu dah biasa pernah kita tonton. Watak yang Hwang Jung Eum pegang ni kuat dari segi emosi dia dan tak suka tunjuk yang hidup dia nampak kesian depan orang ramai. Susah nak jelaskan kenapa tp bagi aku watak Kang Yoo jung tu inspirasi kepada semua wanita...

7) Side karektor yang unpredictable - biasa tengok watak antagonis mesti bapak hero/heroin kalau kaya. lepas tu watak emak tiri. ataupun orang kanan dalam syarikat.....Malangnya itu cuma jangkaan yang meleset bila tgk drama ni...kiranya setiap personaliti watak tu ada sebab dan akibat yg menjadikan mereka sebegitu.




8) Chemistry Jisung and Hwang Jung Eum... no wonder lah lps drama ni diorg bekerjasama lg untuk drama Kill Me Heal Me.

9) Starting cantik, ending pun cantik... smile emoticon



10) Macam mana dari benci jadi sayang...dari dendam jadi cinta...benda ni yang orang curious nak tahu dalam drama ni...macam mana Minhyuk yang obses n stalk yoo jung setiap masa akhirnya jatuh cinta pada perempuan tu...macam mana Yoo Jung yg setia membabi buta kat BF dia akhirnya dia berubah hati pada Minhyuk?

20140902

Doctor Stranger : Ini Bukan Review Drama



Aku malas nak layan drama korea selama ni sebab drama korea ni ada satu macam benda klise yang berulang2 sampai aku naik jemu. Bagi aku orang yang layan drama korea ni penuh dengan perasaan jiwang yang takkan boleh layan drama jepun yang unik dan drama Inggeris yang mencabar. Tapi tiba2 hari tu tangan aku gatal pula nak try test satu drama korea terbaru... ini semua gara2 Husna Nemo tu la kata drama Korea sekarang dah upgrade... dah tak klise macam dulu...

Aku suka drama pasal doktor.... Masa kecik2 dulu selalu layan ER... bila besar sikit aku layan pula Grays Anatomi... kalau drama Jepun pula drama doctor pertama yang aku tonton ialah Heavens Coin <-- masa tu Yutaka Takenouchi muda lagi... lepas tu aku layan pula Team Madical Dragon <-- yang ni aku layan manga dia dulu sebelum tonton drama. lepas tu minat pula Code Blue yang ada Yamapi dengan Toda Erika tu...... [DAH DAH... PANJANG PULA NAK CAKAP PASAL SEMUA DRAMA DOKTOR NI!]

Aku tak pernah tonton drama doktor versi korea. so dengan randomnya aku main download je. sinopsis pun aku tak baca. pelakon pun aku tak kenal. ha ha ha~~!!!

Apasal ek...? apa yang menarik pasal DOKTOR STRANGER ni yang sampai aku nak tulis entri pula kan???


10 Sebab Kenapa Cik Kaseh Boleh Tonton Doctor Stranger Sampai Habis :

1) Motif pertama aku dah cakap awal-awal tadi... Aku nak tengok drama ni sebab cerita pasal doktor.

2) Plot dia terus start dengan dramatik pada episod pertama... Aku memang suka style drama macam ni. dia cepat tangkap perasaan aku untuk stay depan monitor.

3) Temanya berkaitan dengan cinta/ politik antara negara/ politik dalam hospital... yang menariknya ia bergerak seimbang. Jadi kita taklah rasa preasure dengan isu politik yang berbelit2. kita juga tak lah sampai nak muntah hijau tengok diorang asyik bercinta saja... BALANCE.

4) Drama ni dah agak lari sikit dari tipikal love triangle yang famous dalam drama korea selama ni. So kita pun tak lah rasa macam nak maki2 watak2 yang sibuk nak rebut cinta... kisah cinta dia walaupun tipikal tapi bagi aku ia bergerak secara natural dan normal.

Hero 1 (Hoon) cintakan Heroin 1 (Jae Hee)... pastu Heroin 2 (Soo Hyun) jatuh cinta pada hero 1. hero 2 suka heroin 2 tapi sikap dia lebih pada nak protect orang yg dia sayang. akhirnya heroin 2 sedar yang true love dia ialah hero 2 tu. so ending dia semua bahagia... tak de lah watak2 hero/heroin kedua ni dikejami seperti drama2 korea yang dulu-dulu tu.

5) kisah cinta antara Hoon dan Jae Hee ni agak thrill bagi aku. diorang berkenalan sejak kecil masa dekat Korea Utara. bercinta lepas tu berpisah. berjumpa semula tapi sekejap je lepas tu berpisah lagi. lepas tu berjumpa lagi. lepas tu dalam tempoh 7 tahun tu masing2 buat macam2 benda yang gila semata2 nak jumpa balik... semata2 nak protect each other. (apa yang Jae Hee dan Hoon buat tu kena tengok sendiri. nak cite panjang. haha) <-- fefeeling macam Damon/Elena dalam Vampire Diaries je.. i like.

6) Bestfriend relationship... Suka hubungan Hoon dengan Soo Hyun as a best friend. even Soo Hyun dah kena reject dengan Hoon pun lepas tu diorang boleh jadi kawan balik.

7) drama ni tak de gaduh2 antara 4 watak utama. Hoon dengan Jae Joon walaupun nampak macam bermusuh sebab masing2 bersaing dekat hospital tapi diorang tak bergaduh pasal hal2 peribadi pun... and boleh berkawan sebenarnya lepas tu. Jae hee dan Soo Hyun lagilah duduk serumah. memang rapat.

8) Satu benda klise yang masih tak berubah ialah... bila aku tetap sukakan hero no 2 walau dalam keadaan apa sekali pun... apasal ek, drama korea ni suka buat watak kedua dia charming/perfect tapi lepas tu background dia buat orang rasa kesian je. kesian Jae Joon ni... dia nak balas dendam tapi akhirnya dia give up sebab dia cintakan Soo Hyun. lepas tu boleh pula dia pergi pujuk perempuan yang dah kecewakan dia bila dapat tahu Soo Hyun frust lepas kena reject dengan Hoon....Wahhh~~

9) Heartbeat Couple... Aku tak pernah minat dengan hero/heroin drama korea... so ini memang rare bila aku suka hero/heroin dalam drama ni. diorang best...

10) Semua watak bergerak dengan sifat2 yang unik. even sekecil-kecil watak pun. pendek kata detail lah dari segi penstrukturan watak tu.



20140810

BTOB = born to beat or born to make me laugh until die? bhahahaha~~




Walaupun saya dah tak layan kpop macam dulu2 lagi tapi sometime bila saya bosan atau tengah stress tak dapat idea nak menulis, saya akan layan realiti show korea.

1st time tertengok group ni masa tengah stalking EXO kat Youtube. adelah satu vid ni BTOB buat trademark pokok dalam lagu Wolf - EXO. (aku rasa time tu, budak2 ni fans EXO ke... hahaha)



Mungkin disebabkan BTOB ni under CUBE Ent. so sajelah try usha. tengoklah Weekly Idol yang selalu ada DoniKoni tu. tengok satu episod je...tapi waktu tu rasa dah nak tercabut usus dalam perut ni sebab gelak. serius budak2 BTOB ni sewel. tapi sewel yang menghiburkan.



Lepas tengok 1 episod Weekly Idol, melaratlah pula tengok semua episod yg diorg jadi guess artisnya. mujur x banyak...ade lah dalam dua tiga episod. tapi memang dah nampaklah X-Factor diorang ni.

tak boleh nak compare dengan boy band lain terutama senior diorang, BEAST. BEAST kekuatan pada lagu dan choreography tarian mereka. BTOB ni lagu best, tarian still lagi tahap normal kpop tapi pe'el memang SEWELlah. satu2nya group yang boleh buat macam2 imitation, terutama sekali SungJae the maknae... yang boleh bertukar jadi pokemon/ ikan piranha/ cute rabbit/ shinobi/ Nana After School/ Anna from Frozen... and many more. banyak sangat yang diorang imitate jadi saya ingat sebahagian je.

Selalu tengok artis kpop ni cakap BI memang hancur sesangatlah... tapi BTOB ni not bad lah. walaupun tak sehebat Peniel yang memang dibesarkan di Chicago tapi sekurang2nya yang lain2 tu boleh sebut perkataan2 BI dengan pronounce yang betul dan jelas.




Suka lagu ni.
walaupun sebelum diorang start nyanyi sempat lagi buat adegan2 gile...(memang rutin diorang kot mesti buat perangai sewel dulu sebelum nyanyi...hahaha~~ tapi itu yang peminat BTOB suka rasanya)


Ok, saje letak dance practice sebab suka part mask dance tu... MV best gak tapi tak suka tengok makeup diorang... plastik... bhahaha~~


P/s : Tak salah layan kpop... janji tak masuk ke dunia kpopers. Layan pada masa yang sesuai dan jangan 24/7 asyik fikir kpop je ye... ni nasihat untuk adik2 terutama yang sedang belajar tu...hehe

20140201

The Vampire Diaries VS Teen Wolf

Minat seseorang boleh berubah
bergantung pada waktu

dah pernah jadi peminat jpop/jrock/manganime <-- & still minat walaupun dah tak hardcore
still follow walaupun dah jarang2 updated news
ohh... I miss Nishikido Ryo/One Ok Rock

tapi lately im falling in love with WAMPIRE+WAREWOLF

The evil Damon Salvatore - perfect vampire... jahat yang memang tak nak jadi baik... but still ada sifat baik yang tersembunyi dalam diri dia walaupun dia tak nak orang nampak kebaikan dalam diri dia.

The beta Isaac Lahey - look like innocent tapi sweet... bukan watak utama dalam Teen Wolf tapi my favourite character dalam drama ni....

P/s : tak tau nak tulis apa lagi... lain kali saya sambung tulis lagi... 

P/ss : sangatlah tak de isi entri kali ini... hahaha~~~


20130302

Mori-Taka-Who?



U know what... saya pernah menjadi salah seorang peminat tegar kumpulan Jpop NewS. Tapi saya tak pernah ambil tahu tentang perkembangan former member NewS. NewS yang dari 9 orang ahli menjadi 8 orang... kemudian kene tendang lagi dua orang sebab masalah disiplin... saya meminati band ni masa diorang ber6 dan waktu tu adalah zaman kemuncak kegemilangan mereka... dan sekarang dah tinggal 4 orang lepas Ryo n Yamapi ambil keputusan untuk tarik diri.


Ini gambar lama NewS masa zaman muda remaja... Ryo masih dgn rambut landak dia... Uchi posing mcm budak pompuan..haha.... Teshi yang sangat baby face... n muka jambu yang bertanda anak panah tu....

Remember that guy yang 1st sekali keluar dari NewS? His name is Moriuchi Takahiro... tapi lepas ibubapanya bercerai dia tukar nama jadi Morita TAKAhiro(ikut nama sebelah mak). dia adalah antara yang termuda dalam NewS waktu tu (NewS debut pada tahun 2005). dia sempat rakam satu album je dengan NewS sebelum keluar dari JE(Johnny's Entertainment). Dengar rumor dia kena tendang sebab kes merokok bawah umur tapi tak pasti dengan kesahihannya. Tapi no wonder lah... JE mmg strict dengan disiplin artis2 diorang. 


Actually ini memang kes pelik bila Cik Kaseh tiba-tiba nak tulis pasal Taka. Tapi ini semua gara2 Jrock band  yang bernama ONE OK ROCK(OOR) yang tiba2 telah menambat hati saya sejak beberapa bulan lalu. Selama beberapa minggu selepas saya melayan lagu2 OOR waktu tu barulah saya tahu Taka is former member NewS. Yelah, selalu kalau Jrock ni saya layan lagu je, mana nak stalk biodata ahli band tu pun.... but the irony is, lepas saya dah tak hardcore dengan NEWS, now saya dah ala2 hardcore dengan OOR yang ahlinya ialah former member NEWS. ke ke ke ke.... <--ketawa dengan riak serba salah. =_="


Apa yang specialnya dengan Taka ni adalah suara dia yang awesome. Saya fikir JE macam dah rugi besar sebab melepaskan Taka keluar dari agency diorang waktu tu. But maybe ada juga hikmahnya Taka tak terus bersama dengan JE sebab saya rasa dia takkan boleh explore bakat dia dengan lebih jauh kalau tak terima tawaran Toru untuk bersama OOR.


Kalau dalam NewS, Teshi adalah pemilik vokal yang terbaik tapi kalau nak compare Teshi dengan Taka..... I memang speechless. Tak tahu nak letak level Taka ni kat tahap mana. Dia sebenarnya dah ambil keputusan terbaik untuk keluar dari JE dan join One Ok Rock sebagai band Jrock. Suara dia bagi saya sangat international sesuai dengan konsep OOR itu sendiri yang ada bau2 western sket.


Walaupun pada masa tu dia mengaku yang dia awkward dengan muzik yang diketengakan oleh band OOR. Yelah mula2 dia nyanyi pop kemudian tiba2 nak beralih pada rock mestilah janggal kan. Dia ambil masa juga untuk sesuaikan diri dengan genre rock... tapi semakin lama dia semakin cinta pada Jrock.


Taka banyak menyumbang dari segi lirik lagu dalam kebanyakan lagu OOR. Especially lirik2 BI, semua dia yang buat. Bagi saya dia seorang pemuzik yang genius sebab boleh buat lagu tanpa menggunakan sebarang instrument. Dia cuma hafal susunan lagu dekat kepala otak je, bila masuk studio dia akan gtau kat ahli OOR yang lain then diorang semua mula susun muzik untuk lagu tu. Peliknya Taka ni dia tak suka main instrumen. antara faktornya mungkin kerana dia dilahirkan dalam keluarga penyanyi(mak bapak dia penyanyi.) jadi dia hanya suka menyanyi walaupun sebenarnya dia tahu bermain gitar dan piano. Dia belajar sikit main instrument pun demi kemudahan dia nak cipta lagu. tapi kalau untuk serius, dia memang tak berminat.


Kalau kat Malaysia, suara Taka ni satu SPESIES macam Lan dan Black lah... hmm, lebih bagus dari itu kot. Dia ada kelebihan dari segi mutu kawalan suara, terutama sekali bila live performance. Suara dia lebih sedap bila live berbanding record. Cara dia menyampaikan emosi dalam setiap lagu juga sangat berkesan pada pendengar. Dia mampu buat saya rasa sebak bila dengar lagu Wherever You Are... Dia buat saya rasa bersemangat bila dengar lagu Kanzen Kankaku Dreamer... Dia juga buat saya rasa geram dan marah bila dengar lagu Liar... malah dia mampu buat saya macam nak gila dengar Viva Violence Fellow, rasa macam nak memberontak bila dengar muzik dalam Adult Suit... dia juga buat saya terkenang sahabat lama saya bila dengar lagu C.H.A.O.S.M.Y.T.H... Dia buat saya merindui Dew(A.I.T.D.S) bila dengar lagu Karasu(Crow)... Tapi dalam banyak2 lagu saya paling suka Pierce... lontaran vocalnya sangat jelas, malah dia menyampaikan lagu tersebut dengan penuh emosi... Pierce adalah lagu terbaik buat Taka dari segi persembahan vocalnya.




Taka bukan sahaja ada kelebihan dalam menulis lirik BI malah dia ada abiliti dari segi sebutan BI yang jelas dalam setiap nyanyiannya. Ada mutu dan keunggulan gitu~... Memang sangat jarang kita dapat jumpa JEPUN yang pandai cakap BI. Even selalu gak dengar artis Jepun nyanyi BI dalam lirik lagu diorang tapi sebutan diorang tak jelas dan pekat dengan slanga jepun. Tapi saya tabik spring toink! toink! kat Taka ni sebab dia nyanyi BI sangat sedap. Masa 1st time dengar dulu pun saya macam agak confuse gak, ni band dari Jepun ke atau orang luar yang nyanyi dalam bahasa Jepun? seriously... memang awesome!


Satu lagi fakta tentang Taka yang sangat menarik ialah dia satu2nya penyanyi yang saya pernah lihat sangat sangat bertenaga... senang cakap dia ni SUPER HYPER ACTIVE. Bila kat atas pentas, dia bukan setakat berlari ke sana sini, melompat, memanjat dan buat macam2 aksi yang GILA dan tak masuk akal.... tapi semua perkara tu langsung tak melemahkan prestasi suara dia selama mana pun dia menyanyi secara live kat atas pentas. Damn! sesiapa pun boleh terperangkap dengan cara dia menarik perhatian audience. Even I sendiri rasa macam nak lompat2 juga depan Lappy masa tengok konsert OOR. & dia ada satu habit yang saya perasan setiap kali menyanyi; mamat ni suka rolling2 dia punya mic n tangkap semula dengan gaya yang sangat kool sebelum sambung nyanyi balik.


Actually Taka ni ada seorang adik yang juga bekas Johnny's Jr. juga dulu. Adiknya bernama Moriuchi Hiroki dan turut menubuhkan band Jrock juga sekarang. Kalau korang pernah tengok show Ya Ya Yah! korang mesti akan perasan ada seorang budak lelaki comel yang selalu jadi penyeri dalam rancangan tu. itulah Hiroki, adik Taka...

Ini masa diorang Johnny's Jr.

Kiri- Hiro, Kanan-Taka

Waktu kecil Hiro ni tak nampak macam sama pun dengan Taka tapi bila dah besar muka diorang agak seiras juga.



Beza umur abang dengan adik ni agak jauh juga iaitu 6 tahun. Tapi diorang memang sangat seiras... Hiro comel lebih sketlah dari Taka... hehe... diorang berdua ni mengingatkan saya pada adik beradik Kim Hyung Joon dan Kim Ki Bum yang juga sangat seiras.

Diorang berdua ni bukan setakat seiras malah perangai dan minat pun banyak persamaan. Kalau korang followers tegar Jpop terutama sekali budak2 JE maybe korang pernah follow show Ya Ya Yah! Hiro ada dalam show tu. dat time dia kecik sangat lagi.. memang kiyut miyut lagi lah. 

Yabu with TakaHiro.... Hiro kecik n sangat kawaii... Taka sangat muda.. tapi pelik pula dengar suara dia nyanyi lagu pop...huhuhu

Selain tu Hiro ni pun ikut jejak langkah abang dia yang terjun ke dunia Jrock. Dia ada band gak; MY FIRST STORY... Band ni baru lagi so tak berapa banyak sangat info. my suggestion, korang try the lagu The Reason.. lagu ni sedap juga.... tapi jangan compare abiliti Taka dengan Hiro. Hiro baru lagi, so maybe banyak yang dia kena belajar untuk improve dalam bidang nyanyian.

Macam abang dia gak... bila ambik gambar mesti wajib kene wat gaya epic face...huhu... tapi sekurang2nya dia ada level kecomelan yang agak tinggi.

Please lah Hiro... jangan nak comel sangat.... arghh~~~!!!

Okey... entry ni pasal Taka, tak leh cite lebih2 pasal Hiro... hampir2 terlupa...hihihi~~

Last but not lease... jom tengok beberapa vid One Ok Rock.



Lagu Beginning ni adalah punca pertama saya mengenali OOR. Lagu ini merupakan OST Rurouni Kenshin live action movie.



Lepas tu dengar yang ini pula... Kanzen Kankaku Dreamer... Ini versi PV... pergi usha versi live kat konsert This Is My Budokan paling best.


Dan ini adalah yang terbaru; Clock Strikes... terbaeek dari ladang.

Ok.. cerita Taka habis sampai di sini... sebelum tu kredit 1 lagi pic Taka untuk u olz...



P/S : actually saya paling minat Toru dalam OOR... tapi fakta2 tentang Taka sangat banyak yang menarik...sebab tu tulis pasal Taka.. hehe, gomen-ne Toru-chan~~ ❤❤❤

   
            


YAMASHITA
T
O
R
U

20121007

SCANDAL live in Malaysia 1 dec 2012

SCANDAL SPECIAL LIVE IN MALAYSIA CONCERT 2012

INEXNINE COMMUNICATIONS SDN BHDwill be organizing an upcoming J-Pop Concert on the 1stof December 2012 at the KL Live -Concert Hall.

The Concert is in line with the 30th Anniversary of Look East Policy between Japan & Malaysia which is part of a yearlong celebrations being held and the concert showcases Japan’scurrent Top Female All Girl Band –“SCANDAL”in their SCANDAL SPECIAL LIVE IN MALAYSIA 2012 CONCERT.

The concert which starts off at 8.00pm will also feature one local opening act under the same music label.

This is first time, the artiste known as SCANDALwill be performing in Malaysia and it will be a great opportunity for all their Malaysian Fans to catch them performing LIVE here. The Concert will be part of their promotions tour for the Album “Queens are trumps -KirifudawaQueen”which will be launched by SONY Music Malaysiaon the 1st week of November 2012.

For more details on the band, please visit their Official websites at:

SCANDAL Official Webpage:
http://www.scandal-4.com/

SCANDAL Official YouTube page
http://www.youtube.com/SCANDAL4VEVO

For purchasing tickets, please contact TICKETPRO at: www.ticketpro.com.my

Hotline: +603 7880 7999
Fax: +603 7880 4478
Email: info@ticketpro.com.my

Call Center / Office Operating Hours:
Mondays -Fridays: 9.30am -6.00pm
Saturdays: 9.30am -1.00pm
Sundays and Public Holidays: Closed

TICKETPRO MALAYSIA SDN BHD
D-2-03A, DataranGlomac
JalanSS6/20A
47301 KelanaJaya, PetalingJaya
SelangorDarulEhsan,Malaysia

20111231

Kanon Wakeshima... Ohsem+talented girl (✿◠‿◠)




Anda mungkin tidak pernah mendengar nama Kanon Wakeshima jika anda tidak meminati anime... mungkinlah kot...
Cik kaseh mula mengenali gadis ini ketika menonton anime Vampire Knight

Dari kiri : Kiryu Zero (my hero ❤O❤), Cross Yuki, Kuran Kaname(handsome vampire)

Memang tertarik mendengar lagu Still Doll (ending theme VK)
bermula dari situ I try dengar pula beberapa lagu Kanon dari You Tube.
Oh, damn! seriously...kebanyakan lagu2 dia memang sugoii!!
Dia ada keunikan tersendiri dari segi imej, vokal dan muzik.

(tapi aci potong jari, budak kpop maybe tak boleh masuk dengan muzik gaya Kanon.)

Kali pertama dengar Kanon Wakeshima, rasa cam seram2 sejuk.
macam dengar lagu hantu... macam sangat bermisteri je setiap lagu2 dia.
hmph~ no wonder lah dia dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk cerita vampire macam cite Vampire Knight tu. kena sangat kowt.

Kanon juga merupakan seorang cellist (pemain cello)
hmm... jarang kan jumpa artis yang main cello ni. 
sebagai pencinta muzik, I pandang up sket kat minah ni.
sebelum ni rasa Scandal is the best band girl sebab diorang pun terror tahap horror bila main instrument.
But now, i think Kanon pun tak kurang hebatnya.

(biarlah my bro sorang je yang jadi kaki stalker SCANDAL... I tukang stalker Kanon je pula lepas ni...kuikuikui)

Well... Kanon ni ada 4 buah cello yang menjadi kesayangan dia. Yang pertama cello berwarna putih yang diberi nama "Mikazuki-san" yang bermakna bulan sabit. biasanya cello ini digunakannya ketika di konsert. 


Yang kedua, cello berwarna merah bernama "Nanacihie-san" yang bermaksud kebijaksanaan. dalam kebanyakan video klipnya dia menggunakan cello ini.


Selain itu dia juga mempunyai cello yang berwarna coklat yang dipanggilnya "Yaeharu-san" yang bermaksud multi-layered-spring. Ini adalah cello yang paling disayangi Kanon kerana ia telah digunakan sejak dia di zaman persekolahan lagi.
dan yang terakhir cello Silver yang dinamakan "Momotose". cello ini digunakannya ketika berlatih. namun kedua-dua cello coklat dan silver itu tidak pula ditemui gambar2nya.hehehe~~

Beberapa lagu yang boleh saya cadangkan untuk korang mula mengenali Kanon Wakeshima... Still Doll/ Lolitawork Libretto/ Kuroneko to Pianist No Tango/ Heroine Sindrome/ Suna No Oshiro/ Marmalade sky...dan banyak lagi.


Ini adalah salah satu PV dari Kanon Wakeshima. So, itu saja perkongsian saya untuk kali ini setelah agak lama juga saya tidak menulis apa-apa dalam laman sesawang yang dah bersawang ni...ngeeee~~

semakin lama saya tinggalkan blog ini, semakin bertimbun drama/anime/manga yang nak di review... masa semakin pendek. kalau sempat saya akan buat review lagi di sini.



OK...CHIOW!!!
(✿◠‿◠)