my tomodachi

20170730

Beyond The Scene



10 Sebab Bukan Peminat K-pop Terjebak Sebagai ARMY

1) Genre muzik yang jarang (dalam dunia K-pop)... Muzik mereka di bawah aliran Hip Hop. Disebabkan BTS lahir dalam kelompok K-pop, mahu atau tidak mereka perlu menyesuaikan hip hop dengan budaya Korea, terutama pengikut dan pendengar muzik kpop. Maka lahirlah genre Hip Hop Hybrid yang sebenarnya lebih menambat pendengar luar negara berbanding Korea... pendek kata, lagu-lagu BTS ni mesra pendengar. Ini meliputi orang yang tak berapa nak layan K-pop pun akan rasa boleh masuk dengan pembaharuan dalam muzik BTS. 

Well, kita sedia maklum yang Hip Hop adalah muzik yang di bawa oleh orang kulit hitam Amerika. Untuk menembusi pasaran Korea (sebelum ke pasaran antarabangsa) mereka tak boleh bawa lagu yang 100% hip hop.

(p/s : Kalau di Malaysia boleh dikatakan Too Phat pencetus muzik Hip Hop dengan mengubah sedikit struktur asal Hip Hop menjadi satu aliran baru dikenali sebagai Hip Hop Nusantara... motifnya sama, iaitu untuk menyesuaikan budaya masyarakat sekitar)

2) Koreografi/tarian yang mantap..... pertama kali menonton persembahan No More Dream, mata langsung tak berkelip... rahang terasa macam yang jatuh... Itu bagi saya yang mula kenal BTS disebabkan lagu debut mereka. Sama juga situasinya jika ada diantara anda yang mula mengenali BTS dengan lagu2 lain seperti Danger atau Dope atau I Need You dan sebagainya. 

BTS terkenal dengan persembahan tarian yang berat dan unik. Kadangkala pergerakan tarian mereka terlalu laju seperti dalam Dope... dan adakala tarian mereka terlalu artistik seperti dalam I Need You. 

3) Imej yang bebas dan tak terikat dengan identiti sebagai idol..... Dalam setiap kumpulan K-pop, setiap ahli akan terikat dengan 1 imej yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Mereka perlu jadi begini dan begitu di hadapan peminat... percayalah, saya tak bohong. bukan semua yang kita lihat adalah realiti... *smirk*

BTS pun sebenarnya tak lari dari penetapan imej sebegitu. contohnya, Jungkook as maknae dan perlu bersikap comel dan tak boleh bina muscle seperti lelaki sejati. Jin as visual dan perlu jaga tingkah laku untuk dilihat sebagai individu yang attractive... dan begitulah juga dengan yang lain2....

TAPI...

akhirnya penetapan imej tersebut telah dihancurkan oleh mereka sendiri yang lebih selesa menjadi diri sendiri. Contoh paling ketara ialah Jin. Dari imej yang dibentuk kerana posisinya sebagai visual, akhirnya dia lebih selesa dengan dirinya yang sebenar. Dan dia lebih diberi perhatian sejak menonjolkan sikap originalnya sebagai Kim Seokjin.

4) Peningkatan mutu dalam karya dari semasa ke semasa... tak ada masterpeace dalam karya BTS sebab setiap kali comeback, karya mereka lebih baik dari sebelumnya. Jadi kalau org lain ada 1 lagu yang menjadi trademark pencapaian, BTS tak ada istilah sebegitu.

5) Sikap rendah diri...siapa pun yang mengenali BTS secara dekat, masing-masing akan memberi komen tentang sikap BTS. Dari zaman digelar NUGU, sehingga berada dalam kelompok kumpulan kpop paling top, BTS tetap BTS. Tak pernah sekali pun mereka berubah kerana populariti yang mereka raih. Malah ada satu waktu tu mereka sendiri tak sedar yang mereka sangat popular. kerendahan diri mereka membuatkan mereka dipandang tinggi oleh kelompok lain selain peminat mereka sendiri (ARMY). Malah dikalangan wartawan sendiri dai satu sesi temubual mengatakan, bila mereka menyebut tentang BTS, perkara pertama yang bermain di otak masing-masing adalah ATTITUDE!

6) Interaksi dengan peminat... BTS digelar sebagai 'King Of Contents' dalam memenuhi kehendak peminat. Walaupun jarang memasuki sebarang variety show, BTS ada cara tersendiri dengan menggunakan kemudahan SNS semaksimum yang boleh. mereka aktif di Twitter. Live vid di app Vlive. Rancangan sendiri seperti Bon Voyage, Run BTS, BTS Gayo etc. selain itu Bangtan Bomb di Youtube yang memaparkan video2 pendek di sebalik tabir kehidupan mereka. Dan macam-macam lagi yang menyebabkan ARMY tak sempat nak bosan, malah tak sempat nak usha kpop lain selain BTS. Kaedah yang digunakan BTS menjadikan peminat mereka setia pada mereka. 

7) Mengangkat isu sosial dan remaja... untuk kpop culture a.k.a. Korean culture, ia adalah isu yang agak sensetif dan umpama taboo. Cakaplah tentang isu sex atau porno tapi jangan sesekali sentuh tentang masalah sosial! BTS menulis lagu tentang pengalaman dan perasaan mereka dari sudut pandangan mereka sebagai kelompok anak muda. Mereka mengambil langkah berani biar dikritik hebat kerana akhirnya mereka bersuara bagi pihak global. Masalah sosial, dimana2 pun sama. Jadi kebanyakan lagu BTS relate dengan 'global listeners'. muzik mereka adalah inspirasi kepada pendengar. bukan hanya remaja, tetapi setiap peringkat usia. Itulah salah satu punca BTS popular di luar tanah air mereka terlebi dahulu sebelum mencipta nama di Korea.

8) Rap Monster's english! superb. Superb sebab dia boleh berkomunikasi dengan sangat baik walaupun tak pernah ambil kelas secara formal atau tinggal di luar negara. As a leader, dia control semua member dia setiap kali interview atau speech (especially interview luar dari Korea).

Selain itu, pujian juga untuk semua ahli BTS sebab setiap kali konsert, mereka sangat jarang menggunakan khidmat juru bahasa untuk berinteraksi dengan peminat yang bukan Korean. Bukan setakat mereka cuba bertutur dalam bahasa Inggeris malah, cuba berbahasa asing mengikut negara yang mereka pergi. Ini membuatkan peminat rasa sangat dihargai.

9) Teori-teori MV yang meninggalkan kesan mendalam. Menjadi perbincangan sehingga sekarang kerana susunan cerita yang menarik tetapi meninggalkan banyak simbol dan tanda tanya. Study MV-MV BTS ni dah macam nak buat tesis Master! kena baca novel sastera lah. Kena belajar simbol n metafora lah. Kena kaji bahasa filem lagi. Banyak keje!

but end up, everything is about marketing strategi je. Bighit sengaja tinggalkan banyak simbol supaya orang curious dan tertunggu-tunggu sambungannya.

Lepas Bangtan berjaya dengan teori-teori pecah kepala dalam HYYH era, sebenarnya ada beberapa grup kpop lain yang cuba follow formula BTS ni. Tapi kurang berjaya kot rasanya. 

10) Tak kan sesak nafas dengan fans war atau perangai budak2 tak cukup umur dalam fandom ARMY. Ini mungkin disebabkan kebanyakan peminat BTS terdiri dari golongan dewasa yang matang. Walaupun golongan remaja dan awal dewasa masih menguasai jumlah ARMY tetapi kebiasaannya peminat meminati BTS bermula dengan lagu dan muzik mereka dahulu. Bukan kerana ketampanan imej luaran BTS. ((ARTIKEL INI DITULIS HAMPIR 2 TAHUN YANG LALU. KEADAAN SEKARANG AMATLAH BERBEZA))












No comments:

Post a Comment