my tomodachi

20151028

SECRET LOVE : Dendam dan obsesi seorang pencinta.

Disebabkan ‪#‎SheWasPretty‬, saya tonton ‪#‎KillMeHealMe‬, dan ‪#‎KMHM‬punca saya tonton ‪#‎SecretLove‬ pula....bukan cerita baru pun tapi baru tahu pasal drama ni sebab tak pernah ada orang suggest kan untuk tengok. Untuk sesiapa yang belum pernah tonton, saya nak kongsi 10 SEBAB KENAPA DRAMA NI MENARIK DAN ANDA KENA TONTON!




1) Antara drama rating tertinggi dan menang beberapa anugerah termasuk Best Couple Award (Jisung & Hwang Jung Eum).


2) Cerita dia bergerak secara kronologi dan tak banyak flash back macam kebanyakan drama korea sekarang. So x tinggalkan banyak tanda tanya kat penonton. Sesuai untuk penonton yang suka drama bergenre Melodrama. (AMARAN : tak sesuai utk penonton yg suka drama ringan dan komedi macam #SheWasPretty)


3) Setiap karektor sangat menarik dan x klise sangat... 

      1-Hero yang obses gile nak musnahkan hidup heroin yg dah menyebabkan kematian GF dia. 
      2-Heroin yang sanggup ganti tempat BF die masuk penjara sebab kes kemalangan yang menyebabkan kematian orang. 
      3-2nd hero yang nampak baik mulanya tapi disebabkan perasaan tamak dia khianati GF dia, jatuh cinta dgn 2nd heroin. 
      4-2nd heroin cintakan hero tapi tak pernah terhegeh2 nak tagih cinta, perangai x annoying, okey...so aku suka je.


Choi Woong as Kwang So 

4) Selalunya drama korea suka build 2nd hero ni perfect and charming tapi cite ni tak. For the 1st time in my life aku tak kene‪#‎secondLeadHeroSyndromeLove‬ sebab watak hero kedua tu jahat, hampeh and annoying gile...hahaha (rasanya lagi ramai yg tertarik dgn pengawal peribadi Jo Minhyuk sebab karektor Kwang So yg cute dan setia gila kat Minhyuk)



5) JISUNG! ...ni satu punca jugak. Dulu masa dia berlakon dalam #ProtectTheBoss aku langsung tak minat watak yang dia pegang tapi aku mula jatuh cinta dengan lakonan dia lepas tengok #KMHM ...Bagi saja apa2 watak yang melibatkan psikologi, dia memang hebat. kalau dalam KMHM dia pegang watak yg psiko, dalam Secret Love pun psiko juga. Lagi psiko dari Shin Segi! dah lah kaki stalker! 6 episod pertama ko akan kesian dengan heroin je sebab asyik kene torture je ngan Min Hyuk. 



6) Takkan rasa annoying dgn heroin even watak macam dia pegang tu dah biasa pernah kita tonton. Watak yang Hwang Jung Eum pegang ni kuat dari segi emosi dia dan tak suka tunjuk yang hidup dia nampak kesian depan orang ramai. Susah nak jelaskan kenapa tp bagi aku watak Kang Yoo jung tu inspirasi kepada semua wanita...

7) Side karektor yang unpredictable - biasa tengok watak antagonis mesti bapak hero/heroin kalau kaya. lepas tu watak emak tiri. ataupun orang kanan dalam syarikat.....Malangnya itu cuma jangkaan yang meleset bila tgk drama ni...kiranya setiap personaliti watak tu ada sebab dan akibat yg menjadikan mereka sebegitu.




8) Chemistry Jisung and Hwang Jung Eum... no wonder lah lps drama ni diorg bekerjasama lg untuk drama Kill Me Heal Me.

9) Starting cantik, ending pun cantik... smile emoticon



10) Macam mana dari benci jadi sayang...dari dendam jadi cinta...benda ni yang orang curious nak tahu dalam drama ni...macam mana Minhyuk yang obses n stalk yoo jung setiap masa akhirnya jatuh cinta pada perempuan tu...macam mana Yoo Jung yg setia membabi buta kat BF dia akhirnya dia berubah hati pada Minhyuk?

No comments:

Post a Comment