Peh! tajuk entry...
Macam dah tersalah masuk blog pula.
Ini blog Jpop@Kpop ke blog Politik... kikiki
Jangan risau... Cik Kaseh masih waras lagi.
Entry kali ini Cik Kaseh tulis sikit pasal drama terbaru (bukan drama baru) yang Cik Kaseh tengok. CHANGE hasil lakonan mantap pelakon superb Takuya Kimura.
Drama ni keluar tahun lepas. Saing dengan Gokusen 3
Tapi Cik kaseh agak malas nak tengok sebab tahu cerita dia berkenaan dengan dunia politik.
So, not interesting lah kan... (Kalau korang pun mesti fikir macam Cik kaseh gak kan?)
Ada sorang bloger pernah suggest pada Cik kaseh untuk tonton drama ni
tapi Cik Kaseh bilang "Ok... tapi kau bagi aku pinjam. aku malas nak cari"
Jawapan tu bermakna Cik Kaseh takkan tengok drama ni selagi tak de depan mata. hehe~
So, bila sorang member(member lain) ni ada cite Change, Cik Kaseh ambik je.
Dan saya pun meluangkan masa untuk Change malam kelmarin.
Disebabkan pelakon utamanya Takuya Kimura
maka cepat sikitlah saya gerak pergi tengok... hehehe~
(Dia antara pelakon Jepun yang paling best dalam list Cik Kaseh.)
Tengok episod 1... Ngaa~ bosan! pastu kan myampah tengok rambut afro dengan spek mata besar si KimuTaku tu. Weirdo~~
But I change my mind after next episod...
Tengok 2nd pic... hah! yang ni barulah ada gaya perdana menteri kan
My comment...
Sugoi! cite ni memang mantap!
Tak sangka Cik Kaseh boleh kattam 10 episod dalam 1 malam saja.
Tak dinafikan ramai yang akan fikir cerita pasal politik ni membosankan dan memeningkan kepala. memang tak sesuai untuk tontonan para remaja.
Tapi lepas menontonnya Cik Kaseh rasa itu tak betul.
Sebab cerita Change memang interesting.
taklah serius sepanjang masa.
ada gak part2 yang akan buat kita gelak2.
terutama bila tengok perangai Asakura Keita (Takuya Kimura), Nirasawa(Abe Hiroshi) & Hikaru(Rosa Kato)...
Cik Kaseh cerita sikit pasal sinopsis drama ni.
manalah tahu kalau ada yang tergerak hati nak pergi tengok lepas ni kan...
Ok, cerita dia start apabila Asakura Keita, seorang guru sekolah rendah yang tak berminat dengan politik, tiba2 terpaksa gantikan ayahnya, seorang wakil rakyat yang mati akibat terlibat dalam satu kemalangan bersama dengan abang sulungnya. kemudian dia dicadangkan sebagai calon perdana menteri baru. disebabkan background life die yang rapat dengan masyarakat menyebabkan rakyat memilihnya. mereka percaya PM baru ni bakal membawa perubahan dalam life diorang. Dan Keita ni memang popular sebab dia muda, handsome dan dekat dengan hati rakyat. (siap dapat gelaran 'Prince Of Parliament' lagi)
Konfliknya start apabila dapat tahu orang yang paling Keita percaya, Kanbayashi tikam dia dari belakang. Si Kanbayashi ni cuba jadikan PM baru yang muda & tak ada pengalaman dalam bidang politik ni sebagai boneka untuk dia capai impian. Tapi dia gagal sebab Asakura Keita bukan sebarangan orang walaupun pengalaman dalam bidang politik dia zero. kosong persen!
Setelah menonton Change, satu kesimpulan saya dapat...
Bahawa politik itu hantu!
tak kiralah di mana2 negara pun... dunia politik memang dasyat.
susah nak cari orang yang jujur.
semuanya tak boleh percaya.
sampai adakalanya sandiwara mereka boleh mengelirukan rakyat
sehingga mencetuskan perbalahan yang tak habis2... <-- sampai kiamat barangkali.
Politik di Malaysia ni pun sama saja.
Semua orang pun gilakan kuasa.
lepas tu yang jadi mangsa siapa?
Rakyat juga...
P/S : tak rugi menonton Change walaupun tak ada adegan cintan cintun. Betul~ aci potong jari~ hehehe~~
Chiow!
No comments:
Post a Comment