my tomodachi

20130302

Mori-Taka-Who?



U know what... saya pernah menjadi salah seorang peminat tegar kumpulan Jpop NewS. Tapi saya tak pernah ambil tahu tentang perkembangan former member NewS. NewS yang dari 9 orang ahli menjadi 8 orang... kemudian kene tendang lagi dua orang sebab masalah disiplin... saya meminati band ni masa diorang ber6 dan waktu tu adalah zaman kemuncak kegemilangan mereka... dan sekarang dah tinggal 4 orang lepas Ryo n Yamapi ambil keputusan untuk tarik diri.


Ini gambar lama NewS masa zaman muda remaja... Ryo masih dgn rambut landak dia... Uchi posing mcm budak pompuan..haha.... Teshi yang sangat baby face... n muka jambu yang bertanda anak panah tu....

Remember that guy yang 1st sekali keluar dari NewS? His name is Moriuchi Takahiro... tapi lepas ibubapanya bercerai dia tukar nama jadi Morita TAKAhiro(ikut nama sebelah mak). dia adalah antara yang termuda dalam NewS waktu tu (NewS debut pada tahun 2005). dia sempat rakam satu album je dengan NewS sebelum keluar dari JE(Johnny's Entertainment). Dengar rumor dia kena tendang sebab kes merokok bawah umur tapi tak pasti dengan kesahihannya. Tapi no wonder lah... JE mmg strict dengan disiplin artis2 diorang. 


Actually ini memang kes pelik bila Cik Kaseh tiba-tiba nak tulis pasal Taka. Tapi ini semua gara2 Jrock band  yang bernama ONE OK ROCK(OOR) yang tiba2 telah menambat hati saya sejak beberapa bulan lalu. Selama beberapa minggu selepas saya melayan lagu2 OOR waktu tu barulah saya tahu Taka is former member NewS. Yelah, selalu kalau Jrock ni saya layan lagu je, mana nak stalk biodata ahli band tu pun.... but the irony is, lepas saya dah tak hardcore dengan NEWS, now saya dah ala2 hardcore dengan OOR yang ahlinya ialah former member NEWS. ke ke ke ke.... <--ketawa dengan riak serba salah. =_="


Apa yang specialnya dengan Taka ni adalah suara dia yang awesome. Saya fikir JE macam dah rugi besar sebab melepaskan Taka keluar dari agency diorang waktu tu. But maybe ada juga hikmahnya Taka tak terus bersama dengan JE sebab saya rasa dia takkan boleh explore bakat dia dengan lebih jauh kalau tak terima tawaran Toru untuk bersama OOR.


Kalau dalam NewS, Teshi adalah pemilik vokal yang terbaik tapi kalau nak compare Teshi dengan Taka..... I memang speechless. Tak tahu nak letak level Taka ni kat tahap mana. Dia sebenarnya dah ambil keputusan terbaik untuk keluar dari JE dan join One Ok Rock sebagai band Jrock. Suara dia bagi saya sangat international sesuai dengan konsep OOR itu sendiri yang ada bau2 western sket.


Walaupun pada masa tu dia mengaku yang dia awkward dengan muzik yang diketengakan oleh band OOR. Yelah mula2 dia nyanyi pop kemudian tiba2 nak beralih pada rock mestilah janggal kan. Dia ambil masa juga untuk sesuaikan diri dengan genre rock... tapi semakin lama dia semakin cinta pada Jrock.


Taka banyak menyumbang dari segi lirik lagu dalam kebanyakan lagu OOR. Especially lirik2 BI, semua dia yang buat. Bagi saya dia seorang pemuzik yang genius sebab boleh buat lagu tanpa menggunakan sebarang instrument. Dia cuma hafal susunan lagu dekat kepala otak je, bila masuk studio dia akan gtau kat ahli OOR yang lain then diorang semua mula susun muzik untuk lagu tu. Peliknya Taka ni dia tak suka main instrumen. antara faktornya mungkin kerana dia dilahirkan dalam keluarga penyanyi(mak bapak dia penyanyi.) jadi dia hanya suka menyanyi walaupun sebenarnya dia tahu bermain gitar dan piano. Dia belajar sikit main instrument pun demi kemudahan dia nak cipta lagu. tapi kalau untuk serius, dia memang tak berminat.


Kalau kat Malaysia, suara Taka ni satu SPESIES macam Lan dan Black lah... hmm, lebih bagus dari itu kot. Dia ada kelebihan dari segi mutu kawalan suara, terutama sekali bila live performance. Suara dia lebih sedap bila live berbanding record. Cara dia menyampaikan emosi dalam setiap lagu juga sangat berkesan pada pendengar. Dia mampu buat saya rasa sebak bila dengar lagu Wherever You Are... Dia buat saya rasa bersemangat bila dengar lagu Kanzen Kankaku Dreamer... Dia juga buat saya rasa geram dan marah bila dengar lagu Liar... malah dia mampu buat saya macam nak gila dengar Viva Violence Fellow, rasa macam nak memberontak bila dengar muzik dalam Adult Suit... dia juga buat saya terkenang sahabat lama saya bila dengar lagu C.H.A.O.S.M.Y.T.H... Dia buat saya merindui Dew(A.I.T.D.S) bila dengar lagu Karasu(Crow)... Tapi dalam banyak2 lagu saya paling suka Pierce... lontaran vocalnya sangat jelas, malah dia menyampaikan lagu tersebut dengan penuh emosi... Pierce adalah lagu terbaik buat Taka dari segi persembahan vocalnya.




Taka bukan sahaja ada kelebihan dalam menulis lirik BI malah dia ada abiliti dari segi sebutan BI yang jelas dalam setiap nyanyiannya. Ada mutu dan keunggulan gitu~... Memang sangat jarang kita dapat jumpa JEPUN yang pandai cakap BI. Even selalu gak dengar artis Jepun nyanyi BI dalam lirik lagu diorang tapi sebutan diorang tak jelas dan pekat dengan slanga jepun. Tapi saya tabik spring toink! toink! kat Taka ni sebab dia nyanyi BI sangat sedap. Masa 1st time dengar dulu pun saya macam agak confuse gak, ni band dari Jepun ke atau orang luar yang nyanyi dalam bahasa Jepun? seriously... memang awesome!


Satu lagi fakta tentang Taka yang sangat menarik ialah dia satu2nya penyanyi yang saya pernah lihat sangat sangat bertenaga... senang cakap dia ni SUPER HYPER ACTIVE. Bila kat atas pentas, dia bukan setakat berlari ke sana sini, melompat, memanjat dan buat macam2 aksi yang GILA dan tak masuk akal.... tapi semua perkara tu langsung tak melemahkan prestasi suara dia selama mana pun dia menyanyi secara live kat atas pentas. Damn! sesiapa pun boleh terperangkap dengan cara dia menarik perhatian audience. Even I sendiri rasa macam nak lompat2 juga depan Lappy masa tengok konsert OOR. & dia ada satu habit yang saya perasan setiap kali menyanyi; mamat ni suka rolling2 dia punya mic n tangkap semula dengan gaya yang sangat kool sebelum sambung nyanyi balik.


Actually Taka ni ada seorang adik yang juga bekas Johnny's Jr. juga dulu. Adiknya bernama Moriuchi Hiroki dan turut menubuhkan band Jrock juga sekarang. Kalau korang pernah tengok show Ya Ya Yah! korang mesti akan perasan ada seorang budak lelaki comel yang selalu jadi penyeri dalam rancangan tu. itulah Hiroki, adik Taka...

Ini masa diorang Johnny's Jr.

Kiri- Hiro, Kanan-Taka

Waktu kecil Hiro ni tak nampak macam sama pun dengan Taka tapi bila dah besar muka diorang agak seiras juga.



Beza umur abang dengan adik ni agak jauh juga iaitu 6 tahun. Tapi diorang memang sangat seiras... Hiro comel lebih sketlah dari Taka... hehe... diorang berdua ni mengingatkan saya pada adik beradik Kim Hyung Joon dan Kim Ki Bum yang juga sangat seiras.

Diorang berdua ni bukan setakat seiras malah perangai dan minat pun banyak persamaan. Kalau korang followers tegar Jpop terutama sekali budak2 JE maybe korang pernah follow show Ya Ya Yah! Hiro ada dalam show tu. dat time dia kecik sangat lagi.. memang kiyut miyut lagi lah. 

Yabu with TakaHiro.... Hiro kecik n sangat kawaii... Taka sangat muda.. tapi pelik pula dengar suara dia nyanyi lagu pop...huhuhu

Selain tu Hiro ni pun ikut jejak langkah abang dia yang terjun ke dunia Jrock. Dia ada band gak; MY FIRST STORY... Band ni baru lagi so tak berapa banyak sangat info. my suggestion, korang try the lagu The Reason.. lagu ni sedap juga.... tapi jangan compare abiliti Taka dengan Hiro. Hiro baru lagi, so maybe banyak yang dia kena belajar untuk improve dalam bidang nyanyian.

Macam abang dia gak... bila ambik gambar mesti wajib kene wat gaya epic face...huhu... tapi sekurang2nya dia ada level kecomelan yang agak tinggi.

Please lah Hiro... jangan nak comel sangat.... arghh~~~!!!

Okey... entry ni pasal Taka, tak leh cite lebih2 pasal Hiro... hampir2 terlupa...hihihi~~

Last but not lease... jom tengok beberapa vid One Ok Rock.



Lagu Beginning ni adalah punca pertama saya mengenali OOR. Lagu ini merupakan OST Rurouni Kenshin live action movie.



Lepas tu dengar yang ini pula... Kanzen Kankaku Dreamer... Ini versi PV... pergi usha versi live kat konsert This Is My Budokan paling best.


Dan ini adalah yang terbaru; Clock Strikes... terbaeek dari ladang.

Ok.. cerita Taka habis sampai di sini... sebelum tu kredit 1 lagi pic Taka untuk u olz...



P/S : actually saya paling minat Toru dalam OOR... tapi fakta2 tentang Taka sangat banyak yang menarik...sebab tu tulis pasal Taka.. hehe, gomen-ne Toru-chan~~ ❤❤❤

   
            


YAMASHITA
T
O
R
U