my tomodachi

20081229

Siapa Cintaku


Setiap kali orang bertanya tentang kekasih, biasanya ada dua jawapan yang aku sediakan. Pertama… “takde.” Untuk jawapanku yang pendek itu pasti soalan selanjutnya akan diusulkan kepada aku… “mustahil. Kenapa?” dan aku akan menjawab… “aku tak suka dikongkong. Hidup bebas itu adalah kebahagiaan ku.” Hahaha… belum sampai seru sebenarnya.
Untuk pilihan jawapan kedua pula, biasanya aku akan menjawab “Ada.” Dan apabila mendengarkan jawapanku itu pasti mereka akan teruja dan melontarkan soalan selanjutnya. “Eh, siapa? Kau tak pernah cerita pada aku pun? Aku kenal tak? Ceritalah woi.” (ini biasanya soalan kawan-kawanku). Aku tersenyum simpul sambil perlahan-lahan membuka bicara tentang si dia yang aku puja…
“Nishikido Ryo. Korang kenal ke?” hahaha… kebanyakan daripada mereka pasti akan blur. Siapa mamat Nishikido tu? Kecuali yang kipas susah mati dengan Jpop, biasanya mereka kenallah.
Bercerita tentang Nishikido Ryo, aku terasa bagai benar-benar jatuh cinta dengan lelaki ini. Dia ada aura yang kuat sehingga mata aku tidak memandang pada lelaki lain sejak mengenalinya. Pertama kali aku melihat lakonannya dalam 1 Liter Of Tear (2005), terdetik dihatiku untuk lebih mengenali jejaka ini. Renungan dinginnya seolah-olah menyembunyikan suatu kesengsaraan. Air mata yang jernih bagaikan mutiara. Pertama kali aku meminati lelaki kerana tangisannya yang cantik. Bunyinya agak pelik tetapi ini benar… selama aku mengenali lelaki, mereka ego untuk menumpahkan walau setitis air mata.
Mengenali Nishikido Ryo bukan setakat sampai di sini. Rupanya selain dalam bidang lakonan sebenarnya bakatnya lebih menyerlah dalam bidang muzik. Dia merupakan anggota dua buah kumpulan muzik… Dua? Tentu pelik kan… ya, dia adalah satu-satunya artis di bawah naungan Johnny’s entertainment (JE), malah di Jepun juga yang menyertai dua buah kumpulan muzik dalam satu masa. Dua kumpulan tersebut ialah NewS dan Kanjani8.
Opss… aku bukan nak bercerita tentang kerjaya Nishikido Ryo, tapi kenapa aku sukakan dia. A-aa… bukan setakat suka tapi dah angau. Hahaha… lelaki yang mendapat gelaran Sexy Osaka Man ini sebenarnya telah hadir dalam mimpi aku sebelum aku mengenalinya lagi. Oh, man~angau overboard!
Ceritanya begini… menonton 1 Liter Of Tear, aku bukan melihat diri sebenar Nishikido Ryo@ Ryo-chan(aku lebih suka memanggilnya Ryo-chan). Sebaik saja aku meneroka diary hasil catatan lelaki ini, aku mula mengenali bagamana sifat sebenar seorang Ryo-chan (Untuk pengetahuan anda kebanyakan artis di Jepun mereka mencatat diary harian untuk tatapan para peminat).
Sifat paling jelas ada pada Ryo-chan ialah dia berlidah tajam. Mudah menyerang seseorang dengan kata-katanya yang selalunya mengguris hati. Ini bukan satu sifat yang baik, bukan. Tapi disebalik sifat buruknya itu, sebenarnya dia sedang menyampaikan rasa sayangnya kepada seseorang. Ini memang pelik. Dan disebabkan dia bukan seorang yang mudah berterus terang menyebabkan sesetengah temannya tidak memahami tindakannya.
Apabila Ryo-chan mula menyayangi seseorang dia akan membuli orang tersebut setiap hari. Orang tersebut akan menjadi mangsa kekejamannya. Untuk seseorang yang sensetif, anda mungkin akan menangis setiap hari disebabkan oleh Ryo tetapi bagi mereka yang keras kepala dan degil maka anda akan bergaduh dan bertikam lidah dengan Ryo setiap hari. Untuk seseorang yang sangat memahami pula akan terus berasa selesa di sisi lelaki ini kerana anda sudah masak dengan kod luahan cinta Ryo.
Oh ya… lupa pula aku nak ceritakan tentang Ryo dalam mimpi aku tu. Okey… sebenarnya Nishikido Ryo ialah Edward, watak dalam novel kedua ku. Melihat diri Edward yang persis dengan Ryo, aku mula memikirkan sesuatu… adakah ini takdir untuk aku memasukkan Ryo ke dalam drama cinta aku? Aku sedar ini Cuma satu kebetulan dan hati aku tidak dapat menolak untuk menukar nama Edward kepada Nishikido Ryo. Sehingga sekarang Ryo akan terus menjadi salah satu sumber inspirasiku. Terima kasih kerana kau muncul dalam dunia reality dan aku berharap dapat berjumpa denganmu suatu masa nanti.
Untuk entri pertama rasanya cukuplah sampai di sini dulu. Lain kali aku cerita lagi tentang Ryo-chan. Mungkin sesuatu yang lebih menarik dan keistimewaan dirinya di mata para peminatnya.
P/s :- aku nak pergi Jepun!!!

5 comments:

  1. ak ske giler mamat ni
    nanges2 wooo tgk 1 litre of tears

    ReplyDelete
  2. hye kaseh.... wah... xsgka... kaseh pon minat kt ryo... nemo pon sker kt ryo lps tgk 1liter of tears... cedih2. mcm nk je tolong peluk dier... huhuhu... nemo tambah2 chayunk kt ryo pas tgk attention pls... best ler... jambu jer... pe2 pon.... idup ryo... hehehe ganbatte neh...

    ReplyDelete
  3. salam kaseh..
    waduh..
    ni btol2 kipas ssh mati..
    huhuhu....
    sy minat jdorama...
    tp x addict sgt cam kaseh....
    klu kaseh 99.99%
    saya cuma 65%..
    huhuhu...

    mane kaseh dpt diari dorang tu??
    ada link x???

    saya minat gila dgn nanako matsushima..
    hehehe..

    ReplyDelete
  4. Rasa aku bukan dia sorang je yang join 2-grup kan
    tapi ahli NewS yang lain pon ada jugak buat album sendiri2 macam yamaP, tegomasu..
    Hehe..actually, i love yamaP, tego n shige more than ryo
    mungkin sebab mereka lebih comel n lebih energetic kot
    =)

    ReplyDelete
  5. To Lolipop : Wah wah wah... pandai pula Lolipop ni wat kire2 math ek. siap leh kire percent lah plak.hakhakhak~

    Sori, kalau nanako matsushima punye nikki(diary) Kaseh tak penah jumpa lagi. yg selalu Kaseh jumpa artis Johnny's Jimusho punye nikki. tp rasenya Lolipop bleh cari dekat Community.livejournal.com. selalunya mesti ada. tapi kene rajin menyelongkar lah kat web site tu. hahaha~

    To S.T.N.U.M : Kaseh suka semua ahli NewS. tapi paling suka dekat Ryo sebab Ryo ni lain dari yg lain. guy ni super jahat(suka sakitkan hati orang yang dia sayang), tak banyak scandal dengan artis perempuan mcm artis lain n 1 lagi sebab... sebenarnya Kaseh suka tengok hubungan dia dengan Yamapi. nak kata loving couple tu macam agak melampau tapi both of them macam ada 1 relationship yg kuat...

    Actually i love RyoPi... hope sangat dapat tengok dey all 2 berlakon sama2 dlm 1 drama. ~lalala~~ best nye...

    ReplyDelete