sesiapa yang dah mengenali Miura Haruma mesti dah tahu lakonan2 dia sebelum ni. kebanyakan lakonan dia mesti jadi budak yang cool, macho & stok yang akan buat budak2 pompuan falling in love gitu...
Dia adalah sang pencinta yang setia dalam Koizora <-- romantic guy
Dia seorang budak yang sunyi tapi gentleman dan bertanggungjawab terhadap kekasihnya dalam 14 Years Old Mother
Dia pelajar bermasalah tapi still nampak ke-macho-annya dalam Gokusen3 <- suka rambut dia masa dalam drama ni.
Tapi...
apa yang berlaku kalau Miura yang berimej cool dan handsome ni bertukar jadi samurai?
Cik Kaseh cuma fikir yang Miura tentu nampak hebat pegang watak macam ni. So, Cik kaseh pun sambar jelah dvd Samurai High School ni bila nampak pelakon utamanya Miura Haruma.
Saya balik dan tengok.
Betul... dia memang sangat kakkoi sebagai samurai.
Tapi kan... sebenarnya watak samurai tu cuma rasukan nenek moyang dia saja. watak realiti dia sangatlah sengal.
Pernah terfikir tak Miura buat muka macam ni selama ni?
Dan raut muka yang ala2 budak nerd macam ni... (sila klik untuk besarkan gambar)
Ngaa~~ tak boleh bla~~
mula2 tengok memang Cik kaseh rasa nak je campak dvd ni dalam longkang. menyampah tengok perangai gila Kotaro, watak yang Miura pegang dalam cite ni. & sangatlah tak berkenan dengan style rambut dia.
Tapi... masuk je next next episod Cik Kaseh mula rasa yang cite ni sangat best!
Kotaro memang seorang pelajar yang nerd, tak ada keyakinan diri, lemah dalam pelajaran dan suka bersenang-senang... tapi disebabkan roh samurai yang merasuk tubuhnya menyebabkan sikap Kotaro berubah sedikit demi sedikit. (Samurai tu memang seorang pejuang yang hebat... walaupun cara dia agak straight sangat)
Si samurai tu bukanlah merasuk Kotaro sepanjang masa. cuma pada waktu2 tertentu sahaja. bila Kotaro sebut perkataan 'mati', secara automatik si samurai ni ambil alih badan Kotaro. tapi dia akan lenyap semula apabila Kotaro tersentuh or terpeluk perempuan...
Shirota Yuu memegang watak sebagai Nakamura yang lemah dan sering dibuli.
Kemunculan Kotaro sebagai samurai pada suatu hari telah menyelamatkannya daripada dibuli pelajar2 nakal menyebabkan Nakamura memuja seterusnya menjadi pengikut setia Kotaro. Di matanya Kotaro adalah seorang yang sangat hebat. tidak kiralah ketika Kotaro berubah menjadi samurai mahupun sebagai Kotaro yang terkenal dengan sikap bersenang-senangnya.
Dan Cik Kaseh sangat berpuas hati menonton drama ni sampai akhir. Endingnya natural dan taklah poyo sangat. biasanya cerita macam ni hero dia mesti berubah jadi bijak, berjaya, hebat... & pape jelah lagi kan. Tapi ending drama ni taklah tunjuk yang tetiba watak hero dia jadi hebat ala2 samurai ke hapa. cuma dia jadi seorang yang lebih bersungguh2 dalam mencapai cita2... walaupun sikap malas dan suka bersenang-senang dia masih ada... ohya, sikap nerd dia pun still berubah. hahaha~~
Cik Kaseh bagi 4 bintang untuk drama ni.
siapa yang malas nak cari dvd dia n nak tengok secara online boleh klik Samurai High school
No comments:
Post a Comment