Pagi sabtu yang tak berapa nak indah...
(Cik Kaseh tekanan sikit sebab tak boleh kemana2 walaupun cuti 3 hari...sobs~)
Maka... hari ini saya sangat lapang untuk menyiapkan segala entry yang terbengkalai selama ini.
Entry kali ini nak buat review drama pulak
Jangan sesiapa terkejut pula sebab kali ini review drama korea tau
Ni dah macam pelik pun ade... entah bila masa Cik kaseh melayan drama korea...
motif utama menonton Oh! My Lady ni
sebab hero drama ni ialah Siwon SuJu <--dasar die hard fan SuJu
Cik Kaseh bukan minat sangat kat Siwon
Kiranya Siwon ni ahli paling cik kaseh tak minat dalam SuJu <-- punca utama x ske Siwon sbb masa tgk konsert SS2 hari tuh Encik yang kononnya hot guy ni suke sangat tayang body die yang ketul2 tu...erk~ x ske~~
Tapi apa yang menyebabkan hati Cik kaseh terus tertambat untuk menyaksikan drama ini ialah sebab Ye Eun, watak anak perempuan Siwon dalam drama ni. kecomelan budak kecik ni telah menambat hati Cik Kaseh <-- yeke? bukan sebab bapak budak ni ke?
Tengok... comel kan budak ni... & Siwon pulak...
Cik Kaseh rasa dia handsomelah pegang watak sebagai bapak kpd budak ni...
~& ini pula gambar keluarga bahagia...(✿◠‿◠)
Sinopsis :
Mengisahkan tentang seorang artis terkenal, Sung Min Woo yang macam bagus je masa memula tu.(Cukup tak berkenan ngan perangai watak Sung Mon Woo masa mula2 episod...harap muka handsome je... tapi lakonan hampeh. Sung Min Woo lah... bukannya Siwon. Siwon lakon ok...best). disebabkan 1 incident ni die terberkenalan pula ngan seorang janda anak satu, Yong Gae Hwa. Kemunculan Ye Eun sebagai anaknya telah menyebabkan masalah dalam hidup Sung Min Woo sebagai artis terkenal. Dia tak percaya & tak boleh terima budak tu sebagai anaknya.Tapi akhirnya atas bantuan Gae Hwa lama kelamaan Min Woo terima Ye Eun sbg anaknya. Dan dia berubah pun disebabkan budak tu...Soo~~ sweet(✿◠‿◠)
Untuk sesiapa yang belum menonton...
rasa macam nak tengok tapi was-was... takut tak best ke...
Cik Kaseh rasa... kalau korang bosan2 di hujung minggu... boleh kot layan drama ni
tapi... bagi tahu awal2lah kan... starting cite ni agak slow...maka anda kena bersabar sehingga nampak perkembangan ceritanya.
Perubahan watak Sung Min Woo dari mula hingga akhir juga berjaya merubah persepsi saya terhadap Choi Siwon. Akhirnya saya dah tak menyampah kat dia lagi. Saya suka semua ahli dalam SuJu termasuklah Henry & Zhoumi (SuJu M)!! ^o^
Lagu2 OST dalam drama ni pun best2...sangat suke...
P/s : Rating untuk drama ni... Cik Kaseh bagi 3.5 dari 5 bintang...
~ENJOY WATCHING~