my tomodachi

20100730

Love Shuffle... permainan mencari cinta sejati...hoh!






Ada beberapa buah Jdorama lain yang dah cik kaseh tonton tapi Cik Kaseh pilih Love Shuffle untuk buat review dalam blog ni dulu... motifnya sebab cik kaseh nak korang tengok cite ni! (kalau belum menontonlah)

Bukannya Jdorama baru pun
memang sepatutnya dah lama Cik Kaseh tonton
tapi tak berkesempatanlah
dan punca kedua cik kaseh tak tengok sebab kurang berminat... macam tak de tarikan nak menonton Jdorama ni secepat mungkin... so juz go slowwww~~~

 
start je tonton episod pertama... ok, boleh layan sambil lipat kain baju lagi... n cabut gi dapur jap gi bancuh milo n selongkar junk food dalam almari... that's mean cite ni start ngan pengenalan yang biasa2 jelah kan...

tapi kan...
tiba2 kan...
masuk je episod 2
jeng jeng jeng~~~
Kalau mak jerit soh lipat kain baju confirm Cik Kaseh buat tak dengar dah... kalau junk food kat dapur tu ada kaki, sure Cik Kaseh panggil soh dtg dekat cik kaseh

memang kronik nak habiskan dorama ni dalam satu malam saja!!!

Cerita ni ada empat watak utama yang berkenalan dalam situasi yang tak terduga. terperangkap dalam lif dan kebetulan mereka tinggal di tingkat yang sama dalam sebuah kondo.


Tamaki Hiroshi as Usami Kei atau Usa-tan, nickname yang Doktor sakit jiwa tu bagi.
Dia ni watak paling utama... agak sengal sikit... lurus dan setia dalam bab cinta... orang yang paling tak setuju dengan game Love Shuffle ni sebab dia still mengharapkan tunang dia kembali ke sisinya semula. (Tunang dia (Mei) turut terlibat dalam Love Shuffle ni)



Karina as Aizawa Airu atau Ai Ai, nama manja dia masa di bangku sekolah.. kawan lama Mei, bekas tunang Usa-tan. seorang juru bahasa yang cik kaseh tak berapa faham back story dia. seorang gadis yang tak mudah didekati lelaki. tapi akhirnya dia terjatuh hati pada Usa-tan... ops~ terpecah sedikit rahsia plak..hehe...



Matsuda Shota as Ojiro Sera atau O-chan... cik kaseh langsung tak minat masa dia dalam Hana Yori Dango... tapi dia dalam Love Shuffle sangat KAKKOI~~... maybe watak yang dia pegang tu buat dia nampak tampan kan... O-chan seorang jurugambar. Fokus utama dia ialah 'Wanita'... dia suka ambil gambar perempuan je... semua perempuan yang buat photoshoot dengan dia mesti menangis... dan ketiga2 pasangan Love Shuffle nya tidak terkecuali kene teruk sampai menangis... kecuali Kairi-chan, pasangan Love Shuffle yang merupakan pesakit Kikurin(doktor sakit jiwa)... Kairi tak menangis sebaliknya O-chan yang dah nak menangis sebab give-up dengan Kairi yang macam takde perasaan.kahkahkah~



Last but not least... Kikuta Masato atau Kikurin... dia nilah yang rancang permainan Love Shuffle ni. seorang doktor sakit jiwa yang ada back story yang agak misteri pada mulanya... ada sesuatu yang mengejutkan tentang bekas kekasihnya yang telah mati. (cik kaseh tak nak bongkar rahsia... tapi memang sangat surprise tau...hohoho~)
~bagi 1 hint - bekas kekasih kikurin seiras dengan salah seorang ahli dalam Love Shuffle~


yang menariknya tentang drama ni
bila diorang main tukar2 pasangan  untuk mendapatkan pasangan yang serasi. Dalam episod ke2 game tu dah start... melalui cabutan game tersebut bermula dengan pasangan Kikurin&Mei / O-chan&Ai Ai / Usa-tan&Reiko(scandal couple O-chan) / Yukichi(mamat yang syok kat Ai Ai)&Kairi(pesakit Kikurin)

Game pertama berjalan dengan lancar cuma couple Yukichi&Kairi je yang memang tak menjadi... si skema yang kaya couple dengan gadis pelik yang tak ada perasaan dan mengalami tekanan jiwa... huh~ memang fail! 

untuk episod selanjutnya diorang tukar2 couple lah sampai jumpa yang serasi... tapi bukan semudah yang disangka... apabila cinta itu muncul tanpa disedari sedangkan kita telah terpilih pasangan yang salah, kawan pun boleh jadi musuh... 




untuk pasangan favourite, cik kaseh pilih pasangan O-chan & Kairi
lelaki yang kool,macho n sometime ala2 kasanova sikit bertemu dengan gadis pelik yang hanya fikir akan tamatkan nyawanya pada usia 20 tahun... hmm~ ada sesuatu pada gadis ini yang telah berjaya membuatkan O-chan tak dapat mengelak untuk menyintainya.


20100722

GOING CRAZY lah tengok Kan Mi Yeon raba2 my Hyuk... Cheis~

wallawei~~ tajuk bunyi sooo jealous kan...
hahaha~~... nak kata jealous tahap petala tu tak sangatlahh actually
masa mula2 tu memanglah rasa si noona Kan Mi Yeon ni cm jalang pi raba2 Hyuk
tapi pastu rasional lah balik...
diorang juz acting je la...

Actually sepatutnya lagu ni featuring ngan Mir(MBLAQ)
tapi tak tau pe kes tetiba hari tu Eunhyuk ambik alih...

Mari usha sikit Crazy- Kan Mi Yeon ft. Eunhyuk




Dalam pada tak suka mula2 tuh... dok jugak tengok ulang2 lagu ni
(Ulang part Hyuk je lebih sebenarnya)


Ironinya sekarang... Cik Kaseh dah mula melayan lagu ni...
hoh! WTH... siyesly... mula2 rasa awkward je nk layan lagu ni
tapi kan mula tertarik lepas tgk MV nya

Bila seseorang jadi psiko nak dapatkan cinta seseorang
hailoo~~ jom layan... terbaek dari ladang~~




~~Oyasuminasai~~


20100720

Kegilaan kedua.. Infinite



AMARAN! jangan klik jika tak mau terkena virus baru...

Hailo~~ Cik Kaseh... orang dah bagi amaran
yang kau gatal tangan pegi klik juga tu kenapa...
padahnya... kan dah terjangkit virus baru lagi...kikiki~~

sejak kebelakangan ni kump muzik korea ni semakin bercambah
macam cendawan tumbuh lepas hujan daa~~
dah lah makin banyak... makin meletup2 pula tu

Cik Kaseh~~ please ignore... kang semakin menjadi2 plak kegilaan terhadap kpop ni
(agak2 sampai umor bape nak stop ngan mendalah ni ek?)

Tapi sesungguhnya cik kaseh mmg tak kuat iman
selepas ZE:A <-- virus ZE:A pun x sudah2 lagi.. haish~
skang layan Infinite pulak




Infinite ni terdiri dari 7 orang ahli
semua pun muda2 lagi...
diorang ni satu agensi dengan Epik High
Actually... ada sesetengah fans yang terkeliru masa mula2 sangka Infinite ni artis yang di-produce oleh Epik High berdasarkan variety show diorang, You're My Oppa ... dan satu lagi sebab L, salah seorang ahli Infinite ni berlakon dlm MV Epik High yang terbaru... Run  . Sebenarnya Epik High ni cuma senior yang satu agensi dgn diorang je...

U olz yang rasa2 gatai nak kenal ngan Infinite
Cik Kaseh suggest U olz tgk You're My Oppa
tapi... realiti show ni blom ada subs penuh... baru sampai epi. 4 je yg dah ada full subs
so, kena bawa bersabau lah ye...

wokeh~ jom usha sket info pasal Infinite ni...


SungGyu
(Leader & Main Vocal)
Name: Kim Sung Gyu (김성규)
Birthdate: 04/28/89
Height: 178cm
Blood Type: A
Hobbies: Watching movies, listening to music.
Talent: Speaking Chinese



HoYa
(Vocal,Rap & Dance)
Name: Lee Ho Won (이호원)
Birthdate: 26/03/1991
Height: 175cm
Blood Type: AB
Hobbies: Playing games.
Talents: Dance, rap.




L
(Vocal & Face of Infinite)
Name: Kim Myung Soo (김명수)
Birthdate: 03/13/92
Height: 178cm
Blood Type: O
Hobbies: Cooking, exercise, rap.
Talent: Rap.

(nama je da cukup misteri... mcm L-Death Note  je... prangai pun stock pelik luar alam gak... aku suka...hahaha)



SungJong
(Vocal, Maknae)
Name: Lee Sung Jong (이성종)
Birthdate: 09/03/93
Height: 177cm
Blood Type: A

(Maknae yang super kiyut~)



DongWoo

(Rapper)
Name: Jang Dong Woo (장동우)
Birthdate: 22/11/1990
Height: 175cm
Blood Type: A
Hobbies: Skateboarding.



SungYeol
(Vocal)
Name: Lee Sung Yeol (이성열)
Birthdate: 27/08/1991
Height: 180cm
Blood Type: B
Talent: Rap.



WooHyun
(Main Vocal)
Name: Nam Woo Hyun (남우현)
Birthdate: 08/02/1991
Height: 176cm
Blood Type: B
Hobbies: Skiing, tennis.
Talent: Cooking.


Mari klik2 link Infinite

MV Come Back Again


Hurm~~ mungkin mereka masih baru... so tak banyak sangat yang boleh di share. Cik Kaseh masih tak jumpa X factor dalam kump ni selain L yang paling menarik perhatian saya... untuk jadi fan yg tegar terhadap Infinite... mungkin tidak kot... hehehe~~




P/s : ramai yang berebut nak minat kat L ni... sape nak share lg... mehlah bermadu ngan Cik Kaseh.. hehehe~~



20100713

Kegilaan pertama... ZE:A (Children Of Empire)


Sejak kebelakangan ni mood Kpop cik Kaseh semakin menjadi-jadi
virus semakin kuat menghantui diri
Apatah lagi sejak akhir2 ni radio tempatan pun dah mula mainkan lagu2 kpop
haish~~... kpop wave melanda Malaysia...
Maka... kuburkan saja niat yang kononnya nak bertobat lepas SS2 hari tu
hwahahaha~~

Kegilaan pertama yang Cik kaseh nak kongsi untuk entry kali ialah...
ZE:A

Actually dah lama Cik Kaseh dengar pasal group ni
sejak sebelum SS2 lagi cik Nemo dah sibuk memasukkan virus ZE:A kat jiwa cik kaseh
tapi jiwa cik kaseh memang kebal.. x lekat langsung pengaruh Nemo time tu...
(ELF yang setia lah kononnya dat time..kikiki)

tapi entah macamana ntah... tetiba cik kaseh gatai tangan gi klik perkataan ZE:A kat google lepas tengok Dream Team tempoh hari...
punca utama time tu sebab DongJoon... diz guy muka sejibik dengan bekas anak murid cik kaseh dulu... muka comel tapi garang kowt...hahaha

tapi kan... lepas kenal sorang2 ahli dalam ZE:A tetiba cik kaseh semakin tertarik ngan group ni...
diorang semua ada karektor2 yg menarik dan memang happening je tgk variety show diorang.
& kebanyakan muka ahli ZE:A ni ada persamaan dengan artis lain.. so memang senang nak cam dan ingat nama diorang...

Jom tengok sikit profile diorang...



* Moon Joon Yeong
Birthday: February 9, 1989
Blood Type: A
Height: 180cm
Weight: 64kg
Hobbies: Soccer and bowling
Other: Leader of group, was on Mnet pretty boy

(Leader-shi muka sangat seiras dengan Yoochun DBSK..Cik kaseh hampir confuse masa mula2 kenal... maklumlah, saya bukan fan DBSK..hehehe)




* Hwang Kang Hee
Birthday: August 25, 1988
Blood Type: A
Height: 179cm
Weight: 60kg
Hobbies: Talking in English, tennis, cooking, scuba diving
Other: Model for Smart, Siwan's biggest fan, The Group's clown


(si Kwanghee ni umpama the joker yg kerje dia wat orang ketawa semedang...bestfriend dgn Siwan... the joker + the clumsy boy... huahahaha~ mmg couple yg best!)




* Kim Tae Hoon
Birthday: June 18, 1989
Blood Type: A
Height: 177cm
Weight: 63kg
Hobbies: Sports and beatboxing
Other: The mom of the group, loves to wear glasses





* Kim Kevin
Birthday: February 23, 1988
Blood Type: A
Height: 180cm
Weight: 60kg
Hobbies: Internet shopping and computer games
Other: Can speak English, Chinese, Japanese, Korean. Lived in Australia before debuting in Korea




* Park Hyeong Sik
Birthday: November 16, 1991
Blood Type: AB
Height: 183cm
Weight: 65kg
Hobbies: Skiing and playing games
Other: was on Jewlery S' 'Date' MV

(x tau kenapa tapi cik kaseh rasa kekadang dia ni Kim Beum look a like...hehe)




* Jung Hee Chul
Birthday: December 9, 1989
Blood Type: B
Height: 177cm
Weight: 58kg
Hobbies: Soccer, trumpet, computer games
Other: Loves to act, The Group's arrogant rapper

(Whee~~ mula2 dulu suka kat mamat ni... tp x mo bermadu ngan Cik Ada, so cik kaseh minat kat SiKwang couple jela..hehe... suke Jung Heechul sebab muka dia macam Ryeowook SuJu!)




* Im Si Wan
Birthday: December 1, 1988
Blood Type: B
Height: 175cm
Weight: 51kg
Hobbies: Violin and snowboarding
Other: The Group's fashionista, best friends with Hwang Kwang Hee

(dia ni dgn Kwanghee mmg macam belangkas... dimana ada kwanghee disitu juga ada siwan...muka je kiyut tapi clumsy...hakhakhak)



* Kim Dong Joon
Birthday: February 11, 1992
Blood Type: B
Height: 175cm
Weight: 52kg
Hobbies: Soccer
Other: The Maknae from Busan, has great abs

(mamat nilah punca cik kaseh kenal ZE:A... maknae ZE:A ni muka je super kiyut.. tapi garang kau~... dia selalu tak puas hati, even dia maknae tapi dia yang kena jaga semua hyung2 dia... bila dia ngamuk... leader-shi pun x berani nak tegur kau..hahaha~ sometyme agak puaka gak perangai die ni... n ramai yg ckp muka Dongjoon ni iras2 Han Ga in(Yuhee the witch) versi lelaki)




* Ha Min Woo
Birthday: September 6, 1990
Blood Type: B
Height: 178cm
Weight: 54kg
Hobbies: Dancing and cooking
Other: MBC Introducing star friend (Kim Kyung Rok), The Group's Dance Machine


(Minwoo ni lead dancer dalam ZE:A... ni pun spesies nakal tahap petala gak... hurm~~ sometime cik kaseh rasa macam nampak Taemin-Shinee dalam Minwoo-ZE:A ni... hehehe~~)


link ZE:A... sila klik...

  MV-All Day Long_ZE:A

MV- Mazeltov

Idol League-ZE:A mision (cut)


Wokeh... sambung next entry

tapi bukan pasal ZE:A

tunggu... kegilaan kedua pula...

siapakeh~~...hehehe

~Chiow~

20100707

SuJu-No Other...Hari bahagia untuk semua ELF



Oh.. SuJu... u make me sengih2 sendirian cam orang gilak hari ni
akhirnya... disebabkan MV baru SuJu ni, mood SuJu Cik Kaseh telah kembali setelah dok lebih seminggu asyik dengan mood BEAST n ZE:A

Cik Kaseh percaya... semua ELFs sekarang pun tengah berbahagia dengan MV terbaru SuJu ni...
sejak persembahan pertama No Other minggu lepas lagi... Cik Kaseh dah rasa aura kebahagian yang cuba disampaikan oleh SuJu...

No Other sebuah lagu yang menenangkan telinga yang mendengar. gerak tari yang lembut dan santai. senang je kowt nak follow tarian mereka. n part paling penting... body language... sangat memainkan peranan penting sehingga membuatkan semua orang pun...KYAA~~~ di alam bahagia bersama SuJu!!!

SuJu~~ saranghaeyo...
I wannabe ELF forever~~


20100704

Happy Ending... kalaulah masa boleh dihentikan waktu itu...


1st of all... nak ucap happy birthday kepada Doojoon, leader BEAST yang sambut birthday hari ni... sengil chukka hanmida~~

...erk, birthday Doojoon tapi nape muka AJ pun menempek sekali ni?

Ahahaha~~ sape soh aku suke kat AJ gak... kan dah gatai nak pi letak pic AJ skali...


Ok... ok.. back to da story...

entry yang tak habis2 tulis ni... dun worry, ni last part pasal BEAST k...


Alkisahnya apabila Cik kaseh dapat lucky draw untuk jumpa BEAST secara personal kat Hotel Nikko. dalam gembira nak bertemu dengan BEAST ni sebenarnya hati rasa tak best... sebabnya Cik Kaseh sorang je yang dapat peluang tu... 3 orang lagi rakan seperjuangan x dapat.


Secara jujurnya kalau boleh tukar, saya nak bagi pass yang saya dapat tu pada Zira(minah yg sangat gilakan Beast)... atau Nemo(sebab aku tumpang rumah dia..hehe) Cik Kaseh bukan minat sangat kat BEAST, so macam rasa bersalah pula dekat kawan2 yang memang minat Beast, yang siap beli n buat hadiah special untuk BEAST... owh~ teruknya perasaan ini


masa tengah beratur untuk lucky draw tu cik kaseh sajalah tanya satu soalan kat diorang ber3


"Kalau salah seorang daripada kita dapat lucky draw tu camne ek?"

Zira n Yana dah wat muka... hope sangat kalau dapat, biar semua dapat, kalau tak dapat biar semua pun x dapat gak. Nemo pula jawab...

"Kalau antara korang ber3 dapat... malam karang korang tido kat luar... huh~"

kami ber3 jerit "WOIT! MELAMPAU!!!"

pastu semua gelak2... tau Nemo main2 je...


Cik Kaseh tak ambil pusing sangat n tak harap apa2 pun untuk dapatkan lucky draw tu... tangan Cik kaseh ni bukan tangan yang bertuah... jarang terkena lucky draw ni...hahaha~~

sampai turn kitorang... Nemo, Zira n Yana dah seluk kotak hitam tu... semua dapat bola putih yang bermaksud tangan diorang tu memang tak bertuah...

Cik kaseh last sekali diantara mereka... tanpa mengharapkan apa2 yang menarik Cik Kaseh pun godek2 kotak hitam tu untuk dapatkan bola berwarna.

Bila Cik kaseh tarik saja tangan keluar... belum sempat Cik kaseh pandang bola tu, kawan2 semua dah menjerit... Cik Kaseh dengan tahap ke-blur-an di paras dagu pandang bola oren tu dengan terpinga2... punyalah lembab otak ni nak mentafsir makna jeritan orang sekeliling.


"Kaseh!!! aku tak kira! malam ni ko tido luar sorang2!!" Cik kaseh dengar Nemo cakap camtu... barulah Cik kaseh sedar bahawa rupanya tangan yang tak pernah bertuah ni tiba2 bernasib baik petang itu...kahkahkah~~ sengal! lembab nak mam^&*!... lepas tu barulah terhegeh2 nak lompat2 sebab dah dapat peluang jumpa ngan BEAST..hahaha~~



Puaslah Cik kaseh kene dera ngan diorang semua malam tu sebab Cik kaseh sorang je yang dapat lucky draw tuh...huhuhu~~

Bayangkanlah sebab kitorang tak sempat nak dapatkan autograph BEAST malam tu... maka gegehlah bawa balik semula hadiah2 tu... 

Dengan rasminya, Cik Kaseh diamanahkan untuk memberikan hadiah2 tersebut kepada ahli2 BEAST.Jenuhlah Cik kaseh nak ingat mana satu hadiah untuk Doojoon, AJ, Yoseop,Junhyung,Hyunseang n Dongwoon... Hadiah Nemo lah yang paling susah tau... banyak sangat! siap dengan lollipop,biskut tat dia wat sendiri n key chain... Yana punya mujur cuma lollipop je... n Zira punya teddybear untuk Dongwoon... mangai~~ dahlah Cik kaseh tak ingat nama2 diorang time ni... muka pun ala2 samar2 je nak masuk dalam otak... masak aku nak kena study malam tu juga. huhuhu~~

Malam itu mood kami memang agak spoiled disebabkan kes tak puas hati dengan pihak pengurusan UMM... memang Nemo time tu jugak pergi hentam UMM kat FB... memang semua orang mood tak puas hati je... Cik kaseh pun tak puas hati gak tapi dok diam tak banyak sangat mengomel...<--tengah piki pasal esok nak jumpa BEAST sorang2...huhuhu~~

Malam tu memang Cik Kaseh kalut piki macam2 pasal hari esok...pikir pasal hadiah diorang semua... pikir mesti tak best sebab pergi sana sorang2... yang paling berat Cik Kaseh pikir..."Aku tak hafal lagi muka n nama diorang!!! ottoke~~"

disebabkan banyak sangat pikir...sampai terbawa2 dalam mimpi...

Dalam mimpi tu, Cik kaseh jumpa BEAST...Cik Kaseh bagi semua hadiah daripada kawan2 pada BEAST secara pukal...bagi sekali harung je...mana nak ingat setiap hadiah tu untuk sape kowt..hahaha..tapi yang paling tak boleh blaa... diorang(BEAST) bawa Cik kaseh pergi hi-tea... kat coffee house lagi... pastu cik kaseh siap suapkan diorang semua biskut Nemo... diorang puji biskut nemo sedap! hwahahaha~~ <--nemo, mesti ko bangga kan kalau BEAST cakap betul2 depan ko...kikiki~~


Pagi tu bersiap2lah untuk ke destinasi terakhir... Hotel Nikko

Baiknya kawan2 Cik Kaseh... sanggup temankan Cik Kaseh pergi Hotel Nikko tu even diorang tak dapat pun jumpa BEAST karang... terharu siot...

Tapi seriously, Cik Kaseh sangat kalut pagi tu... sebelum masuk nak jumpa BEAST siap dok hafal nama diorang semua... siap tenung gambar2 BEAST nak kasi lekat muka diorang kat otak ni kan...hihihi~~


Wajah2 ceria pada hari kedua pengembaraan kami...


Sebelum waktu yang ditetapkan... kami ber4 duduk melepak di lobi hotel...

Tiba2... dengan muka penuh mencurigakan Nemo, mewakili Zira dan Yana bersuara...

"Kaseh, sebenarnya kan... kitorang ada sesuatu nak bagi tau kau... kau jangan marah tau... sebenarnya kan..."

tiba2 mangkuk tiga ekor tu keluarkan pas kaler oren yang sama dengan Cik Kaseh...

"Argh!!!!korang tipu aku!!!!"

WAKENABEB betul kan...

kaw2 Cik Kaseh kena prank... 2 hari korang dera aku soh hafal pasal BEAST

Hwaa~~ jahat giler!!!Betapa aku kalut pagi ni bukan sebab aku excited nak jumpa BEAST tapi sebab amanah korang tu...huhuhu~~

(kisah sebenar... diorang buat sekali lagi lucky draw tu...semua dapat... datang balik pada Cik Kaseh kat KFC time tu wat muka toye kononnya tak dpt...grrr~~rasa nak makan orang je)


Cik Kaseh lari!!! merajuk kat korang semua... cheis!


Cik kaseh tau ape motif diorang nak kenakan Cik kaseh... MOTIF : Cik kaseh ni bolayan sangat dengan Beast... dengan cara ni saja Cik kaseh akan berusaha untuk kenal BEAST... Bila dah kenal, senanglah virus nak lekat kan... tak gitu Cik Nemo, Cik Zira, n Cik Yana~~~

Fine...maka sekarang korang memang dah berjaya masukkan virus BEAST tu kat dalam otak Cik kaseh... hahahaha~~AJ n Joker-nim...i want u come back again!


Owh~ aksi terlampau sebelum meet n greeting 


Me n Yana again~~

And the last 1...pic with BEAST




Diz time... masa melangkah kaki je masuk kat bilik tu... mata Cik Kaseh straight terus pandang dekat Junhyung... tapi sebab kalut, Cik Kaseh blur... lupa nama Junhyung dat time..
Tapi bila pandang sebelah Junhyung.. Cik Kaseh rasa kenal kat mamat rambut blonde tu...

"Hai~~ anyeong... Dongwoon?Dongwoon right?" sambil jari telunjuk menuding kepada dia. <--muka tengah teruja time ni... sebab rasa macam mamat korea ni handsome tahap petala..hakhakhak

Dongwoon senyum sampai nampak gigi n angguk kepala... Cik Kaseh plak dah macam terkena panahan arjuna kowt... sama macam time cik kaseh jumpa Hyunjoong dulu... tiba2 otak ni stuck macam mesin printer yang jamed. sengal!

Lepas ambik gambar diorang tak kasi salam ke hape... terus suruh blah
Tapi Cik Kaseh peduli hape... sempat gak gi shake hand Dongwoon... Yoseop pun dapat gak... n AJ!!!... tapi sedih... sebab sempat pegang hujung tangan AJ je... pengawal dah suruh blah... cheis!

Kesimpulannya...BEAST tak sama dengan dalam pic yg Cik Kaseh tengok... 10 kali lagi handsome kowt... masuk je dalam bilik tu kitorang terasa cam masuk dalam heaven n jumpa dengan bidadara2 yang kacak2...ngaa~~
Bila pic dah upload... tiba2 cik kaseh sangat suka pada Junhyung...kikiki~~joker-nim sangat kakkoi~~... senyuman AJ sangat menawan... muka Dongwoon yang menenangkan... yoseop yang cute... leader doojoon yang sangat macho... hyunsaeng sangat cool...suka rambut dia tapi nape susah nak nampak dia senyum dalam pic...huhuhu~~



P/s : Kepada Nemo, Zira n Yana... walaupun Cik kaseh geram ngan korang ber3 pasal hari tu... tapi cik kaseh marah n geram sebab cik kaseh sayaaanngg korang semua. I rasa nak cubit2 pipi U olz ber3 untuk balas perbuatan korang tu... huhuhu~ sometime bila terlalu bersangka baik terhadap kawan2 pun masalah juga...sebab senanglah terkena macam Cik kaseh ni... sabau je aku...



20100702

Sikap penganjur yang buat peminat nak bertukar jadi BEAST!


"Babe, ramai gile kot tempat ni... boleh ke kite redah nak ambik port depan sekali ni?"
Hati sudah runsing...lepak lama sangat kat KFC... sekembali je kat perkarangan KL Live berjuta manusia sedang berkumpul nak masuk. <--hiperbola terlampau..mana sampai berjuta... cheit!

"Kaseh, ko macam tak biasa kan buat kerja2 terkutuk nak pergi depan tu..." Nemo jeling penuh makna pada Cik Kaseh. 

Cik kaseh pandang Nemo dengan senyuman evil tahap nak tetak kepala
Yana n Zira dok diam2... budak tak cukup umo mana faham...kikiki...
Selama cik kaseh n Nemo meredah lautan manusia sebab nak bertemu artis korea ni, kami memang faham sikitlah selok belok nak mencilok ni...

kalau nak ikutkan diorang semua ni macam tengah beratur... tapi Cik Kaseh tak nampak pun line Q nya... maka, dengan selamba badaknya Cik Kaseh menyelit sikit2 masuk ke ruang  tersebut... diikuti juga Nemo, Yana n Zira...


Sape terror cuba cari mana Cik Kaseh n da gang...(hint ada di akhir entry)




lama gak kami menunggu masa nak masuk ke dalam
ingatkan paling koman pun sejam... sebab show start pukul 7.00... katanyalah
kalau ikutkan sejarah sebelum2 ni... kalau depa kata pukul 7.00, maknanya pukul 8.00 lah paling awal nak start...huh~~

tapi kali ini terasa kecelakaan telah melanda hidupku
betapa teruknya pihak pengurusan yang menganjurkan event tu
sepatutnya pukul 7.00 malam kami semua dah berada dalam hall... tapi dekat nak pukul 9.00 baru kami semua dapat masuk.

kalau nak dikisahkan pasal kes ni memang panjang nak tulis...
memang banyak perkara yang Cik Kaseh tak puas hati n nak hentam UMM(pihak penganjur)
tapi oleh kerana diorang pun dah minta maaf pada kami
so macam... apa kata let bygone be bygone...

tapi sebab dah 2 kali kes macam ni berlaku(1st time masa SS501 thn lepas)
maka lepas ni... kitorang takmo lagi join event yg UMM anjurkan even diorang bawa SuJu sekali pun... <-- berani ke diorang nak bawa SuJu yang nama lagi besar tu..heh~

sebaik melangkah masuk ke dalam KL Live kami pun cepat2 cari port terbaik nak lepak
sini tak kena... sana tak kena... owh... penat kot ke hulu ke hilir...
Show pun tak start2 lagi... hampeh tol!
dok pasang MV je... layan jelah...

Cik Kaseh dah fade-up actually
dah hilang mood nak enjoy tengok show ni
dengan selambanya Cik Kaseh n Yana lepak dok bersila kat lantai... hilangkan lenguh2 kaki sebab berdiri lama sangat kat luar tadi...

dalam lebih kurang pukul 9.00 BEAST muncul
semua orang dah lompat2 bila BEAST perform
Cik Kaseh je wat donno...
ada aku kesah... penat tau plus sakit hati ni tak hilang lagi.. Huh!!
Mood nak enjoy dah spoiled

Apa yang cik kaseh buat time ni ialah ke hulu ke hilir... menyelit kat celah2 manusia yang dok terkinja2 sebab excited tu...
Korang rasa Cik kaseh buat ape?

...
...
...

spot pic terbaik lah kot.. HAHAHAHA~~
mari layan sat pic BEAST time ni...

















part encore... sorry, video tak cantik lepas load dlm Utube...
tak taulah nape


Waktu fansigning... Cik kaseh tak join... tak larat kot... sebab fikir esok nak jumpa diorang lagi maka malas nak pi beratur panjang2 semata2 nak ambik autograph BEAST.


*sebahagian pic kredit daripada Nemo n Yana*



at a 1st tym diorang kata Cik Kaseh pye pic tak gegar
video pun tak banyak shaking

Zira "Acik~pic n video acik memang terbaik malam ni..."

Nemo "betul betul betul... dulu masa tym SS501... pic ko sume hancur... masa Super Show 2 plak hampir separuh pic yg ko ambik macam PUAKA...tapi kali ini ko memang ada class!... aku sayang ko lebih"

The reason is...
Cik Kaseh sangat tenang semasa persembahan BEAST
langsung tak teruja pun dengan kemunculan mereka
orang lain dok terlompat2... sambil nyanyi2 sekali
tapi Cik Kaseh tak peduli sangat... jangan kata lagu, muka BEAST sekor2 pun Cik kaseh tak cam
nama diorang lagilah aku failed.. hahaha~~
Dats y lah Cik Kaseh boleh fokus nak ambil pic terbaik...kikiki~~

Okey... tamat entry ke3
ahah~ belum habis cerita ye babe
baru habis part pertama dekat KL Live
menyusul selepas ini... kisah bahagia seorang gadis poyo yang kununnya ELF tegar...
tapi skang dah tahap macam nak jadi BEUTY...

dan kisah sadis seorang gadis yang teruk kena prank dengan member2 dia disebabkan dia sangat bolayan terhadap BEAST.



*extra pic*