my tomodachi

20100807

Review : Yamato Nadeshiko Shichi Henge... (drama untuk cuci mata)


amaran ini ditujukan khas buat gadis2
"JANGAN TENGOK DRAMA NI... NANTI KORANG NOSEBLEED"
Ramai mamat handsome dalam drama ni
(cik kaseh takkan bertanggungjawab ya... hihihi~)

motif utama Cik Kaseh pergi layan drama ni sebab ada Uchi Hiroki yang dah 'come back' lepas beberapa tahun menyepi... motif kedua sbb ada Teshi(NewS)... motif ketiga sebab drama ni adaptasi dari manganime... so memang tau jalan cite die best!

ok.. story sikit pasal drama ni...
drama ni ada beberapa watak utama... Kyohei(Kamenashi Kazuya), Yukinojo(Tegoshi Yuya), Takenaga(Uchi Hiroki), Ranmaru(Miyao Shuntaro)... keempat2 jejaka kacak ni tinggal di sebuah banglo mewah milik seorang janda kaya, Nakahara Mine... mereka dibenarkan tinggal secara percuma dengan satu syarat iaitu mereka mesti mengubah anak saudara kesayangan Nakahara menjadi seorang gadis yang sempurna... tapi bukan mudah nak mengubah Sunako yang takutkan cahaya dan sukakan benda2 horror n vampire ni... (hailoh~ ade gak pompuan jenis camni...) 
tinggal bersama dengan jejaka2 kacak membuatkan Sunako dicemburui oleh ramai gadis.tapi bagi Sunako pula sebaliknya... setiap kali bertentang mata dengan keempat2 jejaka ni dia mesti jerit "MABUSHIII!!!" pastu dia belasah mamat2 tu semua... motif: dia takutkan cahaya dan dia rasa keempat2 jejaka tu sangat bercahaya... maybe pandangan dia sama dengan gadis2 lain, diorang berempat tu sangat kacak.
berjayakah keempat2 mereka mengubah sikap dan perangai Sunako menjadi seorang gadis yang sempurna? kene tengok sendiri loh~~

Ini adalah salah satu drama yang cik kaseh suggest korang untuk tengok jugalah... walaupun bukan yang terbaik tapi cik kaseh boleh bagi 3 1/2 bintang untuk keseluruhan drama ni... baik dari segi jalan cerita dan para pelakonnya...


Kamenashi Kazuya... even dia ni feymes gilos~... cik kaseh bukannya minat sangat kat dia... juz so so... apsal?maybe sbb handsome sangat kowt...hakhakhak~~



tolong fokus pada mamat yang sebelah kanan...(yang sebelah kiri tu cik kaseh punye)
hakhakhak~ ntah pe motiflah aku gi letak pic Uchi Hiroki yang dengan Ryo... saje gatai da lama tak wat entri pasal Ryo kan... neway, Uchi ni best friend Ryo(realitinya)... 
Watak yang Uchi pegang dalam drama kali ini sangat kakkoi~~... kool n macho!!



Ops~ sekali lagi... sila jangan hiraukan mamat yg kat sebelah kiri ya... dia tiada kaitan dengan drama review kali ini... tapi dia memang ada kaitan ngan Tegoshi Yuya(Teshi) sebab mereka adalah ahli NewS... berkenaan dengan watak Teshi pula... 1 word je cik kaseh boleh cakap di sini... KAWAII~~ overload... 


dats all for today...





P/s : Cik Kaseh bukan katagori yang akan nosebleed tengok mamat2 kat atas ni... dulu masa zaman muda rumaja maybelah kot... tapi skang dah dewasa..kuikuikui~~ dewasanya saya~~~


Kegilaan ketiga... TeenTop <--adakah yang terakhir?


Cik Kaseh tak de banyak benda nak merapu untuk entri kali ini. 6 remaja yang kiyut2 ni mmg sangat talented... U olz must listen 'CLAP' ...lagu ni sangat best.

group ni masih hijau lagi (baru sangat lagi)... maka tak banyak sangat benda boleh share ngan U olz semua... tp siyesly lah, diorang ni bukan setakat muka kiyut2 je tp bakat mereka turut diakui ramai... 

& disebabkan semua kiyut2 overload, cik kaseh tak tau nak minat yg mana satu mula2 tuh... Haish~~ I mmg noona yg tak sedar diri nak minat kt budak2 remaja mcm Teen Top ni...

tapi last sekali Cik kaseh pilih Neil... sebab sore die paling best dlm group ni... (^^)V

jom tengok profile Teen Top sket untuk korang start study pasal group baru ni...

(korang klik jela pic kat bawah ni klu tak cukup besar ek...)












P/s : Cik Kaseh da chop Neil... ada sesiapa yg nak jd madu baru cik kaseh? ^^



20100730

Love Shuffle... permainan mencari cinta sejati...hoh!






Ada beberapa buah Jdorama lain yang dah cik kaseh tonton tapi Cik Kaseh pilih Love Shuffle untuk buat review dalam blog ni dulu... motifnya sebab cik kaseh nak korang tengok cite ni! (kalau belum menontonlah)

Bukannya Jdorama baru pun
memang sepatutnya dah lama Cik Kaseh tonton
tapi tak berkesempatanlah
dan punca kedua cik kaseh tak tengok sebab kurang berminat... macam tak de tarikan nak menonton Jdorama ni secepat mungkin... so juz go slowwww~~~

 
start je tonton episod pertama... ok, boleh layan sambil lipat kain baju lagi... n cabut gi dapur jap gi bancuh milo n selongkar junk food dalam almari... that's mean cite ni start ngan pengenalan yang biasa2 jelah kan...

tapi kan...
tiba2 kan...
masuk je episod 2
jeng jeng jeng~~~
Kalau mak jerit soh lipat kain baju confirm Cik Kaseh buat tak dengar dah... kalau junk food kat dapur tu ada kaki, sure Cik Kaseh panggil soh dtg dekat cik kaseh

memang kronik nak habiskan dorama ni dalam satu malam saja!!!

Cerita ni ada empat watak utama yang berkenalan dalam situasi yang tak terduga. terperangkap dalam lif dan kebetulan mereka tinggal di tingkat yang sama dalam sebuah kondo.


Tamaki Hiroshi as Usami Kei atau Usa-tan, nickname yang Doktor sakit jiwa tu bagi.
Dia ni watak paling utama... agak sengal sikit... lurus dan setia dalam bab cinta... orang yang paling tak setuju dengan game Love Shuffle ni sebab dia still mengharapkan tunang dia kembali ke sisinya semula. (Tunang dia (Mei) turut terlibat dalam Love Shuffle ni)



Karina as Aizawa Airu atau Ai Ai, nama manja dia masa di bangku sekolah.. kawan lama Mei, bekas tunang Usa-tan. seorang juru bahasa yang cik kaseh tak berapa faham back story dia. seorang gadis yang tak mudah didekati lelaki. tapi akhirnya dia terjatuh hati pada Usa-tan... ops~ terpecah sedikit rahsia plak..hehe...



Matsuda Shota as Ojiro Sera atau O-chan... cik kaseh langsung tak minat masa dia dalam Hana Yori Dango... tapi dia dalam Love Shuffle sangat KAKKOI~~... maybe watak yang dia pegang tu buat dia nampak tampan kan... O-chan seorang jurugambar. Fokus utama dia ialah 'Wanita'... dia suka ambil gambar perempuan je... semua perempuan yang buat photoshoot dengan dia mesti menangis... dan ketiga2 pasangan Love Shuffle nya tidak terkecuali kene teruk sampai menangis... kecuali Kairi-chan, pasangan Love Shuffle yang merupakan pesakit Kikurin(doktor sakit jiwa)... Kairi tak menangis sebaliknya O-chan yang dah nak menangis sebab give-up dengan Kairi yang macam takde perasaan.kahkahkah~



Last but not least... Kikuta Masato atau Kikurin... dia nilah yang rancang permainan Love Shuffle ni. seorang doktor sakit jiwa yang ada back story yang agak misteri pada mulanya... ada sesuatu yang mengejutkan tentang bekas kekasihnya yang telah mati. (cik kaseh tak nak bongkar rahsia... tapi memang sangat surprise tau...hohoho~)
~bagi 1 hint - bekas kekasih kikurin seiras dengan salah seorang ahli dalam Love Shuffle~


yang menariknya tentang drama ni
bila diorang main tukar2 pasangan  untuk mendapatkan pasangan yang serasi. Dalam episod ke2 game tu dah start... melalui cabutan game tersebut bermula dengan pasangan Kikurin&Mei / O-chan&Ai Ai / Usa-tan&Reiko(scandal couple O-chan) / Yukichi(mamat yang syok kat Ai Ai)&Kairi(pesakit Kikurin)

Game pertama berjalan dengan lancar cuma couple Yukichi&Kairi je yang memang tak menjadi... si skema yang kaya couple dengan gadis pelik yang tak ada perasaan dan mengalami tekanan jiwa... huh~ memang fail! 

untuk episod selanjutnya diorang tukar2 couple lah sampai jumpa yang serasi... tapi bukan semudah yang disangka... apabila cinta itu muncul tanpa disedari sedangkan kita telah terpilih pasangan yang salah, kawan pun boleh jadi musuh... 




untuk pasangan favourite, cik kaseh pilih pasangan O-chan & Kairi
lelaki yang kool,macho n sometime ala2 kasanova sikit bertemu dengan gadis pelik yang hanya fikir akan tamatkan nyawanya pada usia 20 tahun... hmm~ ada sesuatu pada gadis ini yang telah berjaya membuatkan O-chan tak dapat mengelak untuk menyintainya.


20100722

GOING CRAZY lah tengok Kan Mi Yeon raba2 my Hyuk... Cheis~

wallawei~~ tajuk bunyi sooo jealous kan...
hahaha~~... nak kata jealous tahap petala tu tak sangatlahh actually
masa mula2 tu memanglah rasa si noona Kan Mi Yeon ni cm jalang pi raba2 Hyuk
tapi pastu rasional lah balik...
diorang juz acting je la...

Actually sepatutnya lagu ni featuring ngan Mir(MBLAQ)
tapi tak tau pe kes tetiba hari tu Eunhyuk ambik alih...

Mari usha sikit Crazy- Kan Mi Yeon ft. Eunhyuk




Dalam pada tak suka mula2 tuh... dok jugak tengok ulang2 lagu ni
(Ulang part Hyuk je lebih sebenarnya)


Ironinya sekarang... Cik Kaseh dah mula melayan lagu ni...
hoh! WTH... siyesly... mula2 rasa awkward je nk layan lagu ni
tapi kan mula tertarik lepas tgk MV nya

Bila seseorang jadi psiko nak dapatkan cinta seseorang
hailoo~~ jom layan... terbaek dari ladang~~




~~Oyasuminasai~~


20100720

Kegilaan kedua.. Infinite



AMARAN! jangan klik jika tak mau terkena virus baru...

Hailo~~ Cik Kaseh... orang dah bagi amaran
yang kau gatal tangan pegi klik juga tu kenapa...
padahnya... kan dah terjangkit virus baru lagi...kikiki~~

sejak kebelakangan ni kump muzik korea ni semakin bercambah
macam cendawan tumbuh lepas hujan daa~~
dah lah makin banyak... makin meletup2 pula tu

Cik Kaseh~~ please ignore... kang semakin menjadi2 plak kegilaan terhadap kpop ni
(agak2 sampai umor bape nak stop ngan mendalah ni ek?)

Tapi sesungguhnya cik kaseh mmg tak kuat iman
selepas ZE:A <-- virus ZE:A pun x sudah2 lagi.. haish~
skang layan Infinite pulak




Infinite ni terdiri dari 7 orang ahli
semua pun muda2 lagi...
diorang ni satu agensi dengan Epik High
Actually... ada sesetengah fans yang terkeliru masa mula2 sangka Infinite ni artis yang di-produce oleh Epik High berdasarkan variety show diorang, You're My Oppa ... dan satu lagi sebab L, salah seorang ahli Infinite ni berlakon dlm MV Epik High yang terbaru... Run  . Sebenarnya Epik High ni cuma senior yang satu agensi dgn diorang je...

U olz yang rasa2 gatai nak kenal ngan Infinite
Cik Kaseh suggest U olz tgk You're My Oppa
tapi... realiti show ni blom ada subs penuh... baru sampai epi. 4 je yg dah ada full subs
so, kena bawa bersabau lah ye...

wokeh~ jom usha sket info pasal Infinite ni...


SungGyu
(Leader & Main Vocal)
Name: Kim Sung Gyu (김성규)
Birthdate: 04/28/89
Height: 178cm
Blood Type: A
Hobbies: Watching movies, listening to music.
Talent: Speaking Chinese



HoYa
(Vocal,Rap & Dance)
Name: Lee Ho Won (이호원)
Birthdate: 26/03/1991
Height: 175cm
Blood Type: AB
Hobbies: Playing games.
Talents: Dance, rap.




L
(Vocal & Face of Infinite)
Name: Kim Myung Soo (김명수)
Birthdate: 03/13/92
Height: 178cm
Blood Type: O
Hobbies: Cooking, exercise, rap.
Talent: Rap.

(nama je da cukup misteri... mcm L-Death Note  je... prangai pun stock pelik luar alam gak... aku suka...hahaha)



SungJong
(Vocal, Maknae)
Name: Lee Sung Jong (이성종)
Birthdate: 09/03/93
Height: 177cm
Blood Type: A

(Maknae yang super kiyut~)



DongWoo

(Rapper)
Name: Jang Dong Woo (장동우)
Birthdate: 22/11/1990
Height: 175cm
Blood Type: A
Hobbies: Skateboarding.



SungYeol
(Vocal)
Name: Lee Sung Yeol (이성열)
Birthdate: 27/08/1991
Height: 180cm
Blood Type: B
Talent: Rap.



WooHyun
(Main Vocal)
Name: Nam Woo Hyun (남우현)
Birthdate: 08/02/1991
Height: 176cm
Blood Type: B
Hobbies: Skiing, tennis.
Talent: Cooking.


Mari klik2 link Infinite

MV Come Back Again


Hurm~~ mungkin mereka masih baru... so tak banyak sangat yang boleh di share. Cik Kaseh masih tak jumpa X factor dalam kump ni selain L yang paling menarik perhatian saya... untuk jadi fan yg tegar terhadap Infinite... mungkin tidak kot... hehehe~~




P/s : ramai yang berebut nak minat kat L ni... sape nak share lg... mehlah bermadu ngan Cik Kaseh.. hehehe~~



20100713

Kegilaan pertama... ZE:A (Children Of Empire)


Sejak kebelakangan ni mood Kpop cik Kaseh semakin menjadi-jadi
virus semakin kuat menghantui diri
Apatah lagi sejak akhir2 ni radio tempatan pun dah mula mainkan lagu2 kpop
haish~~... kpop wave melanda Malaysia...
Maka... kuburkan saja niat yang kononnya nak bertobat lepas SS2 hari tu
hwahahaha~~

Kegilaan pertama yang Cik kaseh nak kongsi untuk entry kali ialah...
ZE:A

Actually dah lama Cik Kaseh dengar pasal group ni
sejak sebelum SS2 lagi cik Nemo dah sibuk memasukkan virus ZE:A kat jiwa cik kaseh
tapi jiwa cik kaseh memang kebal.. x lekat langsung pengaruh Nemo time tu...
(ELF yang setia lah kononnya dat time..kikiki)

tapi entah macamana ntah... tetiba cik kaseh gatai tangan gi klik perkataan ZE:A kat google lepas tengok Dream Team tempoh hari...
punca utama time tu sebab DongJoon... diz guy muka sejibik dengan bekas anak murid cik kaseh dulu... muka comel tapi garang kowt...hahaha

tapi kan... lepas kenal sorang2 ahli dalam ZE:A tetiba cik kaseh semakin tertarik ngan group ni...
diorang semua ada karektor2 yg menarik dan memang happening je tgk variety show diorang.
& kebanyakan muka ahli ZE:A ni ada persamaan dengan artis lain.. so memang senang nak cam dan ingat nama diorang...

Jom tengok sikit profile diorang...



* Moon Joon Yeong
Birthday: February 9, 1989
Blood Type: A
Height: 180cm
Weight: 64kg
Hobbies: Soccer and bowling
Other: Leader of group, was on Mnet pretty boy

(Leader-shi muka sangat seiras dengan Yoochun DBSK..Cik kaseh hampir confuse masa mula2 kenal... maklumlah, saya bukan fan DBSK..hehehe)




* Hwang Kang Hee
Birthday: August 25, 1988
Blood Type: A
Height: 179cm
Weight: 60kg
Hobbies: Talking in English, tennis, cooking, scuba diving
Other: Model for Smart, Siwan's biggest fan, The Group's clown


(si Kwanghee ni umpama the joker yg kerje dia wat orang ketawa semedang...bestfriend dgn Siwan... the joker + the clumsy boy... huahahaha~ mmg couple yg best!)




* Kim Tae Hoon
Birthday: June 18, 1989
Blood Type: A
Height: 177cm
Weight: 63kg
Hobbies: Sports and beatboxing
Other: The mom of the group, loves to wear glasses





* Kim Kevin
Birthday: February 23, 1988
Blood Type: A
Height: 180cm
Weight: 60kg
Hobbies: Internet shopping and computer games
Other: Can speak English, Chinese, Japanese, Korean. Lived in Australia before debuting in Korea




* Park Hyeong Sik
Birthday: November 16, 1991
Blood Type: AB
Height: 183cm
Weight: 65kg
Hobbies: Skiing and playing games
Other: was on Jewlery S' 'Date' MV

(x tau kenapa tapi cik kaseh rasa kekadang dia ni Kim Beum look a like...hehe)




* Jung Hee Chul
Birthday: December 9, 1989
Blood Type: B
Height: 177cm
Weight: 58kg
Hobbies: Soccer, trumpet, computer games
Other: Loves to act, The Group's arrogant rapper

(Whee~~ mula2 dulu suka kat mamat ni... tp x mo bermadu ngan Cik Ada, so cik kaseh minat kat SiKwang couple jela..hehe... suke Jung Heechul sebab muka dia macam Ryeowook SuJu!)




* Im Si Wan
Birthday: December 1, 1988
Blood Type: B
Height: 175cm
Weight: 51kg
Hobbies: Violin and snowboarding
Other: The Group's fashionista, best friends with Hwang Kwang Hee

(dia ni dgn Kwanghee mmg macam belangkas... dimana ada kwanghee disitu juga ada siwan...muka je kiyut tapi clumsy...hakhakhak)



* Kim Dong Joon
Birthday: February 11, 1992
Blood Type: B
Height: 175cm
Weight: 52kg
Hobbies: Soccer
Other: The Maknae from Busan, has great abs

(mamat nilah punca cik kaseh kenal ZE:A... maknae ZE:A ni muka je super kiyut.. tapi garang kau~... dia selalu tak puas hati, even dia maknae tapi dia yang kena jaga semua hyung2 dia... bila dia ngamuk... leader-shi pun x berani nak tegur kau..hahaha~ sometyme agak puaka gak perangai die ni... n ramai yg ckp muka Dongjoon ni iras2 Han Ga in(Yuhee the witch) versi lelaki)




* Ha Min Woo
Birthday: September 6, 1990
Blood Type: B
Height: 178cm
Weight: 54kg
Hobbies: Dancing and cooking
Other: MBC Introducing star friend (Kim Kyung Rok), The Group's Dance Machine


(Minwoo ni lead dancer dalam ZE:A... ni pun spesies nakal tahap petala gak... hurm~~ sometime cik kaseh rasa macam nampak Taemin-Shinee dalam Minwoo-ZE:A ni... hehehe~~)


link ZE:A... sila klik...

  MV-All Day Long_ZE:A

MV- Mazeltov

Idol League-ZE:A mision (cut)


Wokeh... sambung next entry

tapi bukan pasal ZE:A

tunggu... kegilaan kedua pula...

siapakeh~~...hehehe

~Chiow~

20100707

SuJu-No Other...Hari bahagia untuk semua ELF



Oh.. SuJu... u make me sengih2 sendirian cam orang gilak hari ni
akhirnya... disebabkan MV baru SuJu ni, mood SuJu Cik Kaseh telah kembali setelah dok lebih seminggu asyik dengan mood BEAST n ZE:A

Cik Kaseh percaya... semua ELFs sekarang pun tengah berbahagia dengan MV terbaru SuJu ni...
sejak persembahan pertama No Other minggu lepas lagi... Cik Kaseh dah rasa aura kebahagian yang cuba disampaikan oleh SuJu...

No Other sebuah lagu yang menenangkan telinga yang mendengar. gerak tari yang lembut dan santai. senang je kowt nak follow tarian mereka. n part paling penting... body language... sangat memainkan peranan penting sehingga membuatkan semua orang pun...KYAA~~~ di alam bahagia bersama SuJu!!!

SuJu~~ saranghaeyo...
I wannabe ELF forever~~