Uiks... i'm back...
bercakap pasal clip video terbaik... Kaseh memang tak ada idea. banyak yg kaseh suke.
macam cv Orange Range ni Kaseh memang minat dengan diz group. tp Kaseh tak simpan banyak lagu dey all. dulu tym Hana-Kimi tengah meletup, kasih gilakan lagu Ikenai Taiyou ni. cv nye pun boleh tahan juga. antara cv yg paling Kasik suke...
selain tu Kaseh rase cv True Heart dari Tackey and Tsubasa ni pun best juga. cara kamera shoot and emosi mereka berdua begitu berkesan. pemandangan dlm cv ni pun cantik. memang bestlah~ tp susah gak nak cari cv ni.so klu anda nak tgk cv tu bukalah kt link dibawah ni ye...
http://s236.photobucket.com/albums/ff219/nurul_07_photo/?action=view¤t=TakkiTsubasa-TrueHeartPV.flv
dan kalau News, Kaseh paling suke cv lagu Taiyou no namida... lagu ni tak lah memberi kesan dalam jiwa kaseh. pendek kata bukan antara lagu favourite kaseh. tp pada kaseh ini cv NewS yg terbaik. News nampak matang bawa lagu rentak balad macam ni. tp yg paling kaseh suke sebab efek hujan and background dia. nampak macam... err, cmne nak gambarkan ek. hahaha... susah nak jelaskan lah...
20090120
20090119
Ouran High School Host Club

Moshimoshi~ hai, ini 1st tym Kaseh post en3 pasal manganime. oklah ini adalah antara anime yang Kaseh minat. cite ni mmg lawak gile tahap petala kelapan. sakit perut aku gelak tgk cite ni. usus2 dalam perut Kaseh ni pulak memang berselirat tak ingatlah. apa tak nye... semuanya gara2 nak control gelak (Kaseh tgk dvd anime ni waktu tengah malam, so x blehlah nak gelak kuat2. kang x pasal2 je mak membebel tgk Kaseh tak tido lagi. tu ok lg... klu jiran sebelah yg mencarut malam2 sbb mengganggu waktu rehat dia, lagi naya kan...hehehe)
Utk sesape yg belum berkesempatan tgk anime ni biar Kaseh cite sket sinopsisnye... cite ni pasal Haruhi Fujioka, pelajar miskin yang mendapat tajaan biasiswa di sebuah sekolah Elit, Ouran High school. suatu hari Haruhi tak sengaja memecahkan sebuah pasu antik yg bernilai puluhan ribu dollar milik kelab host yg terkenal di sekolah tersebut. sebagai membayar ganti rugi, Haruhi dipaksa menyertai kelab Host yang diketuai oleh Tamaki Suoh, pelajar tahun 2 di sekolah tersebut. bermulalah kehidupan yg kucar kacir setelah Haruhi menyertai kelab tersebut. yg pasti ia sgt mencuit hati dan penuh dengan adegan2 yg bisa membuatkan usus anda berselirat (macam Kaseh) kyakyakya~
Kaseh bagi 4 bintang untuk karya Bisco Hatori ni. macam mana dengan anda? hehehe...
20081229
Siapa Cintaku

Setiap kali orang bertanya tentang kekasih, biasanya ada dua jawapan yang aku sediakan. Pertama… “takde.” Untuk jawapanku yang pendek itu pasti soalan selanjutnya akan diusulkan kepada aku… “mustahil. Kenapa?” dan aku akan menjawab… “aku tak suka dikongkong. Hidup bebas itu adalah kebahagiaan ku.” Hahaha… belum sampai seru sebenarnya.
Untuk pilihan jawapan kedua pula, biasanya aku akan menjawab “Ada.” Dan apabila mendengarkan jawapanku itu pasti mereka akan teruja dan melontarkan soalan selanjutnya. “Eh, siapa? Kau tak pernah cerita pada aku pun? Aku kenal tak? Ceritalah woi.” (ini biasanya soalan kawan-kawanku). Aku tersenyum simpul sambil perlahan-lahan membuka bicara tentang si dia yang aku puja…
“Nishikido Ryo. Korang kenal ke?” hahaha… kebanyakan daripada mereka pasti akan blur. Siapa mamat Nishikido tu? Kecuali yang kipas susah mati dengan Jpop, biasanya mereka kenallah.
Bercerita tentang Nishikido Ryo, aku terasa bagai benar-benar jatuh cinta dengan lelaki ini. Dia ada aura yang kuat sehingga mata aku tidak memandang pada lelaki lain sejak mengenalinya. Pertama kali aku melihat lakonannya dalam 1 Liter Of Tear (2005), terdetik dihatiku untuk lebih mengenali jejaka ini. Renungan dinginnya seolah-olah menyembunyikan suatu kesengsaraan. Air mata yang jernih bagaikan mutiara. Pertama kali aku meminati lelaki kerana tangisannya yang cantik. Bunyinya agak pelik tetapi ini benar… selama aku mengenali lelaki, mereka ego untuk menumpahkan walau setitis air mata.
Mengenali Nishikido Ryo bukan setakat sampai di sini. Rupanya selain dalam bidang lakonan sebenarnya bakatnya lebih menyerlah dalam bidang muzik. Dia merupakan anggota dua buah kumpulan muzik… Dua? Tentu pelik kan… ya, dia adalah satu-satunya artis di bawah naungan Johnny’s entertainment (JE), malah di Jepun juga yang menyertai dua buah kumpulan muzik dalam satu masa. Dua kumpulan tersebut ialah NewS dan Kanjani8.
Opss… aku bukan nak bercerita tentang kerjaya Nishikido Ryo, tapi kenapa aku sukakan dia. A-aa… bukan setakat suka tapi dah angau. Hahaha… lelaki yang mendapat gelaran Sexy Osaka Man ini sebenarnya telah hadir dalam mimpi aku sebelum aku mengenalinya lagi. Oh, man~angau overboard!
Ceritanya begini… menonton 1 Liter Of Tear, aku bukan melihat diri sebenar Nishikido Ryo@ Ryo-chan(aku lebih suka memanggilnya Ryo-chan). Sebaik saja aku meneroka diary hasil catatan lelaki ini, aku mula mengenali bagamana sifat sebenar seorang Ryo-chan (Untuk pengetahuan anda kebanyakan artis di Jepun mereka mencatat diary harian untuk tatapan para peminat).
Sifat paling jelas ada pada Ryo-chan ialah dia berlidah tajam. Mudah menyerang seseorang dengan kata-katanya yang selalunya mengguris hati. Ini bukan satu sifat yang baik, bukan. Tapi disebalik sifat buruknya itu, sebenarnya dia sedang menyampaikan rasa sayangnya kepada seseorang. Ini memang pelik. Dan disebabkan dia bukan seorang yang mudah berterus terang menyebabkan sesetengah temannya tidak memahami tindakannya.
Apabila Ryo-chan mula menyayangi seseorang dia akan membuli orang tersebut setiap hari. Orang tersebut akan menjadi mangsa kekejamannya. Untuk seseorang yang sensetif, anda mungkin akan menangis setiap hari disebabkan oleh Ryo tetapi bagi mereka yang keras kepala dan degil maka anda akan bergaduh dan bertikam lidah dengan Ryo setiap hari. Untuk seseorang yang sangat memahami pula akan terus berasa selesa di sisi lelaki ini kerana anda sudah masak dengan kod luahan cinta Ryo.
Oh ya… lupa pula aku nak ceritakan tentang Ryo dalam mimpi aku tu. Okey… sebenarnya Nishikido Ryo ialah Edward, watak dalam novel kedua ku. Melihat diri Edward yang persis dengan Ryo, aku mula memikirkan sesuatu… adakah ini takdir untuk aku memasukkan Ryo ke dalam drama cinta aku? Aku sedar ini Cuma satu kebetulan dan hati aku tidak dapat menolak untuk menukar nama Edward kepada Nishikido Ryo. Sehingga sekarang Ryo akan terus menjadi salah satu sumber inspirasiku. Terima kasih kerana kau muncul dalam dunia reality dan aku berharap dapat berjumpa denganmu suatu masa nanti.
Untuk entri pertama rasanya cukuplah sampai di sini dulu. Lain kali aku cerita lagi tentang Ryo-chan. Mungkin sesuatu yang lebih menarik dan keistimewaan dirinya di mata para peminatnya.
P/s :- aku nak pergi Jepun!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)