my tomodachi

20090425

Making A Lover : SS501 (BOF OST-2)



Lagu Kaseh untuk bulan ini. Kaseh sangat suka dengan lagu2 dr OST Boy Over Flower. Yawn~ happy lor dengar muzik die, even sepatah haram pun Kaseh tak faham bahasa Korea... tak suka bahasa Korea. banyak sangat dengung. bahasa Jepun tak pe. memang layan~


{Liriqu}
sesange sorijilleo I love you
neol saranghandago naui yeojaga doe-eotallago
nunbusyeo Always, you're my star
naega neol jik'yeochurke
I can always be waiting for you

chich'in harue kkeut'eseo nalutge han yuilhansaram
himkyeoun nae salme kkeut'eseo nalbangyeojun tan hansaram
dasi harureul sijakhae neoui yeppeun miso tteo-ollyeo
nan nuguboda haengbokhae neoman nae kyeot'e isseumyeon
cheohaneule I promise you nae modeungeol neo-ege churke

sesange sorijilleo I love you
neol saranghandago naui yeojaga doe-eotallago
nunbusyeo Always, you're my star
naega neol jik'yeochurke
I can always waiting for you

waeijeseoya ongeoni onsesangeul kajingeot kat'a
komaweo namanui ch'eonsa ch'eo-eumch'eoreom neol saranghae
cheohaneule I promise you neoui modeungeol ka"gosip'eo

sesange sorijilleo I love you
neol saranghandago naui yeojaga doe-eotallago
nunbusyeo Always, you're my star
naega neol jik'yeochurke
I can always waiting for you

uri hanaman yaksokhae
haneuleul keolgo maengsehae
t'aeyangi pult'a-eopseojil keunalkkaji neol saranghae
Oh my love~

kidohae nal heorakhaejugil
neoui namjaro nal padajugil
yaksokhae chukneunnalkkaji
nae ma-eum pyeonch'ianha
I can always waiting for you
Baby I will forever with you
yeonGweonhi neomaneul

Saranghae....



{ENG SUB}

To the world I want to shout 'I love you'
To love you and have you as my girl
Dazzling, you're always my star
I'll protect you
I can always (be) waiting for you

At the end of my exhausting day there's only one person that can make me laugh
There's only one person brightening my difficult life
At the start of yet another day, I can just think of your pretty smile
I'm not happy with anyone else next to me, but you
Under these Heavens, I promise you, I'll give you everything I have

To the world I want to shout 'I love you'
To love you and have you as my girl
Dazzling, you're always my star
I'll protect you
I can always (be) waiting for you

Why is it now, I feel I have all of the world
thank you my single angel, it feels like I'm loving you for the first time
Under these Heavens, I promise you, I want to be your all

To the world I want to shout 'I love you'
To love you and have you as my girl
Dazzling, you're always my star
I'll protect you
I can always (be) waiting for you

We only need to make one promise
I'm swearing on the Heavens
I'll keep loving you until the very sun burns out
Oh my love~

I pray you allow me this~
That you accept me to be your man
To my final day
My heart will not change
I can always (be) waiting for you
Baby I will forever (be) with you
You alone, I will forever....
love you....

20090422

Silly Little Ryo-chan ~Final~


“Hiargh!” Tiba-tiba Yamapi bertempik. Bukan dengan siapa-siapa. Cuma dengan benda-benda tidak bernyawa di hadapannya.
“Mati kau aku bunuh!” Dia bercakap lagi di hadapan peti televisyen sambil tangannya ligat mengawal joystick.
Yamapi benci dengan kekalahan. Bila dia kalah dia akan rasa marah dan tidak puas hati. Untuk mengurangkan ketegangan jiwa dia akan bermain game untuk melepaskan geram. Biasanya dia bermain dengan Ryo dan Jin tapi hari ini dia bersendirian. Sengaja bersendirian… kerana dia sedang sakit hati pada seseorang.
“Baka Ryo-chan!” Yamapi menghempas joysticknya apabila teringat semula layanan Ryo sejak beberapa hari ini.
Kelmarin dia mengajak Ryo makan stimbot di rumahnya tapi Ryo telah menolak kerana Uchi telah lebih dulu mengajaknya untuk makan yakitori di sebuah restoran fast food… keputusannya : Yamapi kalah kepada Uchi yang lebih cepat bertindak.
Semalam Yamapi nampak Ryo sangat gembira menunjukkan tanda nama yang dihadiahkan oleh Uchi kepada semua orang di agency. Ryo menyematkan tanda nama pemberian Uchi itu di wallet nya. Itu cara dia mengahargai sahabat. Tapi adakah Ryo lakukan perkara yang sama terhadap dirinya…?
“Tak mungkin! Ryo tak pernah hargai pemberian aku seperti yang dia buat terhadap Uchi.”
Yamapi memeluk lutut sambil menjeling fotonya bersama Ryo di sebelah tv. Mulutnya memuncung tajam. Pandangan segera dilarikan dari bingkai gambar tersebut kemudiannya.
Yamapi tidak mengaku kalah. Hari ini dia cuba membuktikan yang dirinya jauh lebih penting di sisi Ryo berbanding Uchi.
Dia mencari Ryo pagi tadi untuk mengajak sahabatnya itu bermain ice skating. Namun jawapan hampa yang diterimanya apabila Ryo-chan tiada di rumah kerana keluar menonton wayang bersama Uchi. Uchi lagi!! Sakit hati Yamapi.
Selepas itu Yamapi pulang semula ke rumah dan berkurung di biliknya sehingga sekarang. Tidak makan, tidak minum dan tidak mandi. Hanya bermain game sepanjang hari. Sehingga malam sudah menjengahpun dia tidak sedar.
Di tingkat bawah rumah…
Ryo datang dan mama Yamapi membukakan pintu.
“Owh, Nishikido-kun… Yamapi ada di atas. Tunggu sekejap ya.”
Mama Yamapi melangkah menuju anak tangga yang berhampiran dengan pintu masuk tadi lalu memanggil anak lelakinya.
“Yamapi, kawan kamu datang nak jumpa! Marilah turun!” Panggil mama Pi.
“Dare?!” Sahut Yamapi dari atas.
“Nishikido-kun!”
“Mama beritahu dia yang saya dah tidur!”
Ryo terkejut dengan jawapan Yamapi. Kenapa Yamapi tidak mahu berjumpa dengannya? Hurm… nak cari pasal dengan aku nampaknya dia ni…
“Gomen ne,Nishikido-kun. Yamapi…”
“Daijoubu, mama Pi.” Pintas Ryo sambil mengukir senyuman penuh makna.
“Err…” Mama Yamapi tidak sempat berkata lebih lanjut apabila dengan berani Ryo masuk ke dalam dan memanjat anak tangga untuk naik ke bilik Yamapi. Sekilas Ryo sempat menoleh kepada mama Yamapi sambil melemparkan senyumannya. Mama Yamapi tidak menghalang Ryo. Hanya membalas senyuman Ryo. Bila difikirkan semula mungkin Ryo saja yang boleh memujuk anaknya supaya keluar dari bilik.
“Pi-chan~” Panggil Ryo semesra mungkin.
“Tstt…” Yamapi berdecit. Meluat mendengarkan suara Ryo yang sengaja dilembutkan itu.
“Bukalah pintu ni, Pi.”
Ryo mengetuk-ngetuk pintu bilik Yamapi yang berkunci itu.
“Baka Ryo! Kenapa mama benarkan dia masuk rumah. Tak guna betul!” gumam Yamapi marah.
“Ne… Yamapi! Cepatlah buka pintu!” Ryo mula meninggikan suara apabila Yamapi berdegil tidak mahu membukakan pintu untuknya.
“Aku nak tidur. Jangan ganggu aku.”
“Tipu! Kalau kau tak buka pintu ni, aku beritahu mama kau pasal baju dia yang kau dah rosakkan tempohari.” Ugut Ryo.
Baka, baka, baka Ryo-chan! Carut Yamapi apabila Ryo sudah mula mengugut. Dia bangun dan segera membuka pintu untuk Ryo.
Sebaik pintu di buka muncul sengihan Si Lidah Tajam Ryo. Yamapi maluat. Dia segera kembali ke posisi asal dia duduk tadi. Ryo mengekorinya setelah pintu di tutup rapat. Dia duduk bertentangan dengan Yamapi yang sedang mengadap kaca tv.
“Ryo-chan.” Yamapi mengeraskan suaranya apabila Ryo sengaja mengganggunya yang mahu menyambung permainan gamenya.
Ryo yang asyik tersenyum-senyum sejak tadi terus memuncung apabila dilayan dingin oleh Yamapi. Tapi muncungnya itu cuma sekejap. Dia mengambil bungkusan makanan yang di bawanya tadi ke hadapan Yamapi.
“Apa ni?” Tanya Yamapi.
“Bento.”
“Nak buat apa?”
“Kau ni agak bodoh juga ya. Tentulah untuk di makan.” Tajam kata-kata Ryo mengena batang hidung Yamapi.
“Aku tak nak makan. Aku nak main game.” Kata Yamapi seraya menolak tubuh Ryo yang menghalang pandangannya.
Ryo geram namun dia terus berusaha memujuk Yamapi.
“Pi, Pi, Pi…”
“Urusui!” Yamapi rimas.
“Piii~!” Ryo tetap terus memangggil Yamapi.
“Nandayo?!” Geram Yamapi apabila Ryo memanggilnya berulang-ulang kali.
“Ramen…” Ryo mengangkat bekalan yang di bawanya itu mendekati Pi. “Rasalah, aku yang buat ramen ni.” Katanya sambil senyum kepada Yamapi lagi.
Yamapi mengerling bekal makanan tersebut. Memikirkan suatu kemungkinan yang biasa tentang Ryo.
“Heh, tipu.” Yamapi tidak percaya budak seusia Ryo mampu menyediakan ramen.
“Betul… aku buat khas untuk kau, Pi.” Kata Ryo sungguh-sungguh.
Mendengarkan itu menyebabkan Yamapi sedikit tertarik.
“Hontou desuka?”
“Hai…” Ryo mengangguk sekali. Terus tunduk tidak mengangkat kepala. Sebenarnya dia sedang menahan tawa melihat reaksi Yamapi yang mula percaya dengan penipuannya.
“Jangan cuba tipu aku kalau kau rasa tak cukup kuat untuk tahan serangan aku.” Kata Yamapi mendatar tapi sangat bermakna.
Ryo angkat kepala. Senyumannya jadi tawar.
“Ok, fine… sebenarnya mama aku yang sediakan ramen ni. Aku cuma tolong sikit je.” Aku Ryo.
Tolong… tolong tengok saja kan, Ryo. Yamapi tersenyum puas apabila Ryo sudah menyerah kalah. Berani dia nak kenakan aku lagi ya…
“Kenapa tiba-tiba bawakan aku makanan?” Yamapi mahu tahu agenda sebenar Ryo.
Ryo diam. Matanya bergerak-gerak cuba mengelak renungan Yamapi.
“Kau cuba nak pujuk aku ya?” Yamapi menyerkap jarang.
“Pujuk? Buat apa aku nak pujuk kau. Tak ada kerja lain ke…”
Jawapan Ryo sedikit mengecewakan Yamapi.
“Sebenarnya aku nak kongsi dengan kau makanan yang paling aku suka. Kebetulan mama masak ramen hari ini. Jadi aku bagilah kau sikit.”
“Ala, kalau setakat ramen, kita kan selalu makan bersama di luar.”
“Itu lain. Yang ini mama aku yang buat. Ramen yang mama masak adalah yang paling sedap di dunia tau. Tiada siapa boleh tandinginya.” Cerita Ryo sungguh-sungguh.
Yamapi tersenyum gelihati melihat gelagat Ryo yang bersungguh menceritakan tentang ramen mamanya.
“Tapi aku tak lapar.” Jawab Yamapi seraya menyembunyikan senyumannya tadi.
Huhh~ Ryo mengeluh perlahan. Dia tahu Yamapi tidak makan apa-apa sejak tadi. Mama Pi yang beritahu sebelum dia datang ke sini tadi. Kenapa budak Pi ni degil sangat. Aku mesti pujuk dia sampai dia nak makan…
Ryo mengambil chop stick, menyepit mee ramen dan menyuakannya ke mulut Yamapi.
“Tak naklah, Ryo.” Yamapi mengelak suapan Ryo.
“Makan juga. Aku tak peduli.” Ryo berdegil mahu Yamapi makan.
“Orang cakap tak nak, tak naklah!” Yamapi juga berdegil.
“Yamapi, please… makan sikit. Makanlah demi aku.” Riak wajah Ryo bersungguh mahu Yamapi makan walaupun sedikit.
Melihat kesungguhan Ryo akhirnya Yamapi menganga mulut untuk makan suapan Ryo.
“Macam mana? Sedap kan…”
Yamapi mengangguk dan tersenyum. Ryo puas hati.
“Jom kita sambung makan di bawah.” Ajak Ryo kemudiannya.

Mereka menuju ke meja makan yang berdekatan dengan ruang tamu. Ada sekeping nota yang ditinggalkan oleh mama Yamapi. Mama Yamapi keluar sebentar dan dia berpesan kepada Ryo agar jangan pulang dahulu kerana dia tidak mahu Yamapi tinggal sendirian di rumah.
Yamapi tersenyum sendiri. Rupanya mama risau dia ditinggalkan sendirian di rumah.
“Aku nak baliklah, Pi.” Ryo sengaja mahu mengusik sahabatnya.
“Baliklah, siapa yang kisah.” Balas Yamapi.
Ryo mencebik kerana gagal mengusik Yamapi kali ini. Yamapi tersengih melihat gelagat Ryo yang buat muka di belakangnya.
Dia menarik kerusi dan duduk di meja makan. Ryo juga mengambil tempat bertentangan dengannya.
“Jom makan sekali.” Ajak Yamapi.
“Tak apa. kau makanlah. Aku bawa untuk kau. Mama kau cakap kau tak makan seharian. Jadi aku datang ke sini khas untuk memujuk kau makan.”
Yamapi yang sedang menyuap mee ramen itu mendongak merenung Ryo. Dia agak terkejut dengan pengakuan Ryo itu. Jadi mama ada beritahu Ryo tentang dia tidak makan hari ini? Dia masih ambil berat tentang aku… Yamapi tertunduk. Tidak menyambung makan.
“Woit, termenung apa? Cepatlah habiskan ramen tu. Nanti sejuk tak sedap.” Tegur Ryo apabila melihat reaksi diam Yamapi.
“Arigatou, Ryo-chan.”
Ryo sekadar senyum.
Yamapi kembali menyuap makanan.
“Owh ya… hari ini kau ke mana?” Sengaja Yamapi bertanya.
“Hari ni… aku pergi tengok wayang dengan Uchi. Seronok tau. Rugi kau tak ikut kami. Bla…bla…bla…” Cerita Ryo dengan gembira.
Yamapi sudah selesai makan. Dia menutup bekal makanan dan berjalan ke ruang tamu meninggalkan Ryo yang asyik bercerita tentang filem yang ditontonnya bersama Uchi hari ini.
Ryo berhenti bercerita dan mengekor Yamapi yang duduk di sofa di ruang tamu. Ryo duduk rapat di sebelah Yamapi.
“Ne… Ryo…” Yamapi memulakan bicara yang sejak tadi disusunnya di kepala.
“Nani, Pi?”
“Antara aku dan Uchi… siapa sahabat kau sebenarnya?” Soal Yamapi.
“Engkaulah…” Jawab Ryo serta-merta.
Yamapi sedikit tertarik dengan jawapan pantas Ryo itu.
“Dan Uchi juga. Dua-dua pun sahabat aku. Kenapa kau tanya, Pi?” Tanya Ryo kemudiannya tanpa sedar yang air muka Yamapi mula berubah ketika ini.
“Bitsuni.” Jawab Yamapi pendek. Sebenarnya agak kecewa.
“Ryo… kalau aku dan Uchi jatuh lemas dalam sungai, siapa yang akan kau selamatkan dahulu?”
“Erm… Uchi.”
“Doshite?” Kerut di dahi Yamapi menggambarkan yang dia tidak puas hati. Terasa kekalahan berada dalam genggamannya kini. Teruk betul…
“Sebab kau tak kan lemas. Kau perenang yang hebat. Barangkali kau yang akan selamatkan aku dan Uchi daripada lemas tau.”
Erm, logik juga alasan ryo. Aku dah salah soalan nampaknya. Ahh… teruknya perasaan ni. Aku benci kalah kepada Uchi. Tapi hati Ryo memang sukar di duga. Entah siapa yang paling penting di hatinya. Biarlah… kanapa aku terlalu memikirkannya. Biarlah siapapun di hati Ryo. Yang penting Ryo yang paling penting di hati aku. Dia sahabat aku sampai bila-bila. Aku harap…
“Yamapi, aku ada satu soalan nak tanya kau.”
“Tanyalah. Sejak bila kau perlu minta kebenaran aku untuk bertanya ni?”
“Aku rasa sedikit risau tapi aku mesti tanyakan juga soalan ini kepada kau.”
Ryo menggosok-gosok tangannya. Sesekali dia menolak jambul rambutnya ke belakang. Yamapi hanya memerhatikannya sahaja. Menunggu butir bicara Ryo yang selanjutnya.
“Er… urm… sebenarnya kau tak berapa sukakan aku, betul kan?”
Ryo tunduk. Tidak berani menatap wajah Yamapi yang masih merenungnya tadi.
“Iie… aku sukakan kau… dan aku sayangkan kau. Anyway, aku memang sayangkan kau selama ni.” Kata Yamapi jujur. Dia menunggu lagi untuk soalan sebenar yang hendak ditanyakan oleh Ryo.
“Urm… thank’s.” Ryo tersenyum. Sangat gembira. “Itu saja yang aku nak tanya.”
“He~? Itu saja ke?”
“Ya, itu saja yang aku risaukan.”
Yamapi tertawa kecil. “Kenapa kau risaukan perkara itu?” Soalnya.
“Sebab kadang kala kau layan aku dengan dingin.”
“Sekali lagi~ kau cuba menipu. Kau yang selalu bersikap dingin dengan aku. Tempohari kau ganggu aku menonton tv. Kau curi bantal aku dan buat aku tak boleh tidur semalaman. Kau yang membenci aku selama ni.”
“Hehehe…” Ryo tersengih melihat Yamapi yang Nampak marah.
“Itu kerana~ err… itu sebab aku sukakan kau.”
Yamapi menoleh kepada Ryo dengan serta merta.
“Itu cara aku sukakan seseorang. Kau perlu faham code aku selepas ini, Yamapi.”
“Ha? Code?” Yamapi keliru. Tidak faham dengan maksud Ryo.
“Yup… that’s my love code. Hihihi…”
Yamapi tersenyum. Itu code yang pelik, Ryo-chan. Bukan semua orang boleh memahaminya… tapi aku akan memahaminya selepas ini. Terima kasih untuk code kau yang pelik tu.
“Ne, Ryo-chan… kau jenis yang akan dibenci oleh anak sendiri bila kau jadi seorang ayah kelak.”
“Daijoubu… asalkan kau faham, cukuplah.”
Yamapi senyum. Wajah Ryo direnungnya.
“Sekali lagi aku nak tanya… siapa yang paling penting dalam hidup kau?”
“Hurm~… mama.”
“He?”
Alamak, sekali lagi… aku dah beri salah soalan. Yamapi mengetuk kepalanya sendiri. Hmm… mungkin aku tak perlu bertanya soalan tersebut. Asalkan Ryo tetap menganggap aku salah seorang daripada sahabatnya, aku dah rasa cukup happy. Dan aku akan terus jadi sahabat Ryo yang sukar difahami ini…:)

20090418

Silly Little Ryo-chan (3)



Cemburu seorang Pi
“Yamapi, aku belanja kau makan takoyaki sebagai ganti burger kau tadi ya.”
Yamapi tidak sempat berkata apa-apa apabila Ryo sudah singgah di gerai takoyaki dan membeli sebungkus takoyaki.
Ryo kembali semula kemudiannya.
“Aaa…” Sebiji bebola sotong itu disuakan kepada Yamapi.
“Ngap!” Yamapi tidak membantah. Dia menganga dan makan suapan Ryo.
“Oishii ne?”
“Umai~!” Jerit Yamapi mempamirkan betapa sedapnya takoyaki tersebut.
“Souka?”
Yamapi mengangguk-angguk. Kemudian dia mengambil pencucuk dan mencucuk seketul takoyaki untuk Ryo pula. Ryo nganga dan menggigit separuh daripada takoyaki.
“Erm… Oishii~” Bahunya terangkat, matanya disepetkan dan senyuman menghiasi mukanya. Kawaii~:)
“Ryo-chan, jangan sebut ‘oishii’ sambil buat memek muka yang kawaii tu. Kau macam perempuan.” Tegur Yamapi.
“Hohoho…souka?” Berkerut dahi Ryo memandang Yamapi.
Yamapi mengangguk.
“Kita sebagai lelaki kena cakap begini…‘umai~!’…cuba sebut.” Suruh Yamapi.
“Umai~” Ucap Ryo. Tapi sengaja sebutan itu dilembutkan sambil membuat memek muka seperti tadi di hadapan Yamapi.
Baka Ryo-chan! Yamapi geram tapi sekadar bersuara di dalam hati saja.
“Ne, Pi-chan… kau tak kan rasa seperti budak perempuan walaupun berkata ‘oishii’ seperti aku lakukan tadi. Percayalah.”
Yamapi mencebik sambil mengambil lagi takoyaki di tangan Ryo.
“Betul ni… kau cubalah.” Ryo cuba mempengaruhi sahabatnya.
Yamapi membuat pertimbangan demi Ryo. Dan akhirnya dia mengikut pendapat Ryo.
“Erm… oishii~” Matanya Yamapi mengecil. Senyuman memenuhi wajah dan bahu terangkat sedikit. Kawaii~:)
“Hahahaha….” Terdengar letusan tawa Ryo kemudiannya. Budak lelaki itu gelak terbahak-bahak sambil menekan-nekan perutnya. (Pembaca=Melampau betul Ryo)
“Kawaii~ You look like a girl.” Ryo berjaya memperdayakan Yamapi.
“Hee~ baka Ryo-chan.” Yamapi terkena. Huhuhu…
“Uhh~ Uhlala…” Tiba-tiba mata Ryo terbeliak ke satu arah. Dia tertarik dengan sesuatu.
Yamapi memandang tingkah Ryo yang seakan sedang teruja itu. Apa yang menarik?
“Nandayo?”
“Pi,Pi,Pi…”
“Jangan panggil nama aku berulang-ulang, Ryo-chan.”
“Tengok tu, Pi…pemandangan yang indah!” Ryo memegang tubuh Yamapi dan memusingkannya ke satu arah.
“Nani, nani?” Mata Yamapi melilau mencari benda yang menarik itu.
“Tu~” Mulut Ryo memuncung ke satu kawasan di taman air.
“Whoa~ ini barulah yang betul-betul dikatakan kawaii!” mata Yamapi tertancap pada gadis-gadis berbikini di taman air.
Ryo angguk-angguk. Mata mereka berdua melekat pada beberapa orang gadis yang sedang asyik bermain air.
“Gaya mereka… hehehe… hontouni kawaii~” Ujar Ryo. Budak lelaki tak cukup umur itu tersengih-sengih gatal.
“Sexy… rambut panjang yang basah… gadis-gadis tu nampak hebat dalam pakaian mandi. Betul kan, Ryo?!” Giliran Yamapi pula mengulas. Air liurnya seakan-akan sedang meleleh di hujung bibir. Dia juga sama dengan Ryo… (pembaca : budak nak akil baligh..huhh~)
“Erm…” Ryo mengangguk sekali.
Sedang asyik menonton wayang percuma tiba-tiba mata Yamapi terpandang seseorang yang dikenali di satu sudut lain.
“Uchi?”
“He?” Ryo yang terdengar Yamapi menyebut nama itu segera menoleh kepada sahabatnya.
“Itu Uchi kan?” Yamapi menuding ke arah budak lelaki yang hanya memakai Bermuda itu. Badannya telanjang tidak berbaju. Barangkali bercadang hendak terjun ke kolam renang.
“Ha’ah, jom kita tegur dia.” Ryo segera menarik tangan Yamapi untuk pergi mendekati Uchi.
Yamapi yang tidak sempat bersuara menurut saja langkah Ryo yang nampak gembira terjumpa Uchi di situ.
“Shakkun!”
Uchi menoleh pada suara tersebut. Dia tersenyum apabila mendapati Yamapi dan Ryo sedang berlari menghampirinya.
“Ryo-chan!” Budak lelaki kawaii itu terus merangkul Ryo-chan.
Ryo membalas rangkulan seorang lagi sahabatnya. Mereka berdua berpusing-pusing kegembiraan. Macam pertemuan dua orang sahabat yang telah lama berpisah. Heh, padahal baru saja bertemu beberapa hari yang lalu.
Tanpa mereka berdua sedari ada seseorang yang sedang diam memendam perasaan di sebelah. Yamapi diam menunggul melihat saja tingkah mereka berdua. Dia seakan-akan telah dilupakan. Aku ni bukan kawan mereka ke? Teruk betul Uchi dan Ryo… Yamapi menjeruk perasaan.
“Hi, Yamapi…” Uchi menegur Yamapi akhirnya. Tapi apabila melihat wajah kelat Yamapi, dia rasa pelik lantas mendekati temannya itu.
Dahi Yamapi di pegang untuk merasa suhunya. Uchi tidak puas hati lantas merangkul pula leher Yamapi. Erm… tak panas pun.
“Kau sihat kan?” Tanya Uchi kepada Yamapi.
Yamapi tersenyum sambil mengangguk.
“Gud!” Uchi mengangkat ibu jarinya selepas melepaskan Yamapi. Dia menyarung bajunya semula.
Mereka bertiga menuju ke sebuah restoran yang berhampiran selepas Uchi tidak jadi untuk ke kolam renang. Mereka memilih meja di luar restoran yang menghadap pemandangan taman air tadi. Ryo duduk di sebelah Uchi dan Yamapi di sebelahnya. Mereka bertiga duduk sebaris.
“Uchi, Uchi… kau datang sendiri ke?” Tanya Ryo kepada Uchi.
Baka Ryo-chan! Kenapa perlu bercakap dengan manja dengan Uchi? Yamapi seperti tidak puas hati dengan tingkah Ryo terhadap Uchi.
“Tak… aku datang bersama seorang kawan tapi sekarang aku tak tahu kemana dia menghilang. Erm… boleh aku join korang berdua?”
“Okey~” Jawab Ryo ceria.
Bunyinya macam Ryo sangat gembira… Mata Yamapi mengecil menjeling Ryo dan Uchi. Dia tidak suka Uchi menyertai mereka berdua tapi awal-awal Ryo sudah mengalu-alukan kehadiran Uchi.
“Arigato gozaimasu, Ryo-chan.” Uchi tersenyum lebar. Gembira bertemu dengan Ryo dan Yamapi hari ini.
“Chotto…” Uchi mengesan sesuatu di pipi Ryo. Dia menyentuh luka Ryo tadi dengan hujung jarinya dengan berhati-hati.
“Pipi kau dah luka.”
“Erm… tak apa. Cuma luka kecil.” Kata Ryo.
“Kau tunggu kejap ya.”
Uchi gesa-gesa meninggalkan situ. Ryo mengerling Yamapi. Yamapi turut membalas pandangan Ryo. Masing-masing tidak tahu Uchi hendak kemana.
Beberapa minit kemudian Uchi muncul semula dan duduk di tempatnya. Kerusinya ditarik rapat mendekati Ryo.
“Kau kemana?” Tanya Yamapi.
Uchi tidak membalas pertanyaan Yamapi. Dia lagi sibuk membuka plaster untuk pipi Ryo. Dahi Yamapi berkerut melihat perbuatan Uchi terhadap Ryo. Bunga-bunga cemburu sedang memekar.
“Err… arigatou, Shakkun.” Ryo senyum memandang Uchi. Menghadiahkan penghargaan terhadap keprihatinan seorang sahabat.
Yamapi memuncung. Geram! Dia tidak suka mendengar Ryo memanggil Uchi ‘Shakkun’. Bunyinya sangat mesra dan dia sedang cemburu. Terasa hari ini dia dikalahkan oleh Uchi.
Argh~ aku benci kalah. Uchi tak guna! Kau tak boleh rampas sahabat aku! Jerit Yamapi marah tapi cuma di dalam hati.

Hari sudah lewat dan mereka bertiga perlu pulang. Yamapi dan Ryo pulang bersama. Sementara Uchi pulang bersama dengan teman yang menghilang tadi.
Dalam perjalanan Yamapi tidak banyak bercakap. Hanya akan bersuara apabila di tanya sesuatu oleh Ryo. Ryo jadi pelik dan janggal.
Kenapa Yamapi asyik diam? Dan dia buat muka dinginnya lagi. Ini yang buat aku rasa tak syok ni. Dia ni kadangkala macam membenci aku tapi tak nak berterus terang. Yamapi, janganlah asyik diam. Cakaplah sesuatu… onegai!
Sampai di halaman rumah Yamapi…
“Ja matta…” Ucap Yamapi.
“Matta ashita…” Balas Ryo. Dia memandang belakang Yamapi yang sedang berjalan masuk ke rumahnya.
“Ne… Pi-chan!” Ryo yang rasa tidak sedap hati memanggil Yamapi semula.
Yamapi berhenti melangkah dan menoleh semula kepada Ryo.
“Nani?”
“Err… Gekigeiyou… Jya ne.”
Yamapi tersenyum kecil. Dipandang saja tingkah Ryo yang seakan gugup bersuara itu kemudian dia berpusing dan masuk ke dalam rumah meninggalkan Ryo terkulat-kulat sendirian di halaman rumah.
Kelibat Yamapi sudah hilang di sebalik pintu tapi Ryo masih terus berdiri di situ. Memikirkan suatu kebarangkalian tentang sikap Yamapi tadi.
Adakah Yamapi sedang marah? Marahkan sesuatu? Erm… Yamapi seorang yang bencikan kekalahan. Adakah aku telah layan Uchi lebih daripadanya tadi? Tapi Uchi juga sahabat aku. Aku sayang Uchi. Aku juga sayangkan Yamapi. Aku layan mereka sama saja. Ya… aku pasti dan yakin. Err… ya, yakin rasanya… (Pembaca : Ryo memang tak yakin dengan apa yang difikirkannya.)

20090413

Silly Little Ryo-chan (2)


PI LOVE RYO or FOOD?
Apabila Yamapi menunggu seseorang dia akan berasa bosan. Dan bila bosan dia akan lakukan sesuatu yang disukainya iaitu makan. Ya, Yamapi suka makan dan di tangannya kini ada dua jenis makanan. Tangan kiri memegang satu kon aiskrim perisa vanilla bersalut coklat dengan taburan Oreo. Yummy, sedapnya… dan di tangan kanannya ada sebungkus biskut beras dengan taburan bijan di atasnya. Perisa Lemon campur Kiwi. (Pembaca=Biskut beras berperisa buah?) Ya, pelik bunyinya dan Yamapi sendiri tidak terfikir mahu mencubanya sebelum ini. Tapi disebabkan menunggu Ryo dia telah melakukan perkara tersebut.
Dia mengambil tempat di kerusi panjang di taman berhampiran Valicities World. Bungkusan biskut beras di letak di sebelahnya. Dia memilih untuk menghabiskan aiskrimnya dahulu.
“Slurp…” dia menjilat aiskrimnya dengan penuh nikmat.
“Umai~” matanya mengecil dan mulutnya tersenyum puas. Dijilat lagi aiskrim tersebut untuk kali kedua… ketiga… dan seterusnya.
Kepala Yamapi menoleh ke kanan kemudian ke kiri mencari kelibat sahabatnya. Mana Ryo-chan ni? Kenapa masih belum sampai lagi? Ais krim aku dah nak habis tapi batang hidung dia masih tak muncul-muncul lagi…
Ais krim sudah habis. Yamapi berkira-kira hendak makan biskut berasnya pula. Namun tiba-tiba…
“YAMAPI!!” seseorang menepuk bahunya sambil menjerit namanya.
DUSH!!
Yamapi yang terkejut telah bertindak diluar kawalannya dengan menumbuk muka orang di belakangnya tadi. Dengan kuasa tangan kanannya orang itu telah terpelanting jatuh ke belakang.
“Argh… itai~!”
Mendengarkan suara itu Yamapi segera bangkit mendapatkannya. Ryo duduk di tanah sambil memegang wajahnya yang baru menjadi mangsa Yamapi.
“Ryo-chan!” Yamapi pantas mendapatkan Ryo yang sedang merengek kesakitan.

Fakta 1= tenaga Yamapi lebih kuat berbanding Ryo yang berbadan kecil.

“Gomen… gomennasai, Ryo-chan. Aku tak sengaja.” Yamapi rasa sangat bersalah apabila melihat luka di pipi kanan Ryo.
“Sakit… tangan kau sangat tajam. Pipi aku dah luka, Yamapi.”
“Err… itu sebab…” Yamapi menunjukkan jari hantu kanannya yang disarungkan cincin yang bergerigi.
Ryo memandang cincin tersebut. Dia buat muka pelik. Kenapa kawan aku sanggup memakai cincin yang sangat hodoh ni? Getusnya dalam hati.
“Ini untuk keselamatan kalau ada penjahat.” Kata Yamapi.
“Tapi aku bukan penjahat.”
“Ryo-chan… gomen ne…”
Ryo-chan tersenyum dan menggeleng kepala. Dia tidak marah Yamapi. Dia tahu Yamapi tidak sengaja.
Yamapi bangun memimpin Ryo. Mereka duduk di bangku panjang tadi. Yamapi melihat lagi luka di wajah Ryo.
“Sakit tak?”
“Mestilah sakit.”
Yamapi masih rasa bersalah. Dia menyentuh luka Ryo dengan berhati-hati.
“Argh… sakit!” Ryo menjerit perlahan.
“Hontouni gomennasai, Ryo-chan…” Yamapi tundukkan kepala. Rasa bersalah masih menebal dalam hatinya.
“Iie… daijoubu.” Ryo menepuk bahu Yamapi meredakan perasan sahabatnya.
Tiba-tiba Yamapi membuat tindakan drastik mengucup luka di pipi ryo. Kemudian sambil meniup luka tersebut…
“Sakit jahat… pergi kau jauh dari Ryo-chan aku.” Katanya sambil meniup lagi luka Ryo.
Budak lelaki bertahi lalat di bawah mulut itu tersenyum panjang. Gembira melihat tindakan Yamapi yang pelik itu.
“Jom kita pergi main.” Ajak Ryo sambil mengganggam erat tangan sahabatnya.
“Urm…” Yamapi mengangguk menurut Ryo.
Mereka berjalan masuk ke Valicities Wold.
“Kita nak main apa dulu?” Soal Yamapi sambil menghulurkan biskut berasnya kepada Ryo.
“Roller coaster.” Jawab Ryo dengan penuh semangat.
Makanan yang dihulurkan Yamapi hanya dipandang.
“Apa ni? Sedap ke?” Tanya Ryo sangsi.
“Err… kejap, ya.” Yamapi bertindak merasa dahulu biskut beras berperisa lemon dan kiwi itu.
Ryo memerhatikannya yang sedang mengunyah makanan. Sebentar kemudian Yamapi berpaling kepada Ryo semula.
“Erm… sedap. Cubalah rasa.”
Ryo terus mengambil sekeping biskut beras tadi dan memakannya tanpa ragu-ragu biarpun dia belum tahu bagaimana rasanya.

Fakta 2- Ryo akan makan apa saja yang Yamapi kata sedap.

Mereka bermain dengan gembira. Semua permainan yang ada di Valicities world mereka cuba. Baik outdoor game mahupun indoor game. Semua mereka redah. Cuma satu saja yang mereka tak singgahi iaitu taman air kerana mereka tidak membawa pakaian mandi. Kalau mereka membawanya tentu sekali mereka akan masuk ke kawasan tersebut.
“Ryo-chan, bagi biskut beras tu.” Yamapi meminta biskut berasnya yang di pegang Ryo.
“Nah…” Ryo menghulur bungkusan kertas yang dipegangnya.
Yamapi meraba isi bungkusan tersebut. Kosong. Tinggal serdak sahaja.
“He~~ Ryo, kau habiskan biskut aku!”
Yamapi cuma melihat sengihan Ryo yang meleret panjang. Itu jawapan oleh seorang pesalah.
“Gomen ne, Yamapi. Aku tak sedar dah habiskannya tadi.”
Yamapi menarik mulutnya ke sebelah kiri. Matanya mengecil dan tangan kirinya memegang pinggang sambil mengerling Ryo dengan geram.
“Sudahlah… jom kita beli makanan. Kau nak apa? Biar aku belanja hari ni.” Usul Yamapi kemudiannya.
“Hontou desuka?”
“Hontou desu… ikku.” Yamapi menarik Ryo ke gerai makanan yang terletak di satu lorong di dalam kawasan taman tema tersebut.
“Inilah syurga makanan kita hari ini, Ryo.” Kata Yamapi sambil mendepangkan tangannya di tengah-tengah jalan.
“Sugoi~!” dua orang budak lelaki itu tersenyum girang sebelum melangkah menuju ke setiap gerai di situ.

“Cepatlah, Ryo… kita dah singgah hampir di setiap gerai tapi satu apa pun kau tak beli lagi.” Yamapi mula merungut apabila Ryo masih belum mengambil keputusan untuk makanan yang hendak dibelinya.
“Yamapi, aku tak tahu nak makan apa? Semuanya nampak sedap.”
“Huuh… aku belikan kau Onigiri(rice cake) ya.”
“Tak nak.”
“Takoyaki(bebola sotong)?”
“Tak nak.”
“Habis tu kau nak makan apa?”
Ryo diam. Anak matanya naik ke atas sebelah kanan. Itu tandanya dia sedang berfikir. Yamapi menunggu dengan sabar jawapan daripada Ryo.
“Aku tak nak makanlah…”
“He~ kenapa pula?”
“Kau dah beli makanan kan, apa kata pergi dari sini sekarang.” Jawab Ryo tidak menghiraukan soalan Yamapi. Dia menarik Yamapi meninggalkan kawasan tersebut.
Yamapi akur. Orang nak belanja tapi kau tak nak makan pula. Pelik betul Ryo ni... Yamapi sekadar bermonolog.
Mereka berjalan-jalan lagi di sekitar situ. Bila ada sesuatu yang menarik perhatian mereka akan berhenti. Kemudian mereka akan terus berjalan lagi. Yamapi melahap ham burger yang dibelinya tadi sambil berjalan.
“Yamapi, baju kau dah kotor kena sos.” Tegur Ryo.
“Huhu…” Yamapi melihat kesan sos yang melekat di dada bajunya.
“Kau pegang kejap burger aku. Aku nak pergi tandas cuci kotor ni.”
Burgernya di serahkan kepada Ryo. Dia beredar untuk ke tandas awam yang berhampiran. Ryo duduk di bangku yang tersedia di setiap sudut berhampiran sementara menunggu Yamapi.
Dia memandang Burger Yamapi dengan senyuman penuh makna. Hikhikhik… burger ni akan jadi mangsa aku… bisiknya seraya menggigit bahagian yang tinggal separuh itu.
“Erm… oishii!” Dengan memek muka cute nya dia berkata sendirian.
Ryo mengerling ke arah tandas awam tempat Yamapi pergi tadi. Yamapi belum keluar. Dia mengambil kesempatan itu untuk melahap habis burger Yamapi. Sedapnya Burger free ni. Tapi tak cukup mayonis dan salad. Tapi ia tetap sedap sebab ini Yamapi punya…hihihi…

Yamapi muncul dan apabila mendapati burgernya hanya tinggal plastik pembungkus sekali lagi dia berasa geram dengan Ryo.
“Ryo-chan, kau makan burger aku!”
Hiargh… dengan hikmat rahsianya dia merangkul kepala Ryo dan memukul-mukul kepala Ryo.
“Ampun, ampun, Yamapi… aku tak sengaja.”
“Kau ni teruk. Tadi aku suruh kau beli makanan kau tak nak. Sekarang kau habiskan makanan aku pula. Teruknya~” Marah Yamapi sambil terus memukul kepala Ryo.
“Pi-chan, sumimasen… aku memang berniat nak makan burger kau.”
“Teruknya.”
“Sebab aku suka makan sisa kau.”
“He?” pelik.
“Aku rasa lebih selamat makan sisa dari mulut kau.”
Yamapi terdiam. Dia berhenti memukul kepala Ryo.

Fakta 3- Ryo-chan suka makan sisa Yamapi sebab dia rasa makanan tersebut selamat dan tidak berisiko untuk dia kena keracunan makanan.

“Aku suka makan sisa yang kau tinggalkan sebab aku rasa kita akan lebih rapat kalau berkongsi makanan.”
Yamapi melepaskan Ryo. Dia berdiri bertentangan dengan Ryo. Wajah sahabatnya direnung lama. Kapala Ryo yang dipukulnya tadi diusap perlahan. Dia pandang senyuman di wajah Ryo. Kemudian dia menolak dahi Ryo dengan lembut. Dia tersenyum kemudiannya.
“Kau tak marah lagi kan?” Soal Ryo.
Yamapi tidak menjawab tapi dia merapatkan wajahnya kepada Ryo. Dahi Ryo dikucup. Ryo tergamam sekejap.
“Ciuman ini tanda aku minta maaf sebab pukul kau… Lain kali cakaplah awal-awal.” Yamapi berpusing dan berjalan terus.
Senyuman Ryo tambah meleret. Dia mengejar langkah Yamapi yang pantas. Tangan kanannya merangkul bahu Yamapi. Badan Yamapi senget diperlakukan begitu disebabkan ketinggiannya yang melebihi Ryo.
“Eh, tak sesuailah…”
Yamapi melepaskan rangkulan Ryo. Kemudian dia pula yang merangkul bahu Ryo. Dan Ryo merangkul pinggang Yamapi. Mereka terus berjalan dengan gembira.

20090409

Koi No ABO ~ NewS

Baru minggu lepas Kaseh chating dengan sorang member ni pasal Apasal NewS tak keluarkan lagi single terbaru... tup tup hari ni Kaseh tertengok Pv terbaru NewS dengan KinanPage punye blog. Thank's for da info ya, kinan...




At the 1st tym memang teruja nak tengok Pv baru NewS ni. tapi lepas habis tonton rasa macam... err, cam ne nak gambarkan perasaan ni ek?

secara jujurnya Kaseh tak berminat langsung dengan Pv nye... apatah lagi lagunya. pun Kaseh tak minat... hakhakhak~ Kaseh memang jujur even Kaseh ni seorang kipas susah mati(die hard fan) NewS...

selain Pi dengan trademark nye suka pegang paper cup dekat muka, Kaseh tak berminat dengan yang lain2... tiada perubahan pada rambut Ryo... tapi yang paling okey mungkin gaya Teshi...

wutever pun Kaseh baru je sekali tonton Pv ni. tak tahulah kalau dah 2 3 kali tengok karang macam mana. mungkin juga Kaseh akan mula sukakannya perlahan-lahan. macam lagu Merotic by TVXQ dulu pun... mula2 Kaseh langsung tak suka even semua orang layan habis dengan lagu tu. skang ni baru Kaseh suka gila ngan lagu Merotic tu. hakhakhak... ketinggalan zaman sungguh Kaseh ni kan...

anyway, hope semua fan NewS gumbira dengan Pv terbaru daripada NewS ni okey...

20090406

Silly Little Ryo-chan (1)


Apabila Ryo berasa bosan dia akan mencari sesuatu yang boleh menghiburkan dirinya. Salah satu perkara yang bisa menggembirakan hatinya ialah dengan bersama sahabatnya, Yamapi.
Ryo tersenyum apabila memikirkan Yamapi. Yamapi adalah satu mahkluk yang akan membuatkannya sentiasa dalam keadaan gembira dan ceria. Sentiasa menenangkan dirinya apabila dia sedang kesedihan. Sentiasa berkongsi apa saja perkara dan benda. Sentiasa menjadi tempat dia melepaskan geram dan marah. Sentiasa muncul setiap kali dia memanggil dan sentiasa mengetuk kepalanya setiap kali dia membuat kesilapan. Ryo sayangkan Yamapi.
Kakinya melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik Yamapi. Terjingkit-jingkit seperti pencuri ayam di tengah malam. Senyumannya meleret apabila melihat Yamapi yang sedang khusyuk menonton televisyen sambil mengunyah popcorn. Adakalanya dia tersenyum sendirian. Barangkali lucu menonton rancangan tersebut.
Ryo terus memerhatikannya. Menunggu masa yang sesuai untuk bertindak ke atas sahabatnya. Dia sempat mengawasi keadaan sekeliling. Tiada sesiapa kerana semua ahli keluarga berada di ruang tamu di tingkat bawah rumah.
Yamapi mencapai bantal di atas katil sebelum kembali menonton. Ryo yang menyaksikan tingkah laku Yamapi itu mula menggigit bibir bawahnya. Anak matanya bergerak naik ke atas dan perlahan-lahan senyumannya meleret lagi tanda dia sudah mendapat idea jahat untuk mengusik Yamapi. Dia yang asyik membongkok sejak tadi di lawang pintu itu kembali berdiri tegak seperti orang yang normal.
Ryo menolak rambut depannya ke belakang beberapa kali. Dia pintu dengan kakinya. Pintu terbuka dengan luas. Yamapi yang terdengar suara pintu dan langkah Ryo yang kasar itu menoleh ke belakang. Untuk seketika perhatiannya terhadap tv terganggu disebabkan kemunculan Ryo yang tiba-tiba itu.
“Hai, Ryo-chan…” Sapanya dengan mesra seperti biasa.
Ryo sekadar mengangkat kening dan mengerling sebentar kepada sahabatnya.
“Hai…” Jawab Ryo sekadar melepaskan batuk di tangga. Bunyi seperti tidak ikhlas dalam jawapannya itu.
“Cerita apa yang kau tengok tu?” Tanya Ryo sebelum mengambil tempat di sebelah Yamapi.
“Err…”
“Bak sini popcorn kau.”
Belum sempat Yamapi hendak menjawab soalan tadi Ryo memintasnya sambil merampas popcorn dari tangannya. Yamapi rasa sedikit marah dengan tindakan Ryo itu namun tidak diluahkan perasaannya itu. Tidak mahu mengeruhkan keadaan hanya kerana perkara sekecil itu.
Ryo mengunyah popcorn Yamapi sambil menyaksikan rancangan sitkom yang ditonton oleh Yamapi tadi. Yamapi pula memerhatikan gelagat Ryo yang sedang ketawa gelihati kerana rancangan tersebut. Yamapi sedikit pun tidak ketawa kerana memikirkan sikap Ryo tadi.
Terasa direnung seseorang menyebabkan Ryo menoleh kepada Yamapi. Yamapi memang sedang merenungnya ketika ini. Renungannya dingin seperti biasa. Ryo rasa tidak sedap hati. Dia perlu lakukan sesuatu untuk menukar suasana yang mungkin akan jadi tegang sekejap lagi.
Dia menjeling bantal dalam pelukan Yamapi lantas dengan pantas merebut bantal tersebut dari pelukan Yamapi. Dengan muka tidak bersalah Ryo senyum puas hati. Dilihatnya mulut Yamapi memuncung panjang. Seolah-olah tidak puas hati terhadap Ryo kini. Namun Ryo seolah-olah tidak sedar yang tindakannya itu tambah mengeruhkan keadaan dan Yamapi semakin sakit hati terhadapnya. Tapi Yamapi diam saja. Sedikitpun dia tidak terlintas mahu merampas kembali bantalnya dari tangan Ryo.
“Hahaha… kelakarnya cerita ni,Pi.” Ryo ketawa lagi. Dia nampak sangat gembira sedangkan Yamapi sedang menjeruk perasaan ketika ini.
“Ha’ah… kelakar gila.” Jawab Yamapi dalam paksa.
Tidak sedarkah Ryo yang dia sedikitpun tidak ketawa waktu ini? Tidak sedarkah Ryo yang dia sedang marah dengan perbuatan Ryo tadi? Ryo, kenapa kau layan aku macam ni? Aku ada buat salah dengan kau ke? Aku ada sakiti hati kau ke? Atau adakah kau membenci aku? Kalau kau benci aku mesti ada sebabnya. Beritahulah padaku. Janganlah layan aku seperti musuh kau.
“Err… aku nak tidurlah. Dah mengantuk.” Yamapi memberi alasan. Sebenarnya dia belum mengantuk tapi demi tidak mahu terlalu memikirkan sikap Ryo dia mengambil keputusan untuk masuk tidur.
Yamapi bangkit dari duduk sebelum mengambil tempat di atas katilnya. Dia duduk di pangkal katil. Bantal ditepuk-tepuk beberapa kali. Selimut di hujung katil ditarik dan dibentang. Ryo yang memerhatikan Yamapi itu berhenti makan popcorn dan menonton tv. Dia tutup suis tv dan berjalan ke katil Yamapi kemudian direbahkan tubuhnya di sebelah Yamapi yang baru hendak berbaring.
“Nak tidur dengan kau malam ni… boleh?”
Melihat riak ikhlas di wajah Ryo, Yamapi rasa gembira. Dia tersenyum dan mengangguk. Hilang terus kegusaran jiwanya tadi.
Bantal yang dipegangganya tadi diberikan kepada Ryo. Ryo senyum dan mengambil bantal tersebut. Mereka berdua baring bersama di katil itu. Selimut yang sudah dibuka lipatannya oleh Yamapi tadi dibentangkan Ryo. Selimut yang besar itu cukup untuk menyelimuti mereka berdua.
“Ok, dah ngantuk. Jom kita tidur.” Kata Ryo.
…Tapi mata masing-masing tidak mahu pejam. Merenung permukaan syiling yang putih. Tangan Ryo memegang hujung selimut. Lengan Yamapi disandarkan di dahinya. Masing-masing diam. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Ryo menjeling Yamapi. Yamapi mengerling Ryo. Lama mata mereka bertaut. Tiada kata-kata yang terucap di bibir masing-masing.
“Kenapa kau tak tidur lagi?” Tanya Ryo kepada Yamapi tak lama kemudian.
“Kau pun sama.” Balas Yamapi.
“Aku tak ngantuk lagi.” Jawab Ryo.
“Aku pun sama.” Jawab Yamapi juga.
“Eee~~ bukankah tadi kau kata kau dah mengantuk?!” Suara Ryo meninggi. Badannya turut diiringkan menghadap Yamapi kini.
“Err…” Kantoi. Yamapi terperangkap.
“Kau pun sama. Tadi kau kata kau dah mengantuk.”
“Itu… err, sebab aku nak tidur dengan kau jadi aku cakaplah aku ngantuk juga.”
Yamapi tertawa mendengar jawapan Ryo. Tambah gelihati apabila melihat wajah Ryo yang tebal menahan malu.
“Baka Ryo.”
“Baka Pi-chan.” Balas Ryo. Kemudian masing-masing tertawa lagi.
“Kenapa tak tidur di bilik kau sendiri?” Tanya Yamapi selepas tawa mereka reda.
“Sebab… saja. Nak tidur dengan kau malam ni. Itu saja.”
“Tipu… kau takut tidur sorang-sorang. Mengaku sajalah, Ryo-chan.”
“Mana ada!” Ryo menafikan dengan keras.
“So?”
Ryo mencebik. Tidak lagi memandang Yamapi. Yamapi sebaliknya terus merenung sahabatnya yang seolah-olah merajuk itu.
“Aku cuma bosan. Jadi aku datang sini mencari kau.”
Yamapi mengangguk-ngangguk.
“Kau tak suka aku datang ke?”
“He…? Iie… iie…” Pantas Yamapi menafikan dakwaan Ryo.
“Tapi kau macam tak suka aku datang ke bilik kau.”
Yamapi terkesima. Bukan macam yang kau sangka, Ryo-chan. Sebenarnya…
“Aku suka kau datang sini. Aku suka bila kau kata nak tidur bersama aku, Ryo-chan.”
“Hehe… dah agak dah.” Meleret senyuman anak muda itu apabila Berjaya menguji sahabatnya.
“Err… jomlah kita tidur. Hari dah lewat malam.” Ajak Yamapi secara tak langsung mahu menamatkan perbualan mereka.
Ryo menurut. Namun baru beberapa detik dia memejamkan matanya dia teringat akan sesuatu lantas matanya dibuka semula.
“Pi…”
“Ya.”
“Aku rasa kita dah terlupa sesuatulah.”
“Nani?”
“Erm… kau tak rasa ke?”
“Erm… yelah. Aku pun fikir yang kita ada terlupa sesuatu yang penting. Tapi apa benda ya?”
“Apa, ek?”
“Ah~ kita tak tutup lampu lagi!” Yamapi tersedar perkara tersebut.
“Ha’ahlah… Yamapi, pergi tutup suis lampu. Ryo-chan dah ngantuk ni.” Ryo segera mengecilkan mata. Kononnya sudah mengantuk.
“Tipu!” Yamapi mengesan lakonan Ryo.
“Owh, mengantuknya mata ni. Huaah~ selamat malam, Yamapi.” Kata Ryo sambil pura-pura menguap. Hanya lakonan dan itu memang sangat jelas.
Yamapi tahu yang Ryo memang hanya berlakon kerana malas hendak bangun menutup lampu. Dia sekadar menggeleng kepala. Namun senyumannya terukir. Dia bahagia kerana Ryo nya tidak pernah berubah. Masih lagi sahabat yang disayangi. Dibuang terus perasaan sangsinya tadi. Dia mengalah untuk pergi menutup lampu bilik.

Jam 12.00 a.m.
Yamapi terjaga dari tidurnya apabila terasa ditindih sesuatu yang berat. Kepala Ryo sangat rapat dengan kepalanya. Budak lelaki itu tidur sebantal dengannya kini… err, pembetulan… nampaknya sekarang dia tidak lagi tidur di atas bantal. Ryo telah merampas bantalnya dan kini dia hampir jatuh ke bawah.
“Tst~ baka Ryo-chan!” jeritnya geram ke telinga Ryo yang sedang lena itu.
Pap!
Tiba-tiba tangan Ryo hinggap ke mukanya. Seolah-olah sedar yang dirinya sedang dikutuk Yamapi. Yamapi mengangkat tangan Ryo yang melekap di wajahnya. Dia berusaha menolak tubuh Ryo yang menindih sebahagian tubuhnya itu.
“RYO-CHAN~~!!”
“Urusui…” terdengar suara lirih Ryo yang merungut mendengar namanya dipanggil di tengah malam buta. Pemuda itu sempat meraba suara di hadapannya. Dia dapat memegang mulut Yamapi. Mulut Yamapi dipukul beberapa kali sebelum dia memusingkan tubuhnya membelakangi sahabatnya itu. Dia tidur semula tanpa sedar telah menyebabkan Yamapi panas hati. Pertama kerana bantalnya dirampas oleh Ryo untuk kali kedua. Kedua kerana badannya sakit ditindih Ryo dan ketiga disebabkan dia hampir jatuh ke lantai ditolak oleh sang sahabat yang tidurnya mati dalam jaga. Huuh… kesihan Yamapi.