20090422
Silly Little Ryo-chan ~Final~
“Hiargh!” Tiba-tiba Yamapi bertempik. Bukan dengan siapa-siapa. Cuma dengan benda-benda tidak bernyawa di hadapannya.
“Mati kau aku bunuh!” Dia bercakap lagi di hadapan peti televisyen sambil tangannya ligat mengawal joystick.
Yamapi benci dengan kekalahan. Bila dia kalah dia akan rasa marah dan tidak puas hati. Untuk mengurangkan ketegangan jiwa dia akan bermain game untuk melepaskan geram. Biasanya dia bermain dengan Ryo dan Jin tapi hari ini dia bersendirian. Sengaja bersendirian… kerana dia sedang sakit hati pada seseorang.
“Baka Ryo-chan!” Yamapi menghempas joysticknya apabila teringat semula layanan Ryo sejak beberapa hari ini.
Kelmarin dia mengajak Ryo makan stimbot di rumahnya tapi Ryo telah menolak kerana Uchi telah lebih dulu mengajaknya untuk makan yakitori di sebuah restoran fast food… keputusannya : Yamapi kalah kepada Uchi yang lebih cepat bertindak.
Semalam Yamapi nampak Ryo sangat gembira menunjukkan tanda nama yang dihadiahkan oleh Uchi kepada semua orang di agency. Ryo menyematkan tanda nama pemberian Uchi itu di wallet nya. Itu cara dia mengahargai sahabat. Tapi adakah Ryo lakukan perkara yang sama terhadap dirinya…?
“Tak mungkin! Ryo tak pernah hargai pemberian aku seperti yang dia buat terhadap Uchi.”
Yamapi memeluk lutut sambil menjeling fotonya bersama Ryo di sebelah tv. Mulutnya memuncung tajam. Pandangan segera dilarikan dari bingkai gambar tersebut kemudiannya.
Yamapi tidak mengaku kalah. Hari ini dia cuba membuktikan yang dirinya jauh lebih penting di sisi Ryo berbanding Uchi.
Dia mencari Ryo pagi tadi untuk mengajak sahabatnya itu bermain ice skating. Namun jawapan hampa yang diterimanya apabila Ryo-chan tiada di rumah kerana keluar menonton wayang bersama Uchi. Uchi lagi!! Sakit hati Yamapi.
Selepas itu Yamapi pulang semula ke rumah dan berkurung di biliknya sehingga sekarang. Tidak makan, tidak minum dan tidak mandi. Hanya bermain game sepanjang hari. Sehingga malam sudah menjengahpun dia tidak sedar.
Di tingkat bawah rumah…
Ryo datang dan mama Yamapi membukakan pintu.
“Owh, Nishikido-kun… Yamapi ada di atas. Tunggu sekejap ya.”
Mama Yamapi melangkah menuju anak tangga yang berhampiran dengan pintu masuk tadi lalu memanggil anak lelakinya.
“Yamapi, kawan kamu datang nak jumpa! Marilah turun!” Panggil mama Pi.
“Dare?!” Sahut Yamapi dari atas.
“Nishikido-kun!”
“Mama beritahu dia yang saya dah tidur!”
Ryo terkejut dengan jawapan Yamapi. Kenapa Yamapi tidak mahu berjumpa dengannya? Hurm… nak cari pasal dengan aku nampaknya dia ni…
“Gomen ne,Nishikido-kun. Yamapi…”
“Daijoubu, mama Pi.” Pintas Ryo sambil mengukir senyuman penuh makna.
“Err…” Mama Yamapi tidak sempat berkata lebih lanjut apabila dengan berani Ryo masuk ke dalam dan memanjat anak tangga untuk naik ke bilik Yamapi. Sekilas Ryo sempat menoleh kepada mama Yamapi sambil melemparkan senyumannya. Mama Yamapi tidak menghalang Ryo. Hanya membalas senyuman Ryo. Bila difikirkan semula mungkin Ryo saja yang boleh memujuk anaknya supaya keluar dari bilik.
“Pi-chan~” Panggil Ryo semesra mungkin.
“Tstt…” Yamapi berdecit. Meluat mendengarkan suara Ryo yang sengaja dilembutkan itu.
“Bukalah pintu ni, Pi.”
Ryo mengetuk-ngetuk pintu bilik Yamapi yang berkunci itu.
“Baka Ryo! Kenapa mama benarkan dia masuk rumah. Tak guna betul!” gumam Yamapi marah.
“Ne… Yamapi! Cepatlah buka pintu!” Ryo mula meninggikan suara apabila Yamapi berdegil tidak mahu membukakan pintu untuknya.
“Aku nak tidur. Jangan ganggu aku.”
“Tipu! Kalau kau tak buka pintu ni, aku beritahu mama kau pasal baju dia yang kau dah rosakkan tempohari.” Ugut Ryo.
Baka, baka, baka Ryo-chan! Carut Yamapi apabila Ryo sudah mula mengugut. Dia bangun dan segera membuka pintu untuk Ryo.
Sebaik pintu di buka muncul sengihan Si Lidah Tajam Ryo. Yamapi maluat. Dia segera kembali ke posisi asal dia duduk tadi. Ryo mengekorinya setelah pintu di tutup rapat. Dia duduk bertentangan dengan Yamapi yang sedang mengadap kaca tv.
“Ryo-chan.” Yamapi mengeraskan suaranya apabila Ryo sengaja mengganggunya yang mahu menyambung permainan gamenya.
Ryo yang asyik tersenyum-senyum sejak tadi terus memuncung apabila dilayan dingin oleh Yamapi. Tapi muncungnya itu cuma sekejap. Dia mengambil bungkusan makanan yang di bawanya tadi ke hadapan Yamapi.
“Apa ni?” Tanya Yamapi.
“Bento.”
“Nak buat apa?”
“Kau ni agak bodoh juga ya. Tentulah untuk di makan.” Tajam kata-kata Ryo mengena batang hidung Yamapi.
“Aku tak nak makan. Aku nak main game.” Kata Yamapi seraya menolak tubuh Ryo yang menghalang pandangannya.
Ryo geram namun dia terus berusaha memujuk Yamapi.
“Pi, Pi, Pi…”
“Urusui!” Yamapi rimas.
“Piii~!” Ryo tetap terus memangggil Yamapi.
“Nandayo?!” Geram Yamapi apabila Ryo memanggilnya berulang-ulang kali.
“Ramen…” Ryo mengangkat bekalan yang di bawanya itu mendekati Pi. “Rasalah, aku yang buat ramen ni.” Katanya sambil senyum kepada Yamapi lagi.
Yamapi mengerling bekal makanan tersebut. Memikirkan suatu kemungkinan yang biasa tentang Ryo.
“Heh, tipu.” Yamapi tidak percaya budak seusia Ryo mampu menyediakan ramen.
“Betul… aku buat khas untuk kau, Pi.” Kata Ryo sungguh-sungguh.
Mendengarkan itu menyebabkan Yamapi sedikit tertarik.
“Hontou desuka?”
“Hai…” Ryo mengangguk sekali. Terus tunduk tidak mengangkat kepala. Sebenarnya dia sedang menahan tawa melihat reaksi Yamapi yang mula percaya dengan penipuannya.
“Jangan cuba tipu aku kalau kau rasa tak cukup kuat untuk tahan serangan aku.” Kata Yamapi mendatar tapi sangat bermakna.
Ryo angkat kepala. Senyumannya jadi tawar.
“Ok, fine… sebenarnya mama aku yang sediakan ramen ni. Aku cuma tolong sikit je.” Aku Ryo.
Tolong… tolong tengok saja kan, Ryo. Yamapi tersenyum puas apabila Ryo sudah menyerah kalah. Berani dia nak kenakan aku lagi ya…
“Kenapa tiba-tiba bawakan aku makanan?” Yamapi mahu tahu agenda sebenar Ryo.
Ryo diam. Matanya bergerak-gerak cuba mengelak renungan Yamapi.
“Kau cuba nak pujuk aku ya?” Yamapi menyerkap jarang.
“Pujuk? Buat apa aku nak pujuk kau. Tak ada kerja lain ke…”
Jawapan Ryo sedikit mengecewakan Yamapi.
“Sebenarnya aku nak kongsi dengan kau makanan yang paling aku suka. Kebetulan mama masak ramen hari ini. Jadi aku bagilah kau sikit.”
“Ala, kalau setakat ramen, kita kan selalu makan bersama di luar.”
“Itu lain. Yang ini mama aku yang buat. Ramen yang mama masak adalah yang paling sedap di dunia tau. Tiada siapa boleh tandinginya.” Cerita Ryo sungguh-sungguh.
Yamapi tersenyum gelihati melihat gelagat Ryo yang bersungguh menceritakan tentang ramen mamanya.
“Tapi aku tak lapar.” Jawab Yamapi seraya menyembunyikan senyumannya tadi.
Huhh~ Ryo mengeluh perlahan. Dia tahu Yamapi tidak makan apa-apa sejak tadi. Mama Pi yang beritahu sebelum dia datang ke sini tadi. Kenapa budak Pi ni degil sangat. Aku mesti pujuk dia sampai dia nak makan…
Ryo mengambil chop stick, menyepit mee ramen dan menyuakannya ke mulut Yamapi.
“Tak naklah, Ryo.” Yamapi mengelak suapan Ryo.
“Makan juga. Aku tak peduli.” Ryo berdegil mahu Yamapi makan.
“Orang cakap tak nak, tak naklah!” Yamapi juga berdegil.
“Yamapi, please… makan sikit. Makanlah demi aku.” Riak wajah Ryo bersungguh mahu Yamapi makan walaupun sedikit.
Melihat kesungguhan Ryo akhirnya Yamapi menganga mulut untuk makan suapan Ryo.
“Macam mana? Sedap kan…”
Yamapi mengangguk dan tersenyum. Ryo puas hati.
“Jom kita sambung makan di bawah.” Ajak Ryo kemudiannya.
Mereka menuju ke meja makan yang berdekatan dengan ruang tamu. Ada sekeping nota yang ditinggalkan oleh mama Yamapi. Mama Yamapi keluar sebentar dan dia berpesan kepada Ryo agar jangan pulang dahulu kerana dia tidak mahu Yamapi tinggal sendirian di rumah.
Yamapi tersenyum sendiri. Rupanya mama risau dia ditinggalkan sendirian di rumah.
“Aku nak baliklah, Pi.” Ryo sengaja mahu mengusik sahabatnya.
“Baliklah, siapa yang kisah.” Balas Yamapi.
Ryo mencebik kerana gagal mengusik Yamapi kali ini. Yamapi tersengih melihat gelagat Ryo yang buat muka di belakangnya.
Dia menarik kerusi dan duduk di meja makan. Ryo juga mengambil tempat bertentangan dengannya.
“Jom makan sekali.” Ajak Yamapi.
“Tak apa. kau makanlah. Aku bawa untuk kau. Mama kau cakap kau tak makan seharian. Jadi aku datang ke sini khas untuk memujuk kau makan.”
Yamapi yang sedang menyuap mee ramen itu mendongak merenung Ryo. Dia agak terkejut dengan pengakuan Ryo itu. Jadi mama ada beritahu Ryo tentang dia tidak makan hari ini? Dia masih ambil berat tentang aku… Yamapi tertunduk. Tidak menyambung makan.
“Woit, termenung apa? Cepatlah habiskan ramen tu. Nanti sejuk tak sedap.” Tegur Ryo apabila melihat reaksi diam Yamapi.
“Arigatou, Ryo-chan.”
Ryo sekadar senyum.
Yamapi kembali menyuap makanan.
“Owh ya… hari ini kau ke mana?” Sengaja Yamapi bertanya.
“Hari ni… aku pergi tengok wayang dengan Uchi. Seronok tau. Rugi kau tak ikut kami. Bla…bla…bla…” Cerita Ryo dengan gembira.
Yamapi sudah selesai makan. Dia menutup bekal makanan dan berjalan ke ruang tamu meninggalkan Ryo yang asyik bercerita tentang filem yang ditontonnya bersama Uchi hari ini.
Ryo berhenti bercerita dan mengekor Yamapi yang duduk di sofa di ruang tamu. Ryo duduk rapat di sebelah Yamapi.
“Ne… Ryo…” Yamapi memulakan bicara yang sejak tadi disusunnya di kepala.
“Nani, Pi?”
“Antara aku dan Uchi… siapa sahabat kau sebenarnya?” Soal Yamapi.
“Engkaulah…” Jawab Ryo serta-merta.
Yamapi sedikit tertarik dengan jawapan pantas Ryo itu.
“Dan Uchi juga. Dua-dua pun sahabat aku. Kenapa kau tanya, Pi?” Tanya Ryo kemudiannya tanpa sedar yang air muka Yamapi mula berubah ketika ini.
“Bitsuni.” Jawab Yamapi pendek. Sebenarnya agak kecewa.
“Ryo… kalau aku dan Uchi jatuh lemas dalam sungai, siapa yang akan kau selamatkan dahulu?”
“Erm… Uchi.”
“Doshite?” Kerut di dahi Yamapi menggambarkan yang dia tidak puas hati. Terasa kekalahan berada dalam genggamannya kini. Teruk betul…
“Sebab kau tak kan lemas. Kau perenang yang hebat. Barangkali kau yang akan selamatkan aku dan Uchi daripada lemas tau.”
Erm, logik juga alasan ryo. Aku dah salah soalan nampaknya. Ahh… teruknya perasaan ni. Aku benci kalah kepada Uchi. Tapi hati Ryo memang sukar di duga. Entah siapa yang paling penting di hatinya. Biarlah… kanapa aku terlalu memikirkannya. Biarlah siapapun di hati Ryo. Yang penting Ryo yang paling penting di hati aku. Dia sahabat aku sampai bila-bila. Aku harap…
“Yamapi, aku ada satu soalan nak tanya kau.”
“Tanyalah. Sejak bila kau perlu minta kebenaran aku untuk bertanya ni?”
“Aku rasa sedikit risau tapi aku mesti tanyakan juga soalan ini kepada kau.”
Ryo menggosok-gosok tangannya. Sesekali dia menolak jambul rambutnya ke belakang. Yamapi hanya memerhatikannya sahaja. Menunggu butir bicara Ryo yang selanjutnya.
“Er… urm… sebenarnya kau tak berapa sukakan aku, betul kan?”
Ryo tunduk. Tidak berani menatap wajah Yamapi yang masih merenungnya tadi.
“Iie… aku sukakan kau… dan aku sayangkan kau. Anyway, aku memang sayangkan kau selama ni.” Kata Yamapi jujur. Dia menunggu lagi untuk soalan sebenar yang hendak ditanyakan oleh Ryo.
“Urm… thank’s.” Ryo tersenyum. Sangat gembira. “Itu saja yang aku nak tanya.”
“He~? Itu saja ke?”
“Ya, itu saja yang aku risaukan.”
Yamapi tertawa kecil. “Kenapa kau risaukan perkara itu?” Soalnya.
“Sebab kadang kala kau layan aku dengan dingin.”
“Sekali lagi~ kau cuba menipu. Kau yang selalu bersikap dingin dengan aku. Tempohari kau ganggu aku menonton tv. Kau curi bantal aku dan buat aku tak boleh tidur semalaman. Kau yang membenci aku selama ni.”
“Hehehe…” Ryo tersengih melihat Yamapi yang Nampak marah.
“Itu kerana~ err… itu sebab aku sukakan kau.”
Yamapi menoleh kepada Ryo dengan serta merta.
“Itu cara aku sukakan seseorang. Kau perlu faham code aku selepas ini, Yamapi.”
“Ha? Code?” Yamapi keliru. Tidak faham dengan maksud Ryo.
“Yup… that’s my love code. Hihihi…”
Yamapi tersenyum. Itu code yang pelik, Ryo-chan. Bukan semua orang boleh memahaminya… tapi aku akan memahaminya selepas ini. Terima kasih untuk code kau yang pelik tu.
“Ne, Ryo-chan… kau jenis yang akan dibenci oleh anak sendiri bila kau jadi seorang ayah kelak.”
“Daijoubu… asalkan kau faham, cukuplah.”
Yamapi senyum. Wajah Ryo direnungnya.
“Sekali lagi aku nak tanya… siapa yang paling penting dalam hidup kau?”
“Hurm~… mama.”
“He?”
Alamak, sekali lagi… aku dah beri salah soalan. Yamapi mengetuk kepalanya sendiri. Hmm… mungkin aku tak perlu bertanya soalan tersebut. Asalkan Ryo tetap menganggap aku salah seorang daripada sahabatnya, aku dah rasa cukup happy. Dan aku akan terus jadi sahabat Ryo yang sukar difahami ini…:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waaa...dah final ke?sedihnye..nnt mst rindu kat ryo ngan yamapi..pe pun love this story...wat la lagi ye..
ReplyDeletesalam singgah... hopping here n there... terhop ke sini..
ReplyDeletehaha bgs la awak buat
ReplyDeletecite pasal ryo yamapi uchi ni
tp saya x bace lg..haha
saya mmg minat gle kat ryo
hahahaha
nnt buat pasal akame lak bole..?
ReplyDelete