20090406
Silly Little Ryo-chan (1)
Apabila Ryo berasa bosan dia akan mencari sesuatu yang boleh menghiburkan dirinya. Salah satu perkara yang bisa menggembirakan hatinya ialah dengan bersama sahabatnya, Yamapi.
Ryo tersenyum apabila memikirkan Yamapi. Yamapi adalah satu mahkluk yang akan membuatkannya sentiasa dalam keadaan gembira dan ceria. Sentiasa menenangkan dirinya apabila dia sedang kesedihan. Sentiasa berkongsi apa saja perkara dan benda. Sentiasa menjadi tempat dia melepaskan geram dan marah. Sentiasa muncul setiap kali dia memanggil dan sentiasa mengetuk kepalanya setiap kali dia membuat kesilapan. Ryo sayangkan Yamapi.
Kakinya melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik Yamapi. Terjingkit-jingkit seperti pencuri ayam di tengah malam. Senyumannya meleret apabila melihat Yamapi yang sedang khusyuk menonton televisyen sambil mengunyah popcorn. Adakalanya dia tersenyum sendirian. Barangkali lucu menonton rancangan tersebut.
Ryo terus memerhatikannya. Menunggu masa yang sesuai untuk bertindak ke atas sahabatnya. Dia sempat mengawasi keadaan sekeliling. Tiada sesiapa kerana semua ahli keluarga berada di ruang tamu di tingkat bawah rumah.
Yamapi mencapai bantal di atas katil sebelum kembali menonton. Ryo yang menyaksikan tingkah laku Yamapi itu mula menggigit bibir bawahnya. Anak matanya bergerak naik ke atas dan perlahan-lahan senyumannya meleret lagi tanda dia sudah mendapat idea jahat untuk mengusik Yamapi. Dia yang asyik membongkok sejak tadi di lawang pintu itu kembali berdiri tegak seperti orang yang normal.
Ryo menolak rambut depannya ke belakang beberapa kali. Dia pintu dengan kakinya. Pintu terbuka dengan luas. Yamapi yang terdengar suara pintu dan langkah Ryo yang kasar itu menoleh ke belakang. Untuk seketika perhatiannya terhadap tv terganggu disebabkan kemunculan Ryo yang tiba-tiba itu.
“Hai, Ryo-chan…” Sapanya dengan mesra seperti biasa.
Ryo sekadar mengangkat kening dan mengerling sebentar kepada sahabatnya.
“Hai…” Jawab Ryo sekadar melepaskan batuk di tangga. Bunyi seperti tidak ikhlas dalam jawapannya itu.
“Cerita apa yang kau tengok tu?” Tanya Ryo sebelum mengambil tempat di sebelah Yamapi.
“Err…”
“Bak sini popcorn kau.”
Belum sempat Yamapi hendak menjawab soalan tadi Ryo memintasnya sambil merampas popcorn dari tangannya. Yamapi rasa sedikit marah dengan tindakan Ryo itu namun tidak diluahkan perasaannya itu. Tidak mahu mengeruhkan keadaan hanya kerana perkara sekecil itu.
Ryo mengunyah popcorn Yamapi sambil menyaksikan rancangan sitkom yang ditonton oleh Yamapi tadi. Yamapi pula memerhatikan gelagat Ryo yang sedang ketawa gelihati kerana rancangan tersebut. Yamapi sedikit pun tidak ketawa kerana memikirkan sikap Ryo tadi.
Terasa direnung seseorang menyebabkan Ryo menoleh kepada Yamapi. Yamapi memang sedang merenungnya ketika ini. Renungannya dingin seperti biasa. Ryo rasa tidak sedap hati. Dia perlu lakukan sesuatu untuk menukar suasana yang mungkin akan jadi tegang sekejap lagi.
Dia menjeling bantal dalam pelukan Yamapi lantas dengan pantas merebut bantal tersebut dari pelukan Yamapi. Dengan muka tidak bersalah Ryo senyum puas hati. Dilihatnya mulut Yamapi memuncung panjang. Seolah-olah tidak puas hati terhadap Ryo kini. Namun Ryo seolah-olah tidak sedar yang tindakannya itu tambah mengeruhkan keadaan dan Yamapi semakin sakit hati terhadapnya. Tapi Yamapi diam saja. Sedikitpun dia tidak terlintas mahu merampas kembali bantalnya dari tangan Ryo.
“Hahaha… kelakarnya cerita ni,Pi.” Ryo ketawa lagi. Dia nampak sangat gembira sedangkan Yamapi sedang menjeruk perasaan ketika ini.
“Ha’ah… kelakar gila.” Jawab Yamapi dalam paksa.
Tidak sedarkah Ryo yang dia sedikitpun tidak ketawa waktu ini? Tidak sedarkah Ryo yang dia sedang marah dengan perbuatan Ryo tadi? Ryo, kenapa kau layan aku macam ni? Aku ada buat salah dengan kau ke? Aku ada sakiti hati kau ke? Atau adakah kau membenci aku? Kalau kau benci aku mesti ada sebabnya. Beritahulah padaku. Janganlah layan aku seperti musuh kau.
“Err… aku nak tidurlah. Dah mengantuk.” Yamapi memberi alasan. Sebenarnya dia belum mengantuk tapi demi tidak mahu terlalu memikirkan sikap Ryo dia mengambil keputusan untuk masuk tidur.
Yamapi bangkit dari duduk sebelum mengambil tempat di atas katilnya. Dia duduk di pangkal katil. Bantal ditepuk-tepuk beberapa kali. Selimut di hujung katil ditarik dan dibentang. Ryo yang memerhatikan Yamapi itu berhenti makan popcorn dan menonton tv. Dia tutup suis tv dan berjalan ke katil Yamapi kemudian direbahkan tubuhnya di sebelah Yamapi yang baru hendak berbaring.
“Nak tidur dengan kau malam ni… boleh?”
Melihat riak ikhlas di wajah Ryo, Yamapi rasa gembira. Dia tersenyum dan mengangguk. Hilang terus kegusaran jiwanya tadi.
Bantal yang dipegangganya tadi diberikan kepada Ryo. Ryo senyum dan mengambil bantal tersebut. Mereka berdua baring bersama di katil itu. Selimut yang sudah dibuka lipatannya oleh Yamapi tadi dibentangkan Ryo. Selimut yang besar itu cukup untuk menyelimuti mereka berdua.
“Ok, dah ngantuk. Jom kita tidur.” Kata Ryo.
…Tapi mata masing-masing tidak mahu pejam. Merenung permukaan syiling yang putih. Tangan Ryo memegang hujung selimut. Lengan Yamapi disandarkan di dahinya. Masing-masing diam. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Ryo menjeling Yamapi. Yamapi mengerling Ryo. Lama mata mereka bertaut. Tiada kata-kata yang terucap di bibir masing-masing.
“Kenapa kau tak tidur lagi?” Tanya Ryo kepada Yamapi tak lama kemudian.
“Kau pun sama.” Balas Yamapi.
“Aku tak ngantuk lagi.” Jawab Ryo.
“Aku pun sama.” Jawab Yamapi juga.
“Eee~~ bukankah tadi kau kata kau dah mengantuk?!” Suara Ryo meninggi. Badannya turut diiringkan menghadap Yamapi kini.
“Err…” Kantoi. Yamapi terperangkap.
“Kau pun sama. Tadi kau kata kau dah mengantuk.”
“Itu… err, sebab aku nak tidur dengan kau jadi aku cakaplah aku ngantuk juga.”
Yamapi tertawa mendengar jawapan Ryo. Tambah gelihati apabila melihat wajah Ryo yang tebal menahan malu.
“Baka Ryo.”
“Baka Pi-chan.” Balas Ryo. Kemudian masing-masing tertawa lagi.
“Kenapa tak tidur di bilik kau sendiri?” Tanya Yamapi selepas tawa mereka reda.
“Sebab… saja. Nak tidur dengan kau malam ni. Itu saja.”
“Tipu… kau takut tidur sorang-sorang. Mengaku sajalah, Ryo-chan.”
“Mana ada!” Ryo menafikan dengan keras.
“So?”
Ryo mencebik. Tidak lagi memandang Yamapi. Yamapi sebaliknya terus merenung sahabatnya yang seolah-olah merajuk itu.
“Aku cuma bosan. Jadi aku datang sini mencari kau.”
Yamapi mengangguk-ngangguk.
“Kau tak suka aku datang ke?”
“He…? Iie… iie…” Pantas Yamapi menafikan dakwaan Ryo.
“Tapi kau macam tak suka aku datang ke bilik kau.”
Yamapi terkesima. Bukan macam yang kau sangka, Ryo-chan. Sebenarnya…
“Aku suka kau datang sini. Aku suka bila kau kata nak tidur bersama aku, Ryo-chan.”
“Hehe… dah agak dah.” Meleret senyuman anak muda itu apabila Berjaya menguji sahabatnya.
“Err… jomlah kita tidur. Hari dah lewat malam.” Ajak Yamapi secara tak langsung mahu menamatkan perbualan mereka.
Ryo menurut. Namun baru beberapa detik dia memejamkan matanya dia teringat akan sesuatu lantas matanya dibuka semula.
“Pi…”
“Ya.”
“Aku rasa kita dah terlupa sesuatulah.”
“Nani?”
“Erm… kau tak rasa ke?”
“Erm… yelah. Aku pun fikir yang kita ada terlupa sesuatu yang penting. Tapi apa benda ya?”
“Apa, ek?”
“Ah~ kita tak tutup lampu lagi!” Yamapi tersedar perkara tersebut.
“Ha’ahlah… Yamapi, pergi tutup suis lampu. Ryo-chan dah ngantuk ni.” Ryo segera mengecilkan mata. Kononnya sudah mengantuk.
“Tipu!” Yamapi mengesan lakonan Ryo.
“Owh, mengantuknya mata ni. Huaah~ selamat malam, Yamapi.” Kata Ryo sambil pura-pura menguap. Hanya lakonan dan itu memang sangat jelas.
Yamapi tahu yang Ryo memang hanya berlakon kerana malas hendak bangun menutup lampu. Dia sekadar menggeleng kepala. Namun senyumannya terukir. Dia bahagia kerana Ryo nya tidak pernah berubah. Masih lagi sahabat yang disayangi. Dibuang terus perasaan sangsinya tadi. Dia mengalah untuk pergi menutup lampu bilik.
Jam 12.00 a.m.
Yamapi terjaga dari tidurnya apabila terasa ditindih sesuatu yang berat. Kepala Ryo sangat rapat dengan kepalanya. Budak lelaki itu tidur sebantal dengannya kini… err, pembetulan… nampaknya sekarang dia tidak lagi tidur di atas bantal. Ryo telah merampas bantalnya dan kini dia hampir jatuh ke bawah.
“Tst~ baka Ryo-chan!” jeritnya geram ke telinga Ryo yang sedang lena itu.
Pap!
Tiba-tiba tangan Ryo hinggap ke mukanya. Seolah-olah sedar yang dirinya sedang dikutuk Yamapi. Yamapi mengangkat tangan Ryo yang melekap di wajahnya. Dia berusaha menolak tubuh Ryo yang menindih sebahagian tubuhnya itu.
“RYO-CHAN~~!!”
“Urusui…” terdengar suara lirih Ryo yang merungut mendengar namanya dipanggil di tengah malam buta. Pemuda itu sempat meraba suara di hadapannya. Dia dapat memegang mulut Yamapi. Mulut Yamapi dipukul beberapa kali sebelum dia memusingkan tubuhnya membelakangi sahabatnya itu. Dia tidur semula tanpa sedar telah menyebabkan Yamapi panas hati. Pertama kerana bantalnya dirampas oleh Ryo untuk kali kedua. Kedua kerana badannya sakit ditindih Ryo dan ketiga disebabkan dia hampir jatuh ke lantai ditolak oleh sang sahabat yang tidurnya mati dalam jaga. Huuh… kesihan Yamapi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku suka ceritanya!
ReplyDeleteLucu! Kesihan Yamapi ditindih Ryo!
Hahahaa!
de smbungan x?best la
ReplyDelete