my tomodachi

20091002

Mei-chan No shitsuji

Hurm~ rasanya dah lama Cik kaseh tak buat drama review kan... hari ini dalam masa yang terhad Cik Kaseh nak juga masuk entry untuk blog ni.

Tempohari Cik Kaseh saja jalan2... usha2 dvd dekat Petaling Street... Wahh~~ dah dua bulan tak ke sana, banyak juga Jdorama2 terbaru yang Cik Kaseh tak tengok lagi... tapi sebab dah niat nak jalan2 cuci mata saja, maka Cik Kaseh tak beli apa2 Jdorama pun.

Tapi sebab tertarik dengan satu Jdorama ni maka Cik kaseh pun terus bukak link Mysoju untuk tonton secara online.

Satu perkara yang buat Cik Kaseh rasa nak tengok drama sebab ia mengisahkan hubungan antara butler & tuannya. ala-ala anime Hayate The Combat Butler gitu. Cik Kaseh memang layan habis ngan anime ni... Lagi satu sebab pelakonnya, Mizushima Hiro. Minat dia sejak tengok dia jadi Namba Sempai dalam drama Hana-Kimi.Eikura Nana, heroin drama ni pula... Cik Kaseh langsung tak perasan, rupanya dia pelakon dalam Proposal Daisakusen. Dia pegang watak Eri, kawan baik epada Rei si heroin drama tu... hehe~ mungkin sebab dia kurus dan berambut pendek dalam watak Mei-chan tu yang Cik Kaseh tak perasan. tapi cute je dia pegang watak Mei-chan.



Poster Mei-chan No Shisuji @ Mei-chan's Butler



Cik Kaseh habiskan cerita ni secara on-line selama tiga hari (kalau saya sangat lapang mungkin boleh pecah rekod, tonton habis drama 10 episod ni sehari suntuk je.)

Apa yang menarik sampai Cik Kaseh boleh melekat terus untuk sudahkan Jdorama ni? ok, cerita sikitlah...

Drama ni berkenaan tentang seorang gadis, Shinonome Mei. satu hari mak bapak dia mati dalam satu tragedi. lepas tu ada seorang guy datang pada dia mengaku sebagai butler Mei. Rupanya Mei ni datang dari sebuah keluarga yang kaya... kaya giler~...

bermulalah kehidupan baru Mei di sebuah sekolah elit, St. Lucia. sekolah tu sekolah perempuan. semua anak2 orang kaya dan masing2 ada butler sendiri. siap ada akedemi butler lagi dalam St, Lucia tu.


itu serba sedikit sinopsisnya... lain2 sila pergi tengok sendiri ya... hehe...

Apa yang Kaseh nak kata sebelum anda yang belum pernah menonton dan terfikir nak menonton drama ni cuma satu... kalau anda meminati drama Hana Yori Dango atau Boy's Over Flower dan drama Hana-Kimi... dijamin korang semua akan terhibur dengan drama ni. Jadi apa tunggu lagi... pergi cari dvd Mei-chan's Butler ni atau tonton je secara online dekat Mysoju.

best sangat~!! Kaseh bagi 4 star untuk drama ni.



Doki Doki From My Heart…

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. suka sgt ngan hiro mizushima punyer stail rambut, huhu

    ReplyDelete
  3. yeyerrr...
    btol2 sangat suke hiro nyer stail rambut...
    ala2 kren skit...

    ReplyDelete
  4. cik kaseh...
    salam singah..
    dah tgk atashinchi mo danshi?
    tak pun cuba tgk yamato nadeshiko shichi henge....
    sgt best...Hana habiskan dalam satu hari dua dua citer nie...hehehe...

    ReplyDelete
  5. hana : tentulah cik kaseh dah tengok... kan cik kaseh dah wat review lah cite2 tu...hahaha~~hana ni tak habis usha my blog agaknye ye.. >_<

    ReplyDelete
  6. yeke...
    alamak ingatkan belum..baru nk promote nie..
    a'ah tak sempat nak explore sampai habis....
    tgk kat list tepi tu tak de..jd Hana ingat belum tgk..
    kui3x...

    =)

    ReplyDelete