my tomodachi

20101231

pagi-pagi layan tag...


Pagi2 tahun baru.. mood cik kaseh sangat baik...
usha2 blog orang n saje sonok2 nak buat tag  Shafiq_elf 
Shafiq dongsaeng ni sangat cute.. Cik Kaseh ingat dia budak kecik lagi..
rupanya dah nak ambik SPM thn ni... hakhakhak~~~



1)Apa pendapat anda tentang Blog Syafiq_Elf `n tuan blog e2 ??
Blog dia kool... n tuan blog die cute..wakaka~~ <-- Shafiq kembanglah tu 


2)Artis korea yang teringin anda jumpa ??
SUPER JUNIOR... dah pernah jumpa tapi tak kira.. nak jumpa lagiiii~~~ 

3)Perkataan pertama yang anda akan sebut semasa terserempak dengan artis2 korea ??
No word... sebab selalunya Cik Kaseh stuck bila nampak diorang depan mata...Hyunjoong pernah buat saya stuck dengan killer smile die... Junhyung(joker)BEAST pun pernah buat saya stuck sampai terlupa nama die... SuJu tak yah cite lah... ketar satu badan...siap demam2 balik dr jumpa diorang...

4)Barangan paling mahal anda pernah beli pada tahun 2010 ??
Entah.. tak ingat.. tp perkara paling mahal pernah cik kaseh laburkan ialah SS2...I beli tiket VIP last minute.... masa tu habis hampir RM600 plus dengan baju n stuff SS2 sekali... 

5)Kenangan Manis ??
SS2... sebab SS2 cik kaseh bertambah addict dengan Super Junior.. 

6)Kenangan Pahit `n Masin ??
Entah..tak suka ingat perkara yang pahit... hurm.. maybe gaduh dengan my kpop bestfriend sebelum SS2 suatu masa dulu antara kenangan pahit saya...tp sebab SuJu kitorang kamcheng balik.. ^^ 

7)Perasaan anda apabila terserempak dengan blogger2 terbaik di malaysia ??
happy sangat.. n selalunya macam2 yang kami borak pasal dunia cyber terutamanya yang berkenaan pasal bloging juga. 

8)Pencapaian yang anda miliki semasa blog 2010 ??
tiada pencapaian yang hebat pun...blog saya famous sebab enovella saja...sejak kebelakangan ni cik kaseh dah tak aktif post enovella so pengunjung saya pun makin berkuranglah.. ;( 

9)Azam tahun baru 2011 anda ??
1) release 2 novel ... <-- insyaallah
2) have a good relationship with ELF... dah rapat dengan sebahagian ELF tp ramai lagi yang cik kaseh belum jumpa.
3) LOVE...  

10)Apakah azam tahun 2010 yang belum tercapai `n akan tercapai pada 2011 ??
Novel... satu ni je.. yang lain2 dah tercapai rasanya... =) 

20101216

B'cuz I Love You... No Other Then SuJu ::Bab4::



BAB4
“Abang Heeee~~!!!!” Si tomboy itu bersuara nyaring menjerit nama Farihin dari luar rumah.
Farihin yang berada di ruang tamu rumahnya hanya menjeling ke tingkap menjejaki kelibat Wiena. Punggung tetap terpaku di sofa. Tidak mahu berganjak dari menghadap komputer ribanya.
Kedengaran suara Wiena bercakap dengan ibunya di luar. Farihin tidak peduli. Intimate Note di skrin laptop lebih menarik perhatiannya kini.
Tidak lama kemudian kelibat Wiena muncul menjejakinya di situ dengan beg-beg plastik yang berisi barang-barang yang dibeli dari pasar raya.
“Abang Hee~” Wiena meletak bungkusan-bungkusan yang baru dibelinya di tepi dinding. “Abang Hee ni pekak badak ke pekak dynasour… orang panggil dari tadi langsung tak menyahut.” Wiena mengambil tempat di sebelah Farihin.
Ekor mata Farihin sempat mengerling Wiena. Punggungnya bergerak untuk memberi ruang kepada Wiena untuk duduk. Tak boleh tengok orang senang sikitlah budak ni. Haish~ gerutunya sendiri di dalam hati.
“Tengah buat apa?” Wiena mengerling laptop Farihin. “Online lah tu. Asyik online je. Tak reti-reti nak bersosial dekat luar ke. Lepak dengan kawan-kawan ke… bersukan, main bola sepak ke. Apalah Abang Hee ni. Terperap dekat rumah macam anak dara.” Wiena membebel. Memang satu kenyataan. Farihin lebih suka memerap di rumah sahaja ketika hari cuti.
“Macam mak nenek. Diam boleh tak.” Farihin menarik kusyen kecil di belakangnya untuk dipeluk. Wiena mencebir bibir. Jambul Farihin yang di ikat tegak di atas kepala dijadikan mangsanya untuk melepaskan geram.
“Abang tengok cerita apa ni?” Wiena mahu mendapatkan perhatian Farihin apabila lelaki itu tidak memberi reaksi walaupun cuba disakat Wiena.
Farihin tidak menjawab tetapi tiba-tiba dia tergelak besar. Adegan antara Kangin dan Sungmin yang hendak menyedut sebotol Coke mencuit hatinya sehingga tawanya itu telah menyinggung Wiena.
“Abang!” Wiena mencubit lengan Farihin. Geram!
“Arghh… sakit!” Perhatian Farihin pada Kangin dan Sungmin di skrin laptop terganggu akibat penangan ketam yang menyengat lengannya.
Intimate Note lah…”
Dahi Wiena berkerut memandang Farihin. Dia tidak tahu cerita jenis apakah Intimate Note itu. Haish~~
“Buat muka blur pula budak ni. Meh tengok sama-sama dengan abang.”
“Tak naklah. Abang dah lupa janji abang ke? Kata nak ajar Wiena buat Triffle Peach hari ini. Wiena dah beli pun bahan-bahannya.” Sambil menjuih bibir pada plastik beg di tepi dinding. “Jomlah kita buat sekarang.”
Farihin memandang Wiena pelik. Tidak sangka Wiena serius hendak belajar memasak dengannya. Pantang dicabar rupanya si tomboy ini.
“Habiskan tengok Intimate Note-Super Junior dulu.” Tegas Farihin. Wiena tiada pilihan selain melayan rancangan tersebut.


“Warghahahaah~~~!!” suara tawa mereka berdua meletus tidak lama kemudian. Kangin tersembur cola dalam mulutnya ke wajah Sungmin kerana tidak tahan dengan renungan memikat Sungmin. Sungmin yang super cute cuba menawan hati Kangin? Sangat luar alam dan Sungmin tidak berniat begitu sebenarnya. Memang sakit mental kalau tidak tertawa melihat gelagat Super Junior.
“Kelakarlah diorang ni. Patutlah abang khusyuk sangat tadi.” Sisa tawa Wiena masih mewarnai wajah. Dia sudah tertarik untuk menonton Intimate Note, episod bersama Super Junior.
“Cerita ni panjang lagi. Jomlah kita masuk dapur buat Triffle Peach dulu.” Ajak Farihin. Tetikus ditarik dan diklik pada punat ‘pause’. Adegan diantara Eunhyuk dan Heechul yang baru hendak bermula terhenti untuk seketika.

***********

Tung tang tung tang…. Dah macam nak meletup dapur dibuatnya. Farihin selaku chef tidak rasmi merangkap guru masakan tak bertauliah sibuk memberi arahan kepada Wiena yang mahu menuntut ilmu dengannya hari ini. Farihin seorang penuntut jurusan Pengurusan Makanan. Itulah sebab yang jelas kenapa Wiena mahu belajar memasak dengan Farihin.
Walaupun Farihin mengambil jurusan yang berkaitan dengan dapur yang sinonim dengan wanita tetapi sebenarnya dia bukanlah rajin sangat memasak di dapur. Kalau bukan kerana Wiena, dia lebih suka menunggu ibunya menyediakan makanan.
“Sementara tunggu agar-agar sejuk kita sediakan sos kastard.” Wiena mengangguk berulang kali mengalahkan burung belatuk. Serius wajahnya memberi perhatian. Susunan Swiss Roll yang sudah dilitupi agar-agar jernih ditelek. “Pergilah ambik periuk tu letak atas dapur. Cepat. Sediakan susu sejat tadi… bla.. bla.. bla… tepung kastard mana? Bla… bla… kena siapkan sos kastard sebelum agar2 keras. Bla lagi dan lagi bla blaa~~~” dah serupa mak ayam tercabut ekor. Pot pet pot pet pot pet… hergh~~~
Dan akhirnya Triffle Peach berjaya disediakan dengan jayanya. Farihin dan Wiena duduk di meja makan sambil melihat hasil masakan mereka.



“Pheh~~ smartlah. Boleh tahan juga hasil kerja Wiena kan, bang.” Wiena memuji diri sendiri tanpa mempedulikan reaksi Farihin yang sedang mengulum tawa di mulut.
“Agak berhasil jugaklah… itupun dengan hasil bantuan abang.” Kredit ke atas dirinya tidak dilupakan.
“Abang, jom rasa.” Wiena mencapai camca di sisi mangkuk Triffle Peach.
Farihin hanya memerhati dengan senyuman. Tumpang gembira dengan kejayaan pertama Wiena.
“Nak suap?” Wiena menyuakan Triffle Peach ke mulut Farihin.
“Makanlah dulu. Nanti abang makan sendiri.” Farihin menolak dengan baik.
“Cepatlah. Wiena nak suapkan ni… Untuk abang yang dah banyak tolong Wiena hari ini.”
Farihin seakan tidak dapat menolak niat ikhlas Wiena. Apatah lagi dia sayangkan Wiena selama ini… sayang sebagai adiklah…
“Okey…” Farihin nganga mulut untuk memakan suapan Wiena.
Malang sekali apabila Triffle Peach tidak jadi masuk ke mulutnya. Wiena cuma mengacahnya. Triffle Peach di sudu tadi selamat masuk ke mulut Wiena sendiri. Senyuman Farihin berubah mendadak. Jelingan tajamnya menikam wajah Wiena.
“Marahlah tu…”
Farihin diam. Memang sedang Marah.
“Makin marah makin cute.” Wiena cuba bergurau.
“Tak kelakar langsung.” Secarik senyumanpun tidak terlakar di wajahnya.
“Abang ni~~ sukalah bad mood tiba-tiba. Wiena minta maaflah. Tak rock langsung tau kalau ada orang nampak Wiena suap abang.”
Farihin mencebir. Menyampah. Wiena ketap bibir. Menyesal pula menyakat Farihin tadi. Cepat benar mood Farihin berubah.
“Abang, jom sambung tengok Intimate Note.”
Mendadak senyuman Farihin terukir semula. “Yang tu abang sangat setuju. Jom.”
“Haish~” Wiena garu kepala. Cepat betul mood Farihin pulih semula. Macam main-mainkan aku pula Abang Hee ni…



************* 
EXTRA






“Wiena ada satu cadangan hebat untuk Abang Hee. Nak dengar tak?” Yna bersuara setelah terdera dengan gelagat Super Junior yang kelakar tahap petala hampir sejam lamanya di rumah Farihin.
“Apa?” Farihin menyudu Triffle Peach ke mulutnya.
“Abang boleh gantikan tempat Heechul bila dia dah bersara dari Super Junior nanti.” Tawa Wiena ada ura-ura hendak meledak lagi. “Nanti Wiena jadi peminat no.1 abang ya. Kah kah kah~~” Wiena sudah mengerti maksud gelaran Farihin di sekolah selama ini. Sebelum ini dia tertanya-tanya siapakah Kim Heechul yang kononnya satu acuan dengan Farihin.
“Grrrr….~~” Farihin rasa bagai hendak meletup. Kalau Wiena tak bernasib baik alamatnya mahu terbang sudu Triffle Peach nya ke dahi si tomboy itu.

20101215

OST President - Biting My Lips...(Aouww~) - Sungmin/Ryeowook/Kyuhyun_B9A9C4A3U






Suara Kyuhyun kat starting lagu ni je terus tangkap tengkuk Cik kaseh...meremang yuu~

Eh, apadaa~~ wat entry tak ada mukaddimah...mianhae~~
Sebenarnya I ter'excited sekejap lepas dengar lagu ni

Tak sabar nak tengok Sungmin dalam drama President
& rasenya cerita ni nampak menarik jugak...
I tak kisah tengok cerita politik
kalau ceritanya best macam drama Change


P/s : sambung siapkan enovel SuJu balik...

20101205

Baby and Me...baby cute, bapak baby pun cute...


Ini bukan review drama baru...
sebab ini cerita sudah lama tayang
hohoho~~

kadang2 orang yang bernama Kaseh Esmiralda ni pun slow+blur+ketinggalan begitu jauh juga...
biasalah tu.. manusia... penuh dengan kekurangan di sana sini. everybody not perfect right...
eh, apadaa aku membebel panjang2 ni..haisy~~

hari minggu macam ni saya pilih untuk bersantai serta bermalas-malasan di rumah
sambil nak movie marathon kononnya.
so, dalam deretan movie yang berlambak dalam hardisk cik kaseh tu cik kaseh klik pada 
movie BABY AND ME

entah cerita hape entah.. I main klik je
Oh, rupanya film korea...
Oh, rupanya heronya Jang Geun-suk(hero You're Beautiful)...


starting... boleh tahan...
mamat ni memang class-lah pegang watak yang evil2
watak dia dalam ni samalah cam dalam You're Beautiful
evil evil evil... last skali dalam hati ada bunga jugak...hahaha~~ cute.

Cerita ni dah lama.
Tahun 2008...
dats mean... waktu zaman saya tak minat Kpop lagi
Baby Mason ni pun dah besar dah skang



Bercakap tentang baby Mason ni...
sumpah saya tak tahu rupanya dia popular sebab film ni...






Hailoh~~ Cik Kaseh memang tengah malas nak type panjang2.. <--dah kate bukan review film...hehe~
so,enjoy layan gambar baby mason dangan daddy die, Jang Geun-suk ajelah ye..

P/s : Baby Mason vs Yoogeun(Hello Baby)... siapa paling comel bagi korang?

P/ss : lepas ni siaplah nak buat entri budak2 comel pulak...hohoho~~

20101204

B'coz I Love You...No Other then SuJu [bab3]



 Bab3 


Farihin keluar dari kedai serbaneka 7 Eleven. Membeli dua batang lollipop.
“Wayang start lambat lagi. Kita jalan-jalan cuci mata dekat mall dululah ya,” kata Farihin sambil membukakan pembalut lollipop untuk Wiena.
“Okey,” Wiena tidak membantah. Lollipop yang dihulur oleh Farihin diambil dan masuk ke mulutnya. “Abang Hee, jom pergi Speedy. Nak cari album baru Hujan la.”
“Okey, let’s go, baby~”
Klepak!
“Atoii~~” Farihin mengusap kepala yang baru di sepak Wiena. “Woi~~!!”
Wiena sudah jauh berlari ke hadapan meninggalkan Farihin. Farihin bengang. Segera mengejar Wiena untuk melakukan serangan balas terhadap gadis itu.

**********

“Okey… okey… stop~… please, stop. Wiena dah tak larat dah ni.” Wiena tidak larat lagi hendak berlari. Semput dibuatnya apabila dikejar oleh wakil olahraga sekolah seperti Farihin. Wiena mengaku kalah. “Abang Hee ni langsung tak nak bagi peluang kat Wiena. Penat dah Wiena lari ni.”
“Huh, padan muka. Tak ada maknanya abang nak bagi peluang sebab kau perempuan tau.” Farihin bercekak pinggang sambil memandang Wiena yang bersandar pada dinding di luar kedai Speedy Video. “Eh, kau ni perempuan ke? Abang macam dah lupa pula jantina sebenar kau. Hahahaha~~” Farihin ketawa sinis sebelum melangkah masuk ke dalam Speedy Video.
Wiena ketap bibir. Geram dengan sindiran Farihin. Dia membuntuti Farihin masuk ke kedai tersebut.
Tiba-tiba matanya tertancap pada satu poster yang tertampal di satu sudut kedai tersebut. Diantara ahli dalam poster tersebut pandangan Wiena tertumpu pada salah seorang daripadanya. Dia tersenyum. Sesuatu yang menarik ditemuinya.
“Abang Hee, sini kejap!” panggilnya teruja.
Farihin datang menghampiri Wiena.
“Tengok artis ni. Gaya dia sekali pandang macam Abang Hee daa~~” Wiena menuding ke arah artis dalam poster yang dilihatnya sama dengan Farihin tadi.
“Ceh, memandai saja. Mana ada sama.” Farihin tersenyum memandang poster Super Junior – Super Show 2. Sekilas matanya menjeling Wiena… ada yang tak kena dengan mata si tomboy ni. Ada ke patut samakan aku dengan Kyuhyun Si Evil Maknae.
“Betullah. Cuma rambut abang pendek sikit je dari dia,” akui Wiena. “Diorang ni siapa?”
Ler~~ tak tau ke budak ni? Cis! Punyalah famous tahap world kumpulan ni. Boleh pula dia tak kenal. Farihin bermonolog sendiri dalam hati melihat telatah Wiena yang memang tidak mengenali Super Junior.
“Super Junior. Artis terkenal dari Korea. Wiena tak pernah dengar lagu diorang ke? Selalu pasang kat ERA.”
Wiena jungkit bahu. Tak tahu.
Sorry, sorry, sorry, sorry…” Farihin menyanyi sedikit sambil membuat gaya tarian Super Junior yang terkenal dengan lagu Sorry Sorry.
“Ohhhh~~ lagu tu. Wiena tahu. Wiena pernah dengarlah.”
“Tulah… asyik sibuk dengan indie band je. Tak nak ambik tahu muzik genre lain.”
“Abang pun sama. Asyik dengan Korea/Jepun je. Mana reti nak pandang artis melayu. Wiena ni sekurang-kurangnya layan indie band Malaysia tau.” Nak menang juga. Tak mahu akur dengan kenyataan Farihin.
“Wiena ni kan… jangan sampai abang bagi virus SuJu ni kat Wiena. Nanti Wiena ketagih baru padan muka.” Farihin konon-konon mahu mengugut Wiena.
“Heh, virus abang tu power sangat ke. Tak takutlah.” Wiena mencebir. Tidak hairan dengan ugutan kecil Farihin. “Tapi kalau Wiena terkena virus pun maybe Wiena akan tersuka dekat mamat yang ni saja kot.” Wiena tersengih sambil merenung wajah tanpan Siwon.
Farihin ketap bibir. Meluat melihat wajah nakal Wiena yang tersenyum gatal pada poster Super Junior. Barangkali bukan pada Siwon seorang. Gadis yang kononnya mengaku tomboy itu bukan boleh dipercaya. Hormonnya tetap perempuan apabila ternampak artis-artis berwajah tanpan.
“Rugi, rugi, rugi…” Farihin menghadang pandangan Wiena pada poster tersebut. “Abang Hee sepuluh kali lagi handsome daripada Siwon tau. Wiena minat kat abang lebih bermakna daripada nak minat dekat Siwon. Dah, dah… jom blah. Kata nak cari album Hujan tadi.” Farihin segera menolak belakang badan Wiena untuk beredar dari poster tersebut.
“Ala~~” Wiena mengeluh.
Farihin sempat mengerling kembali pada poster Super Junior tadi. Dia tersenyum kecil. Rasa geli hati bila Wiena menyamakan dirinya dengan Kyuhyun, ahli paling muda dalam kumpulan tersebut. Untuk rasa bangga mungkin tidak kerana dia memang tidak pernah berasa seronok apabila teman-temannya sering memanggilnya Kim Heechul Kopipes (copy paste).
Secara logiknya, jika Wiena lebih mengenali Super Junior, dia pasti akan mengatakan Farihin lebih menyamai Heechul berbanding Kyuhyun. Farihin yang cantik tetapi bukan wanita. Farihin yang bermulut puaka dan bijak membidas hujah orang. Farihin yang tidak pandai mempamer kasih sayang walaupun hakikatnya dia mengasihi orang tersebut. Farihin yang sukakan merah jambu yang sinonim dengan wanita. Luarannya sahaja nampak seperti wanita. Namun hakikatnya dia bukan lelaki sotong sebaliknya penuh dengan karisma seorang lelaki tulin.

20101201

B'coz I Love You...NO OTHER then SUJU.. [Bab2]



BAB2 

“Abang Hee, cepatlah… berapa jam nak bersiap? Mengalahkan perempuan bersiaplah dia ni.”
Farihin tidak mempedulikan omelan Wiena. Dia tetap sibuk mengemaskan rambut serta dandanan make-up nya. Sudah lebih setengah jam dia di hadapan cermin. Ada saja yang tidak kena dan mahu dibetulkan. Wiena sudah mula naik lemas dengan telatah Farihin yang mengalahkan perempuan berdandan.
“Nasib baik tak kena pakai lipstick ke mascara ke eye shadow ke blusher ke… kalau tak mesti lagi berjam-jam Wiena kena tunggu kan.” Perli Wiena sebaik Farihin keluar dari biliknya.
Farihin sekadar menjeling selamba kepada Wiena yang setia terpacak menunggunya di luar bilik di rumahnya petang itu. Sempat dia meneliti penampilan gadis tersebut. Matanya meliar dari hujung kaki hingga hujung rambut Wiena. Dahinya berkerut-kerut. Seolah-olah tidak puas hati dengan sesuatu.
Tanpa sebarang kata Farihin menarik lengan Wiena masuk ke dalam biliknya. Wiena tersentak dengan tindakan drastik Farihin.
“Woi, apa main tarik-tarik ni!”
“Aku tak nak keluar dating dengan budak selebet macam kau.” Farihin menarik dan melempar cap di kepala Wiena ke lantai. Kepala Wiena ditarik mendekatinya. Tubuh Wiena didudukkan secara paksa di kerusi meja solek.
“Abang Hee, apa ni? nak buat apa kat Wiena?” Wiena menepis-nepis tangan Farihin yang ligat menempekkan bedak compact ke wajahnya.
“Wiena sayang~ jangan degil. Kalau nak jadi tomboy pun jadilah tomboy yang kemas dan… cute.” Abang Hee kenyit mata pada Wiena dengan senyuman secukup rasa.
Wiena diam tergamam. Sedikit terpikat dengan senyuman lelaki itu. Tapi… “Siapa yang nak jadi cute. Apa barang tomboy tapi cute. Cheh!” Tangan Farihin yang sibuk merias wajahnya ditepis. Wiena bangkit lantas mengutip cap nya di atas lantai sebelum jalan menonong menuju ke pintu bilik abang Hee.
Farihin ketap bibir. Bengang!

**********

“Kita nak naik menatang ni ke?” Farihin garu kepala tatkala Wiena menghulurkan topi keledar kepadanya. Topi keledar tidak dihiraukan sebaliknya dia berjalan mengelilingi skuter milik Wiena. Wajahnya berkerut-kerut. Ada sesuatu sedang bermain di mindanya kini. Seolah-olah dia tidak merelakan dirinya membonceng skuter tersebut.
“Abang Hee ni... kita dah lambatlah.”
Wiena menarik Farihin. Topi keledar khas untuk Farihin dipakaikan ke kepala lelaki itu. Talinya diikat kemas sebelum kembali menatap semula wajah cantik pemuda itu.
“Wiena beli topi keledar colour pink ni khas untuk Abang Hee. Cantik tak?” Wiena yang boyish itu tiba-tiba buat gaya manja mengharapkan penghargaan daripada Farihin.
Farihin tergamam. Merenung Wiena penuh keterujaan. Mengangguk perlahan sambil tersenyum senang. Bukan kerana topi keledar tersebut tapi kerana berjaya melihat sisi berbeza dalam diri Wiena … pandai juga si tomboy ni buat gaya manja macam tu…
“Terima kasih. Mana Wiena tahu abang suka pink?” Mata Farihin mengerling Wiena yang sedang mengemaskan topi keledar di kepalanya di hadapan cermin sisi skuternya.
“Wiena tahulah. Wiena kan ‘girlfriend’ abang.”
“Cheh! Girlfriend konon. POYO~”
“Lantaklah… kalau POYO pun bukannya orang lain. Bakal bini Abang Hee jugak.” Kata-kata itu disusuli dengan tawa berdekah-dekah. Kalau dengan Farihin, dia tidak perlu takut untuk bergurau secara melampau begitu.
“Hiii~~~ macam nightmare lah kalau kena kahwin dengan Wiena. Abang nak cakap kat mak abang soh cancel kan aje pinangan Wiena karang.”
Wiena gelak terkekek-kekek.
“Abang Hee gila. Tunggu Wiena jadi sengetlah baru mak Wiena pergi pinangkan abang untuk Wiena. Sengal.” Wiena menunjal dahi Farihin dengan jari telunjuknya sebelum duduk di atas skuternya. “Ada ke perempuan pergi pinang lelaki…” enjin skuter dihidupkan.
Farihin tersengih panjang memandang belakang Wiena… memang luar alam sangatlah kalau kau datang bawa rombongan nak meminang aku, Wiena.
“Cepatlah naik. Berangan saja Abang Hee ni,” arah Wiena apabila mendapati Farihin masih tercongok di sebelahnya.
Dalam perasaan serba salah akhirnya Farihin membonceng skuter tersebut. Sebelum Wiena memulas minyak sekali lagi Farihin sempat melihat kedudukan mereka berdua. Memang dia berasa sangat janggal. Wiena dengan topi keledar hitam (nasib baik bukan jenis full face) dan dia berwarna pink. Wiena di hadapan sebagai pemandu manakala dia di belakang sebagai pembonceng. Perempuan bawa lelaki. Herk~ dan inilah kali pertama sebenarnya dia menunggang skuter bersama Wiena atau dalam erti kata lain inilah kali pertama dia dibonceng olah seorang wanita(walaupun Wiena tidak berapa kewanitaan).
“Kau ada lessen motor ke tak ni?”
See the leg lah.” Serentak dengan itu skuter comel Wiena meluncur keluar dari halaman rumah Farihin. Hampir menjerit Farihin dibuatnya dengan tindakan mengejut Wiena.

B'coz I Love You..NO OTHER then SUJU..[Bab Pengenalan]


BAB1 

“Abang Hee kat mana? Wiena tak jumpa pun kelas Abang Hee.” Gadis berkurung putih, pakaian seragam sekolah itu berjalan tanpa hala tuju yang pasti. Dia sedang mencari seseorang.
“Kau kat tingkat mana? Kan abang dah cakap kelas abang kat tingkat tiga menghadap padang sekolah. Cepatlah. Abang tunggu ni,” suara di sana memberi tunjuk arah melalui telefon bimbitnya.
“Okey…” Wiena menutup talian lantas segera mendaki anak tangga bangunan sekolah untuk menjejaki kelas Abang Hee, teman sepermainan merangkap body guard nya ketika kanak-kanak dahulu.
Sejak kecil dia sangat akrab dengan Farihin atau Abang Hee. Lelaki itu sudah dianggap seperti abang sendiri. Namun mereka telah berpisah apabila keluarga Wiena berpindah ke utara tanah air. Sejak hari itu, kini perpisahan mereka sudah menjangkau hampir sepuluh tahun.
Mungkin jodoh masih panjang mereka bakal bertemu semula hari ini kerana Wiena telah ditawarkan ke sekolah yang sama dengan Farihin.
Wiena sudah sampai di tingkat ketiga bangunan. Dia mencari kelas Farihin yang dikatakan menghadap padang sekolah. Kelas 5K1 tertera di kepala lawang pintu. Wiena terjenguk-jenguk mengintai ke dalam kelas mencari kelibat Farihin. Dia gagal mengecam Farihin yang kemungkinan sudah banyak berubah setelah sekian lama mereka berpisah.
Pintu diketuk dan Wiena masuk ke dalam kelas tersebut yang boleh dikatakan majoriti penghuninya ialah perempuan. Dia tidak pasti ia kelas apa tapi yang pasti inilah satu-satunya kelas yang menghadap ke padang sekolah. Matanya melilau-lilau menjejaki kelibat Farihin di dalam kelas tersebut. Kalau kebanyakan pelajar kelas tersebut ialah wanita sepatutnya tidaklah susah hendak mengecam Farihin yang berjantina lelaki. Namun Wiena masih terpinga-pinga menjejaki kelibat Farihin.
Akhirnya dia memberanikan diri bertanya kepada salah seorang pelajar dalam kelas tersebut yang secara tidak langsung telah menjadi seniornya kini.
“Kakak, boleh tumpang tanya… kakak kenal dengan Abang Farihin tak?”
Pelajar senior yang berambut panjang mengurai itu merenung Wiena pelik. Matanya terkedip-kedip sambil sesekali menjeling ke belakang kelas memandang sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul di sana.
“Cari Farihin?”
Wiena mengangguk.
“Kenapa nak jumpa Farihin? Awak ni  pelajar junior yang baru masuk sini kan…”
Gadis berbaju kurung tetapi ber-cap merah dengan rambut super kontot itu mengangguk lagi dengan senyuman manis di wajah.
“Kawan Farihin ke?”
Wiena mengangguk. “Kami pernah berjiran dulu. Hurmm~ kat mana nak cari dia?”
“Dia ada dalam kelas ni.” Pelajar perempuan tersebut menjuihkan mulut ke arah Farihin yang duduk dalam kumpulan pelajar perempuan di belakang kelas.
Mata Wiena tertumpu ke arah yang diajukan. Matanya masih samar-samar mengecam mana Abang Hee nya. “Macam semuanya perempuan je.”
“Woi, Wiena!” Suara garau seorang lelaki tiba-tiba berkumandang. Bangkit seorang pelajar lelaki dari kelompok kumpulan pelajar perempuan tersebut lantas berjalan pergi mendapatkan Wiena dengan lagak control machonya.
Wiena merenung tajam ke arah pemuda yang sedang berjalan menghampirinya itu. Cap di kepalanya dikemaskan. Bahagian hadapan cap dipusing ke belakang kepala. Matanya bulat meneliti pemuda tersebut. Dahinya berkerut-kerut. Cuba mengingati sesuatu.
Pemuda itu berpenampilan kemas dalam seragam sekolah. Kemeja putihnya sekan-akan bersinar di mata Wiena. Putih melepak tanpa sebarang kotoran. Halus rata tanpa sebarang kedutan. Hujung lengan kemejanya sungguh tajam menunjukkan ketelitiannya menggosok baju. Aci boleh potong timun gitu. Rambut hitamnya agak panjang namun tidak sampai melepasi bahu. Rambut hadapannya disilang ketengah kepala dan dikemaskan dengan sepit rambut berwarna putih.
Tentang wajahnya pula… sangat mengingatkan Wiena akan seseorang yang pernah dikenalinya dulu. Namun wajah kenalannya itu tidaklah sebersih dan sehalus kulit wajah pemuda di hadapannya itu. Cuma ada satu persamaan yang membuatkan Wiena percaya pemuda itu adalah Abang Hee yang dikenalinya dulu iaitu kesan parut di bawah dagu akibat kenakalannya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Luka akibat jatuh pokok itu masih berbekas sehingga sekarang.
Wiena senyum lebar…
“Abang Hee!!!”… cantiknya dia sekarang. Bisik Wiena sendirian.
“Wiena!!!”… tak sangka si kuat nangis ni dah macam jantanlah sekarang. Dalam hati sempat memberi komen tentang Winda.
Masing-masing menuding ke arah masing-masing. Pertemuan selepas sepuluh tahun memang mengejutkan. Masing-masing sudah banyak berubah. The Selekeh Boy dah jadi smart gile vaveng tahap nak mencairkan jiwa raga gadis. The Selebet Girl dah berubah jadi boyish cute berkurung, pakaian seragam sekolah.