my tomodachi

20090413

Silly Little Ryo-chan (2)


PI LOVE RYO or FOOD?
Apabila Yamapi menunggu seseorang dia akan berasa bosan. Dan bila bosan dia akan lakukan sesuatu yang disukainya iaitu makan. Ya, Yamapi suka makan dan di tangannya kini ada dua jenis makanan. Tangan kiri memegang satu kon aiskrim perisa vanilla bersalut coklat dengan taburan Oreo. Yummy, sedapnya… dan di tangan kanannya ada sebungkus biskut beras dengan taburan bijan di atasnya. Perisa Lemon campur Kiwi. (Pembaca=Biskut beras berperisa buah?) Ya, pelik bunyinya dan Yamapi sendiri tidak terfikir mahu mencubanya sebelum ini. Tapi disebabkan menunggu Ryo dia telah melakukan perkara tersebut.
Dia mengambil tempat di kerusi panjang di taman berhampiran Valicities World. Bungkusan biskut beras di letak di sebelahnya. Dia memilih untuk menghabiskan aiskrimnya dahulu.
“Slurp…” dia menjilat aiskrimnya dengan penuh nikmat.
“Umai~” matanya mengecil dan mulutnya tersenyum puas. Dijilat lagi aiskrim tersebut untuk kali kedua… ketiga… dan seterusnya.
Kepala Yamapi menoleh ke kanan kemudian ke kiri mencari kelibat sahabatnya. Mana Ryo-chan ni? Kenapa masih belum sampai lagi? Ais krim aku dah nak habis tapi batang hidung dia masih tak muncul-muncul lagi…
Ais krim sudah habis. Yamapi berkira-kira hendak makan biskut berasnya pula. Namun tiba-tiba…
“YAMAPI!!” seseorang menepuk bahunya sambil menjerit namanya.
DUSH!!
Yamapi yang terkejut telah bertindak diluar kawalannya dengan menumbuk muka orang di belakangnya tadi. Dengan kuasa tangan kanannya orang itu telah terpelanting jatuh ke belakang.
“Argh… itai~!”
Mendengarkan suara itu Yamapi segera bangkit mendapatkannya. Ryo duduk di tanah sambil memegang wajahnya yang baru menjadi mangsa Yamapi.
“Ryo-chan!” Yamapi pantas mendapatkan Ryo yang sedang merengek kesakitan.

Fakta 1= tenaga Yamapi lebih kuat berbanding Ryo yang berbadan kecil.

“Gomen… gomennasai, Ryo-chan. Aku tak sengaja.” Yamapi rasa sangat bersalah apabila melihat luka di pipi kanan Ryo.
“Sakit… tangan kau sangat tajam. Pipi aku dah luka, Yamapi.”
“Err… itu sebab…” Yamapi menunjukkan jari hantu kanannya yang disarungkan cincin yang bergerigi.
Ryo memandang cincin tersebut. Dia buat muka pelik. Kenapa kawan aku sanggup memakai cincin yang sangat hodoh ni? Getusnya dalam hati.
“Ini untuk keselamatan kalau ada penjahat.” Kata Yamapi.
“Tapi aku bukan penjahat.”
“Ryo-chan… gomen ne…”
Ryo-chan tersenyum dan menggeleng kepala. Dia tidak marah Yamapi. Dia tahu Yamapi tidak sengaja.
Yamapi bangun memimpin Ryo. Mereka duduk di bangku panjang tadi. Yamapi melihat lagi luka di wajah Ryo.
“Sakit tak?”
“Mestilah sakit.”
Yamapi masih rasa bersalah. Dia menyentuh luka Ryo dengan berhati-hati.
“Argh… sakit!” Ryo menjerit perlahan.
“Hontouni gomennasai, Ryo-chan…” Yamapi tundukkan kepala. Rasa bersalah masih menebal dalam hatinya.
“Iie… daijoubu.” Ryo menepuk bahu Yamapi meredakan perasan sahabatnya.
Tiba-tiba Yamapi membuat tindakan drastik mengucup luka di pipi ryo. Kemudian sambil meniup luka tersebut…
“Sakit jahat… pergi kau jauh dari Ryo-chan aku.” Katanya sambil meniup lagi luka Ryo.
Budak lelaki bertahi lalat di bawah mulut itu tersenyum panjang. Gembira melihat tindakan Yamapi yang pelik itu.
“Jom kita pergi main.” Ajak Ryo sambil mengganggam erat tangan sahabatnya.
“Urm…” Yamapi mengangguk menurut Ryo.
Mereka berjalan masuk ke Valicities Wold.
“Kita nak main apa dulu?” Soal Yamapi sambil menghulurkan biskut berasnya kepada Ryo.
“Roller coaster.” Jawab Ryo dengan penuh semangat.
Makanan yang dihulurkan Yamapi hanya dipandang.
“Apa ni? Sedap ke?” Tanya Ryo sangsi.
“Err… kejap, ya.” Yamapi bertindak merasa dahulu biskut beras berperisa lemon dan kiwi itu.
Ryo memerhatikannya yang sedang mengunyah makanan. Sebentar kemudian Yamapi berpaling kepada Ryo semula.
“Erm… sedap. Cubalah rasa.”
Ryo terus mengambil sekeping biskut beras tadi dan memakannya tanpa ragu-ragu biarpun dia belum tahu bagaimana rasanya.

Fakta 2- Ryo akan makan apa saja yang Yamapi kata sedap.

Mereka bermain dengan gembira. Semua permainan yang ada di Valicities world mereka cuba. Baik outdoor game mahupun indoor game. Semua mereka redah. Cuma satu saja yang mereka tak singgahi iaitu taman air kerana mereka tidak membawa pakaian mandi. Kalau mereka membawanya tentu sekali mereka akan masuk ke kawasan tersebut.
“Ryo-chan, bagi biskut beras tu.” Yamapi meminta biskut berasnya yang di pegang Ryo.
“Nah…” Ryo menghulur bungkusan kertas yang dipegangnya.
Yamapi meraba isi bungkusan tersebut. Kosong. Tinggal serdak sahaja.
“He~~ Ryo, kau habiskan biskut aku!”
Yamapi cuma melihat sengihan Ryo yang meleret panjang. Itu jawapan oleh seorang pesalah.
“Gomen ne, Yamapi. Aku tak sedar dah habiskannya tadi.”
Yamapi menarik mulutnya ke sebelah kiri. Matanya mengecil dan tangan kirinya memegang pinggang sambil mengerling Ryo dengan geram.
“Sudahlah… jom kita beli makanan. Kau nak apa? Biar aku belanja hari ni.” Usul Yamapi kemudiannya.
“Hontou desuka?”
“Hontou desu… ikku.” Yamapi menarik Ryo ke gerai makanan yang terletak di satu lorong di dalam kawasan taman tema tersebut.
“Inilah syurga makanan kita hari ini, Ryo.” Kata Yamapi sambil mendepangkan tangannya di tengah-tengah jalan.
“Sugoi~!” dua orang budak lelaki itu tersenyum girang sebelum melangkah menuju ke setiap gerai di situ.

“Cepatlah, Ryo… kita dah singgah hampir di setiap gerai tapi satu apa pun kau tak beli lagi.” Yamapi mula merungut apabila Ryo masih belum mengambil keputusan untuk makanan yang hendak dibelinya.
“Yamapi, aku tak tahu nak makan apa? Semuanya nampak sedap.”
“Huuh… aku belikan kau Onigiri(rice cake) ya.”
“Tak nak.”
“Takoyaki(bebola sotong)?”
“Tak nak.”
“Habis tu kau nak makan apa?”
Ryo diam. Anak matanya naik ke atas sebelah kanan. Itu tandanya dia sedang berfikir. Yamapi menunggu dengan sabar jawapan daripada Ryo.
“Aku tak nak makanlah…”
“He~ kenapa pula?”
“Kau dah beli makanan kan, apa kata pergi dari sini sekarang.” Jawab Ryo tidak menghiraukan soalan Yamapi. Dia menarik Yamapi meninggalkan kawasan tersebut.
Yamapi akur. Orang nak belanja tapi kau tak nak makan pula. Pelik betul Ryo ni... Yamapi sekadar bermonolog.
Mereka berjalan-jalan lagi di sekitar situ. Bila ada sesuatu yang menarik perhatian mereka akan berhenti. Kemudian mereka akan terus berjalan lagi. Yamapi melahap ham burger yang dibelinya tadi sambil berjalan.
“Yamapi, baju kau dah kotor kena sos.” Tegur Ryo.
“Huhu…” Yamapi melihat kesan sos yang melekat di dada bajunya.
“Kau pegang kejap burger aku. Aku nak pergi tandas cuci kotor ni.”
Burgernya di serahkan kepada Ryo. Dia beredar untuk ke tandas awam yang berhampiran. Ryo duduk di bangku yang tersedia di setiap sudut berhampiran sementara menunggu Yamapi.
Dia memandang Burger Yamapi dengan senyuman penuh makna. Hikhikhik… burger ni akan jadi mangsa aku… bisiknya seraya menggigit bahagian yang tinggal separuh itu.
“Erm… oishii!” Dengan memek muka cute nya dia berkata sendirian.
Ryo mengerling ke arah tandas awam tempat Yamapi pergi tadi. Yamapi belum keluar. Dia mengambil kesempatan itu untuk melahap habis burger Yamapi. Sedapnya Burger free ni. Tapi tak cukup mayonis dan salad. Tapi ia tetap sedap sebab ini Yamapi punya…hihihi…

Yamapi muncul dan apabila mendapati burgernya hanya tinggal plastik pembungkus sekali lagi dia berasa geram dengan Ryo.
“Ryo-chan, kau makan burger aku!”
Hiargh… dengan hikmat rahsianya dia merangkul kepala Ryo dan memukul-mukul kepala Ryo.
“Ampun, ampun, Yamapi… aku tak sengaja.”
“Kau ni teruk. Tadi aku suruh kau beli makanan kau tak nak. Sekarang kau habiskan makanan aku pula. Teruknya~” Marah Yamapi sambil terus memukul kepala Ryo.
“Pi-chan, sumimasen… aku memang berniat nak makan burger kau.”
“Teruknya.”
“Sebab aku suka makan sisa kau.”
“He?” pelik.
“Aku rasa lebih selamat makan sisa dari mulut kau.”
Yamapi terdiam. Dia berhenti memukul kepala Ryo.

Fakta 3- Ryo-chan suka makan sisa Yamapi sebab dia rasa makanan tersebut selamat dan tidak berisiko untuk dia kena keracunan makanan.

“Aku suka makan sisa yang kau tinggalkan sebab aku rasa kita akan lebih rapat kalau berkongsi makanan.”
Yamapi melepaskan Ryo. Dia berdiri bertentangan dengan Ryo. Wajah sahabatnya direnung lama. Kapala Ryo yang dipukulnya tadi diusap perlahan. Dia pandang senyuman di wajah Ryo. Kemudian dia menolak dahi Ryo dengan lembut. Dia tersenyum kemudiannya.
“Kau tak marah lagi kan?” Soal Ryo.
Yamapi tidak menjawab tapi dia merapatkan wajahnya kepada Ryo. Dahi Ryo dikucup. Ryo tergamam sekejap.
“Ciuman ini tanda aku minta maaf sebab pukul kau… Lain kali cakaplah awal-awal.” Yamapi berpusing dan berjalan terus.
Senyuman Ryo tambah meleret. Dia mengejar langkah Yamapi yang pantas. Tangan kanannya merangkul bahu Yamapi. Badan Yamapi senget diperlakukan begitu disebabkan ketinggiannya yang melebihi Ryo.
“Eh, tak sesuailah…”
Yamapi melepaskan rangkulan Ryo. Kemudian dia pula yang merangkul bahu Ryo. Dan Ryo merangkul pinggang Yamapi. Mereka terus berjalan dengan gembira.

3 comments:

  1. Ryo makan makanan sisa Yamapi????
    Hahaha! Gila bener!

    ReplyDelete
  2. tnggu sat..ak pening.. dpa 2 owg ni laki ke??

    ReplyDelete
  3. lelaki lah... ape yg peningnye...
    pelik ke? ahh, xdak ah... biase je tu...

    ReplyDelete