my tomodachi

20090911

Si Penjerit Kepenatan-SS501 Fansigning...(part 8)

Aduyaiii~~~ penat tahap giga dah ni. fikir nak balik n tidur je dah. masa dekat hotel tu memang langsung tak rasa penat. jangan kata penat lapar pun tidak. langsung tak rasa apa lepas dapat jumpa SS501.

ngo ngek ngok ngek dengan Nemo kejap sebelum cabut balik. lebih kurang pukul 8.00 kami beredar meninggalkan One Utama...




Time ni kami dalam cab. memang penat tapi puas hati lah... sebab pergi tak sia2. dapat gak jumpa dey all berlima.

tu je crita critu about SS501 fansigning. insyallah akan pergi konsert mereka hujung tahun ni. hehe~~ (korannggg~~~ semua!! kawan2 serta semua penpal cik Kaseh... jangan lupa tau... nanti kita semua gathering kat konsert tu nanti. Cik kaseh nak jumpa korang semua~~!!... n yang paling penting nak jumpa SS501... kikiki)

~the end~


Doki Doki From My Heart…

Si Penjerit cool aje-SS501 Fansigning...(part 7)

:::Sorryyy sesangatlah sebab entry lambat update. internet Cik kaseh mogok. nak minta orang sayang2 dulu. sib baik malam ni dah ok balik. kalau tak, mahu aku bakar menara pencawang streamyx tu nanti. huh!:::


Okey... ini kisah selepas acara fansigning tu...

Cik kaseh punye stuck lepas jumpa Hyun Joong tak habis lagi ni... lepas dipaksa berambus oleh pengawal2 keparat tuh (sakit hati masih berbekas. hmph!) Cik Kaseh n yang lain2 gerak keluar dari dewan tu. sebaik je keluar, teman2 yang lain dah siap menunggu Cik Kaseh di luar dewan.

mereka semua serbu Cik kaseh & sibuk bertanya Cik Kaseh jumpa siapa tadi. & Cik kaseh pun jawablah dengan jujurnya... "Aku dapat Hyun Joong punya autograf." ... Jawapan Cik kaseh memang kedengaran cool giler time ni... but sudently...

"KYAA~~~~~!!!!!!!!!!!!!!!" semua member2 Cik kaseh pakat menjerit macam orang hesteria.

kahkahkah~ haru sungguh budak2 tuh. (memang hakikatnya semua orang akan jealous pada sesiapa yg dapat Hyun Joong. faymes leader tuh. dah lah feymes, suara best, attitude pun bagus. pastu hot n handsome tahap giga dowh. Cik kaseh sendiri pun rasa cam nak pengsan bila mamat Hyun Joong tu senyum pada Cik kaseh. kikiki)

nak cerita suasana dekat luar hotel time ni memang crazy sangatlah. Cik kaseh ingat Cik kaseh dah cukup fanatik dengan SS501 tapi rupanya yang jauh lebih fanatik tu lagi ramai. Cik Kaseh ni boleh dikira si kipas-susah-mati tahap sederhana saja. (kan Nemo kan... hehehe~)

Nak kata puas memang Cik Kaseh tak puas. (aku nak jumpa diorang sekali lagi. aku belum jumpa kyujung dengan Hyung Joon. hwaa~~)... lantas Cik kaseh dengan selambanya pegi patah balik dekat barisan nak masuk. konon2 bolehlah dapat peluang jumpa diorang sekali lagi... nak tau apa jadi lepas tu... Cis~ sekali dah tamat daa~.

Acara fansigning dah tamat. SS501 nak gerak pegi KLIA n nak balik Korea... err, kalau tak silaplah. atau mungkin terus terbang pegi Jepun untuk promosi drama Boy's Over Flower dekat
sana.




video pendek ni konon2 nak rakam SS501 keluar nak balik. sekali tu tiba2 cik kaseh terfikir suatu kemungkinan...

logik ke yang depa semua tu nak balik ikut pintu ni?? nak cari masalah ke kalau kena serbu dengan semua peminat.

logik tak logik memang sebenarnya SS501 tak balik ikut pintu ni. tiba2 semua orang nampak limosin yang bawa mereka berlima lalu dekat ruang lobi. kah kah kah~~!!! cik tipah-cik tipah semua dah terpedaya.

Cik kaseh n Nemo juz pandang je dari jauh. tak larat den nak kojar depa semua tuh.


~blom habis lagi~~ lepas ni ada satu lagi entry. last k~~


Doki Doki From My Heart…

20090905

Si Penjerit Tergamam-SS501 Fansigning...(part 6)




Skarang masa yang ditunggu2 iaitu entry Cik Kaseh jumpa SS501.

dalam keadaan yang tergesa2(gara2 semua pengawal yang membencikan tadi tuh) Cik kaseh main masuk je mana2 line. ada lima tapi Cik Kaseh tak sure line untuk setiap ahli SS. (orang ramai gilos n Cik Kaseh masih tercari2 wajah2 kakkoi yg Cik kaseh nak jumpa sangat tu)

Cik kaseh dah ke hulu ke hilir, tak tahu nak pilih barisan mana. Hyun joong ke Hyung Joon ke Young Saeng ke Kyu Jung ke Jung Min ke... ngaa~~ Cik Kaseh suka semua. Cik Kaseh nak autograf semua sekali. tak patut! tak adil sungguh diorang ni...

Dengar saja MC jerit tak kasi pilih mana2 ahli lantas Cik kaseh n Nemo redah je barisan paling kanan. time ni Cik Kaseh fikir tak kisahlah dapat autograf siapa2 pun. tapi dalam hati hope dapat Hyun Joong(walaupun di mulut cakap minat semua sekali, tapi sebenarnya diam2 minat lebih sikit pada Hyunjoong berbanding yg lain2.kikiki~;P)




... Tapi bila fikirkan ramai gile peminat Hyun Joong, Cik Kaseh fikir dapat Young Saeng or Kyujung pun jadilah. tak pun Jung Min or Hyung Joon.. <--- lebih baik kau cakap nak semua je Kaseh oi~

dah sampai baris depan. Cik Kaseh dah nampak the 5 damn hot guys tu. Rupanya Cik Kaseh di barisan Young saeng. baris sebelah Cik Kaseh Hyun Joong...

Ok, fine... memang bukan rezeki Cik Kaseh nak jumpa Hyun Joong...

Tapi Young saeng kan... dia kan... ngaa~~ lain sangat dari yg Cik Kaseh tengok dlm pic. dia tak chuby. tak tembam. rambut dah pendek. Dia smart gila vaveng dengan vase colour hitam n kemeja kotak2. nak tengok tak? pls scroll down...





Pic ni bukan cik Kaseh ambil. kredit dari Triple S Malaysia... (Cik Kaseh tak dapat ambil pic dey all... sobs~)


Ngaa~~ tiba2 Cik Kaseh rasa tak dpt hyunjoong pun tak rugi sebab mamat Young saeng ni cam... cam... ngeh ngeh ngeh... Cik kaseh minat suara dia je selama ni. dia sangat pemalu dan pendiam so kurang menarik perhatian Cik Kaseh selama ni.

ok, Nemo dah pergi depan dulu jumpa Young Saeng. lepas ni my turn pula lah kan. tapi kan... tiba2... jeng jeng jeng...

Gempak lebih je Cik Kaseh ni... ok, guard tu suruh Cik Kaseh pegi sebelah. sebelah? err...
sebaik je Cik Kaseh menoleh ke sebelah... ngaa~~!!! HYUN JOONG~~!!!!



Ini namanya impian jadi kenyataan.

Sampai je depan Hyun Joong Cik kaseh betul2 stuck macam printer yang dah jamed. diam tergamam sambil hulur cd pada Hyun joong.

Hyun Joong pandang Cik kaseh sambil senyum... Wwaaa~~ mati aku! apasal kau senyum maut macam tu pada aku Hyun Joong~~... Cik Kaseh betul2 stuck tapi sempat say "Hai, Hyun Joong..." itu je...

Tapi mcm bahagia gile pula bila dia balas 'hai' sambil senyum pada Cik Kaseh. senyuman dia... serius tak plastik.

lama juga dia sign kat kulit album tu. puas jugalah Cik Kaseh tenung dan tatap wajah dia time tu. huhuhu~

tapi Hyun Joong sama macam yg Cik kaseh tengok dalam pic. melainkan Young saeng je yg lain.


tengoklah signiture Hyun joong... main tarik2 je. tapi memang lama juga dia tarik tu... ke saje nak bagi peluang Cik Kaseh usha dia lama2... ngeh ngeh ngeh~~


~ dah habis ke? belomlah... sila bace next entry lagi~


Doki Doki From My Heart…

Si Penjerit dah Jadi The Devil-SS501 Fansigning...(part 5)

Apa Cik Kaseh buat sementara menunggu jam 6.00... apa lagi... ambil gambarlah. klik sana, klik sini... snap sana, snap sini... hehehe...



Actually banyak yg dah Cik Kaseh edit & buang. letak sikit je dlm blog ni.

Hurm~ nak Skip lagi~~
Skarang Cik Kaseh sebenarnya nak cerita apa kes yang sampai Cik Kaseh nak bertukar jadi The Devil...

Cik Kaseh boleh terima lagi bila diorang kata kena ada album SS501 kalau nak autograf dey all. Biasalah tu. mana fansigning pun memang macam tu. Tu pasallah Cik Kaseh tak teragak2 suruh Nemo beli. sebab harga promosi. sekali tu bila dapat tau yang kena beli album dari situ baru boleh jumpa SS501... grr~ menyirap je akak ni~~

Alang2 dah menyirap ala2 hang jebat nak mengamuk kat istana sultan Melaka, cik Kaseh pun main redah pergi potong Q orang yang tengah beratur panjang nak dapatkan album SS tu... & apa lagi... menjeritlah diorang semua. kahkahkah~

Tapi disebabkan bukan Cik kaseh sorang je yang jadi evil petang tu maka diorang semua tak boleh nak kata apa dah. barisan entah kemana, cd album terbang entah kemana... lastly semua tak dapat beli sebab abang yang memborong cd tu pun dah hilang jejak di tengah kelompok orang ramai yg berasak2(barangkali dah jadi roti kirai diserbu peminat2 SS501... kuikuikui~)



Usha betul2 pic ni... siapa kata SS501 tak ada peminat lelaki... kekeke~




Hai, Cik Nemo... bila masa pula kau snap belakang aku nieh.



jangan tak tahu, dalam keadaan berasak2 ni pun Cik Kaseh boleh dapat kawan baru. Yg tudung pink tu atie, sebelah die Nemo, lagi dua chinese tu Cik Kaseh lupa nak tanya nama. n ada lagi sorang... Michelle... ler~ mane amoi tu? dah tertinggal kat belakang. cian dia. sape soh kecik sangat. huhuhu~



Okey... cerita atas tu memang menyakitkan hati. tapi ada lagi yg lebih tragis & bengang tahap nak slaughter je pihak pengurusan yang anjurkan event ni... Ada ke patut, dahlah Cik Kaseh membazir beli sampai 2 album(campur yg Nemo beli kat Amcorp Mall utk Cik Kaseh) lepas tu diorang cuma benarkan 1 autograf je. maknanya we all tak boleh dapat autograf semua ahli SS tu. lepas tu tak boleh pilih mana2 yg kita suka pula tu. jahat giler~!

lagi bengang tak boleh ambil gambar pula tu. tengoklah Pic Hyun Joong yang Cik Kaseh snap kat bawah ni. bergegar sebab Cik kaseh terkejut kena sergah dgn guard kat situ. cis~ hampes betul itu pakcik.



Ngaa~~ walaupun sakit hati dengan entry ini tapi silalah usha entry seterusnya. lepas ni entry bunga2 cinta pula. kuikuikui~


Doki Doki From My Heart…

Si Penjerit Yg sangat Teruja-SS501 Fansigning...(part 4)




Cik Kaseh sampai kat Taman Jaya untuk pick-up Nemo. sebelum gerak sempat bergambar sat ngan my Fiona Lime. hehe~ saja je. kebetulan hari ni Cik Kaseh hijau sedondong dari atas ke bawah. nasiblah beg colour pelangi. tu kalau ada colour hijau memang rembat pakai hijau gak tu. maklumlah Cik Kaseh ni gilakan warna hijau...




Tengok pic Cik Kaseh dengan Nemo mesti korang tak percaya kan yang kami berdua ni baru 1st time jumpa. kalau bukan sebab SS501 maybe lambat lagi kami nak dating kot. hahaha~

Skip entry~~
Disebabkan internet ni lembab mengalahkan siput berpuasa yang berjalan di tengah panas terik Cik Kaseh terpaksa skip entry ni sampai kat tempat fanmeeting diadakan iaitu di One World Hotel.




Nak tau kat mana ni? ni dekat lot parking kat hotel tu. time ni Cik Kaseh n Nemo tak tau pun nak buat ape? tengok diorang macam tengah beratur. beratur ke? tapi mana hujung pangkalnya barisan ni? usha punya usha, tanya punya tanye sekali tuh nak tau sampai mana panjangnya barisan? sampai hujung lot parking. NGAA~~!! dasyat giler~~



Kami tiba time ni lebih kurang jam 4.00 ptg(lagi dua jam fanmeeting diadakan). pun dah panjang gila vaveng.




Hakhakhak~ lu pikilah sendiri camne punya ramai orang time tu. after Cik Kaseh datang pun masih ramai lagi yang muncul selepas tu.


Betullah tak sangka camni punya ramai manusia yang tahu pasal fanmeeting tu. yelah, apa taknya... kehadiran SS501 memang tak dihebohkan. sesiapa yang rajin surf internet je yang tahu. so langsung tak sangka yang Cik kaseh ni kira orang yang agak lewat sampai di situ.

& yang paling hebatnya lagi... ada yang dah tunggu sejak dari awal pagi semata2 nak book tempat paling depan. lagi best... bukan gadis2 je yang sibuk nak jumpa SS501 ni... peminat2 lelaki pun ada. jangan tak percaya beb... hah, makcik2 pun ada juga. dasyat tak dasyat penangan SS501. Lu pikilah sendiri beb!

Dan agak bangga sikitlah bila SS501 jadikan Malaysia sbg lokasi pengambaran klip video terbaru diorang. sebelum ni Super Junior pun pernah buat kat Putrajaya tau. hurm~ harap2 Tohoshinki pun buat juga kat sini lepas ni...

~Hurm... sambung Next entry please~~


Doki Doki From My Heart…

Si Penjerit Yg Takut Berdosa-SS501 Fansigning...(part 3)

Punyalah awal si Nemo tu blah dari kerja dia. sebelum pukul 1.00 dia dah gerak. terlebih excited pula makcik tu berbanding Cik Kaseh.

Cik Kaseh meninggalkan ofis tercinta dengan tergesa-gesa setelah meng-auta my Boss dengan alasan yang hebat. (tak hebat mana pun. cuma bagi tahu ada hal kecemasan... siap buat nada suara yang paling serius dan cemas masa call Boss. hahaha...<---gelak iblis)

Cik Kaseh ni walaupun agak nakal tapi sebenarnya takut berbuat dosa. jadi sebelum Cik Kaseh redah highway menuju ke One Utama Cik Kaseh lencongkan dahulu kancil hijau Cik kaseh tu balik Meru untuk jumpa my emak.

Dalam keadaan kelam kabut, Cik Kaseh masuk bilik untuk ambil segala barang make-up, kamera, bekalan untuk berbuka(walaupun sebenarnya saya tak puasa hari ni... hehe~)

Emak yang baru nak solat dah panic dan terkejut tengok keadaan Cik kaseh yang macam menggelabah gila time tu... apa yang berlaku? kenapa anak aku ni balik awal sangat(pukul 1.15 ptg)?... walaupun soalan ini tidak ditanya secara terus tapi Cik kaseh dapat baca air muka emak yang memang kacau gila time tu.

Masa Cik kaseh nak keluar dari rumah, Cik kaseh jerit panggil emak. My emak yang sedang solat segera membatalkan solatnya tatkala mendengar suara cemas anak daranya tu(yelah, risau tak habis lagi tu. Cik kaseh ni memang suka buat gempak je. suka buat orang risau tak tentu pasal.) Cik kaseh peluk cium emak erat2. lepas tu salam tangan emak dan mula minta restu...

"Mak, orang minta restu ni. mak doakan orang selamat pergi dan selamat balik. orang nak jumpa seseorang. mak jangan risau n call orang nanti. orang akan balik sebelum jam 10.00. kalau orang tak balik lepas 10.00 malam, time tu kalau mak nak risau, takpe. tapi selagi belum pukul 10.00, mak tak yah call orang. insyaallah orang selamat. doakan orang ya mak."


Mak Cik Kaseh blur. dia tanye kemana Cik kaseh nak pergi. Cik Kaseh cuma jawab... "Balik karang orang bagitahu mana orang pergi. sekarang ni orang nak mak doakan keselamatan orang je. k" Mak Cik Kaseh lepaskan Cik kaseh pergi. biarpun kerisauan itu masih bersarang di jiwa, tapi dia pasrah kerana tahu kedegilan anak dia macam mana. dan dia percaya dengan sikap berani tahap luar alam Cik kaseh ni, pasti anak dia tak kan apa2. dia yakin Cik Kaseh pandai jaga diri... (Ye ke mak?)

Maka Cik kaseh pun berangkatlah pergi selepas itu. Si Nemo sengal tu tak habis2 sms Cik Kaseh dalam kereta. nak kene juga mangkuk comey ni dengan aku.

"Woi. mokcikk~~ aku tengah drive ni. ko jangan nak miscall & sms aku lagilah. kang tak sampai aku ke One Utama kang, naya je."

"Hohoho~ Kaseh, aku jumpa album SS501!"

"Haa!! pergi beli cepat!!!" tanpa fikir panjang serta merta Cik kaseh mengarahkannya untuk membeli bendalah tu sebab nak jumpa SS kena ada album dia. kalau tak tak boleh dapat autograf.

"Nemo, kurang dari sejam aku mesti sampai. ko tunggu tau..."

"Haaa~~ lame gileee...!!!"... Meraunglah ko menunggu aku Nemo oi. sape suruh datang cepat sangat.



Album terbaru yang Nemo beli untuk Cik Kaseh... ceh, tolong belikanlah. bila pula si nemo tu baik hati hadiahkan aku mendalah gini. huhuhu~(err, apasal Kyujung macam Yoochun DBSK plak?)



~sambung lagi next entry~


Doki Doki From My Heart…

Si Penjerit Yg Angau-SS501 Fansigning...(part 2)

Cik Kaseh bagaikan orang angau yang sasau dan tak tentu hala di tempat kerja...

semua benda yang Cik Kaseh buat serba tak kena. asyik salah je... masih dalam pertimbangan nak pergi ke tak Fanmeeting SS501 tu.

Dalam masa yang sama Cik Kaseh tau si Nemo tu pun ngah kalut kat tempat keje dia. mesti ngah tak tentu hala menunggu panggilan Cik kaseh. sebab dia akan on kalau Cik kaseh on.

10.00 Pagi...
ini kira dah last minit ni. my friend, Ada a.k.a. Nee-chan sms Cik Kaseh. dia bagi information bout event tu. yg Paling Cik kaseh excited bagai nak rak ialah dia sebut SS501 maybe akan pakai baju melayu dalam fan Meeting tu.

Ngaa~~!!!! Cik Kaseh nak pergi! tak duli... nak gi gak~~!!! Memang cun sangatlah tu. Cik Kaseh pakai baju kurung hari ni. colour hijau lagi tu(warna tema untuk fanmeeting tu). memang dah fikir nak balik tukar baju dulu sebelum ni tapi dengar je pasal SS501 akan pakai baju melayu. terus je Cik kaseh cancel nak pegi tukar baju kasual. hahaha~

Ada bagi cik Kaseh no. phone bahagian pengurusan event tu. Cik kaseh terus call and tye segala benda yg patut.

after that, Cik Kaseh call balik Nemo... and the journey si Pengipas-susah-mati ini pun bermulalah petang itu....

~ sambung next entry~



Doki Doki From My Heart…

20090904

Si Penjerit Yg Hepi-SS501 Fansigning...(part 1)


Double S Five Oh One


Kadangkala membenci itu bukan sesuatu yang salah. sebab drp membenci itulah wujudnya keinginan untuk mengenali sesuatu. dan akhirnya cinta itupun wujud.

... Dey, apa yang kau merepek siap bermadah2 ni Cik Kaseh oi~~

Err, sorry... itu pembuka bicaralah. kan Cik kaseh dah lama tak update entry blog Penjerit Yang sepi ni (dulu dikenali Ai Ai Jpop, Manganime)

Sebenarnya dari bulan lepas lagi Cik kaseh tahu pasal SS501 nak datang Malaysia. tapi tak tahu bila, dimana dan macam mana nak join.

malam kelmarin memang gila. GILA sesangat!! Apa tak nye, ade ke patut tiba2 dapat tahu yg SS501 ada kat Malaysia sejak 31 ogos untuk pengambaran video klip(dekat sabah), press conference n Fansigning.

Jahat gile diorang tak hebahkan berita ni~~!!

Dan secara tak langsungnya HP Cik Kaseh pun sibuklah malam tersebut(Rabu) dengan panggilan2 & sms daripada all my penpal yg bertanyakan berita tu.

Semua soh Cik kaseh pegi coz Cik Kaseh paling dekat ngan KL. yg lain semua jauh(Sabah, Sarawak, Penang, Johor dan segala ceruk mana lagilah)...

Cik kaseh ngah buntu ni. nak pegi ke tak nak. Bulan puasa ni... cam mendajallah pulak kalau tergamak nak pergi juga. lagipun nak ajak siapa jadi rakan sekongkol untuk aktiviti keiblisan seperti ini??

Akhirnya otak Cik Kaseh yang bijak mencerna idea jahat ni pun mula terfikir seseorang. dan bermulalah sesi menghasut Cik nemo untuk sama2 menyertai Cik Kaseh ke One Utama untuk jumpa our damn hot artis pujaan. sila scroll down untuk tahu siapa sekutu Cik kaseh tu...




Amboi... comeynye... anak sapa ni...

...Sambung next entry...=))



Doki Doki From My Heart…