my tomodachi

20090904

Si Penjerit Yg Hepi-SS501 Fansigning...(part 1)


Double S Five Oh One


Kadangkala membenci itu bukan sesuatu yang salah. sebab drp membenci itulah wujudnya keinginan untuk mengenali sesuatu. dan akhirnya cinta itupun wujud.

... Dey, apa yang kau merepek siap bermadah2 ni Cik Kaseh oi~~

Err, sorry... itu pembuka bicaralah. kan Cik kaseh dah lama tak update entry blog Penjerit Yang sepi ni (dulu dikenali Ai Ai Jpop, Manganime)

Sebenarnya dari bulan lepas lagi Cik kaseh tahu pasal SS501 nak datang Malaysia. tapi tak tahu bila, dimana dan macam mana nak join.

malam kelmarin memang gila. GILA sesangat!! Apa tak nye, ade ke patut tiba2 dapat tahu yg SS501 ada kat Malaysia sejak 31 ogos untuk pengambaran video klip(dekat sabah), press conference n Fansigning.

Jahat gile diorang tak hebahkan berita ni~~!!

Dan secara tak langsungnya HP Cik Kaseh pun sibuklah malam tersebut(Rabu) dengan panggilan2 & sms daripada all my penpal yg bertanyakan berita tu.

Semua soh Cik kaseh pegi coz Cik Kaseh paling dekat ngan KL. yg lain semua jauh(Sabah, Sarawak, Penang, Johor dan segala ceruk mana lagilah)...

Cik kaseh ngah buntu ni. nak pegi ke tak nak. Bulan puasa ni... cam mendajallah pulak kalau tergamak nak pergi juga. lagipun nak ajak siapa jadi rakan sekongkol untuk aktiviti keiblisan seperti ini??

Akhirnya otak Cik Kaseh yang bijak mencerna idea jahat ni pun mula terfikir seseorang. dan bermulalah sesi menghasut Cik nemo untuk sama2 menyertai Cik Kaseh ke One Utama untuk jumpa our damn hot artis pujaan. sila scroll down untuk tahu siapa sekutu Cik kaseh tu...




Amboi... comeynye... anak sapa ni...

...Sambung next entry...=))



Doki Doki From My Heart…

No comments:

Post a Comment