Cik Kaseh sampai kat Taman Jaya untuk pick-up Nemo. sebelum gerak sempat bergambar sat ngan my Fiona Lime. hehe~ saja je. kebetulan hari ni Cik Kaseh hijau sedondong dari atas ke bawah. nasiblah beg colour pelangi. tu kalau ada colour hijau memang rembat pakai hijau gak tu. maklumlah Cik Kaseh ni gilakan warna hijau...
Tengok pic Cik Kaseh dengan Nemo mesti korang tak percaya kan yang kami berdua ni baru 1st time jumpa. kalau bukan sebab SS501 maybe lambat lagi kami nak dating kot. hahaha~
Skip entry~~
Disebabkan internet ni lembab mengalahkan siput berpuasa yang berjalan di tengah panas terik Cik Kaseh terpaksa skip entry ni sampai kat tempat fanmeeting diadakan iaitu di One World Hotel.
Nak tau kat mana ni? ni dekat lot parking kat hotel tu. time ni Cik Kaseh n Nemo tak tau pun nak buat ape? tengok diorang macam tengah beratur. beratur ke? tapi mana hujung pangkalnya barisan ni? usha punya usha, tanya punya tanye sekali tuh nak tau sampai mana panjangnya barisan? sampai hujung lot parking. NGAA~~!! dasyat giler~~
Kami tiba time ni lebih kurang jam 4.00 ptg(lagi dua jam fanmeeting diadakan). pun dah panjang gila vaveng.
Hakhakhak~ lu pikilah sendiri camne punya ramai orang time tu. after Cik Kaseh datang pun masih ramai lagi yang muncul selepas tu.
Betullah tak sangka camni punya ramai manusia yang tahu pasal fanmeeting tu. yelah, apa taknya... kehadiran SS501 memang tak dihebohkan. sesiapa yang rajin surf internet je yang tahu. so langsung tak sangka yang Cik kaseh ni kira orang yang agak lewat sampai di situ.
& yang paling hebatnya lagi... ada yang dah tunggu sejak dari awal pagi semata2 nak book tempat paling depan. lagi best... bukan gadis2 je yang sibuk nak jumpa SS501 ni... peminat2 lelaki pun ada. jangan tak percaya beb... hah, makcik2 pun ada juga. dasyat tak dasyat penangan SS501. Lu pikilah sendiri beb!
Dan agak bangga sikitlah bila SS501 jadikan Malaysia sbg lokasi pengambaran klip video terbaru diorang. sebelum ni Super Junior pun pernah buat kat Putrajaya tau. hurm~ harap2 Tohoshinki pun buat juga kat sini lepas ni...
~Hurm... sambung Next entry please~~
Doki Doki From My Heart…
No comments:
Post a Comment