my tomodachi

20090905

Si Penjerit Yg Takut Berdosa-SS501 Fansigning...(part 3)

Punyalah awal si Nemo tu blah dari kerja dia. sebelum pukul 1.00 dia dah gerak. terlebih excited pula makcik tu berbanding Cik Kaseh.

Cik Kaseh meninggalkan ofis tercinta dengan tergesa-gesa setelah meng-auta my Boss dengan alasan yang hebat. (tak hebat mana pun. cuma bagi tahu ada hal kecemasan... siap buat nada suara yang paling serius dan cemas masa call Boss. hahaha...<---gelak iblis)

Cik Kaseh ni walaupun agak nakal tapi sebenarnya takut berbuat dosa. jadi sebelum Cik Kaseh redah highway menuju ke One Utama Cik Kaseh lencongkan dahulu kancil hijau Cik kaseh tu balik Meru untuk jumpa my emak.

Dalam keadaan kelam kabut, Cik Kaseh masuk bilik untuk ambil segala barang make-up, kamera, bekalan untuk berbuka(walaupun sebenarnya saya tak puasa hari ni... hehe~)

Emak yang baru nak solat dah panic dan terkejut tengok keadaan Cik kaseh yang macam menggelabah gila time tu... apa yang berlaku? kenapa anak aku ni balik awal sangat(pukul 1.15 ptg)?... walaupun soalan ini tidak ditanya secara terus tapi Cik kaseh dapat baca air muka emak yang memang kacau gila time tu.

Masa Cik kaseh nak keluar dari rumah, Cik kaseh jerit panggil emak. My emak yang sedang solat segera membatalkan solatnya tatkala mendengar suara cemas anak daranya tu(yelah, risau tak habis lagi tu. Cik kaseh ni memang suka buat gempak je. suka buat orang risau tak tentu pasal.) Cik kaseh peluk cium emak erat2. lepas tu salam tangan emak dan mula minta restu...

"Mak, orang minta restu ni. mak doakan orang selamat pergi dan selamat balik. orang nak jumpa seseorang. mak jangan risau n call orang nanti. orang akan balik sebelum jam 10.00. kalau orang tak balik lepas 10.00 malam, time tu kalau mak nak risau, takpe. tapi selagi belum pukul 10.00, mak tak yah call orang. insyaallah orang selamat. doakan orang ya mak."


Mak Cik Kaseh blur. dia tanye kemana Cik kaseh nak pergi. Cik Kaseh cuma jawab... "Balik karang orang bagitahu mana orang pergi. sekarang ni orang nak mak doakan keselamatan orang je. k" Mak Cik Kaseh lepaskan Cik kaseh pergi. biarpun kerisauan itu masih bersarang di jiwa, tapi dia pasrah kerana tahu kedegilan anak dia macam mana. dan dia percaya dengan sikap berani tahap luar alam Cik kaseh ni, pasti anak dia tak kan apa2. dia yakin Cik Kaseh pandai jaga diri... (Ye ke mak?)

Maka Cik kaseh pun berangkatlah pergi selepas itu. Si Nemo sengal tu tak habis2 sms Cik Kaseh dalam kereta. nak kene juga mangkuk comey ni dengan aku.

"Woi. mokcikk~~ aku tengah drive ni. ko jangan nak miscall & sms aku lagilah. kang tak sampai aku ke One Utama kang, naya je."

"Hohoho~ Kaseh, aku jumpa album SS501!"

"Haa!! pergi beli cepat!!!" tanpa fikir panjang serta merta Cik kaseh mengarahkannya untuk membeli bendalah tu sebab nak jumpa SS kena ada album dia. kalau tak tak boleh dapat autograf.

"Nemo, kurang dari sejam aku mesti sampai. ko tunggu tau..."

"Haaa~~ lame gileee...!!!"... Meraunglah ko menunggu aku Nemo oi. sape suruh datang cepat sangat.



Album terbaru yang Nemo beli untuk Cik Kaseh... ceh, tolong belikanlah. bila pula si nemo tu baik hati hadiahkan aku mendalah gini. huhuhu~(err, apasal Kyujung macam Yoochun DBSK plak?)



~sambung lagi next entry~


Doki Doki From My Heart…

No comments:

Post a Comment